Rumah mertua terlalu bising dengan suara ipar duai. Anak saya meng4muk tak boleh tidur, tapi suami asyik nak pergi rumah mertua

Saya jadi sangat tak berani nak bagi mereka jaga anak saya walaupun sekejap. Adik beradik suami dan anak – anak saud4ra juga ramai yang malas pergi sekolah. Mereka langsung tak tegas bab pelajaran. Saya sangat risau anak saya akan jadi macam mereka..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin dan semua pembaca. Harap admin rahsiakan profile saya. Saya tak tahu siapa yang nasib sama dengan saya dan saya harap tidak dikecam. Cuma mahukan pendapat yang bernas. Saya baru setahun jagung dalam alam perkahwinan dan baru sahaja dikurniakan zuriat.

Awal – awal masuk ke dalam family suami, saya ok ok saja dan berniat baik untuk cuba berbaik dengan semua ahli keluarga. Lama – lama, ada perkara yang buat saya tak suka dengan mereka seperti selepas majlis bertandang, saya tinggal di rumah mertua selama seminggu dan ketika mandi saya terdengar mertua mengumpat pasal saya.

Saya terk3jut dan buat tak tahu je depan mertua. Dorang anak beranak cakap saya pandai – pandai balik rumah sendiri (rumah mak saya), kalau orang dulu – dulu lepas majlis bertandang, mertua akan hantar balik menantu ke rumah keluarganya semula.

Niat saya cuma nak ambil pakaian saya yang tak cukup semasa tinggal di sana. Saya dan suami balik ke rumah mak saya untuk ambil pakaian saja dan terus pulang ke rumah mertua. Saya tak sangka itu pun akan menjadi isu.

Saya bagitahu suami dan suami pertahankan ibunya mengatakan ibunya mengumpat pasal anak saud4ra jauh mereka. Hmmm. Bila lama – lama duduk dan sembang dengan keluarga mertua, barulah saya tahu yang mereka gemar mengata orang.

Bila saya berkumpul dengan mereka saya banyak diam sebab saya tidak dibesarkan dengan cara ambil tahu tepi kain orang. Depan saya, mereka suka burukkan biras – biras saya. Kalau saya tiada mungkin mereka akan mengata saya pula.

Selain itu, seluruh keluarga mereka, ibu ayah mertua dan adik beradik ipar tidak solat. Semasa bulan puasa tahun ini, mereka sekeluarga berpuasa tapi selepas sahur mereka tidak solat subuh dan selepas berbuka mereka bergegas ke luar rumah untuk main mercun beramai – ramai.

Tiada seorang pun berkejaran untuk masuk bilik air ambil wuduk untuk solat maghrib apatah lagi solat tarawih. Berbeza dengan keluarga saya yang cuma ada 3 beradik tapi sampai berg4duh siapa yang nak masuk bilik air dulu sebab mak ayah tegas bab solat.

Di sini saya bukan hendak membandingkan cuma bila sudah ada anak sendiri, saya jadi sangat paran0id. Saya takut nak serahkan anak saya kepada keluarga mertua, bimbang anak saya akan terpengaruh dengan per4ngai buruk mereka.

Bukan saya dan keluarga saya ni keluarga malaik4t tapi entah kenapa saya jadi sangat tak berani nak bagi mereka jaga anak saya walaupun sekejap. Adik beradik suami saya dan anak – anak saud4ra juga ramai yang malas pergi sekolah. Malas dan tak pandai perkara yang berbeza.

Adik ipar saya yang bongsu umurnya baru darjah 1 tapi sudah malas ke sekolah dan setiap kali ke rumah mertua, adik bongsu ada di rumah. Anak – anak saud4ra lain juga ada di rumah mertua sedangkan mereka ada rumah sendiri.

Saya jadi hairan mak ayah mereka termasuk mertua langsung tak bertegas bab pelajaran. Saya sangat risau anak saya akan jadi macam mereka jika dibiar bergaul rapat. Satu lagi sebab mertua dan sesetengah ipar nampaknya kurang berminat untuk berbual dengan saya tak tahu la kenapa.

Setiap kali saya ke sana, saya yang sibuk buka mulut tanya itu ini pada mertua. Sepanjang saya mengandung 9 bulan, sekalipun ibu mertua tak tanya saya ada alahan ke, saya dah berapa bulan ke. Jujur saya kecil hati sebab ibu mertua nampak seperti seorang ibu yang baik tambahan beliau sudah beranak 11 kali.

Jadi bagi saya, apalah sangat soalan basa basi seperti itu diajukan ketika saya mengandung dulu. Kakak ipar saya juga pernah membidas saya kerana kesilapan saya yang memuat naik status whatsapp sound suami yang gemar balik ke rumah mertua.

Pantang ibu atau ayahnya call, suami akan segera balik. Suami ada 11 beradik tapi saya tak faham suami saja yang ditelefonnya. Macam anak – anak yang lain tak boleh diharap langsung. Saya sangat geram hari tu sebab saya s4kit sampai tak boleh bangun dan anak saya pula baby high demand jadi sangat menc4bar.

Tambahan saya pertama kali menjadi seorang ibu jadi perkara ini adalah baru dan kekok buat saya. Kakak ipar cakap saya baru anak sorang, “orang lain anak berderet tak macam kau. Ingat sikit suami kau masih ada mak ayah dan adik beradik.”

Saya sangat terasa hati dengan kata – katanya membuatkan saya berat hati kalau anak saya berada dengannya. Mungkin dia seenaknya bercakap sebab dia masih tidak boleh mengandung sampai ke hari ini dan cuma menjaga adik – adik dan anak saud4ra sahaja.

Dia belum pernah rasa mengandung, beranak, berpantang dan jaga bayi high demand. Rumah mertua jugak selalu riuh rendah tak kira dengan suara orang dewasa mahupun kanak – kanak. Setiap kali ke rumah mertua, anak saya yang mengantuk tidak mampu nak lelapkan mata kerana bising yang melampau.

Tahu sajaIah baby high demand, perIukan perhatian lebih dan nak tidur pun perlu buai, white noise tersendiri dan beberapa perkara lain untuk membantunya tidur lena. Bukan saya yang ajar anak saya tidur dalam keadaan senyap.

Sejak balik dari hospitaI lagi rumah saya asyik terpasang tv, radio sebab mak memang suka tengok tv dan dengar radio. Saya pulak berpantang di ruang tamu saja jadi memang agak bising tapi baby saya tidur elok je dalam pantang.

Tapi masuk umur 2-3 bulan, dia sendiri ‘pilih’ untuk tidak lena tidur jika ada bunyi bising. Hasilnya, memang setiap kali baby tunjuk sign nak tidur, cepat – cepat saya bawak lari anak dari orang lain sebab kalau dia minum susu depan orang, susu takkan habis dan dia nak berinteraksi dengan orang lain yang berada di sekitar dan membawa kepada taknak tidur langsung padahal baby dah gosok mata dan menguap banyak kali.

Bila waktu tidurnya terganggu, dia akan meng4muk untuk tidur pada waktu malam. Hampir setiap hari dia akan menangis macam meng4muk menjerit sangat kuat. Bila saya baca – baca, rupanya sebab baby tak cukup jam tidur.

Bayangkan, dari jam 5 petang baby mengantuk, dia hanya akan lelap mata betul – betul pada pukuI 9 atau 10 malam. Perkara – perkara ni buat saya sangat sensitif nak bawak anak berjalan keluar lama – lama dari rumah.

Suami pulak mintak bawak anak ke rumah mertua. Ye lah saya faham atok nenek dan adik beradik suami nak tengok baby tapi itulah yang merisaukan saya. Takkan nak pergi sejam je kan. Nanti kena kata pulak. Saya nak tanya, salah ke saya berperasaan macam ni?

Saya pertama kali ada anak dan tak kira la anak nombor berapa, sudah semestinya saya juga seperti ibu – ibu lain, mahukan terbaik untuk anak saya. Tapi jika saya berkeras untuk kurangkan pergi rumah mertua, mereka akan mengata. Ibu – ibu semua akan buat apa jika di tempat saya ya? Saya perIukan nasihat yang bijak daripada ibu – ibu semua.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.