Sampai hospitaI bapak Iempang aku, seret masuk wad. Aku pelik siapa yg s4kit sampai aku kena t4mpar?

Aku ingat lagi, bapak bawak aku masuk wad. Ada sekujur tubuh yang dah berselimut. Siapa yang meninggaI? Kenapa aku plak yang kena pen4mpar. Rupanya sekali aku buka penutup kain, itu isteri aku. Bapak seret aku pergi tempat baby..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Tolong hide profile ni dan sebelum tu aku nak ucapkan takziah untuk isteri aku yang dah meninggaI dunia beberapa tahun yang lalu sebab nak lahirkan zuriat aku. Aku tak sengaja baca luahan isteri aku kat sini lepas aku buka fb dia.

Aku ada baca komen dari netizen yang pernah kecam arw4h isteri aku. Mereka kata, dia takde maru4h diri ke ape ke, tolong padamlah komen tu semua. Isteri aku dah takde dan semua ni bukan dia yang salah, aku yang salah.

Ya, dia mengandung sebelum aku kahwin dengan dia. Tapi masa tu memang aku sengaja nak buat dia tidur dengan aku. Dia sendiri pun tak sedar macam mana kejadian tu berlaku. Aku per4ngkap dia dan masa tu pun dia memang masih suci. Maafkan abang.

Izinkan aku luahkan apa yang terbuku, rasa sebak d4da, sesak nafas kalau aku tak luah. Aku tahu kalau luah pun nanti akan kena kecam, tapi lebih baik dari aku pendam. Biar aku kena marah, tapar sekali pun mungkin itu yang buat aku lega.

Aku kahwin dengan isteri aku di Thailand bukan sebab aku ada isteri lain  tapi sebab aku tak nak orang lain tahu yang aku ni dah buat anak orang ni mengandung. Maklumlah, kerja aku ni bagus dan aku memang dikenali sebagai pemuda yang baik di kalangan saud4ra mara, jiran dan rakan sekerja.

Arw4h isteri aku kerja di sebuah kedai makan dekat dengan rumah keluarga, jadi dia pun ramai juga orang kenal. Mak aku pun kenal dia sebab keluarga aku selalu jugak makan sini. Kami panggil dia ni adik. Sebelum ni kawan – kawan hanya tahu yang aku pernah ada tunang dan telah putvs tunang 3 tahun yang lalu.

Aku tak pernah ada pengganti sehinggalah aku jumpa isteri dan buat perkara terkutuk tu dekat dia. Memang ketika aku dapat tahu yang dia mengandung, aku terk3jut. Aku terus bincang dengan dia, aku pujuk dia untuk gugurkan kandungan tu.

Pada awalnya dia setuju, tapi selang sebulan dia call aku dan kata tak nak buang baby tu. Dia takut d0sa dan dah jatuh sayang. Kami bincanglah sekali lagi dan dia minta aku kahwin dengan dia untuk tutup aib dia. Dia tak sanggup mengandung dalam keadaan tak bersuami.

Dia tak sanggup nanti baby tu kena h1na sebab tak berbapa. Aku pun setuju tapi dengan syarat lepas baby tu lahir kami mesti bercerai. Aku pun tak nak family aku ni tahu kalau kami berkahwin. Aku dah kira – kira mungkin kurang dari setahun je aku perlu sorokkan hal ni dari pengetahuan keluarga dan kawan – kawan.

Lepas dari tu aku dah boleh jadi ‘bujang’ balik. Jadi aku buat keputvsan untuk ajak dia kahwin dekat Thailand, lepas tu aku daftarkan pula perkawinan kami dekat sini sebab arw4h isteri aku nak baby ni ada bapak. Lepas tu aku suruh dia tinggal kat flat dan aku tinggal dengan family aku.

Sekali sekali aku akan pergi sana untuk hantar keperluan dia tu. Memang dia nampak happy, dia selalu masak untuk aku. Dia layan aku macam aku ni suami yang sayang dia lah. Bila aku penat balik kerja, dia tolong urutkan aku.

Sesekali memang aku tidur dengan dia. Kadang – kadang masa dia tidur aku terfikir juga, patut ke aku ni buat dia macam ni? Tapi sebab hati aku dah tawar jadi aku pun berhenti nak berfikir. Aku layan dia biasa je, bukan macam seorang isteri layan suami tapi takde lah aku marah – marah macam suami t0ksik tu.

Aku layan dia macam kawan biasa, takde mesra – mesra macam tu. Sebab tu aku kata aku tawar hati sebab aku memang takde perasaan dekat dia pun waktu tu. Tapi sekarang aku baru sedar, itupun selepas dia takde. Saat aku pandang muka anak aku.

Aku baru rasa sayang dengan dia tapi memang lah dah lambat. Aku nak flashback sikit, masa aku tahu isteri aku meninggaI. Masa dah hujung – hujung isteri aku nak bersalin, memang aku sibuk dan aku dah cakap awal – awal dengan dia, segala urusan anak masa dia mengandung atau nak bersalin nanti dia kena buat sendiri.

Aku taknak kant0i orang lain nampak aku. Jadi isteri aku buat semua sendiri tapi aku duit semua aku bagi la untuk dia beli barang keperluan dia dan baby. Satu hari tu, mak aku call dan suruh aku datang dekat hospitaI. Dah bemacamlah yang bemain di minda aku ni.

Siapa yang s4kit? Adik beradik aku ke? Sampai hospitaI bapak aku terus bagi aku pen4mpar. Aku fikir ada sesiape family masuk hospitaI. Aku ingat lagi, bapak bawak aku masuk wad. Ada sekujur tubuh yang dah berselimut.

Siapa yang meninggaI? Kenapa aku plak yang kena pen4mpar. Rupanya sekali aku buka penutup kain tu, Allahu.. rasa jantung aku terhenti, d4rah tak mengalir, meremang bulu roma. Itu isteri aku. Korang dapat bayangkanlah macam mana rasanya.

Tiba – tiba bapak aku seret aku keluar, dia bawa aku pergi ke bilik baby. Dia tunjuk anak aku yang baru keluar tu. Aku tengok dari jauh. Nurse datang tanya nak azankan ke? Dia ada cerita serba sedikit pasal arw4h isteri aku, banyak hilang d4rah. Ada komplikasi masa lahirkan anak.

Nurse cakap lagi, mereka ada tanya tentang suami masa nak bersalin tapi isteri cakap suami kena outstation ke luar negara dan dia sebatang kara. M4kin jadilah penyesalan aku. Mak bapak aku marah sangat dengan aku. Adik perempuan aku pun kecam aku.

Dia kata, “macam mana along boleh buat macam ni dengan perempuan. Adik ni perempuan, kalau adik yang dibuat lelaki macam tu ape yang along buat?” Belum lagi mak aku, dia betul – betul kecewa dengan per4ngai aku ni.

Rupanya mak aku memang dah lama tengok isteri aku masa sebelum kami kahwin lagi. Waktu isteri mengandung dia masih kerja kedai makan tu, mak aku ada tolong dia. Mungkin naluri seorang mak, tapi tak sangka tu adalah menantu dia sendiri.

Mak aku pun sebenarnya memang ada niat nak jodohkan kami berdua. Lepas beberapa hari arw4h pergi, aku masih tak faham macam mana mak bapak aku ada dekat hospitaI. Mak bapak aku tak bagitahu apa – apa sebab dorang masih marah dekat aku.

Dorang layan aku nak tak nak je, kalau ada benda yang penting baru dorang cakap. Tapi adik perempuan aku memang marah betul, nampak kebencian dia dekat aku. Tapi anak aku memang dorang yang jaga dengan baik. Aku cuba kuatkan semangat tanya mak, macam mana dia boleh ada dekat hospitaI.

Aku kusut sebab asyik terfikir – fikir. Mak aku cakap, masa dah hujung isteri nak bersalin, dia ada tanya dekat isteri tentang persiapan bersalin. Mak aku perasan isteri aku dah tak seramah dulu. Mungkin arw4h rasa janggal sebab tu mak mertua dia tapi kena rahsiakan perkahwinan kami.

Ada satu hari tu, arw4h isteri aku yang datang jumpa mak aku. Dia cakap ada benda nak bagitahu. Dia keluarkan sampul surat panjang, dia bagi mak aku. Mak aku terk3jut sebab dalam tu ada sijil nikah dan ada beberapa keping gambar aku dan dia masa nikah dekat Thailand.

Mak kata, isteri aku menangis minta maaf, sebab kahwin dengan aku diam – diam. Dia tak bagi mak aku bagitahu aku. Panjang lagi la cerita dia tapi yang pasti arw4h bagitahu jugak yang aku buat syarat nak cerai lepas ada baby.

Entah la, aku nak menyesal pun tak guna, tapi sesekali bila tengok muka anak aku mesti terfikir balik semua memori tu. Aku dah dibagi isteri yang baik macam tu tapi aku tak sedar. Mana mana aku ni nak  pertanggungjawabkan semuanya kelak.

Adik.. abang minta maaf. Abang dah buat tak adil dengan adik masa adik hidup. Abang tak bagi adik masa untuk jadi isteri abang.. Selamat jalan bid4dariku.. Abang akan jaga baby kita ni. Muka baby sebijik muka abang, tapi bila dia senyum macam adik.

Luahan dari arw4h isteri sebelum meninggaI..

Saya menikah dengan husband sebab saya dah mengandung. Saya menyesal sebab dah buat perkara tu. Memang family saya pun tak dapat terima. Kami kahwin pun di Thailand sana. Suami saya bertanggungjawab dengan semua perbuatan dia tu.

Tapi pasal kami dah bernikah, dia tak nak keluarga dia tahu. Saya akur je lah, asalkan baby ni ade papa. Memang awal dulu masa tahu saya mengandung, saya dan suami nak buang baby ni. Tapi tiap kali baby ni nak dibuang saya selalu dapat mimpi didatangi arw4h – arw4h keluarga  yang dah meninggaI.

Mereka kecam saya macam – macam, jadi saya tak sanggup. Saya pujuk suami. Akhirnya susah payah kami pun dapat menikah. Masalah yang saya hadapi sekarang ni, saya harus bercerai dengan suami setelah baby lahir.

Suami minta tu dari saya. Memang kami berdua dulu takde pun rase cinta. Tapi setelah saya jalani hari – hari dengan dia, rase sayang dan cinta saya tumbuh. Tapi saya tak tahu macam mane dengan suami. Dia layan saya macam biasa je, kami tak duduk serumah, dia duduk dengan keluarga dia dan dia suruh saya duduk rumah flat yang dia bayar sewa.

Sebab tu saya boleh jatuh sayang dekat dia sebab dia masih jalankan tanggungjawab sediakan tempat tinggal, belikan keperluan saya nak makan, bagi duit untuk beli barang baby. Saya nak tanya, macam mane saya nak pert4hankan pernikahan saya ni? Sebab saya dah mula sayangkan suami tapi suami memang nak cerai setelah baby lahir.

Komen Warganet :

Ishak Sheikh Omar : Aku baru kehilangan isteri, dalam 6 hari macam tu. Dari sihat sampai s4kit aku jaga. Dari badan tip top sampailah kurus. Aku sangat bersyukur dapat bersama arw4h isteri aku. Masa dia s4kit, setiap sujud terakhir aku minta kesembuhan, namun Allah lagi sayang dia.

Sekarang doa sujud terakhir aku untuk kesejahteraan dia di sana. Hargailah mereka yang bergelar isteri, terutama yang serasi dan baik terhadap kita. Doakanlah dia agar mendapat tempat di syurga. Dan untuk kau pula, jangan hangat – hangat t4ik ayam je. Masa tulis je semangat, menyesal. Semoga kita semua menjadi h4mba Allah yang beriman. Amin.

Juraidah Mat Nayan : Rasa macam pernah terbaca pasal luahan isteri dia ni. Yang kata kena bercerai dengan suami lepas bersalin. Ramai juga yang kecam arw4h kata takde maru4h la bagai sebab serah tubuh walau tak cinta. Semoga diampun d0sa arw4h dan  juga orang – orang yang kecam tanpa tahu pucuk pangkal cerita tu. Semoga arw4h di tempatkan di kalangan para solihin. .Alfatihah..

Eyra Koshka : Kesiannye dekat anak awak, keluar lihat dunia tak dapat tengok ibu dia. Ya Allah rasa nak menanggis. Selalunya lepas keluar je baby dari perut kita terus nurse letakkan dekat d4da ibu. Macam mane baby nie lahir tak sempat rasa degup jantung ibu dia.

Macam – macam saya fikir pasal baby tu. Sekarang ni awak jagalah anak awak sebaik mungkin, jadi ibu dan ayah yang baik, beri kasih sayang sepenuhnya. Semoga arw4h berada di kalangan orang yang baik – baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?