Saya balik kerja, penat tapi tetap kena masak untuk suami. Lepas masak tertidur dengar suami bebel, ada semut dekat lauk

Saya dekat rumah tungtang tungtang dekat dapur sorang – sorang memasak, suami sibuk dengan hobi. PukuI 10.30 saya terjaga dan ketika itu suami membebel sebab ada semut dekat lauk dinner tadi dan salahkan saya sebab saya tak lap meja..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Hari ni, tengah malam, saya baru terjaga dari lelap. Penat, lelah, tawar hati, putus asa. Hari ni selepas subuh saya keluar rumah untuk bekerja dan pulang sampai ke rumah sejam sebelum azan maghrib.

Sampai rumah, rehat sekejap dalam beberapa minit dan pergi dapur untuk masak sediakan makan malam. Sambil – sambil memasak, saya basuh perkakas dapur yang digunakan, lap – lap dapur sebab dek percikan minyak masak.

Siap masak dalam pukuI 8.30pm dan habis makan pula lebih kurang 9pm. Habis makan saya rehat – rehat dan terlelap. PukuI 10.30pm saya terjaga dan ketika itu suami membebel sebab ada semut dekat lauk dinner tadi dan salahkan saya sebab saya tak lap meja.

Saya mamai lagi terjaga dari lena yang penat bekerja, terus kena bebel. Saya bangun terus iron baju kerja dan semestinya saya diam je dan suami saya ingatkan yang saya marah dia. Saya dah habis energy nak berg4duh pasal benda remeh.

Lepas siap iron baju, saya terus masuk bilik sementara suami keluar rumah mungkin jumpa kawan. Suami saya ada hobi keluar bawa motor dengan kawan – kawan. Waktu saya tengah memasak, husband pergi rumah kawan sebab nak sembang pasal motor (husband bawak sport rim motor dia of course topik lepak pasal motor).

Saya dekat rumah tungtang tungtang dekat dapur sorang – sorang memasak tanpa sikit bantuan dari suami. Suami lagi pentingkan motor, yang dia tahu balik rumah makanan dah siap masak. Suami hanya makan sambil tengok bola.

Rumah sewa kami saya tolong husband bayar RM450 setiap bulan. Kami takde pilihan rumah yang lebih murah sebab dua – dua kerja KL dan terp4ksa menyewa rumah dekat KL. Kalau ada hari saya malas masak, saya ajak suami makan dekat luar tapi bayar makanan separuh – separuh, bil tu kami bahagi dua.

Saya kena contribute bayar makan walaupun gaji saya hujung bulan sedangkan suami dah dapat gaji pada 19th hari tu. Saya tak berbunyi pun sebab malas g4duh. Kalau part barang motor, mahal macam mana pun, suami akan beli asalkan dia happy.

Tapi pasal saya, suami sampai berkira macam tu. Sedih saya rasa. Tahun ni, mungkin rumah yang suami beli akan siap, bulanan kena bayar bank RM1.3k. Suami minta saya bayar separuh rumah dia, patut ke? Sebenarnya saya penat dalam perkahwinan ni.

Seriously saya rasa macam orang gaji semata – mata. Kami pernah g4duh pasal hal kerja rumah, sampaikan saya keluarkan statement, “kalau tahu kahwin penat macam ni, saya rela tak kahwin”. Saya penat. Bab kerja rumah tak payah cakap lah, kalau saya nak cerita kena ada lagi satu confession.

Saya betul – betul penat dengan perkahwinana macam ni. Saya sampai ada terfikir yang saya nak bercerai je, tak nak ada lelaki macam ni. Saya penat. Lelaki yang tak ready nak kahwin maksudnya tak pandai nak tolong isteri buat kerja rumah dan masih tak boleh tinggalkan hobi masa bujang, kenapa korang kahwin ye?

Sebab kawan – kawan dah kahwin, jadi korang pun nak kahwin jugak? Sorry lah soalan agak kasar tapi saya tertanya – tanya. Sebab saya isteri yang dapat suami macam tu, seriously penat. Sebelum kahwin saya bagitahu suami yang saya nak kami sama – sama boleh buat kerja rumah dan of course dia iyaa kan saje sebab nak kahwin kan.

Kalau masa tu dia cakap no, memang tidaklah saya nak kahwin dengan dia. Walau saya penat macam ni, takde pun suami tanya okay ke tak? Kerja okay ke tak? Takde pun effort nak layan saya pergi spa ke ape. Yang suami tahu nak beli motor sampai pinjam duit kawan dan nak tambah spare part motor yang harga ratus – ratus.

Saya kahwin dah nak setahun dan belum ada rezeki mengandung lagi dan saya rasa saya tak mampu nak ada anak kalau situation macam ni. Macam mana nak ikhlaskan hati dan berlapang d4da untuk situation macam ni. Saya tahu kahwin ni ladang pahala kalau kita ikhlas buat untuk suami tapi sekarang pun tak mampu nak ikhlas dah.

Saya just type confession ni sebab nak luahkan apa yang saya rasa je. Saya tak nak ikut kan emosi berg4duh dengan suami sebelum tidur. Macam mana geram pun, dia tetap suami saya yang saya kena hormat. Kesiankan jadi seorang isteri. Saya physically exhausted so effect sekali emosi. Kalau ada apa – apa suggestions, feel free to share. Thank you everyone sudi baca confession ni. – Almost give up wife (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mazni Sukardi : Suami yang sayang isterinya dia akan jaga emosi isterinya (bagi nafkah, keperluan keluarga diutamakan, bertolak-ansur, bekerjasama, ….). Cuba tanya suami, dia sayang tak kamu? Kalau benar sayang dia akan berubah.

Kalau sekadar cakap sayang tapi tak berubah, kamu hanya sekadar bergelar isteri. Kalau mampu bersabar, bersabarlah dan berdoalah suatu hari dia akan berubah (entah bila). Kalau dah tak mampu bersabar mintalah petunjuk dari jalan Allah jalan keluar yang terbaik untuk kamu.

Lyana Aziz : Tipikal lelaki meleis. Sis.. Biar g4duh tunggang terbalik rumah, jangan sekali – kali bayar duit rumah. Itu nafkah yang wajib suami sedia. Kalau dia tak mampu, pandai – pandaila dia jual barang motor dia. As for kerja rumah, kalau letih jangan buat. Jangan masak.

Sebelum balik rumah makan siap – siap. Sis kerja. Kerja – kerja lain macam iron baju kemas basuh baju semua settle weekends. Kalau rajin masak lauk siap – siap untuk 1 week dan frozenkan.

Azra Azhar : Lelaki, kalau dia belum faham agama, belum boleh tinggalkan hobi, belum boleh bagi nafkah penuh dekat isteri, belum tahu mana penting mana tak, belum boleh fikir cara yang betul. Tu maksudnya dia belum patut ada isteri. Belum patut berkahwin. Belum boleh mempunyai anak.

Yang perempuan, tak payah la nak fikir suami tu kena taat, kena patuh sedangkan kau tu tak di layan sebagai seorang isteri. Cukup – cukup la dok fikir yang suami aku akan berubah, suami aku ada side yang baik, suami aku gitu gini.

Rumah tangga ni kena ada 2 side. It takes 2 to tango. Kalau rasa semua kau sorang – sorang, sementara kau memang keseorangan (read: tak ada anak) kau angkat lah kaki, cari lah kebahagiaan kau sendiri dulu. Kau adalah apa yang kau attract.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.