Lepas bersalin saya berpantang dekat kampung. Suami kantoi MC 2 kali masa time yang dia cakap dia kerja. Saya terjumpa MC tu. Dia langsung tak bagitahu dan saya pelik, dia ada perempuan lain?
#Foto sekadar hiasan. Salam dan hi semua. Minta pandangan dari kaum adam dan hawa tentang kes saya ni. Saya bahasakan nama suami sebagai Eppu. Eppu katanya seorang ex-sm0ker (dia janji untuk berhenti r0kok sejak kenal dengan saya sebab tu syarat utama saya kalau nak berkenalan). Kami kenal 4 tahun sebelum berkahwin.
Kami berkahwin baru 2 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. Kisahnya bermula sejak saya mengandung. Eppu kantoi ambil pil kuda dan hisap r0kok secara sembunyi – sembunyi di rumah kami (dalam tandas?).
Terkantoi sebab saya terjumpa bekas simpanan tu. saya berdepan dengan Eppu selepas beberapa lama sebab taknak terlalu emosi. Saya tanya dia baik – baik dan dia memang tak mengaku. Saya nangis – nangis cakap yang saya masih sayangkan dia, hormat dia dan saya minta dia jujur dengan saya. Masih tak mengaku. Jadi saya rasa sangat tertipu dengan Eppu.
Akhirnya saya bagitahu yang saya jumpa bekas tu. Eppu menangis minta maaf dan bagitahu saya dia hanya nak tolong kawan yang jual tu sebab kawan tu sangat – sangat perIukan duit (Eppu pun bukanlah orang senang). Tapi benda tu kan h4ram.
Saya buang semua pil – pil dan r0kok tu. Saya bagitahu kalau sekali lagi kantoi ambil barang tu atau hisap r0kok, saya nak minta cerai dan saya maafkan Eppu untuk kali ini. Sebelum ni dia akan cuba untuk tak mer0kok depan saya.
Tapi saya tahu dia masih mer0kok sebab bukan mudah nak berhenti dan saya pernah terjumpa sekotak r0kok di rumah kami masa awal – awal kahwin dulu. Sejak dari itu, saya memang dah susah nak percayakan Eppu. Lagi satu, Eppu terkantoi tengok video tak senonoh.
Saya terbuka fon dia dan nampak dia like posting video tu. Sebelum ni saya tak pernah cek fon Eppu tapi haritu saya terbuka salah satu medsos Eppu yang digunakan bukan atas nama dia (dia guna nama samaran) tapi saya tahu tu akaun dia based on DP dan media / foto yang dia post.
Dan tarikh posting video yang di like tu adalah baru lagi, iaitu semasa saya masih mengandung. Padahal semasa mengandung saya tak pernah culas penuhi nafkah batin Eppu bahkan dia yang pernah menolak secara baik semasa saya minta.
Isu ni juga saya dah confront dan minta dia untuk berhenti tengok benda – benda tu. Kalau nak apa – apa boleh minta dengan saya sebagai isteri dia yang sah. Sebab bila kantoi tengok benda ni, ia buatkan saya selalu rasa insecure dan dalam doubtful mode.
Saya tak cukup cantik ke? Tak bagus ke? Bukan pilihan hati dan mata dia ke? Dia ada orang lain ke di belakang saya ke? Kenapa tak boleh tundukkan pandangan, kan dah kahwin isteri ada? Selepas bersalin, saya berpantang di kampung.
Eppu akan balik pada hari cuti. Kebiasaannya pada hari kerja, Eppu memang akan bagitahu saya sekiranya dah masuk kerja / sampai tempat kerja (habit dia since dulu, saya tak minta untuk update pun – tapi saya suka dia inform saya).
Ada beberapa hari yang Eppu tak update, jadi saya akan text dia dulu tanya pasal hal yang tak berkaitan dengan kerja (eg. dah makan ke? sibuk tak harini? banyak kerja tak? etc). Dari jawapan dia saya boleh agak Eppu pergi kerja atau tak.
Dan dia pernah kantoi MC 2 kali masa time yang dia cakap dia kerja. Saya terjumpa MC tu, Eppu tinggalkan di tempat yang terbuka. Lagi saya rasa tertipu dan overthinking. Dia pergi mana? Dia buat apa? Betul ke dia rehat kat rumah? Ke pergi tempat lain? Dia ada perempuan lain ke? Kenapa dia nak kena tipu saya?
Saya sangat sedih. Bila saya confront, Eppu bagitahu dia taknak saya overthinking masa tu sebab masih dalam pantang. Apooo :’( Sekarang saya buntu.. saya masih sayangkan Eppu dan cuba bagi peluang. Tapi bila berlaku kali kedua, saya terlalu sedih sebab tertipu. Rasa diri ni b0doh sangat asyik percayakan pujuk rayu Eppu.
Eppu tak pernah angkat tangan atau tinggikan suara, dan dia seorang yang solat tak tinggal dan selalu bantu uruskan hal rumah dan anak tanpa saya minta. Nafkah cukup. Untuk pengetahuan pembaca, saya bekerja dan gaji saya 2x ganda dari Eppu.
Sebab itu, kalau apa – apa terjadi saya rasa saya masih boleh hidup dan dapat jaga anak dengan baik. Terima kasih sudi baca confession saya yang agak panjang ni. Minta pandangan dari readers. Apa yang patut saya buat?
PerIukah saya proceed dengan penceraian? Saya sentiasa doakan Eppu supaya terhindar dari kejahatan – kejahatan luaran mahupun dalaman.. tapi begitulah.. – Pipizola (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet:
Shayna : Suami akhir zaman mostly ada buat kesalahan yang sama seperti suami tt sedang buat sekarang. Kalau semua isteri minta cerai disebabkan perkara tu, bukan 43% je kenaikkan kes cerai di Malaysia. Boleh jadi 80 – 90% rasanya.
At least suami masih solat dan bertanggungjawab dalam perkara yang lain. Since keburukan suami Allah dah buka kepada tt, tugas isteri hanyalah nasihat dan selalu ingatkan dia semua perkara dia buat tu berd0sa. Bincanglah dengan baik semoga lambat laun dia usaha untuk jadi muslim yang lebih baik. Insyaallah dia boleh berubah sebab masih solat 5 waktu. Tt kena sabar dan teruskan doa untuk dia jelah. All the best..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.