Saya gigih jaga mertua yang Iumpuh dan kakak ipar 0KU, suami seronok kahwin lain

Saya diam – diam mengintip dan tunggu mereka di lobi hotel. Bila nampak suami saya turunkan madu, saya rasa nak tarik bahu dia dan bagi beberapa das pen4mpar. Mungkin terasa diekori, madu berpaling dan ayat pertama yang keluar ialah… “kak”. Ketika tu saya terk3jut dan dia terus peIuk saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Saya Hannah berusia hampir separuh abad, mempunyai 3 orang anak, penjawat awam, tahun ke 27 perkahwinan. Suami pesara awal sektor awam (belum dapat pencen lagi), awal 50 an, bekerja sendiri.

Anak, 1 dah bekerja, 1 sedang intern, 1 sedang belajar IPTA. Ketika menulis saya berada dalam keadaan yang rasional dan bukan mengikut em0si. Saya sangat perIukan pandangan terutama yang pernah mengaIami pengalaman hidup seperti saya.

3 tahun lalu suami saya berkahwin dengan warga thailand di Yhailand (tidak didaftarkan di Malaysia). Saya tahu selepas 2 bulan mereka berkahwin. Boleh bayangkan macam mana saya meng4muk (hanya dengan kata – kata dan air mata – tapi macam – macam saya ungkit, sedangkan saya isteri yang taat) bila saya dapat tahu.

Tapi saya hanya meng4muk apabila kami tinggal berdua sahaja. Sehingga kini, anak – anak dan keluarga beIah saya tidak tahu. Saya takut akan memberi kesan kepada anak – anak kerana ketika itu 2 orang anak sedang mengambil ijazah dan yang bongsu baru form 4.

Takut terjejas pembelajaran mereka dan juga paling penting, takut hati mereka Iuka. Suami merupakan seorang “family man”. Sekiranya ada masa dihabiskan dengan family dan anak – anak sangat rapat dengannya. Seorang yang bertanggungjawab dan komited terhadap kerja.

Suami akan pastikan kami makan malam bersama setiap hari hatta jam 12 malam. Sepanjang tempoh membesarkan anak – anak, sayalah peranan utama dari mereka kecil hingga mereka tinggalkan bangku sekolah. Saya yang uruskan anak – anak dari segi makan, hantar pengasuh, hantar tadika, hantar mengaji, hantar sekolah agama, hantar tuisyen, hantar aktiviti sekolah, menghadiri program sekolah yang penting,

Dan juga sepanjang tempoh 5 tahun setiap anak – anak kat asrama, saya tak pernah gagal berjumpa mereka setiap minggu (belikan barang keperluan, baju siap iron dan sediakan makanan). Saya juga yang membawa 2 orang anak kelaki (beza umur 8 tahun) solat jumaat setiap minggu bermula dari umur 9 tahun, suami saya tak sempat balik, jadi solat di masjid berhampiran pejabat.. hihihi..

So hampir setiap minggu saya dengar khutbah jumaat yer.. penat.. sangat penat.. Suami? Komitmen terhadap kerja yang tinggi menyebabkan suami terlalu sibuk. Kami dikahwinkan (saya 21, suami 25) dengan pilihan keluarga tetapi pada saya ketika sahnya lafaz “aku terima nikahnya”.

Saya sematkan dalam hati, inilah j0doh aku kiriman Allah swt, maka sejak itu, saya abadikan hidup saya (masa, tenaga, komitmen dan wang ringgit) hanya kepada kerjaya dan keluarga. Saya rasa saya juga berjaya dalam kerjaya.

APC 2 kali sepanjang berkhidmat, mula kerja SPM dan sekarang saya ada Sarjana. Ada jawatan dalam organisasi, bersama anak buah, setakat ni semua program yang dirancang berjaya dijalankan. Alhamdulillah.. Saya juga rasa saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri.

Rumahtangga juga saya yang uruskan dari A sampai Z. Suami saya tidak membantu kerana pergi kerja awal dan balik dah lepas isyak kebiasaannya. Tak nafikan ada suami bantu buang sampah, mop rumah dan cuci bilik air, tapi itu rasanya tak habis jari di tangan bilangannya sepanjang 24 tahun berkahwin (suami berubah lagi 3 tahun tu).

Saya juga rasa saya telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya jaga rumahtangga, saya jaga anak – anak, saya jaga makan dan pakai suami, dan saya juga jaga nafsu suami. Saya tak pernah menolak keinginan suami sepanjang saya berkahwin kecuali (ini yang saya nak cerita dan minta pendapat).

Saya juga rasa telah jalankan tanggungjawab sebagai menantu. Saya menjaga ibu mertua yang Iumpuh dan kakak ipar yang tidak berkahwin secara bergilir – gilir dengan adik suami (kapten kapal) apabila dia berada di tanahair.

Saya juga akur kehendak suami apabila balik kampung, rumah mertua 5 hari sedangkan rumah saya hanya 2 hari. Rumah ibu saya jumpa dahulu kalau balik kampung, jadi hari pertama sampai, tidur semalam, esoknya lepas zohor terus balik kampung suami, nanti hari last nak balik ke selangor, singgah rumah ibu saya untuk bermalam. Sedih tak?

Adik – adik pernah merungut tak sempat bermesra. Raya? Sama jer, singgah kampung saya untuk buka dan sahur, esoknya balik kampung suami sampai hari last puasa baru balik semula kampung saya, solat raya, bersalaman, sebelum zohor dah balik kampung suami saya. Tak sempat raya kat kampung..

Ok sekarang baru saya nak mula, mukadimah tadi supaya pembaca memahami bagaimana saya abadikan diri pada keluarga. Selepas saya tahu suami kahwin lagi tahun 2018, rumahtangga dah tak aman, selalu berg4duh, tapi kalau ada anak balik, kami macam biasa jer.. tak g4duh – g4duh.

Setiap 2 minggu sekali suami saya nak pergi kepada madu saya, saya akan meng4muk pukuI – pukuI d4da dan tangan suami, beg saya terbalikkan. Suami pun mungkin kerana terlalu amarah, pernah tarik tudung, banting saya ke sofa, pernah tunding jari ke kepala hingga ke lantai, kepala saya benjol kerana terkena cincin suami ketika mengelak saya memukuInya, bergelut dengan saya (sebab saya ambil visa).

Padahal sebelum dia kahwin lain, suami tak pernah jentik saya pun. Itulah yang berlaku sepanjang 2019, sehinggalah saya diceraikan dengan taIak 2 pada Jan 2020. Opsss… pada pertengahan tahun 2019, madu saya pengsan, suami saya bawa ke Malaysia untuk dapatkan rawatan.

Dia tinggal di hotel selama seminggu. (Madu saya janda anak 1 dan masuk Islam sebulan sebelum berkahwin dengan suami saya. Anaknya muda setahun dari anak kedua saya – jadi dia tiada ketika madu pengsan). Jadi saya diam – diam mengintip dan tunggu di lobi hotel (3 bintang jer).

Bila nampak suami saya turunkan madu, saya ekori dari belakang hingga sampai ke tangga hotel. Saya rasa nak tarik bahu dia dan bagi beberapa das pen4mpar. Mungkin terasa diekori, madu berpaling dan ayat pertama yang keluar ialah… “kak”.

Saya terkesima dengan suaranya yang lembut lalu membetulkan tudung mak datinnya yang menampakkan jambul hadapan. Dia terus memeIuk saya dengan erat. Saya pun tunjukkan isyarat nak ke bilik. sampai bilik saya terus pinjam telekung dia dan kerjakan solat maghrib kerana waktu dah hampir isyak… lama sangat dok tunggu dari asar lagi.

Maka hiduplah saya dalam edah yang perit kerana tak dapat nak ke mana – mana hanya tempat kerja. Banyak kenduri dan kem4tian yang tak dapat dihadiri. Pada ketika itu, saya pasrah dan terima takdir hidup saya. C0vid melanda Mac 2020, anak bongsu balik dari program amalnya (dah habis spm), ex datang dengan alasan c0vid… nak jaga kami konon.

Tinggallah serumah dalam keadaan saya terp4ksa bertudung. Akhirnya sebelum eddah berakhir, suami minta rujuk semula dan b0dohnya saya terima untuk rujuk. Sebab hari – hari masak makan bersama – sama berlakon dengan anak – anak dan suami berubah menjadi rajin, membantu kerja rumah… magic masa tu rasa.

Hiduplah aman damai kerana c0vid suami tak dapat keluar negara sehinggalah 2 – 3 hari sudah apabila suami minta passport. Sebelum tu, suami ada nyatakan hajat untuk tunai haji bersama – sama dengan madu 3 orang.

Bermulalah per4ng dingin dan buat pertama kalinya saya menolak keinginan suami untuk bersama kerana saya dah bernekad untuk tinggalkan suami. Saya ada wassup suami untuk beri saya sedikit waktu untuk membuat persediaan sebelum keluar dari hidupnya.

Saya juga nyatakan saya akan ceritakan dan serahkan anak – anak pada suami, saya akan berhijrah ke Labuan (membawa diri), dan saya tak akan menuntut nafkah kat mahkamah. Saya juga hanya berkurung dalam bilik. Suami bangun tiada sarapan, suami balik solat zohor tiada lunch dan suami balik malam tiada dinner.

Saya dengar malam – malam dia selongkar dapur. Lapar agaknya. Suami saya tak tahu masak, hanya maggie, nasi dan telur mata kerbau, d4dar pun tak pernah. Selama ini, semua tersedia.. sekarang ada sorang anak yang intern kat rumah, abang dah kerja, adik dah balik kampus.

Dah beberapa malam saya tidur membelakangkan suami (saya ubah tempat tidur) selama ini saya tidur sebelah kiri supaya bila tidur saya berpaling kanan mengadap suami. Saya bukan baik sangat, tapi saya berusaha menjadi isteri yang taat dan ibu yang baik.

Yang nyata dan saya sedar kelemahan saya… saya gemuk, muka berjeragat, suara kuat, garang dengan anak – anak (anak – anak kategori cemerlang dalam upsr, pmr dan spm) juga garang dengan suami. Saya bukannya jenis r0mantik, kalau kat pasaraya membeli belah keperluan rumah… saya yang di depan, suami hanya ekori.

Saya yang tentukan apa yang nak dibeli, kedai mana, nak makan kat mana, nak camping kat mana, nak bercuti di mana, baju raya warna apa, nak sambut besday di mana… bla bla bla… Saya diberi kuasa penuh oleh suami.

Ofkos termasuk duit belanja. Kami kongsi jer keperluan keluarga. Tersasar pula, sambung. 19/10 – Maulidurrasul, jam 3 pagi suami k3jutkan saya. Ajak berbicara. Katanya dia baru berbicara denganNya… memohon diberi pertolongan, dibukakan jalan dan diberi petunjuk untuk selesaikan kemelut rumahtangga kami.

Katanya dia telah berdoa memohon kebaikan untuk kami sekeluarga. Suami tanya betulkah saya nak meninggaIkan suami? Betulkah saya sudah tawar hati? Betulkah saya sudah tidak mahu berhubungan badan dengannya lagi?

Suami tanya apa yang saya mahu untuk kekalkan hubungan? Suami tanya nakkah suami ceraikan madu? Suami tanya benarkah saya akan bahagia jika saya berpisah dengannya? Suami tanya adakah saya pasti suami akan bahagia dengan madu?

Akhirnya suami mengaku perkahwinan kedua adalah satu kesilapan, telah lama dia menyedarinya sebab itu dia rujuk dengan saya. Katanya dia benar – benar berkahwin kerana kasihan. Katanya dia tak tahu apa yang berlaku, kenal bulan 4, masuk Islam bulan 9 dan nikah bulan 10.

Ketika berkawan 4 bulan tu, madu sering bercerita tentang kisah hidupnya. Dir0g0l oleh orang Islam Thai, ditinggalkan ketika mengandung, lahirkan anak sendirian kerana ibubapa buang, per0g0l ingin kembali tapi dia tr4uma dengan Islam, anak dibawa lari dan dibeIa oleh kakak per0g0l.

Mencari anaknya selama 3 tahun, selepas berjumpa anaknya dia bertekad untuk berusaha lebih kuat untuk menyara anaknya yang hidup dalam keadaan daif. Selepas berbincang dan memberi sejumlah wang kepada per0g0l, dia dibenarkan membeIa anaknya dengan syarat jangan tukar agama, oleh itu dia masukkan anaknya ke sekolah pondok di Yala.

Kata suami rasa kasihan dan keinginan untuk membawa dia yang sedang terumbang ambing ke dalam Islam menyebabkan suami saya tidak berfikir panjang. Apabila suami ajak berkahwin, dengan syarat masuk Islam, dia terus setuju.

Maka kahwinlah mereka ketika saya sedang membeIa mertua yang parkins0n dan Iumpuh, juga seorang kakak ipar yang 0ku. (mertua meninggaI ketika suami berbulan madu- 5 hari selepas suami berkahwin). Dengan tangisan dan juga cinta yang mendalam terhadap suami, saya setuju untuk terus bersamanya, lupakan yang lalu dan mulakan hidup baru kerana katanya ini adalah “last lap” dalam hidupnya.

Saya juga meminta suami tidak menceraikan madu kerana takut ditanya di akhir4t nanti (mualaf tu). Suami yakin madu tidak akan tinggalkan Islam selepas berbulan dihantar ke sebuah surau di sana untuk madu mendalami Islam dan mengaji quran.

Madu juga sudah boleh berpuasa dan tidak tinggal solat. Lagipun anaknya mengaji pondok di Yala mesti takkan biarkan ibunya murt4d. Dan madu juga sudah tidak bekerja dengan orang. Dah buka spa sendiri dan dah pandai jahit baju.

Pembaca budiman, doakan saya diberi kesabaran, keredhaan dan ketabahan dalam ujian ini. Doakan juga kami (saya dan madu) diberi kesejahteraan hati dalam berkongsi. Suara – suara jahat sentiasa mengh4ntui saya. Saya sentiasa selitkan doa untuk madu seusai solat fardu, namun nafsu dan sy4itan sentiasa merasuk.

Mohon pandangan dan kata – kata semangat dari pembaca untuk saya. Benarkah pilihan yang saya buat. – Hannah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mudarrisah AmatulLah : Begitulah kasih manusia, umpama dahan yang rapuh. Tak dapat kita tumpang berteduh, nanti tertimpa olehnya. Tak boleh juga kita hinggap berg4ntung, lantaran rapuhnya ia. Semoga Allah meIimpahkan bahagia di dalam hati puan dengan cintaNya biarpun diri diasak seribu Iuka, walaupun 6 arah teruji penuh keperitan. Sentiasa ada bahagia. Selagi bersamaNya. U r strong, kak! Tabik spring dari jauh.

Dilla Azman : Family man bukan sekadar memastikan makan bersama walaupun dah pukuI 12 malam. Semua benda pun isteri yang uruskan hatta menjaga ibu mertua dan adik beradik suami. Jarang sekali family man, membelakangkan keluarganya hanya untuk berkahwin dengan orang lain.

Since akak dah terima suami, nak taknak kenalah juga terima madunya. Kena redha juga. Cumakan, peluang dah diberi berulang kali. Kalau selepas ni akak masih susah untuk menerima dan em0si serta situasi akak menjejaskan rumahtangga, mungkin dah sampai masa untuk akak fikirkan kebahagiaan diri sendiri saja. Anak – anak dah besar. Tahulah ayahnya handle dan berkomunikasi dengan anak – anak. Lagipun tu tanggungjawab dia.

Rizal Rodzuan : Puan nilai kan la sendiri, masih sayang rumahtangga ke tak, sayang suami ke tak dan sebagainya. Dari cerita puan nampak suami baik, cuma puan tak boleh terima poIigami je. So puan yang decide sendiri.

Cuma kalau poIigami tu puan f0kus diri dan anak dan tanggungjawab isteri yang asas, biar lain – lain suami setelkan since dia yang nak poIigamikan dan doa supaya kehidupan korang dipermudahkan Allah insyaallah.

Norizan Mamat : Salam, Big hug. Tak ada apa nasihat, hanya doa semoga tabah. Kakak ipar pun bermadu. Dia pun sangat sayang suami dia. Dia cakap, hidup ni tak lama mana, dah tua. Dia kahwin 21 tahun, suami dia kahwin lain.

Dia suri rumah. Mulanya memang dia sangat sedih, sampai kurus boleh pakai baju anak – anak d4ra dia la, punya makan hati tak makan nasi. Now, ok jer. Dah boleh melancong sana sini sama – sama. Kiri kanan sebeIah suami. Rumah asing asing. Nak cakap lebih lebih, tak berani, sebab makcik rasa tak sanggup juga. Semoga kuat yer.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?