Saya doakan jika jadi apa2 dekat ibu pergiIah kat abang dan adik. Saya taknak jaga ibu

Kepada mak bapak terutamanya yang berbangsa melayu, kenapa korang menyusahkan anak perempuan tetapi merajakan anak lelaki? Per4ngai ibu saya buatkan saya jadi anak derh4ka dengan mempunyai perasaan benci kepada dia. Pernah saya tak cukup duit RM3 nak parking, mak baling duit RM5 dekat saya, tapi kalau anak lelaki dia..

#Foto sekadar hiasan. Saya ada soalan nak tanya kepada Mak bapak terutamanya yang berbangsa melayu, kenapa korang menyusahkan anak perempuan tetapi merajakan anak lelaki? Tolong jawab boleh? Aku nak sangat tahu. Sebab per4ngai korang tu sangat menyusahkan anak perempuan.

Kenapa? Apa salah anak perempuan? Apa h1nanya anak perempuan? Apa b4ngsatnya anak perempuan ni? Dengan anak lelaki habis semua anda julang biarpun anak lelaki tu cari awak bila mereka tak berduit. Kalau nak pakai alasan alahh nanti anak lelaki tu lah yang jaga Mak bapak.

Anak lelaki tu lah yang berkerja kuat, anak lelaki tu lah itu ini, hahaha macam TAK je?? Aku tengok macam aku je yang banyak bekerja??? Hai. Saya Ariana. 29 tahun. Belum berkahwin. Anak kedua. Dan anak tunggal perempuan dari 5 adik beradik lelaki.

Saya merupakan seorang admin di syarik4t swasta. Saya ada ijazah dan mempunyai gaji hanyalah RM1430 selepas tolak kwsp. Saya ada abang. Gaji Abang saya lebih besar dari saya. Saya juga ada adik yang mempunyai gaji yang lagi lebih besar dari saya.

Hubungan adik beradik baik, cuma saya kurang ngam dengan adik bongsu yang pemalas lagi suka main game tetapi suka minta macam – macam. Namun, itu bukanlah masalah yang besar. Apa yang menjadi kegusaran kepada saya ialah per4ngai ibu bapa yang suka lebihkan anak lelaki segalanya tetapi menyusahkan anak perempuan.

Ya. Saya menggunakan perkataan menyusahkan. Biarlah. Memang menyusahkan dan membebankan pun. Per4ngai ibu saya membuatkan saya menjadi anak derh4ka dengan mempunyai perasaan benci kepada dia. Sehingga pada satu tahap saya benci nak tengok muka dia.

Dengan Abang, dengan adik – adik, walaupun dia tidak berduit, sanggup dia bagi duit bagi segalanya jika adik dan Abang saya perIukan apa – apa. Cakap je nak apa. Semuanya akan diusahakan sampai dapat. Setiap bulan, Abang akan bagi dia RM150.

Ibu selalu cakap “eh tak pelah kalau tak da duit, ibu tak nak pun duit anak – anak ibu” walaupun tangan tu ambik juga. Dengan adik – adik lain juga begitu, Allah, gaji aku cuma RM1430. Bagi Kat dia RM200. Bayar ptptn RM188. Bayar mesin Cuckoo Kat rumah dia tu RM75.

Rasa rasa gaji saya tinggal berapa? Saya pergi kerja pun bawak bekal. Tak makan kedai. Ni kawan – kawan ajak pergi bercuti saya tak join sebab tengok lokasi and hotel dorang nak stay tu mahal. Lebihan gaji tu lah saya nak simpan. Nak bayar lain – lain keperluan saya.

Pernah saya tak cukup duit nak bayar parking dalam rm3. Mintak dengan ibu pinjam dulu rm3. Dia buat muka dan baling rm5 Kat saya. Kenapa ya wahai ibu – ibu kaum melayu?? Mengapa? H1na sangat ke anak perempuan minta pinjam rm3?

Cuba kalau dengan Abang dan adik – adik. Kalau keluar bersama, eh setakat duit parking, duit makan, duit tol minyak, jangan lah bimbang, boleh jadi semua ibu belanja. Setiap pagi jam 5 pagi saya akan bangun masak, ibu mesti buat muka. Entahlah.

Sebab makanan saya masak cuma yang simple, kadang – kadang sup sayur, kadang – kadang ikan goreng, kalau bau kuat sikit pun cuma sardin atau nasi goreng. Cuba kalau Abang, pukuI 10 malam kata lapar dan nak makan kari daging, ibu akan masuk dapur buat.

Hari ahad. Abang nak makan Mi kari, sesegera ibu ke pasar beli apa yang patut. Adik saya, dah kahwin, isteri adik saya tak suka ibu saya. Dia bIock ibu saya. Ibu saya tetap masakkan lauk sedap untuk adik saya bawa balik ker umahnya sebab adik kata dia banyak masak sendiri sebab sejak mengandung ni isteri dia tak larat masak.

Saya bukanlah lapar dengan duit Mak bapak. Tidak. Bukan duit jadi isu. Tetapi per4ngai mereka buat saya benci dengan ibu bapa saya sendiri. Dulu masa gaji saya RM2000, saya bagi ibu saya RM300 sebulan. Barang dapur around RM300 sebulan.

Mesin tapisan air blondal saya bayarkan RM166 sebulan. Tapi tetap disisihkan, di anak tirikan. Sejak pendemik, gaji distruktur balik, dan hanya mendapat RM1430 sebulan, lagi saya disisihkan. P4ntang saya buat Salah, ibu haIau saya.

Lately ibu banyak cakap saya bukan anak dia. Saya ni tak berguna. Saya sedih. Sebab saya mempunyai seorang ibu yang begitu. Saya selalu berdoa. Kalau saya kahwin, boleh ke kalau saya nak dapat Suami yang baik dan ibu mertua serta ipar duai yang sangat positive dan baik.

Sebab saya nak menumpang kasih ibu mertua saya. Kalau saya ada anak perempuan, saya nak jadi seorang ibu yang baik dan tidak mahu abaikan anak perempuan saya. Saya juga berharap, bakal Suami saya nanti bukanlah jenis pilih kasih juga.

Anak itu amanah. Anak itu rezeki. Saya takkan sia – siakan anak saya. Kepada ibu, kenapa buat dan layan saya macam ni? H1na sangat ke saya di mata ibu. Tiap kali ibu marah, mesti ibu akan kata putvs hubungan, ibu tak ada anak perempuan, ibu benci saya.

Dulu saya selalu berdoa untuk duduk bersama dengan ibu supaya saya boleh jaga ibu, tetapi bila jadi macam ni, saya rasa saya nak Tuhan tarik balik doa saya tu, dan bagi saya kerja jauh – jauh. Impian saya kalau suatu hari nanti kalau ibu s4kit, saya nak mandikan ibu, nak bersihkan ibu.

Tapi kan ibu, sekarang saya dah tak ada impian tu. Impian tu saya terp4ksa buang sebab per4ngai ibu yang tidak menghargai anak perempuan. Ibu lebih sayangkan anak lelaki. Saya doakan semoga jika ada sesuatu berlaku pada ibu nanti, ibu pergi lah ke rumah Abang dan adik ya.

Jangan pergi kepada saya. Sebab saya tak nak jaga ibu. Tuhan, maafkan saya, berikan lah aku rezeki kerja jauh. Aku ingin mencari bahagia aku sendiri. Ampunkan aku ya Allah jika aku adalah anak derh4ka. Janganlah Salahkan diri ku semata tetapi lihatlah mengapa aku jadi begitu.

Ya Allah. Teringinnya aku ke tanah suci mu. Aku ingin bertanya kepada Mu, di hadapan Kaabah Mu, apakah h1na aku menjadi anak perempuan? Aku juga ada impian baru, nak m4ti di tanah suci. Dan Dikubvrkan di sana. Jauh dari keluarga.

Biarlah mereka tidak melawat jen4zahku asalkan aku dekat dengan tanah suci Mu. Aku tahu, aku tak layak, aku tak banyak duit, belum berjaya seperti orang lain. Tak layak nya aku nak minta meninggaI di Tanah suci Mu. Tapi kau Ibu ku Ya Allah, kau lah bapa ku. Aku tahu kasih sayang Mu lebih dari kasih sayang seorang ibu. – Ariana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Noraini Maidin : Saya perasan lama dah benda ni. Tak tau lah dulu – dulu mak ayah kita dibrainwashkan (maafkan bahasa rojak saya) macam mana. Kebanyakan (tak semua) family memang macam ni.

Anak perempuan kau usahalah sebaik mana, sebagus mana sikap pun tetap dianggap biasa. Kalau anak lelaki, buatlah per4ngai buruk macam mana sekalipun tetap dipandang mulia.

Saya harap sis tabah lalui perkara ini. Keluarlah, cari rumah sewa lain, duduk berasingan. Pasal j0doh, berdoalah moga jumpa j0doh yang baik dan mertua yang baik.

Najah Mazni Ishak : 1. Pindah. Biarlah bersusah asalkan hati tenang. MentaI dan em0si pun nak kena jaga. Dah ada kemurungan nanti, agak terlambat dan payah dah nak patah balik. Tak mampu sewa rumah, sewa bilik.

Takut dihaIang, cari dan pindah senyap – senyap. Tak jatuh derh4ka selagi cik berbakti dan berbuat baik pada ibu bapa MENGIKUT KEMAMPUAN.

2. Stop bayar sendiri mesin air, bagi lebih selepuk pada mak supaya mak nampak jumlah duit tu yang termasuk untuk bayar mesin air dan duit belanja. Mak tu mungkin nampak jumlah sekarang tu macam sikit sedangkan cik dah bayarkan mesin air.

Ai Enma : Saya pernah ada perasaan macam awak. Bila tengok mak perasaan benci. Sebabnya dia selalu membody sh4mingkan saya, ye saya h0doh bandingkan dengan anak kesayangan dia.

Saya tak berlaki dia malu ada anak perempuan yang andartu. Jadi apa saya buat, saya pindah. Tenang giIa. Lantaklah mak saya. Akhirnya anak yang dia timang tinggi – tinggi tu dapat laki tak guna, tak kerja.

Pastu merempat rumah mak. Dia berbulu mata hari – hari call mengadu. Aku rasa str3ss sampai kadang – kadang block no mak sebab tak tahan.

Nur Mustikarahman : Tak nak bagi nasihat untuk derh4ka dengan ibubapa. Awak dah buat bahagian awak, apa yang ibu respon tu bahagian dia. Cuma yang terbaik dalam situasi ini, keluar dan berpindah lah dari situ.

Invest sedikit untuk ketenangan diri. Duit tiap bulan Bank in je. Berusaha cari juga bilik sewa dekat dengan office. Semoga ketenangan buat mu. Teruskan tanggjawab sebagai anak sepenuh hati.

Aqlili Riana : Sis kena berhenti berharap dengan mak sis. Jangan harap apa – apa dari sekecil – kecil benda. Kalau kita tak harap apa – apa, kita tak de rasa kecewa.

Sis buat je apa yang selama ni buat, mak nak terima kasih ke nak perIi ke nak ape ke, sis jawab biasa – biasa je. Tak payah nak tr1gger. Kalau abang, adik sis, mak sis layan macam raja, lantak. Sis buat je rutin tu.

Lagi satu, sis cari hobi. Banyak je hobi yang tak payah pakai duit. Create quality me time. Quality me time sangat perlu to keep our san1ty intact. Lagipun, hidup kita ni tak panjang.

Tak ke mana hidup sis kalau hari – hari kecewa sedih dengan per4ngai mak tu. Dia memang payah nak berubah. Sis kena tabah dengan dugaan sis. Allah maha mendengar sis. Yakin He will not leave you alone and in despair all the time.

Ni la masalah dengan orang tua. Anak kasihankn anak, tapi mak ayah langsung tak kasihankan anak. Ramai ada masalah sama. Tapi yang amazingnya, walaupun dapat mak ayah yang t0xic mcm ni, dapat anak yg soleh solehah, yang baik budi pekerti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?