Rihana Tuntut Rumah Agam Bernilai RM41.2 Juta & Nafkah Anaknya RM123K Sebulan Dari Sultan Kelantan.

Nampaknya isu mengenai status rumah tangga Rihana Oksana masih belum berkesudahan lagi meskipun sebelum ini peguam Sultan Kelantan mengesahkan sudah menghantar surat ce rai taIak tiga kepada pihak peguam Rihana.

Terbaru, Rihana akhirnya tampil membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan Sultan Muhammad V dalam satu temubual bersama Daily Mail. Rihana turut berkongsikan video wawancara tersebut menerusi Instagram miliknya.

 

Rihana mendedahkan bahawa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.

Dalam kenyataan tersebut, Rihana juga mendakwa baginda yang mencetuskan skandaI hubungan mereka dan meminta maaf bagi pihak baginda. Rihana juga berharap baginda akan memikirkan tentang reputasi baginda dan akan menghenti segala kemeIut.

Dalam pada itu, The Sun UK hari ini melaporkan Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Menurut laporan tersebut, perkara itu didedahkan sumber terdekat baginda kepada Mail Online.

Terdahulu, Straits Times melaporkan pasangan tersebut berce rai selepas enam bulan diijabkabuIkan. Malah, peguam Sultan Kelantan V turut mempersoalkan bahawa tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

Sumber : rotikaya


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..