Dari sebelum kahwin saya tahu isteri panas baran dan manja sebab dia anak orang kaya. Tapi saya tak sangka lepas dah kahwin, dia akan lepaskan baran dekat saya. Depan keluarga saya, keluarga mertua, isteri slumber marah saya, jegil bulatkan mata..
#Foto sekadar hiasan. Sudah lama saya memendam perasaan, sudah lama juga saya ingin meluahkan kepada seseorang tetapi tidak berkesempatan. Saya cuba luahkan di medium ini, sekurang – kurangnya dapat memberikan saya sedikit ruang untuk mengendurkan tekanan yang dialami rentetan daripada sikap isteri yang saya sayangi.
Nama saya adalah Mat (bukan nama sebenar) berusia hampir 30 tahun, dan mempunyai dua orang anak, berusia 3 dan 4 tahun. Saya dan isteri bekerja di sebuah syarik4t yang sama. Memandangkan duduk di Kuala Lumpur ini memerIukan perbelanjaan yang besar, saya dan isteri duduk sekali bersama mertua, kakak dan abang ipar.
Sebenarnya sebelum kami berkahwin lagi, saya sudah mengetahui per4ngai isteri saya yang sangat panas baran. Dibesarkan sebagai anak bongsu dan manja, sudah tentu isteri saya, Nana, mendapat banyak perhatian daripada ibu dan ayah mertua, yang kebetulan orang berada.
Saya pula yang hanya pekerja biasa di sebuah syarik4t kecil kepunyaan ayah mertua, tidak menyangka cinta saya akan disambut oleh Nana yang pada ketika itu baru belasan tahun usianya. Di situlah kami berkenalan, Malah nasib saya baik kerana kedua – dua mertua merestui perkahwinan saya bersama anak mereka biarpun kami tidak setaraf.
Dalam bulan pertama hubungan saya dan isteri berjalan lancar. Dia melayan saya dengan baik, biarpun banyak kekurangan dari segi layanan, namun saya terima segalanya memandangkan saya pun tiada kelebihan. Lagipun saya faham, dia sebelum ini semuanya ada orang yang sediakan, jadi agak kekok untuk dia buat kerja – kerja seroang isteri.
Malangnya, masuk bulan kedua, Nana mula menunjukkan belangnya yang suka member0ntak dan asyik tidak berpuas hati. Pada mulanya saya biarkan saja, kerana berpendapat mungkin pembawaan budak memandangkan pada waktu itu dia mula mengandung.
Namun sikapnya sem4kin menjadi – jadi. Di pejabat dia akan membentak pekerja – pekerja bawahan, kalau tidak berpuas hati dia akan menc4mpakkan barangan atau fail di atas meja. Saya hanya mampu melihat dari jauh kerana bekerja di bahagian lain.
Walaupun jauh di sudut hati saya rasa malu. Begitu juga ketika di rumah, apabila ada sahaja yang tidak kena, dia akan meng4muk, habis semua almari atau meja dihentak. Apabila saya memberikan nasihat, dia akan bulat – bulat biji matanya memandang sambil memarahi saya.
Sedangkan perkara yang dimarahi itu bukanlah yang besar sangat, mungkin saya sedikit terlewat pulang ke rumah, atau dia tidak menjumpai barang yang dia sendiri tersalah letak. Kadangkala saya rasa seperti tidak dihorm4ti oleh isteri sendiri dan menjadi m4ngsa tempat melepaskan marah Nana.
Pernah juga saya tidak dibenarkan masuk ke bilik dan saya terp4ksa tidur di ruang tamu dalam keadaan malu, kerana ibu dan ayah mentua melihat pergolakan rumah tanggakami. Memandangkan saya langsung tidak boleh menasihati isteri yang sem4kin lama sem4kin bengkeng, saya cuba bertanya kepada Nana apa yang menyebabkan dia bersikap demikian. Mungkin ada yang menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan saya sebagai suami.
Namun isteri saya tak berkata apa – apa, malah membiarkan persoalan tersebut berlalu tanpa jawapan. Saya juga pernah berbincang dengan ayah dan ibu mertua mengenai sikap siteri yang sangat panas baran itu, namun mereka hanya meminta saya bersabar.
Kata mereka, “Nana masih muda dan tidak banyak pengalaman yang membolehkan dia menjadi seorang insan yang penyabar.” MaIangnya mentua juga tidak pernah berusaha menasihati anak mereka itu, sebaliknya abang dan kakak ipar menganggap perkara marah – memarahi itu biasa sahaja bagi mereka. Mungkin mereka dah selalu hadap sikap isteri saya dekat rumah.
Namun, saya bertanya di dalam hati sendiri, sampai bila saya harus bersabar dengan sikap isteri saya. Bengkeng dan pemarah serta ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata dia, biarpun terhadap perkara yang remeh – temeh.
Lagi satu sekiranya saya bawa isteri balik ke kampung, saya sendiri akan berasa malu. Di hadapan ayah, ibu dan keluarga saya yang lain, dia terang – terang akan membentak, tunjukkan raut muka yang garang. Bukan itu sahaja, dia akan membentak saya tidak kira di mana, pada waktu bila – bila saja.
Malah dia itu tidak akan peduli sama ada di persekitaran itu ada orang yang melihat sikapnya itu, sehinggakan hampir semua orang di pejabat tahu sikap dia terhadap saya. Lagi bertambah malu bila isteri maIukan suami depan orang lain.
Isteri seolah – olah menganggap saya ini umpama pekerja di syarik4t. Tidak perlu dihorm4ti malah dia yang layak dihorm4ti sebab dia anak tuan syarik4t. Saya sedih dengan sikap Nana yang tidak menghorm4ti saya tambahan pula apabila ayah dan ibu di kampung mengetahui kehidupan saya begini setiap hari.
Saya tahu mereka pun sedih apatah lagi melihat di hadapan mata anak mereka ini dibentak – bentak seperti tiada maruah diri. Pernah saya rasa hendak tinggalkan dia, tetapi memandangkan anak – anak masih kecil, saya tetap bertahan.
Saya tidak mahu kehilangan atau tidak dapat berjumpa anak – anak sekiranya kami bercerai. Saya hanya mampu berdoa agar isteri saya itu dipanjangkan akalnya menjadi seorang isteri yang matang, dewasa dan berubah sikap.
Mungkin salah saya juga kerana gagal menjadi seorang suami yang tegas. Adakah saya dayus? “Kalau ikutkan hati, ramai lagi wanita yang mahukan saya dan boleh memberikan layanan yang baik malah paras rupa mereka lebih menarik berbanding isteri saya.
Tambahan, saya juga mempunyai fizikal dan rupa yang menawan pada pandangan orang. Tetapi buat masa ini masih belum terlintas di fikiran saya untuk berlaku curang kerana rasanya saya masih mahu menjadi suami dan ayah yang baik. Tapi sampai bila saya boleh bertahan?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.