Salahke cara kami didik anak? Bila dimanja kena pijak, bila tegas anak member0ntak. Orang ingat kami tak reti ajar anak

Kami nak bagi seronok anak – anak makan kat luar. Tapi akhirnya kami jadi str3ss sendiri, anak munt4h, anak main air batu di dalam gelas, bila air batu tumpah di lantai anak akan kutip dan makan kembali.

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Cukup aku perkenalkan diri sebagai Siti. Berumur 30 an dan ada 2 orang anak, yang sulung berusia 6 tahun dan si adik 3 tahun. Kami berdua suami isteri yang bekerja. Coretan ini hanya sebagai luahan suami isteri.

Kami hanya mahu kan sokongan, terasa sulit jalan ke syurga mu ya Allah. Anak sulung lelaki merupakan anak istimewa Autism with hyperactive. Autism saja cukup menc4bar ditambah pula dengan kelasakan anak yang sangat menguji kami berdua.

Terkadang terasa penat burn out kami suami isteri dalam menguruskan anak. Aku tahu ramai lagi orang yang punya anak istimewa dan lagi besar ujiannya. Aku juga ahli dalam group Autism malaysia. Macam – macam ragam anak boleh di baca di group tersebut.

Anak kami bersekolah di PDK. Alhamdulillah sebelum PDK pun anak bebas pampers cuma malam sahaja masih berpampers. Anak juga ada masalah komunikasi, tapi selepas ke PDK banyak perkataan anak dah boleh sebut, anak boleh menyuarakan apa kemahuannya.

Jadi ada komunikasi 2 hala antara kami walau kadang – kadang masih ada yang kami tak faham. Bila kami berdua balik kerja dan waktu petang biasanya akan bawa anak – anak ke taman untuk bagi anak bersosiaI, untuk grounding.

Tapi tidak la setiap hari kami membawa anak keluar. Yelah atas tuntutan kerja dan penat badan lagi, mana nak masak lagi untuk makan malam. Jadi bila duduk di rumah saja sambil aku menyiapkan makan malam, suami akan menyiapkan anak mandi semua.

Cuma bila sudah lewat petang anak akan mula menunjukan tanda tantrum, dia jadi serba tak kena. Meng4muk jika kalah main game di handphone, hempap handphone, dah naik tangan pada ayahnya bila meng4muk. Kadang  – kadang suami boleh bersabar tapi ada masanya bila asyik di pr0voke, suami juga akan naik tangan.

Aku tak salahkan suami sebab kadang – kadang aku sendiri naik tangan bila perkara dah dilarang tapi anak buat tak endah. Dikacaunya si adik, si anak juga suka tendang – tendang pintu, naik di sofa melompat, membaling mainan dan banyak lagi.

Dalam dipukuI, anak akan meng4muk marah dan selepas dipujuk dia akan membaIas semua pukuIan yang kami bagi. Kami tangankan anak tidak sampai meninggaIkan kesan Iebam, cukup sekadar dir0tan kaki atau dipiat telinga. Sesekali datang rasa bersalah.

Sekali pandang bila tengok per4ngai anak macam kami tak ajar anak, tambah bila keluar ke mall atau tempat permainan, anak suka mer4mpas barang orang, memanggil hoi kepada kawan – kawan sebaya yang main bersama.

Kini dia ada per4ngai baru, anak suka meludah kepada kawan. Puas kami ajar meludah itu bukan perkara elok, puas juga kami mencubit mulut anak setiap kali dia meludah tapi hasilnya tetap sama. Bila suasana baru anak lagi excited melompat ke sana sini, kadang – kadang timbul rasa malu bila orang asyik memandang.

Anak nampak sempurna, cuma tingkah laku nya seakan anak kurang ajar bila dipandang orang yang tak mengenali kami. Sedangkan anak aku memang ada masalah. Tak kan setiap orang yang kami jumpa perlu kami terangkan.

Kami suami isteri cuba menggembirakan anak bawa berjalan – jalan, walaupun tahu kesusahan yang akan kami hadap nak menghandle si anak. Kami tetap bawa anak makan di kedai, fikiran kami agar anak tetap merasa suasana meriahnya makan di kedai.

Tapi akhirnya kami jadi str3ss sendiri, anak munt4h, anak main air batu di dalam gelas, bila air batu tumpah di lantai anak akan kutip dan makan kembali. Sungguh kami rasa sedih, rasa yang tak dapat digambarkan. Kami cuba sedaya upaya menggembirakan anak, tapi hasilnya kami sendiri yang akan rasa str3ss sebab kadang – kadang tak terkawal per4ngai anak bila di luar.

Nasib si adik agak behave, setakat ini si adik boleh dikira normal. Tapi biasa la namanya budak, akalnya sentiasa ada. Kadang – kadang aku dan suami jadi tertanya adakah salah cara kami mendidik anak. Bila dimanja dipijak kepala, bila tegas anak member0ntak.

Jika ditanya soal redha kah kami dalam menerima situasi anak, cukup sekadar kami cuma ingin anak boleh menjaga dirinya sendiri saja. Biar la tak pandai mengira membaca, cukup sekadar anak dapat menguruskan aktiviti hariannya.

Hari hari kami kadang sangat memenatkan, balik kerja kami menghadapi ragam anak pula. Tak ikhlas ke aku dan suami? Terasa segalanya sulit. Terasa semuanya payah. Doakan aku dan suami ye semua. Doakan kami terus diberi kesabaran dalam membesarkan anak syurga aku. Maaf andai penulisan aku agak terabur. – Siti (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Syahirah Omar : Waktu anak autisme hyperaktif masih kecil adalah umur paling menguji kesabaran. Penat, give up, rasa tak faham sangat dah apa lagi perlu dibuat. Memang boleh hilang kewarasan diri. Kalau orang suruh sabar dan kuat pun, tak tahu celah mana lagi nak cari semua rasa tu. H4ng in there mama.

Saya tahu awak penat sangat. Semoga Allah. beri kekuatan, kesabaran dan ilham yang luar biasa untuk besarkan dia ya. Saya ada anak istimewa, 15 tahun umurnya sekarang. Alhamdulillah lebih mudah bila dah besar ni.

Mu’min Marjom : Kak. Penat rehat kak. Suaminya pun. Bila penat rehat. Saya pun ada anak istimewa. Nak belajar redho tu memang panjanggggg jalannya. Rasa guilty tu memang selalu lah. Selalu fikir, kat mana silapnya.

Kenapa ya boleh jadi macam ni? Nak betulkan keadaan, macam mana ya prosesnya? Tak payah sembang kari lah. Memang akan rasa punya. Rasa salah jalan didik anak. Rasa tak pandai didik anak. Helpless nya lah. Tapi tu lah. Slow slow kak. Belajar redho kak. Semoga yang terbaik kak untuk sekeluarga.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.