Saya kenyang makan sedap-sedap bila telefon mak ayah di kampung, mereka makan ubi kayu dijadikan nasi

Aku muaIaf dan tinggal dengan keluarga suami. Sejak kahwin aku rasa aku tak adil dengan mak ayah dekat kampung. Dekat sini aku jaga keluarga mertua, jaga makan, basuh baju mereka tapi mak ayah dekat kampung terabai. Bila aku nak balik kampung, suami akan mintak izin mak mertua dan mak mertua selalu larang sebab dia kata kuali pinggan mesti guna masak daging tak halal..

#Foto sekadar hiasan. Hi, aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku aIami sekarang. Kadang aku rasa hidup ni tak adil. Tak adil untuk keluarga aku. aku anak ke-5, aku anak perempuan kesayangan keluarga dan aku la yang banyak tolong keluarga, sejak kakak – kakak dan abang aku berkawin. Mereka mengikut pasangan masing – masing dan bina hidup baru. Sejak dari itu aku la tempat ibu ayah berg4ntung, sejak tak ada rumah sampailah ada rumah sendiri hasil duit yang aku kirim setiap bulan untuk mak ayah.

Tapi sejak aku kahwin aku rasa aku tak adil untuk kedua orang tuaku. Aku mengikut suami tinggal bersama keluarganya. Dahulu aku memang bekerja tapi setelah mempunyai anak, suami tak benarkan aku bekerja lagi dan ini membuatkan aku jarang hulur duit pada mak ayah lagi. Keluarga aku bukan orang senang, aku paham sangat keadaan makan minum mak ayah di kampung. Kadang ubi ditanak sehingga h4ncur untuk dijadikan nasi.

Apa yang paling menyedihkan aku, aku di sini menjaga makan minum mertua aku yang dah tak berapa sihat, jaga kebajikan mereka sementara mak ayah aku di kampung terabai. Pernah tak korang fikir apa yg aku fikir ni? Setiap hari bila aku beri mak ayah mertua aku makan, basuh baju mereka, aku menangis sebab aku teringat dekat mak ayah aku di kampung. Sepatutnya aku bersama mereka saat ini menjaga mereka seperti mana aku menjaga baik – baik mak ayah suami aku.

Tapi itu cuma apa yang aku pikir. Aku dah kahwin dan tempat aku adalah di sisi suami. Semua ini adalah lumrah hidup tapi kenapa aku rasa semua ni TAK adil. Suami aku 2 orang je adik beradik. Adik dia perempuan sangat la manja dan memang tak pernah buat kerja rumah, masak, dan dia dah berkawin. So aku lah yang sediakan makan minum mereka semua termasuk suami dia. Adakah semua ini termasuk dalam tanggungjawab aku?

Suami aku pula? Aku selalu bawa suami balik kampung jenguk mak, suami memang nak tapi dia mesti minta izin dengan mak mertua. Dan mak mertua tak bagi kami pulang sebab aku ni muaIaf. Mak mertua tak nak aku duduk makan bersama dengan keluarga aku yang bukan muslim. Katanya bekas kuali, piring mesti kena pakai masak daging. Tu la alasan dia tak nak aku balik. Sebab itu aku rasa hidup ni tak adil.

Kadang aku terfikir aku nak bercerai agar aku dapat pulang kampung jaga mak ayah aku. Tapi di sisi lain aku tak boleh juga sebab suami aku baik dan anak aku rapat dengan suami. Macam mana sanggup aku pisahkan anak aku dari ayah dia? Aku tak nak gara – gara aku nak bercerai, anak aku jauh dengan suami dan terputvs kasih sayang.

Baru – baru ni min, aku kol mak ayah, tanya diorang makan apa. Aku masa tu makan KFC, jadi masa makan tu aku teringat dekat mak ayah di kampung. Sedih bila mak kata dia tanak ubi kayu sebagai nasi, adik bongsu aku tahun 2 dah munt4h – munt4h katanya sebab dah seminggu makan tu je. Aku pun bagitau suami, aku harap suami dapat la bagi, 50 pun cukup. Tapi suami kata duit dia pun tak cukup. Nak jatuh airmata aku min.

Oklah min. Itu je aku nak luah. Doakan aku, semoga aku tetap kuat. Semua ini adalah lumrah hidup utk seorang yang bernama PEREMPUAN, YANG BILA DAH KAHWIN IBARAT DIA MELEPASKAN SEGALA-GALANYA UNTUK SUAMINYA. TERIMAKASIH MIN

Komen Warganet :

زارينا محمد : Sedihnya saya baca kisah awak. Semoga Allah memberi ganti ganjaran pahala yang besar untuk awak. Macam nilah kisah masyarakat, para suami jika ada isteri yang masih perlu menjaga keluarga izinkanlah si isteri membantu keluarganya. Jika suami mampu sama – samalah bantu. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Isteri yang bahagia akan buat suami bahagia juga.

Emma Izaima : Ya allah kesiannya sis, semoga urusan awak dipermudahkan. Betullah tempat kita di sisi suami tapi suami pun perlulah berbincang dengan isteri. Tanggungjawab kepada isteri tu, bila isteri tak kerja suami ambik kesempatan nafkah culas sekadar beli barang keperluan dalam rumah. Isteri nak cakap apa – apa nak tegur apa – apa, nak minta tolong apa – apa jadi berkira sebab alasannya suami kerja isteri tak ada hak nak persoalkan. Sedihnyaa

Song Onim Circle : Dah tahu mak bapak tu susah, kenapalah kau setuju untuk berhenti kerja? Tak faham aku dengan cara kau fikir. Nak jadi isteri taat tapi dalam pada masa yang sama tak nak fikir kesan pada orang tua kau. Padahal kau boleh je cakap elok – elok dengan suami kau masa mula – mula kahwin tu. Janganlah kau buat macam Islam ni kej4m. Nak balik melawat, balik ajelah. Mertua kau tak ada hak pun nk halang.

Kedai muslim bersepah, apasal tak beli aje nasi bungkus kalau takut sangat pasal halal har4m? Benda mudah jangan tukar jadi payah dan lagi, tiada istilah putvs kasih sayang kalau pasangan suami isteri berpisah, yang putvs hanya ik4tan mak bapak. Anak – anak sampai m4ti dan kena makan ulat dalam tanah pun, masih berbapakan orang yang sama. Tak akan berubah semata – mata kerana perpisahan mak bapak.

Hjh Ros Na : Balik la tengok ibu ayah, Islam tak suruh bila kahwin dan masuk Islam tak balik tengok ibu ayah. Awak beli periuk satu kuali satu sudu senduk guna di rumah ibu ayah, nak balik simpan dalam satu tong. Saya sangat kesian awak kena buat kerja rumah untuk keluarga, adik suami lagi termasuk masak untuk laki dia. Ini saya tak boleh terima. Kalau mampu duduk asing dgn mertua, biar si adik, ipar malas tu masak kat laki dia.

Awak tinggal area bandar ke, saya nasihat awak buat kuih suci dalam debu, kuih tu lambat rosak, pack dalam plastik atau balang, minta kawan – kawan yang kerja jual di tempat kerja, dapat duit kirim pada ibu ayah Kalau awak pandai masak, iklan dlm FB esok awak masak donat, open order, lusa iklan pula dalam FB next day, open order karipap. Ikhtiar keluar bekerja, suruh ipar tu mengasuh anak awak dan kirim duit pada ibu.

Kucing Belang : Dik, Islam ni adil, tanggungjawab anak perempuan masih kepada ibu bapa, kalau suami tak benarkan kerja, jatuh kepada suami untuk menjaga ibu bapa isteri dan apa – apa bantuan isteri kepada mak dan ayah suami (in law) adalah atas ihsan. Sepatutnya tak boleh mak mertua awak larang korang balik rumah mak ayah awak. Ni yang tak suka ni, kahwin dengan muaIaf, tapi bagi contoh yang tak betul pasal Islam, seolah – olah agama Islam ni kej4m. Walhal mereka yang kej4m tapi salah guna agama untuk justify. Ini yang jadi bila pemahaman agama tak dalam.

Apa kata anda?