Saya harap kata-kata saya ini tidak menyinggung mana-mana pihak – Fizo Omar

Setelah 3 bulan berce rai, akhirnya Fizo Omar terbuka untuk bercerita tentang kisah perkahwinannya bersama Mawar Karim.

Dalam siaran video yang dimuat naik di facebook, Fizo seolah olah seperti membuka mulut tentang perkahwinan dan kisah perce raian yang dihadapi.

Syukur Alhamdulillah saya dan Mawar bersahabat baik untuk menjadi co parenting membesarkan Mariam. Kami selalu jumpa hantar ambik anak dengan niat dapat besarkan Mariam dengan Cara kasih sayang yang terbaik.

Terima kasih juga kepada yang doakan yang baik-baik untuk kami semua. kalau ikutkan hari ni genap 3 bulan kami berpisah iaitu para 10 Julai 2019. Kami berkahwin pada 10 November 2013.

Sepanjang perkahwinan itu banyak suka dan duka. Tapi saya lebih nampak ke arah suka, banyak kenangan bersama. Terima kasih kerana diberi peluang menjadi seorang suami, ayah dan menantu. Alhamdulillah pengalaman yang berharga.

Sepanjang perkahwinan juga kami menghadapi cabaran untuk mendapatkan zuriat selama 4 tahun. Allah sebenarnya beri peluang untuk kami berkenalan bercinta dahulu selepas kahwin. Kami cuba pelbagai cara untuk dapatkan zuriat, Alhamdulillah Kami dikurniakan juga anak yang comel, sihat cukup sifat. Itu adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.

Terima kasih Mawar menjadi ibu yang terbaik kepada zuriat saya.

Tambahnya, hasil perkongsian bersama wujudlah fizomawar kitchen yang mempunyai dua cawangan. Ramai yang bertanya tentang status restoran. Atas permintaan ramai, buat masa sekarang restoran ini diteruskan. Saya harap semua dapat terus menyokong kami dan doakan yang baik-baik.

Baguslah kalau Fizo dan Mawar masih baik macam biasa. Lagi pun anak mereka Cik Yam perlukan kasih sayang penuh dari ibu bapa. Kami disini mendoakan yang terbaik. Tak bersama tak semestinya tak boleh berkawan. Ramai yang mendoakan mereka berdua.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..