Saya dah tua tapi suami tetap cemburu. Depan anak sulung dia tuduh saya curang, jatuh maruah saya. Saya beli 3 cctv

Saya tidak boleh keluar makan atau ke mana – mana walaupun bersama anak – anak. Kalau saya ditangkap keluar makan di luar bersama anak – anak pelbagai tuduhan prasangka saya dapat. Keluar dengan jantan, gatal dan lain – lain. Saya dah beli 3 cctv bagi suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Ini merupakan confession pertama saya. Tidak pernah terfikir akan meluahkan di sini. Namun, saya telah menemui jalan buntu bagaimana mahu mengatasi masalah ini.

Alhamdulillah mungkin tidak seberat masalah – masalah yang sering diluahkan di sini namun sesungguhnya ia telah mengganggu gugat jiwa, perasaan dan hati saya tatkala ini. Bagaimana ya mahu saya mulakan? Moleklah kiranya saya perkenalkan diri dulu.

Nama saya Melati. Berumur 40-an. Bekerja dalam bidang profesional. Telah berumah tangga lebih kurang 16 tahun. Mempunyai 4 orang cahaya mata, lelaki dan perempuan sama banyak. Permasalahan saya bukanlah berasaskan kecurangan rumah tangga. Saya jalani rumah tangga sebaiknya..

Alhamdulillah Allah telah melengkapi hidup saya seadanya, punyai ibu bapa yang masih sihat, adik beradik yang baik. Anak yang sihat dan cerdas suami yang baik, pekerjaan yang bagus, serta ruang lingkup rumah yang bagus. Itu sudah cukup bagi saya.

Namun begitulah, nama pun kehidupan. Hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Saya bekerja di sektor pendidikan. Semua anak – anak saya yang bawa ke sekolah. Pergi dan pulang bersama saya. Pendek kata anak anak bersama saya sentiasa kecuali anak sulung di sekolah menengah.

Kisah bermula apabila suami saya terlalu bersikap curiga. Apabila saya tidak bersama anak – anak (saya perlu menghadiri bengkel atau mesyuarat di luar tempat kerja), saya dituduh keluar bersama lelaki atau curang dengannya.

Puas saya terangkan, saya ada mesyuarat di situ, di sini, namun dia tetap tidak percaya. Seringkali hal ini terjadi, dia akan silent treatment saya sehinggalah saya yang perlu mengalah. Saya ambil pendekatan, tak apa lah mengapalah bukan bererti kalah, mengalah demi keharmonian rumah tangga dan kebaikan emosi anak – anak.

Anak – anak perlu berada dalam keadaan emosi yang stabil, mereka masih belajar dan meningkat dewasa. Suami saya juga bekerja dalam kerajaan. Tugasnya memerlukan dia outstation kadang kala. Bila dia perlu outstation, saya sangat risau kerana kami sering berg4duh atas sikap ketidakpercayaannya pada saya.

Saya tidak boleh keluar makan atau ke mana – mana atas alasan bersenang senang bersama anak – anak. Kalau saya ditangkap keluar makan di luar bersama anak – anak pelbagai tuduhan prasangka saya dapat. Keluar dengan jantan, gatal dan lain – lain.

Ya Allah, saya bawak anak makan di luar saja kot. Saya dah berumur! Saya dah tak fikirkan keseronokan. Hidup dan m4ti saya untuk anak – anak saja. Jikalau benarla saya curang, saya patut malu pada Allah, pada anak – anak!

S4kit. Perit. Kesetiaan saya seringkali diragui. Kadangkala saya sering terfikir, jalang sangatkah saya pada pandangan mata suami. Saya seorang yang berkepribadian. Saya jaga ikhtilat saya sebaiknya. Ke mana – mana saya pastikan anak bersama tetapi saya tetap diragui.

Saya beli 3 cctv di shoppee dan suruh suami saya pasang di kawasan rumah in case kalau dia meragui saya, dia boleh pantau saya di telefonnya. Tetapi cctv tu masih lagi dalam kotak, belum di pasang. Saya dah cakap dari hati ke hati dengan dia, yang saya hanya ada dia. Saya hanya kejar keredhaan Allah dan suami. Umur pun dah tak muda mana. Apalagi yang saya kejar. Tapi sudahnya, sama sahaja saya tetap dituduh berkali – kali.

Penat. Saat saya menulis ini pun, dah hampir sebulan saya di silent treament oleh suami. Saya jadi tawar hati. Kejadiannya hanya kerana saya meIawan katanya apabila dia tuduh saya bawa jantan keluar menaiki kereta.

Padahal ketika itu saya menghadiri bengkel di kawasan berdekatan sahaja perumahan kami. Dia menuduh saya di depan anak sulung saya. Saya rasa air muka saya jatuh di depan anak. Saya rasa seperti saya ibu yang jahat kerana dituduh curang di depan anak saya. Entah apa prasangka anak saya. Entah dia percaya atau tidak.

Saya meIawan suami ketika itu juga di depan anak dan keluar rumah dalam keadaan sedih. Ketika memandu, saya menjerit sekuat hati. Alangkah bagus jika saya m4ti, suami dapat berkahwin dengan wanita yang bebetul baik. Mungkin saya ni jahat.

Ya Allah.. Ujian kau cabutlah prasangka dan curiga dalam diri suami aku. Aku ingin hidup bahagia seadanya. Cukuplah jika dia hargai aku sebelum aku menutup mata. Apa yang perlu saya lakukan lagi. Ujian ini benar – benar merenggut kedamaian dalam hati saya.

Saya tidak dapat bekerja seperti biasa, saya kurang makan, saya kurang bercakap, saya rasa saya bukan diri saya lagi. Tetapi di depan anak saya terp4ksa berpura – pura sempurna. Semoga ada jalan atas permasalahan saya. Terima kasih admin kerana akhirnya saya rasa sedikit lega dapat meluah di sini. – Melati (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Eyla Fazila : Maaf cakap selalunya kalau pasangan tuduh kita curang ni sebenarnya dia yang curang. Sebab dia rasa aku buat, mesti bini aku pun buat jugak. Takut dengan bayang – bayang sendiri. By the way, betul ke suami puan perlu bekerja outstation. Atau dia pergi bermalam rumah bini no 2. Atau perempuan simpanan dia. Rasanya puan dah boleh start curiga jugak kot.

Radin Arishah : He is projecting. Sebenarnya dia yang curang. Kalau tidak apa pasal dia nak curiga tak tentu pasal. Dia boleh buat cara sembunyi – sembunyi, jadi dia syak puan pun buat sembunyi – sembunyi jugak. Cer tanya dia. Atau check telefon dia. Memang s4kit hati kena silent treatment, because you care about him. Nanti bila kalau puan dapat bukti kecurangan dia, puan tak kisah dia nak silent setahun pun.

Rozita Mohd : Mungkin dia pernah dikhi4nati dan diIukai sebelum ni puan atau semak semula ada tak kes curang dalam keluarganya. Mungkin masih tr4uma dan ada trust issue. Puan cuba bersangka baik yang dia sayang puan dan takut kehilangan puan.

Tr4uma ni jika tak dirawat memang curiga berpanjangan. Kalau ikut Prof Muhaya puan boleh bayang suami zaman kecik dia dan sedekahkan fatihah dengan kasih sayang macam kita belai anak – anak kita masa baby tu.

Masakan tu ada selawat dan Ya Latif doa lembut hati. Ya Wadud semoga terjalin kasih sayang dalam jiwa suami. Suami memang perlukan pengertian dan doa isteri. Marah dan curiga ni tanda kekusutan jiwa. Dua – dua outstesen tapi macam dua – dua pula saling curiga.

Untuk ketenangan hati puan tahajud dan quran puan. The best remedy. Satu lagi jurnal syukur dan jurnal s4kit hati. Jurnal s4kit hati lepas luah bakar sebab kalau suami jumpa mau g4duh besar. Saya bertahan sabar dalam rumahtangga sampai mental juga… Huhu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.