Dari seorang pekerja kilang dia dah jadi seorang businessman yang berjaya. Ramai kawan, ramai kenalan. Bukan sahaja berskandal, dia jadi kaki kelab malam, ambil pil, berparty berkaraoke sana sini dengan kawan – kawan. Private party sewa villa sana sini.
#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum. Tolong hide fb saya ye. Cerita saya panjang. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga kisah saya ini dapat dijadikan pengajaran untuk perempuan – perempuan di luar sana. Saya berumur 41 tahun, seorang pegawai kerajaan, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
Saya telah berkahwin 11 tahun dengan lelaki yang memang kenal tak lama masa tu. Kami kenal seminggu, bertunang, selepas 6 bulan kami kahwin. Semasa berkenalan, saya baru sahaja posting bekerja manakala suami saya masa tu hanya seorang pekerja kilang sebagai technician yang bergaji setakat cukup makan.
Umur kami beza 4 tahun, saya lebih tua darinya. Walaupun perbezaan umur, perbezaan status pendidikan dan pekerjaan, saya menerimanya seadanya. Sebelum berkahwin lagi, saya sanggup buat pinjaman dan berkongsi hantaran dengannya tanpa pengetahuan ibu bapa.
Saya cuma ingin memudahkn urusannya dan ingin majlis kami berjalan lancar sahaja. Kami dikurniakn rezeki anak awal. Alhamdulillah, anak lelaki pula tu. Memang impian dia untuk dapatkan anak lelaki untuk anak sulong.
Sebenarnya, suami saya ni seorang yang panas baran dan ego. Cuma satu kebaikannya, dia cepat sejuk hati selepas marah – marah. Kena m4ki sumpah seranah tu dah biasa bagi saya. Masa awal perkahwinan, saya bersabar lagi tak meIawan tapi kadang – kadang kesabaran tu ada hadnya.
Selepas beberapa tahun, saya meIawan sahaja sekiranya ada benda yang saya tak puas hati sekiranya saya di marah. Selepas setahun saya melahirkan anak lelaki, saya lahirkan pula seorang anak perempuan. Rezeki Allah bagi melengkapkan kehidupan kami.
Tidak lama selepas saya lahirkn anak ke-2, suami menyatakan hasrat untuk berhenti kerja dan ingin memulakn perniagaan. Pada mulanya saya agak keberatan tetapi setelah dia meyakinkan saya, saya setuju sahaja lah. Saya bantu dia. Buat pinjaman untuk dia memulakan perniagaan.
Saya tak fikir apa, saya cuma berharap dia berjaya mencapai impian dan dapat meningkatkan pendapatan keluarga kami. Alhamdulillah.. Perniagaannya berjalan lancar dan berjaya. Dari seorang pekerja kilang dia dah jadi seorang businessman.
Ramai kawan, ramai kenalan. Selepas 5 tahun perkahwinan, saya diuji. Bermulalah ujian yang bertubi – tubi dalam hidup saya. Saya terjumpa dia berskandal dengan seorang perempuan seberang. Rupanya perempuan tersebut pernah bekerja sama kilang dengan suami dulu.
Tak tahu la dah berapa lama mereka berhubungan. Dalam mesej yang saya jumpa, dia sering minta gambar pompuan tu yang tak pakai baju. Masa tu hati saya sedih dan luluh sangat tapi setelah dipujuk dan terangkan macam – macam saya terima aje la dia semula macam biasa.
Senyap sekejap pasal pompuan seberang tu. Rupanya tidak berakhir lagi. Tahun berikutnya, ada lagi skandal tapi dengan mak datin pula. Mak datin yang telah dimadukan oleh suami, tahun berikutnya pula, ade lagi skandal dengan pelajar umur 19 tahun.
Allahu.. selepas tu pun ade lagi saya jumpa, skandal dengan pekerja kedai makan, dengan isteri kawan dia. Sampai satu tahap, saya memang dah malas nak ambil tahu sebab setiap kali dia ada skandal, saya mesti akan dapat tahu dengan sendirinya. Naluri saya sangat kuat.
Sampai saya berdoa dalam solat, jangan la bagi saya bukti apa – apa lagi. aya dah tak nak tahu lagi. Hati saya sangat s4kit. Nak dipendekkan cerita, tahun ini merupakan kemuncak kesabaran saya. Saya baru sahaja kehilangan ibu tercinta dan saya diuji dengan sesuatu yang saya tak boleh terima akal.
Macam biasa, saya jumpa lagi skandal dia. Tapi kali ni lebih dahsyat. Dengan perempuan kelab malam. Siap dah bertunang dan memang janji nak kahwin. Bukan sahaja berskandal, dia dah jadi kaki kelab malam, ambil pil, berparty berkaraoke sana sini dengan kawan – kawan.
Private party sewa villa sana sini. Pergi bercuti dengan betina tu kat hotel mewah. Bagi duit kat mak, bapak, abang betina tu tanpa berkira. Ya Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Perempuan tu pun memang ngaku terlanjur dah dengan suami saya. Betapa h4ncur hati saya.
H4ncur macam kena blender dah. Tak boleh nak satukan lagi. Setelah dia tahu saya dah tahu semuanya, dia meng4muk dan naik tangan pada saya depan anak – anak. saya diseret. Mase tu Allah sahaja yang tahu perasaan saya, saya diperlakukan seperti binatang depan anak – anak.
Setelah berfikir, saya tekad, saya kumpul segala bukti dan kekuatan. Saya bawa semua ke mahkamah dan saya failkan untuk fasakh. Walaupun dah 9 bulan kes saya berjalan dan masih belum menampakkan hasil, saya tetap bersabar.
Kami tidak tinggal sebumbung sejak saya failkan penceraian dan dia tiada usaha pun untuk perbaiki rumahtangga kami. M4kin hari saya sem4kin redha. Saya mohon Allah tenangkan hati saya sahaja dan gembirakan saya bersama anak – anak.
Saya tak nak fikir lagi benda – benda b0doh dalam hidup saya. Apa yang penting dalam hidup saya pada hari ini ialah anak – anak, kerja, rumah dan kereta. Alhamdulillah. Walaupun saya ditimpa pelbagai dugaan sepanjang perkahwinan, Allah masih memberi rezeki yang cukup untuk saya dan anak – anak.
Kami cukup makan dan tinggal di rumah yang selesa dan saya ada pekerjaan yang baik. Suami saya jadi begini sebab culture sh0ck, pengaruh rakan – rakan yang membin4sakan dan diri sendiri yang memang tak nak berubah.
Saya kesal. Banyak peng0rbanan, pinjaman yang telah saya buat untuk suami merealisasikn impian dia, tapi ini baIasan dia pada saya. Jadi saya buat kesimpulan, dia cuma berkahwin dengan saya sebagai batu loncatan dia sahaja. Saya bukan isteri impian dia.
Setelah ada duit, dia pun carilah perempuan idaman dia. Saya bersyukur kerana di kelilingi rakan – rakan yang baik yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Mereka tak pernah hasut saya bercerai namun mereka sokong apa sahaja keputusan saya.
Begitu juga dengan beberapa ahli keluarga saya. Semua itu saya anggap rezeki. Dalam Allah uji saya kaw – kaw, dia juga hadirkan saya dengan insan – insan yang menyayangi saya. Semoga kisah saya ini dijadikan pengajaran kepada semua wanita di luar sana. Bertabahlah kamu wahai wanita – wanita yang diuji. Doakan urusan penceraian saya dipermudahkan.
Komen W4rganet :
TokMama Zainon : Ni peny4kit sesetengah lelaki, pantang ada banyak duit akan ada banyaklah kerenahnya. Anak pun boleh lupa, apa ntah lagi isteri. Dah termakan mantera pun dia tak tahu. Tapi, wanita – wanita kebanyakkannya mampu membesarkan anak – anak dengan jayanya, tanpa bapak yang tak bertanggungjawab.
Allah sentiasa bersama orang terAni4ya dan sabar.. Esok – esok bila susah, malas cerita, baru timbul kisah sedih, tiada keluarga, anak – anak dah tak ambil peduli lah, kena buang lah. Pernah dengar tak kes macam ni sekarang?
Tinzah Tinzah : Semoga Allah permudahkan segala urusan dan sentiasa kuat demi anak – anak semoga ada rahmat di sebalik dugaan yang Allah berikan Allah SWT maha adil, maha penyayang lagi pemurah. Yakinlah sentiasa berdoa insyaallah kebahagiaan akan muncul.. Aamiin..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.