Saat aku lahirkan anak, semua duit aku hilang dlm simpanan. Aku nekad pergi bank dlm keadaan Iuka berjahit

Balik dari hospitaI, aku mintak beg duit dari suami. First aku cari adalah kad bank tapi kad tak ada. Aku nekad pergi bank dalam keadaan Iuka berjahit, maIangnya duit aku dah tak ada. Duit aku 2k lebih, simpanan untuk anak aku bersalin, habis macam tu je. Akhirnya aku jumpa kad bank aku belakang seat pemandu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku berharap, confession aku dapat berikan pengajaran untuk orang yang betul – betul nak pilih pasangan hidup, aku berumur pertengahan 20-an, seorang bekerjaya, seorang isteri kepada dua anak, dan insyaa Allah, bakal anak yang dilahirkan tak lama lagi.

Tujuan aku tulis di sini, untuk mintak pandangan dan semangat dari kalian semua, dan haruslah untuk yang memilih pasangan yang sebelum kahwinnya nampak macam baik lepas kawin baru nampak ‘true colour’. Hampir 5 tahun aku berumahtangga, dan suami aku juga seorang yang bekerjaya, ada kerja tetap sama seperti aku, awal perkahwinan lagi, rupanya aku telah ditipu, dan berikan peluang.

Ya aku naif pasal jvdi, dulu jvdi tekan – tekan, mesin orang kata, sekarang dah berapa tahun dah maju, online merata di mana – mana. Pada awal perkahwinan aku PJJ dengan suami sampai anak sulung aku lahir baru aku dapat bertukar ke di mana suami aku bertugas sekarang, nama pun PJJ kan.

Jadi setiap gerak geri suami aku, aku tak pernah tau bila dia jauh dari aku. Masa cuti panjang dia ada di rumah keluarga dia, aku berulang alik ke tempat kerja sebab kami sama – sama berasal di negeri yang sama, cumanya suami aku bertugas di negeri lain.

Duit kereta yang biasa aku transfer ke akaun lagi satu untuk ‘auto debit’, tiba – tiba hilang. Dan aku sangat terk3jut bila check status online, aku ada buat pengeluaran duit, pukuI 4 pagi, dan aku fikir scammer, jumlah agak banyak. Dan aku call bank, tanya di mana pengeluaran tu dibuat, rupanya, di kawasan daerah di mana mertua aku tinggal.

Dan aku sangat sedih, untuk pertama kali, suami ambil duit aku, masa tu aku masih tak tau suami aku buat apa dengan duit tu, lama kelamaan, bila aku check fon, rupanya, dia ada main jvdi. Luluh hati aku, duit tu macam – macam boleh buat, tapi tak sangka, tergamak dia buat aku macam tu.

Setiap kali aku nak jumpa suami, aku yang keluarkan modal untuk pergi ke negeri dia bekerja, bila dia takde duit, aku sentiasa tolong sebab tak sampai hati, walaupun aku dapat rasa duit gaji dia habis ke mana. Dipendekkan cerita, masa aku baru lahirkan anak sulung, benda yang sama jadi, dia curi duit anak yang orang bagi, terlalu banyak, aku rasa terani4ya sangat, sebab aku dalam p4ntang.

Masa tu aku dah tak percaya dah apa yang dia buat. Gerak geri dia, aku halau dia terus dari rumah mak aku masa tu jugak.. tapi fikirkan anak, aku lembutkan hati bagi dia peluang. Lepas tu permohonan pertukaran aku diluluskan, aku mohon tukar atas sebab faktor kewangan jugak.

Sebab banyak aku kena tanggung sendiri tanpa diberi nafkah. Bila aku dah duduk bersama, silap aku juga, tak merancang.. aku mengandung untuk kali kedua, masa tu bukan kata str3ss, aku menangis semahunya tapi aku kena terima sebab salah aku.

Dan bermulalah episod suami aku kant0i banyak kali berjvdi, curi duit tabung aku, curi duit dalam bank aku, yang paling aku terkilan sekali, masa aku p4ntang anak kedua, sejarah tu berulang lagi, tengah aku bert4rung nyawa dalam labour room.

Suami aku pegang beg duit, silap aku juga tak belajar dari kesilapan, duit aku 2k lebih, simpanan untuk anak aku bersalin, habis macam tu je, macam mana aku tau? Sebab balik dari hospitaI, aku mintak beg duit, bila dia bagi semula first aku cari adalah kad bank yang ada nilai duit aku tu, tapi kad tu takde.

Masa tu aku dah mula meng4muk, siapa je tak meng4muk, sedangkan aku masih ingat semua barang – barang aku dalam beg tu, aku nekad dengan Iuka berjahit, pergi bank. Aku mintak penyata akaun, alangkah terk3jut, masa aku kat hospitaI semua duit aku habis macam tu je.

Dan aku terjumpa kad bank aku semula, dekat poket belakang seat pemandu. Allah masa tu dengan keadaan aku, aku lari rumah tengah malam, jalan kaki dan aku sangat – sangat tr4uma dan nak bvnvh diri. Lepastu aku disahkan MDD, Maj0r Deppr3sive Dis0rder oleh doktar ps1kiatri.

Suami mintak maaf nangis – nangis, bagi dia peluang untuk berubah dan aku pun bagi. Masa tu aku nekad bagitau akak – akak ipar aku, supaya dia lebih tak takut untuk buat hal yang sama dan kalau boleh aku nak mintak berpisah sebab selama aku kahwin, semua aku tanggung sendiri.

Sampaikan keperluan anak – anak, dari a sampai z aku yang keluarkan duit, sampai aku kerap overlap loan. Sebab gaji aku m4kin lama m4kin kecik, dan sampai loan aku maksimum, dan sekarang aku terasa menyesal sangat, sebab aku terlalu bagi muka.

Bila aku adukan pada kakak – kakak ipar aku, dorang suruh aku bersabar, fikir tentang anak – anak Ye dan seharusnya dia pert4hankan adik dia, aku ni siapa bagi mereka untuk dengar d3rita aku. Aku ambil perancang tapi dan tak terjangka, sekali lagi aku mengandungkan anak ketiga pada usia anak kedua aku baru 6 bulan.

Mungkin salah aku salah cara makan ubat, masa tu Allah je tahu, dengan keadaan aku yang depr3ssi, aku nak gugvrkan kandungan ni tapi aku siapa yang nak hukvm anak dalam kandungan ni. Dan ternyata, suami aku tetap tak berubah dan masih berjvdi.

Aku pernah baca, orang yang berjvdi ni, dia berubah kejap je.. Aku dah pernah simpan bukti, screen sh00t, aku snap gambar, tapi aku tak tau macam mana, bukti – bukti tu suami aku boleh padamkan kat fon aku, sedangkan aku tukar pasword, pasword online banking, pasword kad atm, semua aku tukar.

Aku tr4uma, dan aku takut sangat untuk percaya. Aku ada mintak cerai, tapi dia tak nak ceraikan aku. Suami aku takde masalah lain, dia bukan seorang yang panas baran, kerja rumah, anak – anak, dia uruskan. Yang ada satu masalah je dia ada, jvdi.

Tapi sampai bila aku nak kena hadap sebab setiap bulan aku yang kena cari duit, kadang – kadang sampai kejap – kejap pajak gelang emas untuk sara keluarga, kadang – kadang sampai berhutang dengan kawan – kawan. Tapi gaji dia langsung tak nampak bayang, lebih pentingkan jvdi dari keluarga sendiri.

Dan akibatnya, aku sendiri tak mampu tanggung diri aku dengan gaji yang kecil. Baru – baru ni aku berg4duh teruk, dan aku cakap aku penat, dan aku tak tahan nak hidup macam ni, dan aku mintak cerai, nak naik mahkamah, dia suruh aku pergi.

Maksudnya dia tak nak ceraikan aku melainkan aku yang failkan cerai, kadang – kadang aku terfikir, aku ni ada untuk dia untuk tampung kesusahan dia, sebab selama ni aku yang tanggung keluarga, dan aku yang fikirkan keperluan anak – anak.

Kadang – kadang aku tak tau siapa aku ni mata dia. Lagi aku bagi peluang, lagi aku di pij4k – pij4k. Doakan aku, untuk aku terus kuat failkan cerai, aku tak boleh nak failkan sekarang atas faktor aku mengandung. Hampir 5 tahun ni dia tak pernah berubah kalau aku bagi peluang lagi belum tentu dia berubah.

Doakan aku kuat, aku dah cukup tertekan mengandungkan yang ketiga ni, macam – macam aku fikir, aku tr4uma kisah lalu. Kadang – kadang aku menangis tiba – tiba, macam – macam yang aku teringat, ps1kiatri hari – hari call aku untuk tau khabar aku, sebab takut aku bvnvh diri atau mer0yan sebab aku tunggu hari untuk bersalin.

Doakan aku kuat, dan doakan suami aku berubah walaupun bukan hidup dengan aku. Iya bab solat. Dulu suami aku kisah, kalau tengok aku solat, dia malu untuk tak solat. Tapi sekarang ni, bila aku solat, dia macam tak ade perasaan untuk solat.

Bukan kata aku tak pernah nasihat, tapi aku dah penat nak luahkan macam – macam dekat dia. Nasihat macam – macam tapi aku rasa ibarat macam cakap dengan lalang. Aku cuma mampu berdoa agar dia berubah. Bila terpandang anak aku, aku kadang terfikir, anak aku akan mewarisi sifat ayah dia atau tak, memandangkan anak sulung aku seorang lelaki.

Mintak dijauhkan lah nauzubillahminzalik dan aku harap, yang ada pasangan kat luar sana kalau pasangan tu awal – awal lagi memang kaki jvdi, hisap d4dah, jauhkan la dari jadikan mereka ni suami. Mungkin ada suami yang berubah. Tapi kes aku ni, aku tak nampak mana yang boleh ubahkan keluarga aku, melainkan melepaskan diri aku dari hidup keluarga t0ksik macam ni.

Maaf ayat berterabur sebab aku tak tau macam mana nak cerita sebab ceritanya agak panjang. Kalau aku bercerita lebih terperinci, nanti akan buatkan bosan untuk orang baca. Semoga aku kuat untuk terus melangkah, tapi menoleh kebelakang semula.

Aku pun tak pernah kisah kalau bersalin kali ni tanpa di bantu suami, sebab pernah je aku drive sendiri walaupun jahitan aku masih segar disebabkan peristiwa tu. Aku masih ada family untuk support, walaupun family aku sendiri pun tak pernah tau kisah dan a1b suami aku, yang aku masih simpan sampai sekarang kecuali kakak – kakak ipar aku, yang selalu pandang sinis dan setiap kali tu la, kata – kata perIi akan aku terima.

C ontohnya, “lepasni merancang betul – betul, jangan cakap pakai mulut je tak nak ngandung lagi.” Aku terkilan sangat, sedangkan selama adik dia buat macam – macam kat aku, aku lah yang kena tanggung semua. Sedangkan  kereta, motor pun atas nama aku, barang – barang rumah 90% semua hasil dari duit aku sendiri.

Kalau aku tinggalkan adik dia, adik dia satu ape pun takde.. Mungkin masa tu akak – akak dia akan sedar yang selama ni aku banyak berk0rban untuk adik dia sampai aku sendiri s4kit. Aku ni siapa, tetap orang luar bagi mereka dan aku harap, keputvsan aku kali ni adalah tepat. – Wina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Wani Aisy : Cadangan saya sis buka akaun baru yang sis sorang je tahu untuk keperluaan sis dan anak – anak. Duit bersalin pun boleh simpan situ atau bagi mak pegang ke. Orang yg boleh dipercayai, sis kena kuat semangat. Hope u make the right decision for ur own life dan anak – anak. Jangan terj3rat dengan masalah yang tak da penghujung.

نورعىنى : Kalau fikir anak – anak, sila fikir sekali. Apa manfaatnya mereka berbapa begitu dengan apa bagusnya kalau tiada. Buat senarai dan bandingkan. Orang kita ni memang akan kata fikir anak – anak tapi cukupkah sekadar berbapa tapi macam tak ada atau berbapa tapi anak – anak aIami dan terdidik dengan suasana dan akhlak yang tak bagus.

Sayang diri sis dahulu kalau dah MDD nanti akan beri kesan pada pembesaran anak – anak sis juga, jangan lupa tu. InsyaAllah, kalau niat sis baik akan dipermudahkan urusan sis.

Ainon Mansor : Buka akaun baru, TAPI jangan sesekali beritahu sesiapa. Segala kad bank semua simpan di tempat tersorok. Simpan hanya sedikit duit dalam beg atau dalam tabung. Duit anak – anak pun kalau boleh jangan sesekali simpan dalam tabung di rumah.

Eloklah jadi kedekut dengan suami sendiri. Dia ada duit atau tiada, jangan sesekali pedulikan kewangan dia. Dia tu suami, dia yang patut sediakan nafkah. Untuk pembayaran kereta tu, baiklah buat akaun lagi juga.

Nun Husna : Dapatkan sokongan dari family sendiri, sis. tak yah la fikir a1b dia ke apa. Ini adalah kesilapan terbesar perempuan dok sibuk nak jaga a1b laki pastu diri sendiri tak terjaga dan family sendiri pun tak tau anak dia mend3rita.

Mula r4ngka plan awak, cari rumah sewa, slow – slow pindah, dapatkan bajet untuk ke peguam failkan hak jagaan anak (yang ni akan makan ribu – ribu jugak, tapi PENTING). Langkah ni semua tak mudah tapi boleh dilakukan dengan syarat awak kena kental dan hati kering dan pastikan dapatkan sokongan family sendiri. Ipar duai awak tak boleh pakai, jadi tak payah la mengadu kat dorang.

Schuhada Ayna : Sedih bila dia cakap salah dia sebab tak merancang. Aduh. Stop bIaming yourself kalau termengandung sebab part merancang bukan atas bahu isteri semata – mata. Benda ni dah jadi st1gma masyarakat asal mengandung rapat je salah isteri sebab tak merancang.

Habis tu husband seronok je la siap bangga lagi anak ramai. Anak ramai tapi kalau husband tak guna macam ni better hidup sendiri je lah. Lelaki kalau dah jadi suami tolong la jadi yang berkualiti sikit. D0sa berjvdi tu dah satu, d0sa culas nafkah, culas tanggungjawab. Allahuakbar sabar je lah.

Siti Shazwani : Asyik – asyik confession macam ni. Semua bagi ayat konon untuk pengajaran orang di luar sana. Tapi diri sendiri pun tak berani keluar lagi dari situation macam tu.. Harap – haraplah lepas ni ade confession yang berjaya keluar dari situasi macam ni.

Boleh bagi guide untuk orabg yang sedang mengaIami masalah macam ni.. Jangan plak bagi ayat ko tak rasa ko tak tau la. Sedangkan ramai je yang dah berjaya keluar. Jadi perempuan ni kena ada maru4h. You have to know ur limit.

Know when or where to draw the line.. Ni ko yang bagi muka dari awal. Harap sangat dia berubah, tu yang dia berani buat lagi dan lagi.. Ko yang tak respect diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?