Saya dan suami baru buka kedai makan, mak mertua datang menyibuk nak jadi boss. Sampai kedai bankrap, aku jadi babu mertua

Mak mertua ambil alih kedai kami, dia pulak yang nak berniaga masakan khas dia. Tak jadi lah kami ada kedai makanan Jawa. Kami suami isteri ni tak ada income, malah saya dan suami jadi babu mertua. Saat kami miskin, adik saya bayarkan semua pinjaman bank saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam, perkenalkan nama saya Emma, saya orang Indonesia. Saya ada sekali ternampak post page ini kat home FB saya follow terus. Seronok saya membaca untuk ambik ikhtibar kehidupan dari saud4ra – saud4ra saya di Negeri Jiran sana.

Saya belum pernah pergi ke Malaysia, tapi saya ada ramai kawan – kawan orang Malaysia asal dari pada pelbagai Negeri, walaupun kenal dalam alam maya je, belum pernah jumpa pulak. Dorang ada ajar saya bahasa Melayu sikit – sikit.

Lama – lama saya paham juga la, kecek Kelate pun bulih hahaha. Jadi kalau terlepas saya taip bahasa Indonesia, harap faham la ye. Saya memang orang Indonesia yang belum pernah duduk Malaysia. Saja saya nak kongsi hidup saya, harap ada jugak komen kalau saya ada silap.

Saya orang Jawa, lahir dan membesar di Surabaya. Surabaya ni bandar kedua terbesar di Indonesia. Nombor satu tentu lah Ibukota Jakarta. Saya seorang interior designer yang bekerja dekat salah satu company contractor.

Saya kahwin muda, ada satu anak lelaki. Masa anak saya umur satu tahun, kami bercerai sebab (bekas) suami kantoi simpan perempuan lain. Jadi perkawinan saya hanya bertahan lebih kurang 2 tahun je. Saya ada kerjaya, jadi senang ambik pinjaman dan rumah atas nama saya.

Bukan rumah besar pun tapi boleh selesa hidup dengan anak. Ibu saya pulak bercerai dengan bapak. Jadi saya duduk kat rumah dengan ibu dan anak. Saya ada adik lelaki, tapi dia sekolah asrama. Masa saya bekerja, ibu jaga anak saya.

Ibu saya pulak ada kerja menjahit kat rumah. Pendapatan dia ikut order orang je. Kadang – kadang sepi, kadang – kadang ramai, alhamdulillah. Tak ada sebarang masalah ekonomi kami sekeluarga walau bekas suami tak bagi nafkah kat anak.

Saya pun bila ada masa lebih ambik juga job freelance. Mengikut order je, kadang – kadang graphic design, kadang – kadang interior design. Tu sebab saya ramai kawan orang Malaysia, ada kawan baik yang belum pernah saya jumpa tapi asyik setiap bulan order graphic desain.

Dia kenalkan pulak saya dengan kawan dia lain, jadi ramai jugak la saya kawan – kawan dari Malaysia. Sampai tahun ke-8 saya hidup sebagai ibu tunggal, usia saya dah mula masuk 3 series. Ada kawan saya yang biasa order freelance dengan saya bagi nombor wasap saya dekat kawan dia. Sebab kawan dia nak order company profile dengan catalog sekali. Saya layan je sebab tak baik tolak rezeki kan.

Tetapi ternyata tak faham pulak saya dengan product dia jual. Dia usahawan eh apa ya, kami orang Indonesia panggil ‘hasil bumi’, dia jual macam lada, merica, pala, cengkeh, vanili, kopi, kelapa, beras, jagung etc. Semua barang mentah dikumpul dari pelbagai pulau di Indonesia lepas tu export ke luar negara. Ye la, saya memang perempuan tak pandai masak hehe.

Dia pun ajak saya jumpa dan bagitau saya konsep, teman yang dia nak. Saya ok je jumpa kat kedai kopi. Baru saya tau dia datang dari luar pulau. Dia asal bandar Makassar, province Sulawesi Selatan, pulau Sulawesi. Dari Surabaya pergi Makassar tu kalau naik kapal terbang dalam 1,5 jam, kalau naik kapal laut dalam 33 jam.

Dia bersuku bangsa Bugis. Bahasa dia lain dengan saya. Bercakap dalam Bahasa Indonesia pun macam lain pulak loghat dia. Tapi tak ada masalah dengan komunikasi kami, semua ok. Lepas siap saya buat kerja, dia bagi upah bayaran saya.

Saya bagi dia waranti kalau ada design saya yang buat dia tak puas hati, boleh saya ubah suai keinginan dia. Alhamdulillah ada sikit je perubahan, tak banyak pun. Ya, macam dah pembaca semua agak, dia menaruh hati dekat saya.

Dia mula wasap saya nak meminang. Saya bagitau dia bahwa saya ni dah janda, saya menyara seorang anak dan ibu, saya ada pulak hutang pinjaman rumah belum habis lagi. Adik saya ditanggung sepenuhnya oleh bapak. Walau bapak dan ibu dah bercerai, bapak tunaikan tanggungjawab beliau.

Dia cakap tak kisah. Saya pun suruh dia jumpa ibu kat rumah. Lepas tu jumpa bapak kat kampung bapak di bandar lain, perjalanan dari Surabaya dalam 3 jam. Dia buat juga. Masa dia jumpa ibu saya tu lah saya tahu usia dia 36 dan dia belum pernah berkahwin.

Dia anak ketiga dari lima bersaud4ra. Dia menyara mama dan adik bongsu dia lagi. Papa dia dah meninggaI dunia. Singkat cerita, ibu dan bapak saya terima dia. Saya pun mengikut cakap orang tua. Majlis perkawinan sederhana kami buat.

Buat mudah je, saya tak nak jadi orang yang menyusahkan bakal suami. Culture Bugis tak sama macam Jawa. Diorang ada uang panaik, dekat Malaysia sebut duit hantaran. Saya orang Jawa tak buat macam tu. Jadi cukup maha, mas kawin saja yang saya minta.

Tu pun kalau dikonversi ke ringgit ada dalam lebih kurang RM 330. Rupanya tu punca kenapa saya dipandang rendah dekat kampung suami saya. Keluarga dia ingat saya tiada background pendidikan tinggi, tiada kerjaya.

Sebab diorang biasa buat standard uang panaik tinggi untuk perempuan dengan pendidikan tinggi dan kerjaya PNS (Pegawai Negeri Sipil) atau biasa orang Malaysia cakap Kerja Kerajaan. Jadi niat baik saya tak nak menyusahkan, malah jadi h1naan bagi saya.

Mula – mula semua tu saya tak ambik kisah sebab lepas berkahwin kami sewa apartment dekat Surabaya. Saya boleh tetap bekerja macam biasa. Anak saya ikut dengan saya sekali. Adik saya dah selesai sekolah dia. Jadi Adik boleh duduk temankan Ibu.

Adik mula cuba cari pekerjaan sebab taknak sambung belajar dekat university. Dia cakap dia nak macam abang ipar dia (suami saya) berjaya sebagai usahawan. Padahal suami saya pun ada pelajaran tinggi jugak. Entah lah, mungkin adik saya minat langsung turun padang cari pengalaman.

Selepas setahun kami menikah, bisnes suami saya bankrap sebab suatu hal. Saya sebagai isteri sokong dia walau dia kena usaha semula dari bawah lagi. Kami gadai kereta kami untuk modal suami usaha. Tetapi duit tu tak cukup lagi untuk mula usaha macam biasa dia buat dalam kuantiti kontainer – kontainer besar.

Saya cadangkan dia bisnes kecil – kecilan. Dia tak tau kena mula dari mana, sebab tu saya lepaskan pekerjaan saya untuk tolong dia. Ibu saya bagi nasihat saya tak bawa anak sekali. Kami kena focus bisnes, kalau dah berjaya baru ambik anak kami.

Kami pun pergi ke kampung suami di Sulawesi. Dengan duit yang ada tu kami boleh sewa tempat untuk buka kedai. Saya memang tak pandai masak. Tapi bukan tak boleh buat apa – apa. Ada lah makanan saya pandai buat juga, resipi dari ibu saya.

Confident pula kami buat kedai makan khas Jawa dekat Sulawesi. Tetapi mama mertua saya mula kacau. Dia cakap, “menantu Jawa yang tak ada pendidikan tinggi dan tak ada kerjaya ni, memangnya apa yang boleh dia buat?”

Mama mertua ambil alih kedai, dia pulak yang berniaga masakan khas dia. Tak jadi lah kami ada kedai makanan Jawa hahaha. Kami sepasang ni tak ada income, malah saya dan suami jadi babu mama mertua terus. Masa tu tak ada kami hantar duit kat ibu saya, anak saya sekali.

Tapi adik saya dah kerja berniaga kecil – kecilan dengan kawan dia, dia boleh tolong ibu dengan keponakan dia (anak saya). Jadi dengan adik lah kami berg4ntung, dia ikhlas bayarkan gadai kereta dan rumah saya. Barakkallah Adik…

Menangis lah saya setiap malam nak balik ke Surabaya sebab tak sampai hati, Adik saya rela berk0rban demi saya sampai macam tu. Saya lah yang kena buat macam tu sebab saya kakak sulung. Tapi saya dan suami tak ada duit lagi beli tiket kapal laut, apatah lagi kapal terbang.

Kedai kami pun kena tutup sebab kami tak boleh sambung sewa. Mama mertua pula marah suami saya, anak kandung dia sendiri, dia cakap kenapa suami saya tak kerja, bela isteri yang tak ada kerja juga. Tu la saya baru tau kalau di Sulawesi kerja kerajaan baru dorang sebut kerja, usahawan tu tak dikira kerja! hahaha.

Saya gelak je. Gaji kerja kerajaan ni memang pasti ada masuk tiap – tiap bulan. Tapi setakat tu je. Mungkin mama mertua saya lupa kalau duit yang suami bagi untuk mama mertua dan adik bungsu selama ini bukan dapat dari gaji kerja kerajaan.

Mama mertua asyik bebel setiap hari suruh suami cari kerja. Kami berdua mula risau dengan keadaan kami. Saya pun terp4ksa suruh suami cari kerja juga. Suami ajak saya pergi dari rumah mama mertua di Sulawesi Selatan ke rumah abang dia di Sulawesi Tengah.

Kami naik bas dari Makassar selama 33 jam menuju satu bandar bernama Morowali. Abang ipar dan kakak ipar saya dua – dua guru, dorang bagi kami menumpang rumah dorang sampai suami dapat kerja. Morowali adalah satu bandar yang berada di daerah Sulawesi Tengah penghasil nikel terbesar di Indonesia.

Company – company China banyak dekat sini. Jadi kami masukkan CV dekat mana – mana ada jawatan kosong. Sambil tunggu panggiIan interview, kami menumpang rumah abang dan kakak ipar. Alhamdulillah, dorang memang baik.

Tapi mama mertua pula datang menyusul. Dia cakap sebab dia risau dengan kami. Mama mertua mula buat perniagaan kecil – kecilan depan rumah abang ipar tu. Ingatkan saya dan pencen jadi babu, rupa – rupanya masih lagi.

Belum genap satu bulan kami duduk menumpang, alhamdulillah suami dapat kerja. Kami berdua sewa rumah terus yang dekat dengan tempat kerja suami. Tak nak lah kami hidup menumpang lama – lama dengan abang ipar. Lagi pun saya nak lari, saya tak nak jadi babu mama mertua.

Tetapi saya mula bosan jadi surirumah, kami belum juga diberikan rezeki anak. Saya rindu anak saya tetapi tak sampai hati meninggaIkan suami sorang – sorang. Suami pun tak bagi saya balik tanpa dia, lagipun belum cukup duit tabung belikan saya tiket pulang.

Ibu pula besarkan hati saya cakap anak saya tak kisah hidup dengan eyang saja. (Eyang : nenek dalam bahasa Jawa). Kami mula boleh hantar duit dekat ibu sikit – sikit, kami pun bayar hutang – hutang kami. Tu la yang buat saya bosan, saya tak ada kerja.

Saya minta izin dekat suami saya, saya nak berniaga boleh ke tak? Dia jawab boleh, tetapi modal belum ada lagi, kami masih kena bayar hutang dulu. Jadi saya kena sabar lagi. Suami mula s4kit – s4kitan sebab belum terbiasa bekerja dengan company.

Dulu dia asyik melepak dengan kawan bisnes dia, balik rumah bawa file bisnes, kerja dengan phone je, dia call sana sini, dapat barang entah letak mana, call lagi entah dengan siapa, barang sampai entah mana negara sampai tu, barang aprove, last – last dapat duit.

Tak banyak profit dia sebab tax, tapi dah lebih dari cukup untuk bagi nafkah saya dan anak, bagi duit untuk mama dan adik bongsu dia, untuk ibu saya sekali. Tetapi sekarang dia kena kerja, bukan senang, kena debu, panas dan hujan.

Saya rawat dia masa dia s4kit. Dia kena ambik cuti s4kit dan gaji dia pun auto kena p0tong juga. Keadaan kami bukan lebih baik tapi m4kin teruk. Saya mula jadi pemarah, saya cakap kat dia, “macam ni ke yang mama nak? Kerja company jadi kuIi orang? Ada gaji tiap bulan tapi anak sendiri m4kin kurus dan s4kit – s4kitan?”

Beruntung saya dapat suami penyabar, dia ingatkan saya tak baik mengata mama dia macam tu. Entah lah mungkin saya marah sebab pernah kena jadi babu mama mertua ke apa, saya tak pasti kenapa str3ss hahaha. Saya call ibu saya masa suami saya kerja, saya ceritakan keadaan saya dari mula saya sampai di kampung suami saya, hingga saya sesat entah kampung siapa ni.

Walau masih di Pulau Sulawesi, tapi dah jauh pulak dari kampung suami hahaha. Saya luahkan pada ibu semua yang terjadi. Ibu saya pun tak dapat menahan air mata dia. Saya dengar suara dia menangis. Ibu cakap kenapa saya tak pernah cerita apa – apa selama ini.

Sebenarnya saya memang tak nak ibu overthinking melampau. Jadi saya berhubung dengan ibu selama ini buat macam tak ada apa – apa. Tapi mungkin hari tu saya dah lelah dengan keadaan saya sendiri. Saya cakap pada ibu, “ibu, suami kakak selalu tak sependapat dengan mama dia, jadi usahawan tak senang, berniaga kecil – kecilan pun dia kacau, asyik suruh anak dia jadi pekerja company je…”

Ibu jawab luahan hati saya tu, “apa yang mama dia cakap tu dah jadi kenyataan, anak dia sekarang dah jadi pekerja company. Ibu ni walaupun ibu mertua je bagi suami kamu, ibu tetap ibu, ibu doakan anak menantu ibu berjaya semula jadi usahawan…”

Saya mula bersemangat. Ibu saya dah doakan suami, saya pula dah doakan suami. Allah memang Perancang Terbaik. Akhir tahun 2023, kawan suami call bagitau dia ada banyak barang. Barang tu melimpah ruah ada dalam 32,000 ton.

Eh tak tau ye apa barang tu hahaha. Semua barang tu kawan bagi harga murah sebab memang dah terlampau banyak. Suami dengan lesu dia jawab dia tak ada duit sekarang. Murah pun kalau tak ada duit macam mana nak beli untuk jual lagi?

Kawan dia cakap dengan bersemangat, “alaaa cari je orang yang nak beli, aku serah semua barang ni acah – acah kamu punya. Nanti kongsi je mana bagian aku, ambik bagian kamu sorang. Aku bagi kamu fee Rp 25/kg. Kita kenal lama dah ni, aku percaya kamu orang yang amanah…”

Alhamdulillah rezeki awal tahun 2024. Suami dapat bos kaya asal Jakarta yang nak beli barang 32,000 ton tu. Last – last saya tau barang yang dimaksud ni besi tua berkarat yang hendak masuk peleburan. Boleh pembaca bayangkan dalam 32,000 ton tu (32,000,000 kg) kalau dapat fee 25 rupiah je tiap kg boleh dapat Rp 800,000,000 eh terbaca ke tak berapa nombor tu hahaha.

Maaf inflasi negara kami memang teruk. Saya convert fee suami tu lebih kurang dalam RM 266K. Saya bagi tau ibu, la ibu menangis pula. Tapi kali ini menangis haru, menangis bersyukur, bukan sedih lagi. Project tu sekarang on progress, duit fee kami belum semuanya dalam genggaman.

Masuk akaun bank kami step by step selama besi – besi buruk tu shipping dengan kapal laut menuju peleburan di Jakarta. Saya pula suruh suami bayar biaya pendidikan adik bongsu dia dan bagi mama mertua duit tabung banyak sikit supaya dia pun rasa macam mana hasil kerja usahawan.

Saya tak lupakan abang dan kakak ipar yang bagi saya tumpangan tahun lepas, saya berikan macam – macam gift. Hutang – hutang kami di Bank dah kami bayar semua. Saya macam tak percaya dalam bulan ni boleh balik rumah saya semula.

Ibu nak buat majlis baca Al-Quran sampai khatam kat rumah sebagai rasa syukur kejayaan anak menantu dia. Suami pula peIuk saya sambil menangis tiap malam, dia dah lama jadi usahawan tetapi baru sekali ni ada profit macam tu.

Entah kenapa kepada saya pula dia berterima kasih. Saya ingatkan dia, ni semua titipan dari Allah, sebab Allah lah yang Maha Kaya, Pemurah, dan Pemberi Rezeki…

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.