Saya ambil sikit roti canai anak, tapi suami Iarang suruh saya makan roti canai pagi tadi yang tak habis

Saya ambik sikit roti canai anak saya, suami Iarang dia suruh saya makan roti canai pagi tadi yang kebetulan ade seker4t lagi yang tak habis. Sedihnya saya, saya letak balik roti tu, saya ambik roti pagi tadi, makan jugak 2,3 suap. Tak habis lagi saya bangun terus buang, buat air susu supaya tak lapar sangat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Minta hidekan ye profile saya. Saya hanya nak luahkan rasa betapa sedihnya hati ni. Kisah ini berlaku lepas saya balik dari ambik mak dekat hospitaI. Suami singgah untuk beli roti canai, suami beli cukup – cukup untuk semua kecuali untuk saya sebab saya cakap, saya tak nak sebab ingat nanti nak makan nasi. Bila sampai rumah anak kedua saya tak nak makan dah sebab mengantuk sangat dan terus tido.

Lepas hidang bagi semua makan saya pun duduk nak makan sambil dukung baby 7 bulan saya, Saya ambik sikit roti canai anak saya, suami Iarang dia suruh saya makan roti canai pagi tadi yang kebetulan ade seker4t lagi yang tak habis. Saya cakap kat suami, anakkan tido tak bangun dah, dia kata nak bagi anak makan esok pagi.

Saya kata esok carik la yang baru tapi dia tetap suruh saya makan yang pagi tadi punye. Kemudian saya cakap lagi, saya ambik sikit je ha tak sampai separuh roti tu, lepastu dia cakap apa la saya ni dengan anak pun tak nak mengalah berkira.

Sedihnya saya, saya letak balik roti tu, saya ambik roti pagi tadi, makan jugak 2,3 suap. Tak habis lagi saya bangun terus buang, buat air susu supaya tak lapar sangat.

Nak makan nasi dah tak ade perasaan terus saya masuk bilik tidurkan baby saya. Sedihnye saya. Saya nak makan sikit je, bukan nak habiskan. Sampai hati suami, dah la pakai duit saya beli roti tu, pastu saya siap hidangkan, saya nak sikit je bukan nak banyakkkk. Dah letak dalam pinggan punnn.

Saya teringat masa saya budak – budak dulu, dalam kereta masa perjalanan balik dari jalan – jalan ke KL pergi dengan abang dan kak ipar, kak ipar beli KFC tak bagi pun kat saya. Saya sedih saya menangis diam – diam, mengalir air mata duduk tepi tingkap sambil pandang kat luar.

Tadi kena dengan suami sendiri pulak sedih sangat rasa sampai ke tulang perasaannya.

Komen Warganet :

Mariam’s Closet : Ya allah sedihnya saya baca, bertabahlah sis, lebih baik bawa suami berbincang bagitau dia apa yang sis rasa jangan pend4m, bawa bincang biar dia tau apa isi hati sis. Ataupun sms je kat dia biar segala perasaan boleh terluah, saya selalu kalau ada yang puas hati dengan suami atau s4kit hati saya sms je atau watsap sebab kalau langsung bercakap kita tak habis lagi dia dah pot0ng so baik guna sms / watsap.

Semoga Allah beri kegembiraan dengan hati sis dan sekeluarga, saya faham sangat perasaan sis tu. Masa puasa haritu suami saya bawa nasi beriani dari masjid 3 tapau dia bagi anak dia satu, dia makan satu dan dia bagi saya satu tapi sebab saya dah makan nasi biasa dengan lauk ikan goreng jadi saya letak nasi beriani tu kat peti sejuk sebab niat sahur nak makan tu. Eh sekali saya bangun subuh tu nak makan anak dia dah habiskan. Sedih sampai sekarang tak boleh lupa (maklumlah masa tu saya mengidam preg 3 bulan tak silap) tapi saya pujuk hati biar tenang. Moga suami kita semua lebih memahami perasaan kita aamiin

Aimie Marlissa : Sump4h aku tak suka lelaki jenis macam ni. Tekak dia bini kena jaga tapi tekak bini langsung tak reti nak jaga Ni bukan soal duit, bukan soal boleh beli sendiri atau sebagainya. Ini soal layanan suami pada isteri, boleh je esok bini tu goreng cekodok ke kat anak. Cara layan isteri tu aku tak boleh terima seolah – olah h1na sangat. Semoga puan tabah. Ingat guys hati isteri juga perlu dijaga dan dikasihi.

Noor Fazilah Mustaffa : Kalau bab makan ni memang sensitif wei. Siap dah pegang makanan, orang cakap macam tu. Sebab tu bila masak makanan, memang asingkan siap – siap kalau nak simpan untuk sesiapa .

Wahida Bayazeid : Roti canai 80 sen je kot, apa punya laki. Laki awak sama mcm ex laki adik saya, tak guna. Ex husb adik saya lagi teruk, tinggalkan adik saya pi kerja (kononya kerja padahal lepak mamak). Tak tinggalkan se sen duit, kat dapur sebiji beras pun, gas tak ade, megi tak ade. Adik saya dah la mengandung 7 bulan anak sulung plak tu, kelaparan dari malam sampai ke petang tak makan – makan. Sekali adik pegi rumah mak ngah laki dia, berharap mak ngah tu tanya adik saya dah makan ke belum. Nasib baik la mak ngah dia faham, tak payah tanya – tanya banyak terus adik saya dia suruh makan. Nasib baik juga sekarang mereka dah bercerai.

Yeni Melina : Aku cukup tak suka kalau bab makan ade orang Iarang – Iarang. Benda boleh beli lain kot. Sabarlah sis, sis duduk mana? Meh saya tolong belikan roti untuk sis, lepas tu makan depan suami sis.

Izz Izzie : Kalau saya, ambik jer terus masuk mulut. Suami marah, cakap balik, abang makanan ni boleh dicari ganti, perut saya tengah lapar. Tak makan nanti dapat s4kit. Yang s4kit badan saya, bukannya badan abang. Esok pagi cerita lain gi cari roti canai panas – panas. Dah kenapa suami tu kedekut sangat. Saya ada masa berkeras, ada masa berlembut dengan suami. Tengok situasi.

Apa kata anda?