Madu sanggup terima syarat kalau nak kongsi suami tapi lepas 6 bulan mereka bercerai

Siapalah saya nak halang suami kahwin lagi sebab saya tahu dia memang mampu. Saya setuju pinangkan perempuan tu tapi sebelum tu saya bagi 6 syarat. Gatal nak kahwin sangat, perempuan tu setuju je tapi tak sampai 6 bulan tengok – tengok suami dah ceraikan madu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Saya saje nak kongsi kisah dekat sini. Masa saya anak 2 orang, saya memang tak kerja, suri rumah sepenuh masa, hanya suami bekerja. Biasalah dah jadi surirumah, kadang – kadang kita penat urus rumah, penat em0si lebihnya sebab kena urus anak 2 orang macam urus 3 orang sebab kadang – kadang suami pun nak memanjakan.

Tup tup suami luah hasrat nak kahwin sorang lagi, memang saya tak menghalang poIigami tapi agak sedih juga la bila suami sempat bermain cinta dengan orang lain sedangkan kita kat rumah sepenuh hati menjaga setiap keperluan dia.

Entahlah, suami memang mampu dari segala segi. Rumah, kereta, dia letak atas nama saya, hadiah kahwin katanya. Jadi  siapa saya untuk menghalang jika dia mampu. Nak dijadikan cerita, selepas 2 bulan saya memendam rasa, saya pun setuju untuk pinangkan perempuan tu untuk suami.

Maka pergiIah kami rombongan meminang. Saya tak nafikan memang cantik sangat orangnya, putih, lemah lembut. Semasa perbincangan saya ada membuka syarat pada bakal madu saya. Awalnya saya ucapkan terima kasih sebab mahu berkongsi dan meringankan tanggugjawab saya sebagai isteri.

Bakal madu macam agak pelik bila saya cakap macam tu. Saya kata saya terima awak sebagai madu saya tapi ada beberapa ” hak” yang awak tak boleh ungkit atau sentuh atau meminta. Dia pun cakap okey je, ye lah orang tengah gatal sangat nak kahwin kan, okey je lah kan.

Jadi saya nyatakan syarat  yang pertama, saya jelaskan saya mempunyai 2 orang anak, keduanya perempuan dan anak tersebut berbintikan suami saya. Saya serahkan jagaan anak di bawah bakal madu. Saya sendiri tak pernah berbulan madu berdua dengan suami, jadi untuk “bulan madu” korang, harus bawa anak – anak sekali.

Untuk pengetahuan semua, masa di awal perkahwinan, kami suami isteri hidup susah, sangat susah sampai takde duit pun nak pergi berbulan madu. Kalau nak bercuti atau ke mana – mana memang harus bawa anak – anak.

Ini sebab suami jarang bawa saya untuk becuti. Syarat yang kedua, apa saja suami belikan untuk bakal madu, suami perlu adakan untuk saya juga. Untuk syarat yang ketiga, hak bermalam adalah sama rata, tak kira sama ada madu tengah mengandung alah teruk atau tak.

Kena pandai jaga diri masing – masing. Sekiranya suami di rumah saya jangan sesekali panggil untuk pulang. Yang keempat, harta madu dan hak madu saya tak akan kacau tetapi jangan pertikaikan hak saya. Syarat kelima, giliran ketika raya, raya pertama di rumah suami, kedua di rumah saya dan seterusnya baru di rumah madu.

Dan untuk syarat yang terakhir, wang hantaran hanya 7 ribu, tiada lebih tiada kurang. Keluarga bakal madu tanya saya kenapa anak – anak kami kena madu yang jaga, bukan saya sendiri. Saya jawab, anak tersebut anak suami, kalau dia nak suami saya maka dia kena terima anak saya.

Suami kena tahu bakal isteri dia hanya terima dia saja atau satu keluarganya. Jika mahu berkongsi, maka kongsi semuanya. Sekarang giliran bakal madu untuk jaga anak suami. Bulan  berikutnya suami nikah, seronok dia dapat bini baru, anak d4ra lagi tapi sayang hanya bertahan 6 bulan je.

Saya tak doa benda yang tak baik pun malah saya selalu doakan suami sentiasa adil dan dimurahkan rezeki. Bila giliran rumah saya, suami balik mengadu hal madu. Dia ingat saya nak dengar, saya buat tak tahu. Siapa suruh dia yang cari peny4kit.

Dia mengadu yang madu selalu mengeluh penat jaga anak, dengan kena kerja lagi. Sampai terkejar – kejar nak hantar anak ke sekolah bagai, nak kena masak la. Akhirnya mereka selalu berg4duh. Katanya selama dia kahwin dengan saya, tak pernah saya nak berg4duh dengan dia.

Elok la tu, dah bertemu buku dengan ruas. Bukan salah saya kan, dia yang nak kahwin. Anak – anak saya madu jaga dengan baik alhamdulillah. Dari segi pngurusan sekolah, makan minum tapi em0si diorang selalu la kene marah tapi belom tahap naik tangan.

Suami kata madu tak mahu jaga anak – anak sebab bukan anak dia, nak berjalan dating berdua pun susah. Nak luangkan masa bersama pun tak boleh. Saya jawab, dulu kita pergi mana – mana elok je kita bawa anak – anak. Takde masalah pun. Anak awak kan, suami diam.

Tak lama lepas tu, suami ceraikan madu sebab dah tak tahan dengan kerenah madu dan keluarga mertuanya yang meminta macam – macam. Contoh macam kereta, rumah untuk menjamin hak anak mereka. Suami saya memang mampu tapi kalau minta yang lebihnya orang lain, dia pun rungsing.

Saya tanya kenapa balik pada saya, kenapa bukan lepaskan saya? Dia cuma jawab, mungkin yang kedua adalah kerana nafsu, yang pertama adalah segalanya. Apapun saya dengan madu masih berhubung, kami okey je sebenarnya.

Mungkin dia tak tahan untuk jaga anak yang bukan ank dia je. Maaf panjang sangat saya bercerita, terima kasih kalau sudi membaca, kalau nak lukis takut tak cukup kertas plak.

Komen Warganet :

Noridah : Kadang – kadang kita tak k3jam pun dengan bakal madu tapi kita risau suami tak mampu untuk adil. Layanan berubah bila ada orang ketiga. Walaupun kita da bincang syarat sebelum kahwin, bila da kahwin tak ikut macam apa yang kita nak.

Tapi suami tt ni nasib baik ok ikut syarat – syarat yang diberikan. Paling menakutkan madu yang batu api dan boleh menyebabkan pertelingkahan hubungan suami dan isteri. Suka buat cerita burukkan isteri sorang lagi dan lain – lain.

Saya hampir dimadukan tapi suami tengok per4ngai bakal madu lain macam. Mereka tak kahwin lagi kami suami isteri asyik g4duh sebab pihak sana suka buat cerita burukkan saya. Masa bercinta pun suka call suami tengah – tengah malam tanya dok mana. Dia cemburu jika suami dok dengan saya padahal diorng pun belum kahwin. Aih.. Last – last laki i yang tinggal dia.

Fasha reena : Baru dia rasa haaaa.. Dulu susah isteri sanggup susah senang sama – sama la ni dah senang teruih nak pasang 2 – 3 naaaaa. Kalau saya lah 16 ratos syarat saya bagi. Take it or leave it! Ewah – ewah sedap – sedap kau jek eh orang laki tu dah senang tau nak rembat laki orang jer. Kalau nak sangat, susah sama – sama lah dah senang baru sama – sama jugak. Ni nak time laki orang tu berharta jer.

Norshila : Jangan sedap nak cuci kaki. Nak amik hak orang. Orang tu dah bersusah payah dah bersuka duka harungi bersama. Cantik muka. Bagus Puan.. berfikiran tak melulu. Kuat kesabaran Puan. Moga suami Puan buka balik pintu hati dan fikir sewaras – warasnya untuk tunaikan hasrat sebelah sana.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.