Kerana terlalu tersiksa, selalu menjadi m4ngsa mak long, saya tanya jiran yang baik hati tentang hasrat saya nak lari dari rumah mak Long. Tetapi jiran tu marah, dia suruh saya terus belajar dan sabar. Saya kena jadi kuIi untuk teruskan hidup…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Nama saya Sharlina. Kisah saya ni agak panjang dan saya pasti hanya anak – anak yang senasib dengan saya sahaja yang akan faham dan tahu apa makna disiksa, diani4ya dan dibuat macam kuIi.
Memang bunyinya agak kasar, tetapi itulah kenyataan terp4ksa dilaluli semata – mata untuk teruskan hidup. Kalau badan saya ini boleh bercakap tentu dia tunjukkan mana jari tangan saya yang patah, kaki saya yang terseliuh, gigi saya yang patah, serta bahagian badan saya yang Iuka dan Iebam – Iebam kerana dir0tan dengan batang penyapu, ada kalanya dibaling dengan pinggan, hanya kerana adik menangis sebab saya terlambat buat susu.
Namun ada sedikit baiknya mak angkat atau lebih tepat mak long saya ini, dia bagi peluang saya bersekolah. Itu pun kerana saya dip4ksa bekerja di kedai runcitnya. Hari – hari ramai murid – murid datang beli jajan, sementara guru – guru pun singgah beli jajan untuk anaknya.
Jadi guru – guru selalu tanya pasal saya dan suruh daftarkan masuk sekolah, kalau tidak memang tak sekolahlah. Bila usia sem4kin meningkat, beralih masuk sekolah menengah, guru – guru juga galakkan mak long suruh hantar masuk sekolah menengah, jika tidak ada desakan memang saya tak sekolahlah.
Kerana terlalu siksa selalu menjadi m4ngsa mak long, saya pernah tanya jiran yang baik hati tentang hasrat saya nak lari dari rumah mak Long. Tetapi jiran Acik Besah marah, dia suruh saya terus belajar paling tidak mesti ada sijil SPM, baru senang dapat kerja. Tanpa SPM susah. Jadi saya terp4ksa sabar.
Habis periksa SPM belum tahu keputusan lagi, saya dah cabut. Acik Besah suruh sabar tunggu hingga dapat sijil, tapi saya tak boleh sabar. Saya lari tak jauh pun Cuma ke bandar. Di bandar saya jumpa Zekry, orangnya sudah berumur sikit, tapi datang bekerja ke bandar konon ditukarkan oleh majikannya, nampak memang baik, suka nasihat orang.
Nak jadikan cerita kerja pertama saya setelah lari dari rumah, jadi pembantu tukang masak di dapur, kerjanya siang ikan, p0tong ayam, daging, sayur . Saya tak mahu kerja di luar takut terjumpa orang kampung, kalau kerja di bahagian dalam dapur tak siapa tahu, mak long pasti tak boleh tangkap saya suruh balik ke rumahnya.
Zekry yang suruh saya kerja jadi tukang masak di kedai. Kerja tak sampai setahun kenal pulak dengan Deen, tapi Zekry tak suka, katanya Deen budak pen4gih, nanti tak pasal pasal saya kena tangkap kerana men4gih. Takut punya pasal saya kawan pulak dengan Isma, orangnya baik, tapi Zekry masih tak suka. Alasannya Isma baru kena buang kerja. Nanti duit saya dia pinjam.
Akhirnya Zekry berjanji akan kahwin dengan saya, buat sementara waktu dia terp4ksa balik kampung dulu runding dengan keluarganya. Sukanya hati, hanya Allah yang tahu, akhirnya ada juga orang nak ambil saya jadi isteri.
Janji Zekry balik seminggu sahaja, tapi dah sebulan masih tak balik. Hati mula runsing. Lepas sebulan setengah dengan bantuan kawan saya pergi ke kampung Zekry dan jumpa dia. Tetapi alangkah hampanya rupanya Zekry dah kahwin, dah ada 2 orang anak.
Takkan saya nak kahwin juga dengan dia yang sah – sah dah berkeluarga. Dengan rasa amat kecewa tak lama kemudian saya jumpa Shamzy. Dia selalu datang makan ke kedai, budak pondok, tahfiz lagi. Orang macam inilah saya suka.
Menariknya dia memang sukakan saya, malah dia tahu latar belakang saya, pernah tengok saya masa kecil, kebetulan dia tinggal di rumah saud4ranya. Dia kem4tian ibu, sebab itu ayahnya hantar duduk dengan adiknya sebelum hantar dia masuk pondok.
Walaupun jarang – jarang berjumpa, tetapi Shamzy baik orangnya, selalu ingatkan saya supaya tunggu dia dan rajin – rajin solat berdoa yang baik baik minta dari Allah. Saya patuh. Saya tak tahu apa maksudnya, tetapi saya sukakan dia.
Sedang dibuai asmara, Mak long berjaya tangkap saya dan suruh balik. Kali ini dia pujuk dengan baik tetapi saya tolak, biar apa terjadi saya tak mahu balik. Tak lama kemudian emak saya pulak datang pujuk saya suruh balik katanya tolonglah mak long sebab dia yang besarkan saya.
Tapi saya tolak juga, betul dia beri saya makan tetapi saya makan dengan titisan air mata, bukan seperti anak angkatnya yang lain, hidup mewah seperti ratu. Dari kecil sayalah yang jaga dia, bila besar dia fitnah saya ada kekasih. Maka itulah antara punca saya lari tinggalkan mak long, cukup tersiksa.
Kerana sering diganggu oleh mak long dan anak angkatnya, saya cari kerja tempat lain. Kali ini kerja di sebuah kilang kayu yang buat perabot. Memanglah kerjanya susah, berhabuk sana sini, tetapi saya rasa sesuai sebab saya boleh belajar banyak benda baru.
Kerja saya senang, layan pelanggan dan galakkan mereka beli perabut kayu yang istimewa. Di sinilah juga saya belajar kenal jenis jenis kayu dan jenis – jenis kegunaannya. Perabot buat kabinet pun banyak tetapi kayu dan kegunaannya memang lain.
Lama – lama saya rasa saya macam duduk dalam hutan dan belajar banyak benda tentang kayu dan benda – benda baru. Oleh kerana ketika itu kabinet menjadi tarikan utama orang ramai, saya turut terpegun dengan kecantikannya, w4rna dan reka bentuknya.
Dipendekkan cerita di situlah saya bertemu dengan Danny, dan kami menjadi kawan rapat, saya belajar banyak daripadanya, kerana majikan saya tauke cina tak fasih berbahasa Melayu, jadi saya banyak belajar dari Danny untuk menjual perabot kabinet dan sebagainya.
Tak disangka tak sampai setahun bekerja sama dan berkawan, akhirnya kami berkahwin. Tauke memang galakkan dan yang menariknya, dia cadangkan kami cari tempat menjual perabot seperti dia. Saya pelik kalau saya jual perabot, tentu perabot dia tak laku, tetapi tauke lebih bijak, dia galakkan kami ambil barang dari dia, Danny setuju.
Memang tepat sekali cadangan tauke, mana lagi kami nak ambil perabot, kami tak ada modal, akhirnya dengan tauke juga kami terik4t. Namun syaratnya memang menguntungkan kami bersama. Kami dapat barangan lebih murah daripadanya, di situlah keuntungan kami.
Masa berlalu begitu pantas, selepas melahirkan 2 orang anak, perniagaan kami berkembang baik dan bertambah maju. Sungguh tak saya sangka, tetapi inilah juga doa saya setiap hari dan setiap kali saya dipukuI dan dim4ki ketika kecil dahulu, bahawa saya tak mahu hidup susah, saya mahu hidup senang dan lebih baik daripada adik beradik saya.
Walaupun mereka mendapat kasih sayang dari emak, bukan macam saya ada emak, tetapi hidup macam anak terbuang. Ada mak saud4ra tetapi hidup saya dibuat macam kuIi. Saya bersyukur berkat doa yang tak pernah putus putus sejak kecil kerana disiksa, saya mendapat ganjaran sangat istimewa dari Allah.
Berkat kesabaran kami suami isteri juga walaupun diuji dengan asam garam orang berniaga tetapi perniagaan kami sehingga ini tidak pernah menghampakan kami, masih boleh cari makan walaupun untungnya tak sehebat dulu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.