“Saya ingat kamu lebih baik s4kit.” – Datuk Ramli MS puji persembahan Sham Visa walaupun s4kit

Minggu ini berlangsungnya Konsert Gegar Vaganza Minggu keenam dengan 10 orang peserta bertanding untuk mendapatkan tempat ke peringkat seterusnya. Untuk konsert minggu ini,  Feeza telah diumumkan sebagai peserta mempunyai markah terendah seterusnya tersingkir. Artis Cili Padi Paling Power dinobatkan kepada penyanyi Wann yang telah menyanyikan lagu Pengemis Cinta.

Sham Visa antara peserta yang menjadi tumpuan tambah pula dengan masalah kesihatan yang beliau hadapi. Beberapa hari sebelum konsert bermula, pihak pengurusan telah mengesahkan status kesihatan tekak Sham Visa berada pada tahap kronik dan semakin teruk berbanding minggu lalu.

Susulan sesi rawatan oleh doktor pakar Otorinolaringologi (ENT) di sebuah pusat perubatan di Lembah Klang, doktor mengesahkan tekak Sham mengalami Chronic Laryngitis atau keced3raan teruk pada peti suara. Menurut doktor lagi, keced3raan itu dijangka memakan masa yang lama untuk pulih semula seperti sediakala.

Video :

Namun apa yang mengejvtkan para penonton dan juri-juri ialah persembahan yang ditunjukkan oleh Sham Visa sangat bertenaga dan baik sekali. Malah menurut juri jemputan, Saari Amri dan juri tetap Tok Ram suara dan vokalnya ketika s4kit lebih baik dan bagus. Sham Visa berjaya mara ke minggu hadapan dengan lagu yang bakal dinyanyikan Pergi (Aizat Amdan)

Tahniah Sham Visa kerana telah berjaya membuat persembahan dengan begitu baik sekali. Para peminat juga sangat berpuas hati dengan lagu yang dipersembahkan.

Video :


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..