Kenapa tiba – tiba terdetik? Tiba – tiba password hp ditukar. Aplikasi telegram juga ada password begitu juga Iwatch. Suami lari jauh ketika telefon berbunyi. Bergayut pukuI 2 – 3 pagi, tak baIas mesej atau mengangkat telefon sekiranya pergi outstation.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Hani (bukan nama sebenar). Perkahwinan saya diganggu oleh orang ketiga. Saya bukanlah orang yang suka menghakimi orang lain. Kerana saya yakin tiada manusia terlepas dari melakukan kesilapan.
Tapi yang membezakan setiap manusia adalah tindakan yang diambil apabila dia sedar yang dia melakukan kesalahan. ORANG KETIGA – Mira (bukan nama sebenar), bekerja di salah sebuah syarik4t swasta yang terletak di Selangor.
Mira mendapat pendidikan di salah satu sekolah agama dan kini menetap di Selangor. Berusia 28/29 tahun. SAYA – seorang isteri dan ibu. Bekerja di syarik4t besar dan seorang business owner. SUAMI – dulu bekerja di syarik4t yang sama dengan Mira.
KANTOI ; Pada March 2022, Ketika itu saya mengandung 2 bulan. Ketika di kampung suami. Mulanya terfikir nak hadiahkan suami kereta baru untuk hari lahirnya. Terdetik. “Eh kalau aku beli kereta ni kat dia, tiba – tiba dia bawak perempuan lain”.
Tapi takkan lah dia sanggup buat macam tu.. Suami seorang yang baik. Takpelah saya yakin, Allah kan ada. Mesti Allah bantu. Kenapa tiba – tiba terdetik? Please alert dengan red flag curang. Tiba – tiba password hp ditukar. Aplikasi telegram juga diletakkan password begitu juga Iwatch.
Suami lari jauh ketika telefon berbunyi. Bergayut ditelefon pada pukuI 2 – 3 pagi, tidak akan membaIas mesej atau mengangkat telefon sekiranya pergi outstation. Nombor yang sama sering telefon berulang kali tidak kira masa, mesej jangan cakap lah.
Tapi disebabkan nombor yang naik disavekan dengan nama ACSB (bukan nama sebenar). Suami kata itu operator company dia yang call di atas urusan kerja sekiranya berlaku downtime. Kadang kala saya yang tolong angkat dan passkan kepada suami. Hehe, kelakar kan.
BACK TO DETIK KANTOI.. Lepas je maghrib hari yang sama, saya ternampak mesej di telegram bertulis. From ACSB (nama Mira yang disave) :
“Sayang buat ape tu?”
“Sayang dah makan?”
“Sayang makan ape tadi?”
“Sayang.. Sayang..”
Dan seterusnya suami mer4mpas hp. Saya terdiam.. Dalam perjalanan balik balik, kami berbincang. Hubungan official bermula sejak awal tahun. Tapi menggatal, mesra – mesra lebih awal lagi dari itu. H4ncurnya hati saya.
Saya rela undur diri. Suami sedar kesilapan dan meminta peluang kedua. Selepas 2 hari, katanya sudah putvs dengan Mira. SELEPAS DUA MINGGU. Bulan puasa. Saya terjaga pukuI 1 pagi. Tiba – tiba rasa tak sedap hati.
Suami sedang buat kerja di depan. Saya bangun dan duduk di sebeIahnya. Saya ambil hp dia. Whatsapps, telegram, call log.. Semua clear.. Tapi… Ada mesej di imessage daripada Mira, lebih kurang tertulis; “Baby belum beli lagi hadiah birthday untuk sayang. Nanti baby beli untuk sayang okay. Okay baby tidur dulu. Good night sayang, sweet dreams”
Orang sibuk bertahajjud dia sibuk bermaksi4t dengan suami orang. SEKALI LAGI KEPERCAYAAN SAYA DIH4NCURKAN. Suami kata, Mira minta tempoh untuk putvs. Mira kata dia tak boleh ditinggalkan secara tiba – tiba.
Dia tak bersedia untuk putvs. Perlu ke bersedia untuk putvs?? Saya terus call Mira. Mula – mula dia tak nak bercakap dengan saya. Tapi bila saya beritahu suami tidak mendengar perbualan ni terus keluar per4ngai sebenar. Antara kata-kata yang saya tak boleh lupa sehingga ke harini ini.
Saya : Ada suami saya bagitahu nak putvs?
Mira : Ada. Tapi i yang belum bersedia. Sebab semua ni tiba – tiba untuk i. Tak adil untuk i.
Saya : U tahu dia dah kahwinkan. Kenapa nak kan dia? Nak jadi isteri no 2 ke?
Mira : U ok ke? U pun tak okay kan?
Saya : Kenapa nak dia? Nak hidup senang ke?
Mira : Kalau dia mampu apa salahnya.
Mira : I boleh tinggalkan dia tapi dengan syarat I nak jumpa dia and I tak nak u ada.
Mira : Semua orang di syarik4t sukakan saya.
Mira : Ye saya tahu saya cantik.
Mira : I takde masalah dengan family u Hani. I cuma ada masalah dengan u.
Mira : Lepas ni u block jelah i. Tak payah nak tengok – tengok profile i dah. Block i lepas ni eh. (Bila dia kant0i meniru saya)
Mira : Kalau u rasa kawan – kawan u tu negatif u tak payahlah kawan dengan kawan – kawan u tu dah.
Mira : I tak pernah tengok profile u and i tak tahu pun social media u (tapi dia dah block semua social media saya)
Mira : U jangan nak overthinking macam i nak sangat suami u.
Mira : Apehal eh i nak tiru – tiru u. Pelik r dia ni.. Pelik r.
Betullah kata orang, kata – kata itu melambangkan diri kita. Pernah suatu ketika saya terserempak Mira di stesen minyak. Ketika itu Mira bersama kawan baiknya Siti (bukan nama sebenar). Saya terk3jut bila Mira dan Siti berjalan berulang kali di hadapan kereta saya.
Ketika itu saya berada di dalam kereta untuk online meeting. Dia merenung melihat saya dari luar kereta. Daring! Selain itu sehingga kini Mira akan pergi ke mana saya pergi, meniru cara pemakaian, meniru segala posting – posting, meniru minat saya.
Obsesi dia terhadap saya terlalu melampau sehinggakan jenis air yang saya selalu minum turut ditiru. Pakaian saya jangan cakaplah. Dia sengaja publickan sesetengah posting dia FB untuk saya lihat. Sehingga dia buat saya rasa keliru. Adakah saya yang perasan?
Namun setelah mendapatkan nasihat daripada pakar, saya harus akui saya sedang diganggu oleh wanita psycho. Saya telah mengumpulkan semua bukti – bukti gambar, video dan rakaman sebagai bukti dan serahkan kepada pihak polis.
Segala maklumat tentang keluarganya turut saya sertakan. Saya jugak telah menyerahkan report polis dan jugak bukti – bukti tersebut kepada peguam yang telah kami lantik. Persepsi saya tentang perempuan bernama Mira terus berubah.
Dia bukanlah wanita innocent yang saya sangka. Wanita innocent takkan ganggu rumah tangga orang, mempunyai adab ketika bercakap. Takkan halang seorang bapa bertanya khabar anak yang ditinggalkan ketika outstation.
Takkan masuk bilik hotel lelaki bukan muhrim. Takkan call lelaki tu berkali – kali, bila si suami sedang keluar dengan isteri. Berbudi bahasa dan tidak hipokrit. Tidak berlakon baik hanya didepan mak ayah, kawan – kawan.
Harus pandai menjaga maru4h. Mempunyai pendirian yang tetap. Buat kawan – kawan Mira, Sahabat itu tugasnya saling menegur jika ada yang salah. Bagi yang dah berkahwin, jangan sesekali bersekongkol. Kita takkan tahu dugaan perkahwinan kita macam mana. What goes around comes around.
Suami? Suami saya sudah lama tiada hubungan dengan Mira. Sejak kant0i kali kedua. Mira? Masih begitu sehingga ke hari ini. Obsess memerhatikan kehidupan saya. Kenapa saya tak ambil tindakan undang – undang lagi?
Kerana saya kesian sekiranya dia kehilangan pekerjaan, dan mendapat malu bila orang lain mengetahui per4ngai dia yang sebenar. – Hani (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Widuri Manja : Yang untung si jantan, dah berbaby – baby, bersayang – sayang, outstation sama – sama sampai tak jawab mesej dan call dari wife, tak bertanya kabar anak bini. Hati – hati kak, rasanya tak perlu kot akak nak curahkan bagi barang – barang mewah kat laki akak tu cam kereta sebab takut barang – barang mewah yang mengik4t laki akak dengan akak.
Sepatutnya husband ni melindungi dan menjaga anak isteri dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Apa – apa pun akak lagi tau dan kenal suami akak. Kita ni komen berdasarkan pada apa yang akak tulis. Seperti mak mentua saya pesan, jangan muakan anak lelaki dia iaitu suami saya dengan nak kongsi semua perbelanjaan rumahtangga.
Biar semua dia buat dan kalau kurang baru kita BANTU. Kalau tak, duit dan masa dia berlebih, jadi nanti panjang akal dan kaki dia. Biar dia ada rasa tanggungjawab bekerja nak tanggung anak bini dan bukannya nak berpoya – poya dengan officemate ke apa ke. Biasa jantan gini, dalam kepala dia takde masalah sebab dia tau bini dia mampu.
Tun Ramos : Dear confessor, kindly blame your husband. Si suami yang berz1na, si suami yang melayan girlfriend di tengah malam, si suami yang buat tak endah isteri ketika outstation. Kesimpulannya si suami yang perlu dipersalahkan 100%.
Si Mira? Dia hanya watak sampingan. Jika confessor berjaya lenyapkan watak Mira dalam perkahwinan, tak must4hil muncul watak – watak lain mengisi tempat kosong Mira. Punca masalah di sini ialah suami anda. Terima hakik4t ini. Selesaikan masalah dari akar, bukan sekadar memotong ranting. Jika tidak anda sentiasa penat menangis menyapu dedaun kering.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.