Suami saya bab solat je bagus. Susu, pampers semua saya beli sendiri. Makan pakai semua saya sendiri. Saya yang bayar kereta, saya bayar pengasuh, bayar segala bil. Kerja rumah tak pernah tolong langsung, apalagi hal anak – anak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, sebelumnya maaf sebab posting saya panjang lebar sebab saya memang tak ada tempat nak meluah atau bercerita. Saya kenal dengan suami dah lebih kurang 6 tahun secara online.
Kami tak pernah jumpa face to face, kami cuma pernah video call sahaja. Tapi itu pun kejap ada kadang – kadang lost contact. Pendekkan cerita, masa PKP haritu saya down teruk. Saya ambik keputusan untuk settle down dan ubah lifestyle saya.
Suami saya ni banyak beri semangat dan gaya dia macam tahu agama dan tanggungjawab. Jadi, saya pun ajaklah dia kahwin. Dia pun setuju. Saya balik ke kampung bawak jumpa mak ayah. Mereka pun setuju. Kami kahwin dengan tiada hantaran. Mas kahwin pun saya yang bayar.
Makan – makan antara family ayah yang sponsor. Makanya, saya pun baliklah ke tempat asal. Di mana family semua ada bersama. Kami, memang buat apa yang penting saja, ikut kemampuan suami saya. Lepas 3 bulan kahwin, rezeki kami, saya mengandung.
Macam biasa awal perkahwinan, saya terima suami dari dia zero, takde apa – apa. Saya masih ingat, cuci baju pakai tangan, tidur atas lantai. Peti ais apa semua takde, rumah memang kosong. Selepas hampir setahun kami kahwin, suami buat keputusan untuk beli washing machine bayar bulan bulan.
Oh ya, lepas saya bersalin anak kedua (emergency ceaser), saya masih cuci baju pakai tangan saja. Tapi lepas bersalin anak kedua ni saya diuji dengan sikap suami yang suka m4ki hamun. Berubah terus sikap dia. Dia h1na saya, keluarga dan anak – anak kami.
Habis semua masa lalu saya diungkit. Semuanya yang saya cerita sebab tak nak berahsia dengan dia, namun semua dijadikan point untuk dia menghina saya. Sekarang perkahwinan kami dah masuk tahun ke-4 malah m4kin teruk hubungan kami.
Saya tahu saya pun ada salah sebab terikut cara dia yg suka beri m4kian dan h1naan. Saya sampai terikut baIas apa yang dia m4ki tu. Tapi sebab saya geram, tak tahu nak cakap macam mana. Dia saja yang betul. Kadang – kadang tu benda kecik jetapi berg4duh sampai ceIakakan saya, b4ngsatkan saya.
Saya bekerja niat nak bantu dia sebab memang tak mencukupi pun duit dia untuk tanggung kami sekeluarga. Tapi bila saya penat, dia salahkan saya sebab tak bersyukur. Saya bekerja dari 6am-4pm. Sebelum kerja, saya akan hantar anak dekat pengasuh, balik kerja pun ambik anak dulu.
Kerja rumah, hal sekolah anak, anak s4kit, uruskan anak hantar dan ambik kat pengasuh semua saya urus sendiri. Tu belum bab nafkah, memang tak ada langsung. Susu, pampers anak semua saya yang beli sendiri. Makan pakai semua saya sendiri.
Bab kewangan memang saya bantu sungguh dah. Saya yang bayar kereta, saya bayar pengasuh, bayar segala bil kadang – kadang tu kalau dia tak cukup nak bayar motor, saya juga yang bayarkan. R0kok pun kadang – kadang saya yang beli.
Sepatutnya suami yang tanya isteri ada duit tak, cukup atau tak. Tapi kes saya ni tak, terbalik. Saya yang tanya semua tu dekat dia. Bab jaga anak pun kadang – kadang berg4duh. Rumah jangan cakap, memang tak pernah nak tolong kemas langsung. Baju seluar semua main c4mpak sana sini.
Satu je, suami ni bab solat bagus dah. Tapi kadang – kadang saya rasa macam menggunakan agama pulak, sebab perkataan dan mentality dia langsung tak macam orang ada agama. Bila saya mintak cerai, dia tak nak pulak.
Katanya h4ram, katanya saya ni kemaruk nak cerai tak boleh nak sabar asyik ikutkan nafsu. Sekarang ni kami duduk di rumah ayah saya, saya ada mintak dia keluar dari sini sebab saya dah tak boleh nak tengok dia. Saya rasa rimas dan menyampah.
Saya dah tak boleh nak hidup dengan dia. Ni baru sikit chat yang ada. Banyak lagi m4kian dan h1naan yang saya dapat. Nak filekan fasakh saya belum ada duit yg mencukupi sebab hal anak komitmen semua saya yang tanggung. Ada tak kata kata semangat atau nasihat yang boleh diberi? Maaf jika ayat saya tunggang terbalik. Saya tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. S4kit sangat.
Komen W4rganet :
Nur Anis Hidayah Mokti : Kalau dah semua benda buat sendiri baik angkat kaki. H4ng tak payah takut, sebab h4ng kerja bukan yang semua g4ntung kat suami. Berpisahlah untuk kebahagiaan kita. Kita ibu, fizikal dan mental kita kena baik untuk jaga anak. Kalau diri sendiri tak terbela, macam mana nasib anak – anak? Jangan takut jadi janda. Janda bukan pengakhiran kebahagiaan seorang wanita.
Nurul Hayati : Aku ambik 1 point je. ‘TAHU AGAMA’. Tak dinafikan wanita ingin dibimbing ke jalan Allah. Terpedaya bila ada lelaki yang konon acah – acah ustaz. Bagi semangat dengan menggunakan kata – kata agama. Satu je aku nak pesan.
Jangan tengok seseorang itu, tidak kisahlah dia lelaki ke perempuan pada kata – katanya sahaja. Kena tengok pada perbuatannya. Apa yang dia cakap itu, dia buat atau tidak. Contohnya, dia suruh solat. Hakik4tnya, dia solat atau tidak.
Aku malas nak taip panjang – panjang. Pilihan di tangan kita, ya. Allah sudah bagi kita pasangan. Kita lah yang kena corakkan perjalanan hidup berumah tangga itu macam mana. Jangan bersabar kerana bertahan, tetapi bersabarlah kerana bertuhan.
Aku taip ini pun menggigil jari selepas baca posting ini walaupun tidak habis. Aku benci lelaki penunggang macam ini! Semoga Allah permudahkan segala urusan pemilik posting ini. Perkahwinan ini untuk bahagia, bukan untuk d3rita.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.