Saya kena tegangkan cadar sebelum tidur kalau tak isteri merajuk tidur dekat luar

Saya memang selalu baca dan dengar ceramah agama tentang tanggungjawab suami. Cuma selepas saya praktikkan saya jadi tertekan dan menyesal sebab terlalu manjakan isteri. Sudah 5 tahun berkahwin, isteri sampai tak tahu masak apa – apa. Masak maggi pun suruh saya sebab takut kena minyak panas!

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum pembaca. Saya berumur 35 tahun berasal dari Selangor. Sudah berkahwin selama 5 tahun. Saya ingin memberi nasihat dan inginkan nasihat dari kalian semua

Mengapa tajuk kali ini macam ni. Saya betul – betul tertekan dengan sikap isteri saya. Saya berasa menyesal kerana memanjakan isteri.

Isteri saya muda dua tahun dari saya. Kami berkahwin atas suka sama suka. Saya yang melamarnya selepas habis belajar.

Saya sebelum berumah tangga, saya selalu membaca kisah rumahtangga dan dengar kuliah agama tentang tanggungjawab suami. Saya memang catit satu – satu kesiIapan suami yang ditulis dalam itu dan belajar daripadanya.

Tetapi apa yang dipraktikkan semuanya seperti ‘makan diri’ dan saya teramat penat.

Contohnya, kami dua – dua bekerja dalam unit beruniform.

Sekarang dalam urusan rumah tangga. Sayalah yang selalu buat semuanya

1. Memasak : Sayalah yang selalu masak (termasuk sediakan bekal untuk pagi dan tengah hari – sebab isteri tak suka makan di luar takut tidak bersih).

Saya akan bangun seawal 5 pagi untuk siapkan makanan bekal untuk dia. Saya memang belajar memasak sebelum kahwin kerana niat nak kurangkan kerja bakal isteri di rumah.

Lepas kerja balik pun saya yang siapkan. Saya yang hidangkan atas meja makan dan saya jugak yang mengemas selepas makan.

Saya buat semua tu atas rasa sayang kepada isteri, tetapi sampai 5 tahun ni, disebabkan saya selalu manjakan isteri, isteri sampai tak tahu masak apa – apa.

Even maggie pun dia mintak saya buatkan kerana dia takut minyak panas. Dah beberapa kali saya cuba mengajar, tapi dia marah, katanya memasak tu tanggungjawab suami, bukannya isteri T.T

Dia akan bukak video youtube ceramah kuat – kuat yang sediakan makanan adalah tanggungjawab suami bukan isteri.

2. Mengemas : Hujung minggu selalunya dia akan tidur, saya yang akan mengemas selalunya. Mop, sapu sampah, vakuum dan sebagainya.

Kalau hujung minggu tu saya terp4ksa kerja, memang berseleraklah rumah tu. Kalau rumah bersepah, dia akan marah – marah, dia cakap tak tenang duduk di rumah kerana rumah bersepah.

Dia cakap mengemas ni tanggungjawab suami. Sekali lagi, video yang sama akan dimainkannya kalau saya berg4duh dengannya tentang rumah berselerak. Gaji saya tidak cukup untuk mengupah orang gaji atau pekerja pembersihan

3. Pakaian : Semua baju – baju dalam rumah kami saya yang basuh. Dia cakap itu tanggungjawab suami. Dia sampai tidak tahu guna masin basuh baju, kerana daribdulu ibunya yang buatkan semuanya.

4. Tidur : Sebelum tidur pun saya kena kemaskan katil, kalau tak habislah saya dimarahinya. Dia akan marah marah kalau cadar tidak tegang. Terus merajuk tak nak tidur sekali.

5. Hubungan suami – isteri : Kami jarang sekali ‘bersama’. Awal – awal perkahwinan dulu sahaja yang kerap. Sekarang ni lebih kurang sekali dalam 3 bulan. Ini kerana isteri saya tidak suka. Katanya perbuatan itu merimaskan dia.

Saya dah cuba nasihat yang saya ni manusia, ada nafsu, dan jalan yang baik melepaskan nafsu adalah ‘bersama’ isteri. Bila saya ingatkan tanggungjawab isteri, dia akan bagi tapi dalam keadaan tidak reIa. Dan selalunya dia nak ‘cepat habiskan’.

Selalunya selepas ‘bersama’ saya mesti dimarahinya. Katanya saya tidak memahaminya yang tidak suka perbuatan tu. Jadi semenjak itu saya selalu memendamkan nafsu saya.

Saya selalu menasihatinya. Bercakap dengan lembut. Saya selalu mengajaknya mengaji setiap hari. Tetapi dia masih bersifat sedemikian.

Dia akan mengagung – agungkan ustaz ustaz yang berbuat baik pada isteri. Dia ada cakap, kalau tak suka cara dia saya boleh angkat kaki dan cari isteri lain. Saya selalu berg4duh dengannya.

Saya memang sukakan dia seorang. Dialah first crush saya dari sekolah rendah. Tolong ajarkan saya macam mana saya boleh hadapi ujian Allah ni. – Suami Belajar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Lucio Vieira Rizwana Bashir : Ya Allah ruginya la isteri awak ni. Tak pandai menghargai langsung. Ramai wanita yang tersiksa sebab dapat suami pemalas. Cuba hargai diri awak dulu then decide. Wanita yang sayang suami ni senang je, bila suami tu baik, dia akan lagi berganda – ganda baik dia ke suami. Nampak gaya sorry to say, isteri awak ni a spoiIt brat. Seperti kita selalu nasihati wanita lain dalam position awak, love urself first and think about ur worth. Worth it lagi ke tak buat semua – semua tu tuk isteri awak. Ye laki memang banyak tanggungjawab tapi itu tak bermaksud isteri dapat free pass masuk syurga suka – suka je. Isteri pun ada tanggungjawab dia dalam islam ni. Dia merungut tu pun berd0sa kot. Also bila masa pulak masak maggie guna minyak? Dah la pemalas lagi nak mintak special maggie bagai. Ketuk kepala tu hah. Mengada sangat.

W Haslina : Bila dah kita sayang lebih kita lah yang kena usaha lebih. Teringat dulu pesan arw4h mak terima lelaki yang sukakan kita. Bukan kita yang tergiIa giIakan dia. Bezanya kita bahagia atau kita yang terlebih s4kit. Dalam kes ni tuan tanah la yang s4kit. Apa – apa pun bawa bincanglah suami isteri. Kalau isteri tak mau berubah. Senang ja. Tahajud kan ada. Apa – apa yg kita nak tentang pasangan minta direct dengan pemegang hati manusia. Dah amal nanti akan nampak kesannya.

Nasuha Zawati : Biasanya bagi perempuan berkemas memasak ni fitrah, kalau suami buat sekali pun isteri akan Tolong Dan backup mana yg perlu, isteri tt dah meIampau dan tak patut sangat dah ni. Tapi Itulah ujian setiap orang tak sama, mungkin Allah nak tt lebih banyak lagi bersujud mengadu dan terus berdoa.

Shida Samsudin : Wah hebatnya isteri encik. Hmm kita orang perempuan ni kenalah sama – sama tolak ansur dah dapat suami ringan tuIang sama – samalah ringankan beban suami. Dah sama – sama cari rezeki, bahagi – bahagikan tugas. Ustaz pun ada cakap dalam rumah tangga kena ada rasa kasih dan cinta. Isteri penat suami tolong isteri, suami wajib buat kerja rumah? Jangan lupa suami berhak minta sorang isteri buat apa yang dirasakan berpatutan dan tak salah di sisi agama. Hendakkan kerukunan rumahtangga dua – dua kena main peranan. Tak boleh salah seorang jadi raja dan eg0.

Adibah Yasmin : Kesiannya suami ni. Isteri dia ambil kesempatan. Sepatutnya isteri kena tahu apa tanggungjawab dia. Begitu juga suami. Isteri kena taat pada suami sekiranya suami redha syurga la tempat dia. Encik sebenarnya dari awal kahwin lagi dah kena tegas. Manjakan isteri boleh tapi kena tau juga batas – batasnya. Kahwin takkan bertahan kalau hanya berasakan cinta sahaja perlu kahwin kerana Allah. Betulkan niat. Semoga dipermudahkan encik!

Apa kata anda?