Redah lumpur kotor demi mendidik anak bangsa, guru cantik ini wajar diberi pujian!

Tugas seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah. Menggalas tugas untuk mendidik dan mengajar anak-anak menjadikan ianya tanggungjawab yang sangat berat.

Itu belum lagi dikira lagi guru-guru yang di tempatkan dikawasan yang agak terpencil. Namun itu bukan alasan dan tidak sedikit pun mengurangkan semangat para guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Rps Dala, Syafeza Sauli, memuat naik gambar di Facebook jalan yang terpaksa dilalui setiap hari untuk ke sekolah. Jalan yang dilalui penuh dengan lumpur tebal berwarna oren malah sesekali beliau terjatuh dek kerana tebal dan dalamnya lumpur tersebut.

Menurutnya, kesukaran yang dihadapi tidak akan membuatnya terus mengalah dan beliau selalu ingat akan kata-kata ayahnya tiada apa yang mstahil.

Inna ma’al-usri yusra.

Sesungguhnya pada tiap-tiap kesulitan itu adanya kemudahan.

Semoga pada setiap jatuh bangun itu ada padanya rahmat, keberkatan,pahala yang berpanjangan dan dihapuskan padanya dosa-dosa.

Kuatnya seorang anak itu apabila ada di sebaliknya seorang ayah yang tidak putus membisikkan kata-kata, “Nothing is impossible. Tak kira betapa susah pun perjalanan itu,aku pasti anakku kuat menghadapinya”.

Tentang hidup. Kau tidak harus mengalah. Meski berpuluh kali jatuh,sebanyak itu jugalah kau perlu bangun. Jatuh tak bermakna kau lemah tapi jatuh mengajar akan erti sebenar penghidupan.

Pohon doa agar terus dititipkan tiap kesabaran dan kekuatan dalam langkah

Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari penguna facebook yang rata-rata kagum dan memuji kecekalan beliau.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..