Saya dip4ksa makan makanan yang saya tak suka sampai munt4h, kalau tak mertua akan marah

Untuk pengetahuan semua bapa mertua saya ni cikgu dan ustaz yang ajar budak tahfiz mengaji. Saya tak tau ape masalah dia, dia cakap saya orang kampung hulu yang tak pernah jumpa makanan yang sedap – sedap…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, macam biasa tolong hide profile saya. Saya cuma nak meluah apa yang terpendam dalam hati saya ni. Saya dan suami dah 9 tahun kenal dan baru je kahwin 5 bulan yang lalu dan sekarang kami tinggal dengan mertua tanpa kerelaan saya. Saya baru dapat tau yang saya mengandung sebulan lebih. Mula – mula saya duduk dengan mertua macam biasa tak ade apa – apa yang merisaukn saya.

Tapi lama kelamaan saya m4kin pelik dengan cara mertua yang suka ikut campur hal saya dan suami. Saya seolah – olah tak ade hak langsung di atas perkahwinan kami. Semua yang berlaku mesti mertua yang atur. Saya dan suami ibarat kereta kawalan yang dikawal ketat oleh mertua tak kira ibu mertua atau bapa mertua.

Sump4h saya memang tak tahan dah hidup macam ni. Saya cemburu tengok kawan – kawan bebas keluar jalan – jalan, pergi mana – mana masa hujung minggu. Pergi makan macam pasangan baru kahwin tu tapi saya tak dapat semua tu. Pergerakan saya terbatas, saya tak boleh pergi mana – mana dengan suami. Nak keluar pun kadang – kadang terp4ksa tipu. Kalau keluar pun mesti mak mertua akan ikut. Suami saya pun selalu akan ajak mak mertua atau adik ipar saya tu.

Saya pun nak juga keluar berdua dengan suami. Saya hidup bagaikan dalam penjara. Saya tertekan. Kadang – kadang saya menangis seorang diri. Saya tak mungkin mengadu pada kawan – kawan atau kakak saya. Saya tak nak diorang fikir bukan – bukan pasal mertua dan suami sebab saya baru je kahwin. Saya tak nak sampai a1bkan diorang. Cuma saya tak tau smpai bila saya mampu untuk berdiam.

Suami saya tau saya tertekan dan tak mampu buat apa – apa. Puas saya pujuk suami untuk tinggal asing tapi di halang mertua, kemudian saya dan suami salah paham dan akhirnya saya juga yang mengalah. Mertua selalu cakap yang rumah ni atas nama saya dan suami sebab diorang tak bagi saya pindah. Saya rasa perkahwinan saya tak normal macam pasangan lain. Saya tak bebas dan langsung tak ade hak atas diri saya sekarang ni. Apa yang saya makan pakai buat semua diatur. Saya tak pernah jumpa keluarga pelik macam ni. Saya bahagia dengan suami tapi kadang – kadang saya rasa d3rita dan menyesal kahwin. Ya Allah, berd0sanya saya. Saya tak tau smpai bila saya nak bertahan macam ni .

Lagi satu bapa mertua saya jenis suka kutuk saya, untuk pengetahuan semua bapa mertua saya ni cikgu dan ustaz yang ajar budak tahfiz mengaji. Saya tak tau ape masalah bapa mertua saya ni. Dia cakap saya orang kampung hulu yang tak pernah jumpa makanan yang sedap – sedap. Padahal rumah kita orang 1 bandar je. Saya pun bukannya datang dari keluarga yang susah dan keluarga saya lebih senang dari keluarga mertua. Saya juga dip4ksa makan makanan yang saya tak makan, sampai saya munt4h. Kalau saya tak makan saya kena marah.

Bapa mertua pernah cakap saya menantu tak guna dekat besan beIah keluarga kak ipar saya sebab saya tak pandai masak kari. Dah banyak kali saya kena kutuk yang teruk – teruk sampai macam saya tak ade harga diri. Tapi bila depan keluarga saya diorang baik sangat sampai keluarga saya cakap saya ni beruntung dapat mertua yang baik. Padahal keluarga saya tak tau saya tertekan bagai nak giIa. Suami hanya boleh minta supaya saya sabar. Mungkin suami dah biasa hidup macam ni tapi saya tak biasa. Keluarga saya tak layan saya macam ni

Mak mertua plak macam tak boleh jauh dengan suami. Suami saya ni anak tunggal lelaki, ada kakak sorang dan adik perempuan sorang.. Mak mertua ni memang sayang giIa dekat suami saya tu. Saya boleh nampak yang suami pun seakan – akan tak boleh berjauhan dengan mak dia. Kalau saya balik rumah saya, saya happy sangat – sangat dan suami hanya akan duduk sehari dua tak lebih, kemudian mertua akan call dan wasap saya tiap hari, tanya bila nak balik.

Padahal saya baru je sampai rumah, kadang – kadang saya tak buka pun wasap tu. Lepas tu bila saya balik rumah mertua mula la diorang perIi – perIi saya balik kampung lama sedangkan 4 hari je paling lama. Saya cuma balik seminggu atau 2 minggu sekali, itu pun kalau saya tak kena heret dengan mertua pergi mana – mana masa hari minggu. Selalunya saya kena balik kampung beIah mertua.

Haritu saya dapat tawaran kerja tapi mak mertua tak bagi, suami plak jenis diam ikut je cakap mak dia. Arhhhhh str3ss giIa!! Kalau duk rumah ni, saya kena hadap diorang sepanjang masa bila diorang ada dekat rumah. Saya tak tipu, biasa mak mertua akan ketuk pintu bilik suruh saya duduk depan tv padahal tak cakap apa – apa pun tapi nak juga saya ade kat depan tu. Saya penat sangat, bangun awal pagi kemas rumah, masak, lepas tu nak rehat pun tak sempat. Malam pun kena hadap diorang lagi teman tengok tv . Kalau tak layan diorang akan ketuk pintu bilik panggil saya keluar. Saya dah macam tak normal , penat hidup macam ni .

Tolong la saya nak pindah rumah. Tolong la saya macam mana ni saya nak pindah dari rumah ni. Kalau bincang dengan suami pun penat, akhirnya jadi g4duh. Nak suruh je mak mertua tu simpan anak dia dalam frame. Saya tak sanggup dah kongsi rumah dengan orang pelik – pelik ni. Jangan reply nanti suami saya baca tq.

Komen Warganet :

Najwa Baderi : Saya cadangkn awak mengadu kat keluarga awak. Tambah lagi awak sedang mengandung.. Ini bukan soal a1b kan sesiapa.. Tapi soal diri awak dan kandugan, kalau str3ss nanti boleh sebabkan keguguran. Kalau betul gugur nanti, tak psaal diperIi tentang zuriat plak, lemah rahim la ape la. Maru4h awak pon dah dipijaknye, a1b awak tu sis dipermainkan macam tu je. Suami awak pon, alahai sedihnye dapat suami anak mak.  Nasihat saya, luahkanlah.

Awak luahkan dekat suami, tak jalan, awak luahkan kat orang lain. Awak baru 5 bulan kahwin, banyak lagi masa nak tempuh, dugaan macam – macam lagi. Jangan anak sis pon dikongk0ngnya nanti. Saya paling tak setuju dan rase terani4ya kalau suami tak cakap banyak tapi mertua tak bagi kerja. Ehh, cakap kat suami, awak nak kerja, tak nak duk rumah, risau str3ss nanti bagi kesan kat baby. Dan harap suami pertahankan keputvsan nak bagi awak kerja.. Boleh la bagi alasan bila dah dapat izin suami.

NurAz Wan : Awak tanggung seorang diri, konon tak nak keluarga tahu rahsia keluarga suami, tapi nanti lambat laun mereka akan tahu juga, jadi baik ceritakan masalah awak dekat keluarga. Awak akan kurang rasa tertekan, dan mungkin keluarga ada idea untuk selesaikn masalah. Memang susah kalau kahwin dengan anak mak ni, kadang mengalahkan orang bermadu.

Nor Hashimah : Bukan tak bersyukur tapi andai kita pon rasa apa yang dia rasa, kita akan tahu betapa perit hati menanggung kepayahan hati. Erti lain kita ni macam tak wujud, merungut bukan bererti tak bsyukur.. Siapa kena mesti faham. Kita sebagai menantu dah usaha sedaya nak menggembirakan hati keluarga suami tapi takdir tak selalu menyebeIahi. Ada saja tak kena, tu belum lagi ada anak atau anak tiri, lagi la perit serba kena. Kadang – kadang bagi aku sebagai menantu dah buat untuk mnyenangkan hati tapi sebagai menantu apa yang kita dapat?

Faridah Yusup : Belajar bersyukur dik, nikmat dan rahmat Allah bagi untuk kita sama – sama hargai. Bukan banyak merungut, buat baik dengan keluarga mertua macam keluarga sendiri. Tak ada ruginya..

Zarizah Yaacob : Macam ni lah rumahtangga ada warna warni. Kena sabar bertahan. Banyakkan doa dengan tuhan. Kalau awak asyik kat sejadah mertua tak kacau kot. Banyak kena belajar, si suami pon kena jaga juga hati kedua pihak. Ada masalah bincang dengan suami dengan ibu kita. Dia lebih arif resam dunia ni. Kenapa nak pend4m dari pengetahuan keluarga sendiri.

Apa kata anda?