Saya belikan set gaming supaya suami dapat cari duit tapi rupanya dia cari madu utk saya

Masa PKP suami saya kena buang kerja, saya belikan motor supaya dapat jadi rider tapi sekejap je. Macam – macam alasan dia bagi. Kemudian saya belikan set gaming supaya dia dapat jadi streamer game. Tapi lain plak jadinya bila dia jumpa dengan bakal madu saya dalam game..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan confessions saya. Saya perkenalkan diri sebagai Kim, bukan nama sebenar. Sejak akhir – akhir ni banyak confessions tentang hubungan dengan suami orang dan ada juga komen – komen yang bangga bergeIar menjadi perempuan simpanan.

Jadi saya nak share kisah saya yang juga merupakan seorang isteri yang melalui pengalaman pahit ini. Suami saya merupakan gamer tegar (sebelum kahwin bukan gamer). Kami dah bernikah hampir 10 tahun. Suami mula bermain game sejak kelahiran anak pertama.

Semasa mengandung anak ketiga suami berjanji akan jual set pc gaming harga ribuan ringgit. Setelah melahirkan anak ketiga suami tunaikan janji dan jual game. Hidup kami aman seketika. Tiba – tiba PKP bermula, suami telah dibuang kerja.

Suami merupakan seorang eksekutif di sebuah syarik4t swasta dan saya pula merupakan seorang pegawai kanan kerajaan. Saya simpati dengan suami dan membelikan sebuah motosikal dan membayar modal untuk membuat servis penghantaran makanan.

Tapi semua bertahan sekejap saja. Beliau mula merungut tiada order masuk dan sebagainya. Saya mencadangkan suami menjadi streamer game dan membantu beliau membeli set pc gaming baru. Saya mengharapkan pulangan atas pelaburan saya ini.

Sementara itu komitmen bulanan semua memang saya yang bayar. Saya juga membuat pinjaman peribadi untuk suami kerana kasihan disebabkan interest rate bank tinggi bagi pekerja swasta berbanding penjawat awam. Jadi semua komitmen di atas nama saya.

Awal tahun ini saya ada mencarikan pekerjaan untuk suami dan alhamdulillah dapat. Semuanya kelihatan normal dan baik. Saya kemudian disahkan hamil, alhamdulillah rezeki lagi Allah nak bagi. Walaupon dalam kepala otak berfikir macam mana saya nak cari duit lebih sebab komitmen bakal bertambah.

Gaji suami sekarang seribu lebih. Saya berbincang dengan suami untuk ambil pembantu rumah je disebabkan yuran taska saja hampir mencecah RM1500 sebulan. Suami dalam nada bergurau dia cakap baik cari madu boleh jaga anak kemas rumah.

Saya gelak saja tanpa saya sangka beliau dah ada perancangan ke arah itu. Satu pagi saya buka handphone beliau sebab nak order barang dan saya terjumpa whatsapp beliau dengan kekasih beliau. Perempuan tu bernama Bunga (bukan nama sebenar).

Mereka berkenalan melalui online gaming Lifeafter. Suami ajak Bunga berkahwin. Suami dalam diam merancang untuk bertemu dengan Bunga lepas PKP habis. Layanan suami saya pada Bunga memang berbeza dengan saya. Dengan saya asyik marah, b3ngis tapi dengan Bunga bukan main sweet.

Saya berdepan dengan suami. Dia kata, ya.. dia nak kahwin lagi. Saya bagitau pada ipar duai saya supaya nasihatkan suami. Tapi sedihnya tiada siapa yang berani menegur. Saya cuba selamatkan perkahwinan ini. Saya cuba jadi lebih cantik, s3ksi dan menawan di mata suami.

Tapi suami dah tak nampak saya. Saya whatsapp Bunga dan dia minta maaf dan mohon undur diri. Suami pon kononnya menyesal akan perbuatannnya. Saya b0doh percayakan kedua – dua beruk ni. Rupa – rupanya mereka masih lagi berhubungan.

Chat Iucah – Iucah. Saya akhirnya mengalah. Daripada biarkan suami dan bunga terus bergelumang d0sa saya izinkan suami berkahwin lain. Suami menceritakan pada saya Bunga merupakan perempuan yang telah terIanjur dan ditinggalkan bekas kekasih.

Saya simpati dengan Bunga. Saya membaca banyak artikel yang baik – baik saja tentang poligami. Tapi Bunga tak nak bermadu dengan saya dan suami berjanji menamatkan hubungan dengan Bunga. Seperti biasa mereka masih bercinta dan Bunga m4kin berani hantar gambar b**** pada suami saya.

Suami juga beritahu saya beliau sedih Bunga tak nak berkahwin dengan beliau. Akhirnya saya sedar diri. Sebenarnya saya lah orang ketiga dalam hubungan mereka. Suami tak akan melupakan Bunga sebab Bunga soulmate dia, sehati sejiwa paham jiwa gamer dia tapi saya asyik bising sebab suami jarang bantu membuat kerja rumah.

Saya rasa perkahwinan kami penuh dengan t0ksik. Saya ambil keputvsan untuk bercerai. Biarlah mereka bercengkerama. Saya dah malas nak ambil tahu. Doakan urusan perceraian kami dipermudahkan. Doakan saya sihat dan kuat untuk jaga anak – anak dan bayi yang bakal lahir nanti.

Kepada Bunga tahniah sebabkan meruntvhkan masjid kami. Moga Allah memberi baIasan yang seadil – adilnya kepada kalian berdua. – Kim (Bukan nama sebenar)

Ann Ecru : Helok latu.. dua – dua tengah angau kan. Belum ada anak. Memang la memasing faham. Jiwa gamer. Kau tunggu si bunga tu beranak pinak. Esok lusa si jantan tu cari lain pulak dari bunga wangi nanti jadi bunga taik ayam.

Lepas tu jantan tu repeat sampai abg jamil m4mpus. Buat sis.. jaga diri.. jaga anak – anak. Awak kuat, kalau saya m4mpus dah 2 ekor tu kena tet4k. Cari bahagia sis. Sometimes lagi bahagia bila tak ada suami. Nak keluar ke mana – mana takyah nak mintak izin bagai.

Balik rumah tak perlu serabut tengok muka biawak. Hidup dengan anak – anak je dan please jangan rujuk dah. Please free yourself from burden. Be strong. Ingat Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Niki Suhaini Lee : Lepas cerai tolong bawak anak jauh – jauh dan tukar semua no tel dan mintak tukar lokasi tempat keja awak. Duduk jauh sikit dari bekas biawak tu. Ambil semua barang atau benda yang modal awak dah kuarkan.

Jangan tinggal satu pun kat dia. Kalau pun awak tak pakai sila jual benda – benda tu semua buat cover loan dan untuk bakal baby nanti. Jangan baik hati sangat kalau dia kata dia nak guna ke apa suh dia carik usaha sendiri.

Kena ajar sedar diri sikit biawak macam ni. Minta sokongan family awak untuk berkeras skit demi anak – anak. Hal mereka jangan masuk campur lagi awak buat hal awak dan anak – anak je. Jaga diri sendiri.

Nur Cahya : Dik, kau kena bangga kerana telah melepaskan biawak tak sedar diri. Nanti Bunga rasakan lebih teruk dari apa yang kau rasakan. Si curang eloklah bersama penz1na yang konon ditinggal kekasih. Sekufu dah tu. Lelaki ketika memik4t perempuan dengungnya seperti siulan burung.

Dah dapat nanti seperti ia tak ubah buaya membahan b4ngkai, tiada lagi r0mantis dan caring bagai. Dunia sering ditipu dengan bisikan cinta dari sinetron. Hakik4tnya tahukah kita bahawa cinta adalah bah4ya yang lekas pudar.

Kuatkan semangat dan bergembiralah, bulan menantimu di hujung langit, senyumlah. Sinar kan ada di mana – mana. Semoga Allah memberi rahmatNya meIimpah ruah buat adik dan anak – anak.

Zulhilmi Jol Hassan : Hi confessor. Lelaki yang tak guna bila dah tiada hati memang tidak akan nampak isterinya, pada matanya cuma nampak perempuan simpanan jaIangnya saja. Yang buruk semua pada isterinya, yang baik semua pada perempuan simpanannya.

Semoga suami dan perempuan jaIangnya dapat baIasan setimpal atas apa mereka lakukan pada awak dan anak – anak. Moga awak terus tabah dan semoga urusan penceraian dipermudahkan. Awak dan anak – anak berhak dapatkan kehidupan bahagia, bebas dari lelaki tak guna dan gangguan perempuan jalang tu.

Cuma nanti awak kena tuntut nafkah anak – anak dari suami. Dapatkan perintah dari mahkahmah. Jangan bagi dia peluang untuk culas dari laksana tanggungjawab sebagai ayah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?