Saya dah tahu rahsia suami. Suami masih berlakon baik, alim. Sepanjang kami kahwin 5 kali dia check in dengan isteri orang

Suami tidak tahu yang sebenarnya saya tahu gerak – geri dia. Sepanjang 9 tahun ini, saya dapat tangkap 5 kali suami check-in dengan perempuan itu. Perempuan itu pun sudah ada 4 orang anak. Saya berlakon..

#Foto sekadar hiasan. Maaf kalau coretan saya ini panjang sangat, sebab ianya mengisahkan perjalanan rumahtangga saya selama 9 tahun. Di akhir cerita, minta pandangan semua ahli dalam kumpulan ini ya. Perkahwinan kami bukanlah terjadi kerana kami saling cinta, tetapi kami dijodohkan dengan orang tua.

Kami belajar kursus yang sama, sampai akhirnya kami suami isteri bekerja dalam jawatan yang gaji agak lumayan. Tiada masalah kewangan. Baru tahun pertama perkahwinan, saya dapat tangkap mesej suami saya dengan bekas kekasihnya.

Bila saya tanya, suami saya hanya menyatakan perempuan itu kawan sahaja. Perempuan itu isteri orang dan baru berkahwin 5 bulan sebelum kami berkahwin. Suami yang cerita. Saya dapat rasakan yang perempuan itu bekas kekasih suami.

Tahun kedua perkahwinan, saya dapat tangkap yang suami berbual dengan perempuan itu lagi, “rindu nak macam dulu – dulu”. Dari ayat itu saya dapat rasa sebelum kahwin mereka pernah… (saya tidak mahu meneruskan).

Kami berg4duh besar bila saya persoalkan tentang mesej itu. Suami janji akan berubah, tidak berbual lagi dengan perempuan itu. Ya, berubah sekejap. Untuk pengetahuan pembaca, suami saya seorang yang sangat berdedikasi terhadap keluarga.

Bab tugas – tugas rumahtangga semua suami pandai, uruskan anak nombor satu sampai nombor tiga termasuklah bab memasak. Memang terbaik. Lembut tutur katanya, sangat penyabar, dan tidak pernah nampak suami marah – marah. Itulah yang jadi pengik4t saya sekarang ni.

Apa yang menyedihkan saya, sepanjang 9 tahun perkahwinan, sebenarnya suami saya tidak pernah berubah. Suami saya masih curang dengan bekas kekasihnya itu yang berstatus isteri orang. Suami selalu melempiaskan nafsunya melalui panggiIan video dengan perempuan itu.

Suami saya tidak tahu yang sebenarnya saya tahu gerak – geri dia. Sepanjang 9 tahun ini, saya dapat tangkap 5 kali suami check-in dengan perempuan itu. Perempuan itu pun sudah ada 4 orang anak. Saya stalk semua akaun media sosiaI perempuan itu.

Nampak seperti dia bahagia dengan keluarganya. Perwatakan perempuan itu juga solehah. Saya tahu semua ini sebab saya buat WhatsApp klon. Kami suami isteri bekerja dan sibuk, jarang berhubungan badan kerana keletihan dan tiada mood.

Saya juga sudah m4ti rasa pada suami. Tapi saya masih berlakon, buat – buat tidak tahu, macam tiada apa – apa berlaku. Entahlah. Hati saya rasa kosong. Saya hanya fokus pada kehidupan saya dan anak – anak sahaja. Hati saya pada suami sudah m4ti.

Suami masih berlakon di depan saya dengan wataknya sebagai seorang yang cintakan keluarga. Solat, selalu dengar dan berkongsi ceramah – ceramah agama, masih berlagak seperti seorang yang cintakan isteri kononnya. Sedangkan hakik4tnya, saya tahu apa yang suami lakukan dalam diam.

Saya pun tidak tahu bagaimana Allah memberi saya kekuatan untuk harungi ujian macam ini. Saya tidak ada rasa apa – apa, hanya kosong. Saya hanya fokus pada kehidupan dan sibukkan diri. Ada banyak kali juga suami saya bercakap dengan bekas kekasihnya itu ingin bertaubat, tetapi kemudian buat lagi.

Bukan setahun, bukan dua tahun, tetapi 9 tahun. Yang saya pelik, perempuan itu pun melayan. Perempuan itu pun masih cintakan suami saya. Perempuan itu pun dijodohkan oleh orang tuanya (suami cerita masa mula – mula kantoi).

Masuk tahun ke-7, 8, dan 9, suami saya banyak kali bercakap kepada perempuan itu untuk bertaubat. Dan mereka sama – sama berjanji antara satu sama lain ingin bertaubat. Tetapi mereka buat lagi, sampai hari ini. Masih berbual melalui panggiIan video lagi dengan perempuan itu.

Faham – faham sahajaIah panggiIan video itu untuk apa, kan? Yang saya perasan, suami saya tidak layan bila perempuan itu bercakap benda lain. Masalah rumahtangga kami pun dia tidak pernah buka mulut dengan perempuan itu. Saya perasan suami hanya bernafsu bila dengan perempuan itu.

Dengan saya pun suami ada nafsu juga, tetapi kami jarang sangat – sangat berhubungan badan. Sebab itu, dia selalu melakukan panggiIan video dengan perempuan itu. Suami tidak pernah bagi duit, hadiah, atau apa – apa kepada perempuan itu. Perempuan itu pun sama. Mereka hanya berbual Iucah sesama mereka.

Waktu tahun ke-7 perkahwinan, kami baru balik menunaikan haji. Diam – diam, suami saya pergi berjumpa dengan perempuan itu. Mereka hanya berjumpa, bukan check-in. Saya tahu melalui WhatsApp klon. Baru balik buat haji, kot!

Jadi, saya nak minta pandangan daripada rakan di Facebook, adakah suami saya ini masih cintakan bekas kekasihnya? Atau bekas kekasihnya ini hanya tempat pelempiasan nafsu semata – mata? Sebenarnya selama ini, suami saya memang tidak cintakan saya, kan? Atau suami saya cinta kedua – duanya?

Ya lah, lelaki kan boleh kahwin 4. Maknanya hati boleh berbagi – bagi. Saya tidak kisah bermadu. Tetapi masalahnya, perempuan itu isteri orang. Ada anak, ada suami. Tolong beri pandangan. Jangan kecam saya. Nasihat saya terima.

Komen W4rganet :

Abbas Abbas : Suami awak tak takut Allah. Z1na yang dia buat akan timpa keluarga awak nanti. Percaya lah cakap saya. Awak da tahu tentang kemungkaran yang suami buat, tolong sedarkan dia sekarang dan berani nasihat dia. Bila – bila masa peny4kit str0k akan datang pada dia.

Anonymous member 754 : Awak cerita kat suami perempuan tu. Biar sama – sama tau kecurangan mereka dan lepaskan mereka berdua. Biar penz1naan mereka dihalalkan aja.  Awak dah cegah perkara berkenaan daripada berlarutan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.