Saya dan suami takde kerja. Kami berniaga dari pukul 11 pagi sampai 5 petang, 10 sen pun saya tak dapat. Saya tersenyum

Ujian datang bertimpa timpa. Saya keguguran semasa bersendirian dalam hotel, terpaksa berhenti kerja dan suami juga diberhentikan. Selepas beberapa bulan ibu saya meninggal dunia, kereta kami pun kena tarik sebab tak mampu bayar. Saya bawa motor sorang sorang pergi pusara ibu..

Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Minta admin hide profile saya ya. Saya selalu baca post post dari luahan hati seorg isteri, seorg menantu dan seorg wanita. Ada yang kecewa sedih, stress.  Sejujurnya saya turut bersimpati dengan luahan sahabata sahabat yang dimuliakan Allah SWT. Kadang kadang luahan para ibu dan isteri ni saya ambil semangat untuk saya harungi ujian.

Ujian hidup, lain lain org lain ceritanya. Sampai hati terdetik, sampai bilalah ujian ni? Sampai akhir hayat kita, kerana Allah ciptakan bumi ini adalah tempat ujian hambaNya.

Saya nak kongsi sedikit ujian dari Allah Yang maha Baik. Sebelum PKP, saya bekerja. Alhamdulillah rezeki Allah dan Nikmat yang Allah beri pada saya. Saya boleh beli apa yang saya nak. Kerja tempat yang selesa.

Ujian bermula PKP

Saya mengandung 3 bulan dan company keluarkan surat untuk masuk ke Singapore untuk sambung kerja. Alhamdulillah perjalanan saya dipermudahkan Allah sampai ke hotel tempat kuarantin selama 14 hari. Hari ke-13 sehari sebelum saya tamat kuarantin saya miscarriage dalam hotel. Masa tu saya rasa ujian saya berat dah. Sb lepas dah check kat hospital, dan dibenarkan discharge saya kena balik jalan kaki cari teksi untuk balik ke hotel untuk tamatkan kuarantin lg 1hari.

Kehilangan baby

Selepas kejadian tu, saya jadi tak kuat. Sebab masa dalam pantang saya sering menangis dan perlukan keluarga. Dan suami saya minta saya pulang ke jb. Bos bagi saya cuti selama sebulan untuk pulihkan emosi. Habis cuti, suami berat nak lepaskan saya masuk kerja yang kena duduk di Singapore sendirian. Suami risau masa tu saya keguguran anak pertama saya dengan suami sekarang, jadi dia risau sekiranya ada perkara yang tidak diingini terjadi kelak. Jadi saya diminta berhenti dari company kerana tidak dapat teruskan kerja. Suami saya juga kehilangan kerja kerana pintu sempadan ditutup.

Kehilangan kerja

Selang sebulan, saya ambil inisiatif untuk berniaga kecil-kecilan. Beli barang niaga dengan duit simpanan. Berniaga tepi jalan. Hasil niaga tidak menentu. Tapi saya cuba bertahan, berpanas, berhujan. Dan sampai payung canopy terbang, minyak dikuali tumpah angin kuat, kerusi terbang ke tengah jalan. Pernah saya diuji berniaga dari jam 11pagi sehingga jam 5ptg, sepuluh sen pun saya tidak dapat. Tapi saya tersenyum tanda Allah sayang.

Saya bertahan untuk berniaga, tapi bila kemasukan kurang dan pusingan modal kerap dikeluarkan dari duit simpanan, akhirnya saya yakin ada hikmah disebalik semua ni. Syukur suami dapat kerja baru walaupun cukup untuk rumah dan keperluan harian

Ujian ditempat niaga

Selang beberapa bulan, ibu yang saya cintai positive covid. Sepanjang di hospital, kami tidak dapat video call. Dan masa tu hospital masih tidak benarkan buat video call jika ditidurkan. Akhirnya ibu saya pergi Kembali Kepada Penciptanya selepas 3 minggu melawan sakit

Kehilangan Ibu

Kemudian, usaha saya untuk mencari duit membayar kereta diuji memandangkan kereta saya sebulan jumlah yang agak berat untuk saya tanggung. Kereta saya ditarik dirumah ayah saya selepas saya selesai uruskan ayah saya dan ketika saya hendak ke pusara menziarahi pusara arwah ibu saya.

Kehilangan kereta

Kereta saya dan kereta suami ditarik kerana kami tidak mampu nak bayar akibat kami kehilangan kerja. Ujian isteri adalah suami. Begitu juga saya. Bila saya diuji dari sikap suami, saya cuba positif. Ujian apa yang belum aku harungi ? Sebelum menikah dengan suami yang sekarang, saya pernah kehilangan anak lelaki yang pertama ketika usianya 2 tahun akibat brain tumor. Bagi saya itu ujian yang besar bagi saya. macam – macam ujian saya hadapi dari sikap suami.

Sepanjang covid 2 tahun, saya kehilang baby dalm kandungan usia 3 bulan sendirian didalam hotel. Saya kehilangan kerja, saya kehilangan ibu tempat saya mengadu, saya kehilangan kereta harta dunia untuk kemudahan sekeluarga.
Dan sekarang, jika saya terlalu rindu arwah ibu, saya bawak motor sendirian pergi ke pusara arwah ibu.

Ujian manusia berbeza. Ada suami yang baik tapi mungkin diuji tidak mempunyai anak. Ada kerja yang baik tapi diuji suami yang agak kurang baiknya. Ada suami, ada harta, ada anak tapi kehilangan ibu tempat mengadu. Kesimpulannya, hidup ni Hanya Sementara. Tapi Syurga kekal selamanya.

Saya ada dengar ceramah ustaz, jika kita terlalu sedih kerana ujian dari sikap suami. Ustaz beri nasihat, Asiah tu adalah tauladan untuk kaum isteri. Dimana kini dia berada disyurga yang tertinggi. Bila hati saya sedih, saya cepat cepat berkata sakit ini hanya sementara. Jika kita bersabar Allah akan beri hikmah yang baik. Dan kini bila saya dah tak ada apa- apa. Saya cepat – cepat bersangka baik. Allah dah beri pada aku nikmat bertahun – tahun, tapi Allah baru je beri ujian pada aku 2 tahun, aku dah tak mampu ?

Selagi kita bergelar isteri, kita memang akan diuji. Kerana kita hambaNya. Saya doakan para isteri dan ibu semua diberi hikmah dan balasan yang terbaik dari Allah SWT diatas kesabaran. Aamiin Aamiin Aamiin YRA