Saya berkawan dengan seorang Ustaz, suami orang. Mama sangat anti. Mama takut saya jadi bini nombor 2 sebab mama pun hidup bermadu. Mama nekad hubungi isteri ustaz dan ceritakan segalanya. Paling tak sangka mama ‘melamar’ lelaki lain untuk kahwin dengan saya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum sahabat semua. Saya berasal dari family yang agak alim dan ilmiah. Kalau bab solat, pakaian dan pelajaran memang mama abah pentingkan. Saya berlatar belakang sekolah agama sejak tingkatan 1 yang mana pelajarnya emua perempuan.
Jadi pergaulan saya dengan lelaki memang agak terbatas dan saya sangat ‘penyegan’. Saya bukan jenis yang mudah berbual – bual dengan kenalan lelaki, walaupun rakan sekelas. Biasanya kalau bercakap hanya waktu study group, assignment brkumpulan atau tentang pelajaran.
Saya mempunyai seorang rakan lelaki yang agak istimewa. Saya kenal waktu sekolah form 4 mlalui seorang kenalan. Kenal secara kebetulan. Dia sangat caring dan sangat supportive. Bagi saya, dia agak special. Tapi kami berkawan bukan macam kapel yang lain.
Setahun hanya beberapa kali berjumpa. Tu pun keluar makan. Dia kerja jauh di pantai timur dan saya masih belajar di UIA. Dia sangat baik, selalu sokong saya dalam ape jua keadaan. Kadang – kadang dia teman saya study malam – malam atau hujung minggu (melalui sms).
Waktu tu saya belum ada wassap dan kawan saya tu takde fb. Waktu saya exam, saya mintak dia bacakan yaasin untuk mudahkan saya menjawab exam. Kadang – kadang dia akan buat solat hajat untuk saya supaya mudah belajar, siapkan assigment dan sebagainya.
Dia selalu bagi nasihat, mintak saya jaga diri di tempat orang. Waktu final year, final sem, saya kat rumah. Buat dissertation untuk fyp. Waktu tu hubungan saya dengan dia terputvs. Sebab mama tak restu. Saya bukan jenis memilih rupa, jauh lagi harta. Saya menilai seseorang berdasarkan karektor.
Tapi mama kata, taraf kami berbeza. Dia tak berpelajaran, hanya setakat tingkatan 4 dan terus kerja. Agamanya tak seberapa, banyak benda bab – bab agama dia akan tanya pada saya. Malah abang – abang dan kakak – kakak sangat membantah. Mereka kata kami tak sekufu. Latar belakang dia orang biasa – biasa.
Mak ayah kerja kampung. Sedang keluarga kami keluarga ilmiah. Mama seorang guru dan abah pula seorang pesyarah. 9 orang adik beradik saya semua berpelajaran dan masuk universiti. Waktu tu. saya sangat sedih. Hati saya h4ncur.
Disebabkan keluarga saya tak setuju, saya banyak buat ‘per4ngai’. Saya tak pernah bagitahu dia yang keluarga saya tak suka. Saya tak nak burukkan family depan orang luar. Apa yang saya buat, saya cuba carik alasan utk putvskan hubungan.
Saya tak angkat fon, tak baIas sms. Saya cakap saya str3ss buat tesis. Akhirnya saya tipu, cakap saya tak ada hati dah dengan dia. Saya cakap saya nak hidup sorang tanpa dia. Sedangkan setiap malam saya akan menangis, menangis dan menangis sebab saya sangat sedih terp4ksa buat macam ni. Saya terp4ksa.
Demi mama yang menjaga syurga saya. 3 bulan pertama dia masih contact saya sebab tak boleh move on. Dalam 3 bulan tu jugak saya tak baIas apa – apa Sampai dia dah penat cari saya, dia dah tak hubungi saya lagi.
Alhamdulillah, keputvsan fyp saya okay. 4 tahun di uia, saya grad dengan cemerlang, best student kuliyyah, best student cocu course. Setiap sem saya dapat deanlist, jadi saya grad dengan Rector list. Mama dan abah sangat bangga tapi saya hanya mampu senyum.
Sebab saya tahu. Hanya 10% disebabkan usaha saya. 90% lagi saya berjaya sebab doa – doa orang sekeliling. Termasuk doa mama abah dan mungkin doa dari dia. Habis sem akhir, sebenarnya saya join abang buat bisnes.
Meniaga online, sambil – sambil tu saya ambik upah buat akaunting untuk bisnes abang saya tu. Walaupun saya bukan course akaun tapi saya ada basic. Waktu tu mama sangat risaukan saya sebab waktu tu saya berkawan dengan seorang lelaki. Ustaz. Suami orang.
Mama sangat anti. Mama takut saya jadi bini no 2. Sebab mama pun hidup bermadu. Mama tr4uma mungkin. Mama mintak saya kahwin dengan pilihannya. Waktu tu saya sangat marah. Sebelum ni saya dah putvskan hubungan dengan pilihan saya sebab mama tak suka, sekarang saya terp4ksa kahwin dengan pilihan mama.
Mama nekad hubungi isteri ustaz dan ceritakan segalanya tentang hubungan saya dan suaminya. Mama buat saya tertekan. Saya tahu, syurga di bawah tapak kaki mama tapi perlu ke saya serahkan hidup saya untuk ikut telunjuk mama?!
Bila saya nak sambung master, mama tak berapa nak bagi. Mama tetap p4ksa saya kahwin, mama tak senang selagi saya tak kahwin. Mama takut saya buat benda bukan – bukan sebab mama halang hubungan saya dulu. Sampai mama sanggup ‘melamar’ lelaki lain untuk saya sebab nak jugak saya kahwin.
Lelaki tu adalah rakan partner bisness abang saya, yang saya memang tak ada hati langsung. Saya tak sangka lelaki tu setuju. Akhirnya, saya dah penat nangis, saya pasrah. Waktu tu, awal bulan 3, saya masih ingat lagi, saya letak syarat.
Kalau betul nak saya kahwin, kahwinkan saya bulan tu jugak. Saya tak nak tahu apa – apa, tak nak ambil tahu langsung. Lepas tu. Mama mintak keluarga lelaki tu masuk merisik. Bincang – bincang dan tetapkan tarikh kahwin bulan tu jugak.
Abang saya tetapkan hantaran rm1k, katanya urusan perkahwinan jangan disusahkan. Walaupun ada sed4ra mara fikir tak munasabah, tarikh tergesa – gesa. Hantaran budak U murah. Saya dah tak kisah orang nak kata apa.
Mama banyak berusaha untuk majlis saya. Mama carik tempat untuk kursus kahwin, semua tempat penuh. Abah try adjust dengan kawan dia, hujung minggu tu jugak saya kena pergi kursus kahwin. Pasal cincin hantaran semua, bilik pengantin, hal majlis, saya memang tak ambik tahu lansung.
Siang malam saya kerja, saya sibukkan diri, saya taknak fikir apa – apa. Akhirnya, bulan tu jugak saya akad nikah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cerita saya. Takde siapa yang tahu sehinggalah sekarang. Kehidupan saya lepas kahwin?
Saya tak tahu kenapa, mungkin sebab saya redha, mungkin sebab saya pasrah, rezeki bisnes partnership yang saya buat dengan abang saya sangat melimpah ruah. Keuntungan pernah cecah rm45k sebulan. Income saya dari mulakan perniagaan ni sejak saya kahwin sampailah sekarang, tak pernah bawah 10k.
Alhamdulillah. Saya bukan nak menunjuk – nunjuk, saya bukan nak riak. Saya cuma nak ceritakan apa yang berlaku selepas saya berkahwin. Walaupun ada beberapa amalan penarik rezeki yang saya amalkan tapi saya tahu, salah satu sebabnya adalah perkahwinan yang berkat.
Sejak hari pertama kahwin sampai sekarang, hari – hari saya dan suami solat berjemaah. Tipu kalau saya cakap perkahwinan kami lancar je takde g4duh. Ada waktu bergolak, ada waktu bertik4m lidah. Hidup dengan manusia yang kita tak pernah kenal, bukan macam yang kita nak.
Rasa tak sesuai, rasa tak sama. Per4ngai kita macam lain, per4ngai dia pun macam lain. Walaupun dah bercinta bertahun – tahun pun, bila kahwin baru kenal per4ngai sebenar. Ini lagiIah yang memang tak kenal langsung. Kadang – kadang, ada waktu syaaitan menghasut..
Kalaulah aku tak kahwin dengan dia, mesti aku tak perlu lalui semua ni. Tapi, istighfar banyak – banyak. Menangis sorang – sorang cerita kat Allah, tuhan letakkan saya dalam situasi ni. Tolong tabahkan hati saya untuk tempuhi hari – hari yang akan datang.
Hari – hari cuba adjust, cuba jadi yang terbaik, doa yang baik – baik. Saya tahu, Mama banyak doakan saya. Suami saya banyak doakan saya. Berkat kehidupan kita datang dari orang – orang sekeliling. Saya ceritakan ni untuk pedoman semua.
Tak semestinya kita dapat apa yang kita nak. Tuhan ambik sesuatu dari kita, sebab Dia nak kita kosongkan tangan untuk Dia berikan yang lebih baik. Untuk awak – awak yang membaca cerita saya, saya nak minta tolong.
Tolong doakan saya supaya saya terus tabah. Supaya saya terus kuat sebab saya nak masuk syurga. Syurga mama saya, syurga suami saya. Dan saya nak jumpa dengan awak – awak semua kat sana nanti.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.