Suami minta saya cuba tidur lewat sikit dalam pukuI 10 malam. Saya cakap, saya cuba. Masa saya tengah bersembang dengan suami, saya tak sedar tertidur. Sedar – sedar dah pukuI 5 pagi. Suami perli..
#Foto sekadar hiasan. Tak tahu macam mana nak luah. Tapi sekadar nak luah kekecewaan terhadap diri sendiri. Cumanya, nak mintak maaf pada pembaca sebab ada part yang kurang sesuai seperti hal – hal dalam bilik.
Sebenarnya saya lebih kepada rasa bersalah terhadap suami. Sebab saya tak mampu bagi apa yang dia nak. Rupanya alam perkahwinan ni tak semudah yang saya imagine rupanya. Saya umur 33 tahun. Suami saya umur 35 tahun.
Kami kenal dari media sosiaI. Lebih kurang setahun jugak kami bercinta. Saya sangat selesa dengan dia dan dia seorang lelaki yang sangat – sangat baik. Dia jenis suka bersembang, bercakap, happy go lucky. Saya dulu – dulu tak suka bercakap.. Jenis introvert. Tambah – tambah cakap on phone, lagi saya tak suka.
Tapi sebab dia selalu call akhirnya saya jadi orang yang suka bercakap. Tiba – tiba selalu ada ja benda apa – apa nak share dengan dia sebab saya terlalu selesa dengan dia. Akhirnya saya pulak jadi banyak cakap berbanding dia.
Untuk pengetahuan, saya bekerja sebagai guru.. Jadi banyak la benda saya suka share dengan dia terutamanya bab kerja. Dia pulak kerja di sebuah pejabat, macam admin la. Kerja dia tak se str3ss saya. Pola kehidupan saya tak sama macam orang lain. Rasanya, kat sini la masalah bermula.
Saya ni jenis mengantuk awal. Mungkin sebab pukuI 5 pagi saya dah bangun, so biasa dalam 8 malam saya dah mengantuk giIa. Biasanya kalau mampu bertahan sampai isyak, saya cuba tahan. Kalau tak, 5 pagi tu la saya akan solat isyak.
Kemudian saya jenis ada kerja apa – apa, suka buat pagi – pagi.. Kadang – kadang saya bangun 4 pagi. Dulu masa bercinta, dia selalu jugak merajuk. Sebab saya tak dapat teman dia on call. Saya desak dia suruh kahwin cepat.
Sebab saya kata saya depan mata dia setiap masa dan jugak halal nak sembang lama mana pun. Sebenarnya saya fikir lepas kahwin saya tak akan macam tu dah. Sebab fikir dia akan bantu – bantu saya buat kerja rumah. Tapi rupanya tak.. Dia memang buat semua kerja rumah tapi saya tetap rasa letih dan nak tidur awal.
Sejak kebelakangan ni saya tahu dia banyak makan hati dengan saya. Dia banyak diam. Dan jenis tak suka luah sangat isi hati dia. Namun saya tahu, dia kecewa dengan saya. Saya berkali – kali mintak maaf. Dia cuma cakap tak pe la. Dia faham saya penat. Tu ja la..
M4kin hari, saya rasa dia m4kin jauh dari saya. Saya cuba perbaiki diri saya. Ambil supplements dan sebagainya. Di sekolah bila ada masa free sikit pun saya akan call dia.. Balik sekolah pun saya akan call. Supaya dia rasa macam dulu – dulu balik.
Lepas tu siapkan apa – apa untuk dia minum petang. Sebab suami saya suka minum petang. Mungkin jugak senang nak pujuk dia dengan makanan kot. Dia balik kerja pukuI 5. Walaupun muka macam marah dengan saya, tapi bila tengok saya siapkan makan, terus mood dia berubah ceria.
Saya memang suka tengok dia ceria dan riang.. Bila dia senyum, dia sangat manis. Terus situasi kami masa tu jadi mesra. Sembang – sembang, bergelak ketawa. Dia selalu cakap, masakan saya semua sedap – sedap. Rasa bangga tak terkata saya ni.
Dan lagi bahagia bila tengok dia jamah masakan saya dengan begitu selera. Kami tinggal berdua dalam rumah ni.. Rumah ni rumah saya. Abah saya ada tanah dan buat rumah sebeIah – sebeIah setiap anak – anak dia. Mak dengan abah pun tinggal sebeIah ja. Lebih kurang macam kampung. So ada budak – budak main waktu petang.
Kadang – kadang masa tu dia macam usik – usik saya nak ajak bersama. Saya sebenarnya kurang selesa sebab tiba – tiba dengar budak berlari – lari. Bising. Kadang – kadang time tu la ada sesiapa datang rumah. Kakak la abang la.
Lepas tu kadang – kadang walaupun dalam bilik, tiba – tiba dengar budak-budak bermain. Saya macam rasa terganggu. Saya sebenarnya suka time yang sunyi takde orang. Tapi masa tu dia ambik benda tu positive ja. Sebab dia pun akan gelak – gelak tanya kenapa.. Saya cakap tak selesa. Dia akan cakap takde orang nampak la.
Tapi kata – kata dia lebih kepada menenangkan saya ja.. Dan dia hormat ja saya. Kira tak teruskan.. Dan tunggu malam sikit. Sebab kadang – kadang tu bukan dia nak sangat pun. Lebih kepada nak mengusik saya ja sebab dia tahu saya tak selesa.
Sengaja di ajak waktu tengahari panas – panas. Lepas tu bukan nak sangat pun.. Saja nak menyakat saya. Suami saya sebenarnya memang suka sangat mengusik saya. Tapi saya suka ja dengan usikan dia. Sebab benda paling saya suka pada dia adalah gelak tawa dia.
Kadang – kadang dia akan cakap nampak lipas di kaki saya, respon spontan saya pasti dibaIas dengan gelak tawa dia yang comel tu. Akhirnya saya pun akan gelak jugak. Sebab terhibur dengan gelagat dia. Tapi sekarang, semua tu seolah – olah dah sem4kin takde.
Saya rindu semua tu pada dia.. Rumah ni dah sunyi tanpa suara dia. Lately ni perubahan dia sangat ketara dan membimbangkan saya. Sebabnya, hari tu dia cakap. Tak boleh ke saya tidur lewat sikit. Dalam 10 ke. Saya cakap, saya cuba.
So hari tu macam biasa, kami lepak – lepak tengok tv. Sebenarnya saya banyak ke tepikan kerja – kerja sekolah saya sebab nak bagi perhatian kat dia. Walaupun otak rasa tergangu jugak dengan date line. Cumanya tak sedar macam mana saya tertidur kat sebeIah dia.
Dia ada k3jut saya suruh masuk bilik. Masa tu dah pukuI 11. Saya ni bila dah bangun, terus saya cergas. Dia pulak dah nak tidur. Jadi, sebab saya dah tak boleh tidur, saya buat kerja saya la. Tapi bagi dia, saya pentingkan kerja lebih dari dia. Tapi dia cakap macam nada bergurau.
Lepas tu esoknya, dia nak sembang – sembang. Dok cerita macam – macam. Saya dengar dan respon. Masa tu memang dalam bilik, lepas tu saya hanya sedar pukuI 5 pagi. Sebab alarm bunyi. Ya Allah saya betul – betul tak sedar bila masa saya terlelap.
Suami bangun pukuI 6 pagi. Beza sejam ja dari saya. Tapi stamina dia tak macam saya. Kat rumah dia buat semua kerja. Petang – petang kadang – kadang kami pergi joging sama – sama tapi dia boleh bertahan sampai 11 – 12.. Saya pula dalam pukuI 8 malam dah gantuk.
Jadi pagi tu memang muka dia masam la.. Saya mintak maaf. Dia cakap tak pe la. Cakap dengan dinding best jugak. Saya memang tak berani nak jawab apa – apa sebab saya tahu salah saya. Sekarang ni saya tak tolak dah pukuI berapa pun dia ajak.
Sebab saya takut malam saya tertidur. Dia pulak jenis tak akan k3jut saya, jadi, saya tak nak batin dia tersiksa. Sebab kami pernah berbincang. Saya kata boleh tak saya tidur sekejap lepas magrib. Nanti abang k3jut pukuI 9. Boleh la spend time kejap dengan dia.
Dia cakap ok.Tapi lepas tu tak k3jut pun. Bila saya tanya, dia kata tak sampai hati. Kesian tengok saya penat. So dia biar saya tidur. Tapi sekarang ni saya dah cuba nak tidur lewat. Saya berjaya ja tidur sekali dengan dia dalam 11 lebih.
Walaupun seminggu tu berjaya 2 – 3 hari ja. Tapi dia taknak faham betapa strugglenya saya. Sampai saya s4kit kepala.. Tapi saya tak pernah bagitau dia. Sekarang ni nak pujuk dia dengan makanan dah tak berjaya sangat la. Kadang – kadang ja dia ceria. Kadang – kadang masih terbawa – bawa emosi semalam.
Dan yang paling saya sedih. Dulu – dulu waktu kami nak bersama, dia akan kerap k1ss dahi saya. Sebelum dan selepas. Saya selalu rasa sangat – sangat dihargai dan disayangi. Saya suka dia k1ss di dahi saya. Sebab saya selalu rasa dia buat sebab dia sayang saya.
Tapi sekarang dah takde dah k1ss – k1ss dahi. Ibarat yang ada hanya nafsu dia semata – mata. Sepertinya cinta tu dah takde. Kita tahu la beza dia dulu dan sekarang. Ghairah dia sekarang bukan sebab cinta lagi. Komunikasi pun dah takde.
Sekarang pukuI berapa pun asal dia nak, dia buat ja. Saya tidur ke apa ke dia dah tak peduli. Satu hari masa bincang – bincang pasal ni. Dia cuma cakap, buat ja la apa yang saya suka.. Dia pun dah terbiasa dengan keadaan macam ni.
Dia yang kena ubah diri dia katanya. Saya tak perlu nak k0rban atau ubah apa – apa dia kata. Masa tu secara spontan saya cakap macam ni, “Abang nak tinggalkan saya ke.. Dah tak suka saya ke?” Dia cakap, tu la masalahnya. Masalah dia sayang saya.. Kalau takde perasaan tu kan bagus. Senang ja dia tinggal.
H4ncur hati saya dengar dia cakap macam tu. Ibarat bila – bila masa dia boleh ja tinggal saya. Tapi sebab sayang masih bersisa ke. Entah la.. Sejak tu saya sentiasa cuba ambil hati dia.. Saya nak dia macam dulu – dulu balik.
Tapi nampaknya macam tak berjaya jugak. Setiap perbuatan dan kata – kata dia, dilontar dengan kasar. Hari tu saya macam nak manja – manja dengan dia. Dengan kasar dia tanya, nak ke? Sedangkan sebelum ni tak pernah macam tu pun nada dia.
Saya ni pulak jenis hati lembut. Cepat tersentap. Air mata ja bertakung dengan layanan dia macam tu. Tapi masih saya tak putus asa. Sabtu ahad saya mesti ajak dia bercuti mana – mana.. Tidur hotel. Saya nak bagi perhatian sepenuhnya pada dia.
Walaupun dalam negeri yang sama, saya akan ajak ja tidur hotel. Soal duit saya letak tepi. Memang a to z 100% duit saya. Dia akan cakap ok ja. Dia tak penah tolak apa -a pa pun. Masih ikut setiap pelawaan saya. Tapi masih dengan nada serius dia.
Dan masa tu dia banyak tengok hp ja, tengok video apa – apa. Ibarat tak peduli kat saya pun. Sedangkan kita ni nak happy – happy dengan dia. Apabila saya nak mintak maaf, nak cuba wujudkan suasana happy, dia akan cakap, ala kalau nak cakap pasal benda tu tak payah la. Sebab tak de point dia kata. Tapi cakap soal apa pun sama ja respon dia sekarang ni.
Ibaratnya dia dah set dalam mind dia, saya tak akan berubah sampai bila – bila. Sedangkan kalau dia buka mata dia sikit, dia nampak ja perubahan saya. Ke dia sengaja ke apa tak tahu la.. Akhirnya saya pun dah hampir – hampir putus asa dah sekarang ni.. Dah tak tahu macam mana nak pujuk dan ambik hati dia balik dah.
Sekarang ni bersama pun dia dah guna protection. Katanya tiba – tiba rasa risau kalau dah ada baby. So dia fikir tak nak anak. Dia sindir saya, katanya dekat dia pun saya tak boleh bagi perhatian.. Ni kan pulak ada baby.. Takut anak terabai, dia kata.
Kenapa. Seteruk tu ke saya ni? Saya cakap saya manusia abang.. Ada letih ada str3ss. Abang tak nampak ke betapa saya buat macam – macam supaya abang happy balik. Saya nak kita macam dulu balik. Tapi abang yang tengah keraskan hati abang sekarang ni.
Tapi dia hanya diam ja la. Walaupun hati saya dah terasa.. Tapi tetap saya layan dia seperti biasa. Call setiap hari. Siapkan makanan sedap – sedap untuk dia. Teman dia kat sebeIah. Cuba berborak – borak walaupun dia diam. Semuanya saya dah buat.
Tapi hari ni, tadi masa rehat saya call dia. Walaupun dia cuma respon hmm ja. Tapi saya tetap bercakap. Tiba – tiba kawan datang panggil. Nak tanya pasal kerja.. Saya cakap sekejap tau abang. Tapi dia terus letak. Lepas tu dia hantar mesej.
“Dulu – dulu beriya ajak kahwin.. Kononnya nak bagi perhatian tapi lepas kahwin pun sama ja la. Tahu gini baik tak payah kahwin.” Serius saya dah letih la.. Saya dah tak tahu nak handle macam mana lagi dah.. Seriously i give up.
Saya cuma reply terpulang pada abang la. Sebab tu saya cakap, perkahwinan tak semudah saya bayangkan rupanya. Atau saya tak layak kahwin sebenarnya.. – Roza (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Syaidatina Hekmah : Hmm. Kak.. Kalau penat, cuba lah shortcut mana – mana. Contohnye, jangan masak hari – hari. Weekend tu masak lah sekali banyak, nanti panaskan je bila nak makan. Atau masa rehat kat sekolah tu, tido lah untuk lepaskan penat agar balik tak terus tido tanpa melayan suami.
Cuba lah amek supplement yang ada magnesium, bagus untuk kekalkan tenaga sehari – hari. Dan isu yang suami mintak time petang hari tu, ikutkan takde masalah pun kak. Mungkin akak malu kot, tapi sebagai suami isteri kena pandai – pandai lah cari timing.
Nanti ada anak lagiIah kena pandai. Isu dalam kelambu ni benda sensitif orang lelaki, itu memang keperluan dia. Jangan selalu tolak kak, nanti suami jauh hati panjang langkah dia nanti kat luar sana. Semoga yang baik – baik untuk akak dan suami. Belum terlambat untuk betulkan semua ni kak. Saya doakan akak berjaya t4wan hati suami semula,
Dhiana Mohd Abu Bakar : Jangan bagi alasan kerja cikgu. Buat malu jak. Orang lain pun kerja cikgu letih jugak. Berlambak jawatan dan kerja. Tapi masa untuk keluarga tiada kompromi. Masih tiada anak. Tidur awal bangun pun tak awal mana pun.
Jam 8pm tidur bangun jam 4 – 5am. Lama tidur tu. Masa nak bersama pun cerewet. Nak itu tak nak ini. Semua husband sahaja kena follow dan faham. Then bila yang sesuai? Bila suami dah taw4r hati tiada guna lagi dah. Lama mana orang boleh bersabar? Perkara ni bukan berlaku sebulan dua.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.