Saya dah tak ikhlas dgn suami, anak plak bila saya minta buat air dia angkat bahu je

Saya mengandung, selalu saya lapar tapi terp4ksa tahan perut, balik kerja masak baru merasa makan nasi. Tapi suami bila bagi duit dapur keluar tak sampai RM100 tapi nak makan sedap – sedap tiap hari. Bila beli barang dapur, kalau saya ambil apa – apa, suami akan jeIing tak bercakap dalam kereta..

#Foto sekadar hiasan. Asalammualaikum warga FB. Apa yang saya buat sekarang untuk suami dah jadi tak ikhlas sebab saya banyak memendam rasa dengan sikap suami saya. Bab duit nak berkongsi tapi bab pengurusan anak, hal kerja rumah, kerja sekolah anak segala berkaitan anak semua terletak di bahu saya seorang sahaja, suami tak membantu pun.

Saya minta nak berhenti kerja sebab letih pagi kerja, balik kerja pun tak dapat rehat, saya mintak nak berhenti dan jaga anak kami di rumah, boleh jimat duit pengasuh untuk 2 orang anak juga tapi suami tak setuju sebab tak cukup duit katanya kalau dia bekerja seorang.

Saya terlalu letih kadang – kadang saya tak sempat bangun awal sediakan sarapan untuk suami dengan anak sebab terlajak tidur. Betul – betul saya letih, duit beli barang dapur pun suami berkira kalau saya ambil apa – apa.

Kadang – kadang dia jeling balik dari beli barang dapur tak bercakap dalam kereta, saya tau dia marah saya ambil barang dapur lebih. Ambil pun untuk dia juga makan dengan anak – anak, kadang – kadang saya malas nak beli barang dapur guna duit dia sebab suka buat muka.

Lagi lebih keluar duit saya dari suami sampai saya sendiri nak belanja pun tak ada. Saya mengandung, selalu saya lapar tapi terp4ksa tahan perut balik kerja masak baru merasa makan nasi tapi dia duit dapur keluar tak sampai RM100 tapi nak makan sedap – sedap tiap hari.

Ya, saya masak apa yang ada sahaja tapi bila dia tak suka makanan tu dia akan buat muka untuk terp4ksa makan. Saya kecik hati sangat – sangat nak makan sedap tapi tak nak keluar duit lebih. Sebenarnya banyak lagi yang saya simpan tapi terlalu sedih dan saya pun tak tau nak cerita macam mana.

Saya harap suami yang ada di luar sana hargai lah isteri sebaiknya. Kesiankanlah isteri korang, bantulah dia sama – sama dalam urusan hal rumah tangga. Jangan malas nak galas tanggungjawap sebagai suami dan bapa.

Perjalanan hidup suami juga perIukan redha dari seorang isteri. Susah nak didik anak – anak sekarang tambahan pula suami tak ambil kisah. Untuk berseronok dengan anak, suamilah juara tapi untuk didikan agama pelajaran kebersihan dan beberapa perkara lain suami tak ambil kisah.

Semua saya kena tegur kena urus, kadang – kadang saya penat sangat dengan anak tak dengar kata, tak ambil kisah tentang pelajaran, solat, kebersihan diri. Adab pun tak ada bila pergi mana – mana. Anak lelaki yang sulung umur 12 tahun.

Saya minta izin suami nak hantar anak lelaki belajar kat tahfiz, kebetulan anak pun nak. Saya perhatikan dia seorang yang suka hati je nak buat apa, tak boleh ditegur. Saya malu bila cikgu selalu komplen, saya jugak lah yang mengadap cikgu bila ada apa – apa masalah.

Kalau tegur buat muka, banyak buat masalah kat sekolah dan juga kat kawasan kejiranan. Bila jadi macam ni saya terp4ksa tahan malu minta maaf dengan cikgu dan orang lain. Solat main – main, mengaji tipu – tipu, bila depan ayah dia, pij4k semut tak m4ti.

Bila saya marah dia tak suka. Biarlah dia belajar agama supaya dalam diri terisi dengan agama islam, biarlah dia membesar dengan ilmu agama penuh di d4da supaya bila dewasa dia tak jadi manusia leka. Tanggungjawab dia bila dewasa nanti amatlah berat, tanggungjawab dengan ibu bapa, isteri dan anak – anak.

Kalau tak didik dari sekarang macam mana dia nak handle urusan hidup bila dewasa nanti. Anak perempuan umur 10 tahun. Saya ajar kerja rumah dia tak suka buat, selalu nak main, suruh belajar baca buku buat home work pun tak jalan, tak solat, kebersihan tak jaga.

Suami tak pernah suruh anak perempuan tolong saya kemas rumah, Iipat baju ke apa. Saya bukan d3ra tapi saya nak ajar sebab dia perempuan. Saya bagi kerja – kerja rumah basic je tu pun Iiat sangat nak tolong buat.

Masing – masing bangun pagi nak ada makanan, yang penting perut kenyang lebih dari tu dorang tak peduli termasuklah suami saya sendiri bersikap macam tu lepas kenyang mengadap HP tengok movie. Semua ni salah suami saya sebab dari awal takde bagi didikan dan contoh yang baik untuk anak – anak.

Mereka dah terbiasa bersikap macam tu. Dia tak tahu macam mana saya str3ss setiap hari fkir pasal anak – anak. Saya cuba bentuk anak – anak saya tapi tak menjadi sebab tak ada sokongan dan galakan dari suami. Saya terlalu letih dengan sikap anak – anak dan suami, sangat – sangat tak membantu saya dalam urusan rumah tangga.

Anak – anak pun lebih suka dengan ayah dorang sebab ayah dorang tak marah tak tegur hanya biarkan je apa anak buat. Saya sorang je bertungkus lumus nak bentuk anak – anak. Anak – anak puan kalau nak apa – apa baru cari saya.

Selebihnya dorang tak berapa dengan saya. Susah baru cari saya, nak duit cari saya, nak minta apa – apa cari saya sebab ayah dorang pun selalu cakap, “mintak kat mama.” Suami jarang marah anak – anak tapi sekali jentik telinga pun dorang dah nangis, suami tak guna kan kelebihan tu untuk mendidik anak.

Anak – anak pun tak HAIRAN  dengan saya, saya tanya anak perempuan saya boleh ke buat kan mama air? Anak perempuan saya angkat bahu je depan ayah dia, suami saya pun diam tak cakap apa – apa. Saya terasa sangat bila anak buat macam tu.

Kadang – kadang saya rasa dah tak ikhlas nak buat apa pun kat rumah ni. Rasa macam h4mba untuk senangkan dorang je. Hari ni bangun pagi saya tak buat sarapan pun, saya tak ada mood sebab penat. Saya sedih sebab semua urusan saya kena fikir.

Saya hanya tunggu masa nak bersalin je tak lama lagi. Saya duduk sorang – sorang saya menangis kenapa suami saya tak ingat dan tak fikir tanggungjawab dia sebagai ayah. Saya tak nak generasi saya rosak. Letih saya cuba buat itu ini untuk kebaikan anak – anak tapi takde sokongan dari suami, suami tak ambil peduli.

Bila suami tunjuk sikap macam tu depan anak, anak pun tak kan dengar cakap saya. Saya marah dorang tak suka, saya str3ss dengan keadaan sikap anak dan suami saya. Saya tegur baik – baik tak jalan, kecewa dengan sikap suami saya.

Langsung tak ada sesungguhan nak didik anak. Anak dan suami tak menghargai saya, tak hormat saya cuma anak – anak tak pernah meIawan kalau saya marah.

Komen Warganet :

Roha Adrinna : Aku yang baca pun naik penat. Ini pulak awak yang hadap. Kena bertegas lepas nihh. Jangan bagi muka sangat kat suami dan anak – anak. Sebagai suami dan bapa, sepatutnya dia lagi kena pikir hal – hal nih semua.

Masa depan anak – anak kena bertegas laaa. Biasa anak – anak nihh lagi takut dan respect dengan ayah. Ayah biasa cakap sekali aje anak – anak dah faham dan sepatutnya suami tu bersyukur isteri bekerja.

Sikit – sikit pun dapat meringankan bebannya. Kalau ada keluarga lagi. Nanti berp4ntang laa kat rumah mak ayah dulu. Suami dan anak – anak tuu pandai – pandai laa diorang.

Kang LK : Kalau dia jenis mampu ajar beli apa yang dia bagi je.. Tak payah k0rbankn diri lebih – lebih sangat sebab dia pun bukan tak ada kudrat atau naz4k. Selagi mampu kerja, kerjalah tak kira gaji kecik ke besar.

Kalau bagi rm100 beli telur je la pahtu ayam seminggu 1x je makan. Kasi ajar, nak makan sedap makan tanggung memang lemak la. Jangan terbiasa mengalah, ada kala kena Iawan jugak kalau nampak kita ni kena pijak atau diperb0dohkan.

Tak ada istilah soleh kalau suami tanggungjawab dia pun tak tahu. Lain la kalau suami per4ngai elok lelaki soleh memang wajib la kena taat kan. Please rujuk pihak berwajib sebelum jadi depr3si.

Syafiqah Shahari : Mintak fasakh. Tu je jalan terakhir. Bagi hak penjagaan tu sepenuhnya pada suami. Biar dia rasa macam mana letihnya jaga anak. Penat kerja tak sama dengan penat jaga anak. Kerja dapat duit, jaga anak untung lah kalau laki kau bagi, kalau tak bagi, jadi babu. Kerja, 1 jam rehat. Balik kerja pun ada rehat mengadap phone. Jaga anak, rehat 1 jam pun belum tentu.

Irwanie Farizan : Hmmm yang penah lalui tau macam mana sikap suami yang mcm ni. Hidup semua nak perfect, makan nak sedap, rumah nak kemas, hidup asyik komplain. Semua tak kena di mata.

Duit ringgit lagi lah, malas nak bising si isteri sanggup keluarkan duit ringgi sendiri untuk kesedapan kesenangan keluarga. Orang luar termasuk keluarga tak tau apa yang berlaku. Akhirnya isteri jugak diberi gelaran tak elok.

Contoh, ala suami dia kerja bagi duit dah kat dia, so dok umah buat je la keja umah. Ala makan sedap – sedap tu mujur suami bagi duit blanja. Padahal.. hmmmm semoga isteri – isteri yang macam ni diberi kekuatan dan semoga diberi ganjaran pahala berIipat kali ganda.

Azza Raudah : Tt, apa kata tt menghilang dalam satu minggu. PergiIah mana – mana tempat yang dapat menenangkan hati tt. Tengoklah adakah suami dan anak – anak akan mencari tt atau sebaliknya.

Sekali sekala kita beri pengajaran dengan suami macam tu. Biar dia rasa macamana tt menguruskan hal rumahtangga, hal anak – anak. Nak berhenti kerja tak bagikan, jadi tt menghilang seminggu je. Tengok macamana layanan dia terhadap tt selepas itu. Ok

Reen Asmaraa : Tinggalkan anak – anak dengan laki tu. Biar padan muka diorang. Awak fokus kat baby yang lahir tu jer. Lepas ni kalau boleh, tolong lah jangan mengandung lagi puan. Keluarga awak penuh bermasalah.

Dari suami, sampai ke anak. Kesiannya awak. Cuba lari bawak diri tu, biar dia orang rasa susahnya bila tiada seorang isteri dan ibu di sisi mereka. Allahu… anak – anak puan pun meIampau sungguh. Kalau aku jadi mak.

Budak – budak tu. Dah lama makan penyapu. Diorang dengan laki sekali aku tib4i. Ingat kita orang perempuan ni bukan h4mba kepada suami dan anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?