Sebelum termengandung anak ketiga, saya dah bagi amaran dekat dia. Kalau mengandung lagi, memang habislah kami. Saya dah tak mampu. Hari – hari saya berdoa agar saya dapat syahid ketika melahirkan anak ketiga ni..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua yang sudi baca luahan saya, dan sudi memberi pendapat. Semasa saya menulis confession ini, saya sedang meniti hari untuk melahirkan anak ketiga dan dalam kesedihan. Saya tiada tempat untuk meluah melainkan pada Allah s.w.t. Tapi saya juga perIukan kata – kata semangat dan sokongan.
Saya seorang ibu yang bekerjaya, ada PhD dan bekerja sebagai pensyarah di luar negara. Ada dua anak masih kecil, 8 tahun dan 2 tahun, dan ada baby yang sedang menunggu untuk dilahirkan. Saya seorang pensyarah yang amat disayangi oleh pelajar pelajar saya.
Kedatangan saya ke luar negara dan peluang mengajar di university ini amatlah dihargai oleh anak – anak murid dan mereka mengatakan, “You are from heaven and you are life saver”. Sungguh saya sebenarnya seorang yang penenang je orangnya, tak banyak bercakap dan bersosiaI tapi soal kerja saya ambik berat dan bersungguh – sungguh.
Sehinggakan Dean dan HOD kagum dengan cara kerja saya. Alhamdulillah Syukur, jika kita dapat kerja dalam bidang yang kita suka. Walaupun begitu, I have too much too handle… luaran orang akan nampak semuanya indah – indah. Tapi dalam hati siapa tahu kan.
Walaupun di sini disayangi anak – anak murid, tapi saya sebenarnya anak terbiar atau terbuang. Keluarga sendiri, ibu bapa sendiri di tanah air tak pernah ambik tahu, ambik berat, malah ketika saya pulang semasa musim summer, keluarga acuh tak acuh melayan walaupun setahun dah tak balik, dan duduk jauh.
Sebabnya, ibu bapa saya memandang harta, dan ahli keluarga yang lain turut sama. Mereka hanya mengagung – agungkan orang yang mereka sayang (favoritism), dan mengetepikan yang lain. Walaupun saya duduk di luar negara, sebenarnya saya masih miskin tegar di mata diorang dan memang saya masih tak mampu nak tanggung mereka.
Mungkin sebab itulah mak ayah saya pandang sebeIah mata saja. Mungkin orang kata benda ni perasaan saya je, tapi benda ni (favoritism) dah berlaku sejak saja belajar lagi. Mak ayah jenis tak ambik kisah, biarkan saja saya terkontang – konting dari zaman belajar (pegi mana bergaul dengan siapa tak pernah ambik peduli), malah jika saya berkongsi masalah pun, respon nye macam takde pape je.
Tapi jika melibatkan anak kesayangan ya tu, kemain laju runsing. Tapi takpalah, saya dah terima hakik4t ni dah lama dah, cumanya sekali sekala, ambil la tahu keadaan saya. Masa saya balik Malaysia, saya sangat rindukan mereka.
Tapi atas alasan s4kit mengandung, saya hanya dapat melawat skali mereka, dan duduk di rumah sendiri. Saya berharap mereka datang melawat saya yang sedang s4kit tapi harapan tinggal harapan, sampai saya pulang ke luar negara pun tak tengok saya langsung. Takpela ya Allah saya redha, saya bukan anak pilihan..
Itu satu hal.. Hal lain.. saya sekarang utamakan keluarga kecik saya. Dua orang anak yang kecik ni sangat manja dan rapat dengan saya. Terutama yang kedua, pantang saya bersiap nak pegi keje, dia akan bersiap dulu nak ikut. Macam mana lah kalau saya takda..
Tapi saya dalam keadaan tertekan, sebabnya saya seorang yang bekerja, suami pula house husband sejak berhijrah ke luar negara. Sebab tulah kewangan sangat sempit. Duduk luar negara, taraf hidup sangat tinggi, gaji pula kalau seorang kerja memang tak cukup.
Kenapa saya stay oversea kalau macam ni? Sebabnya tak dapat kerja di Malaysia lah. Niat kerja di oversea boleh settle hutang, tapi rupanya bertambah hutang. Bila ada mana – mana peluang saya terus grab. Alhamdulillah kerja saya flexible dan seronok, tapi masalahnye suami pula tak bekerja.
Pada awal tahun pertama, alasannya dia jaga anak kedua yang masih kecik. Dan dia amat – amat membantu masa tu. Lepas anak kedua dah besar, saya dah ingatkan dia untuk cari kerja dekat sini. And he did so. Lama – lama, bila takde pun respon dia jadi give up dan terus tak apply sampailah sekarang.
Banyak kali saya ingatkan dia, meng4muk pun banyak kali. Cuma respon dia, “ok2, nanti apply la balik.” Pastu takde pun. Suami saya seorang yang quiet person, menurut, tak tegas dan jenis takde effort. Tu yang buat saya str3ss.
Cuba lah cari effort cari work-from home job ke, delivery ke, belajar skills baru kat youtube ke, masak dan delivery (sebab dia pndai masak), atau buat pape yang boleh menjana income. Ni langsung takde effort. Bila dan terlalu selesa, dia hanya kerap main hp, laying on couch, hisap v4pe and rileks je.
Kerja yang dia buat di rumah hanya masak untuk keluarga. Itu yang buat saya m4kin tertekan. Kalau awak nak jadi househusband sementara ni, jadi lah betul – betul. Uruskan rumah, uruskan homework anak, keep house clean.
Sebab saya jugak yang uruskan semua walaupun saya bekerja dan mengandung. Bila saya balik dari kerja tengahari, tengok anak kedua saya masih tak mandi, tak makan. Pastu dia pun baru bangun baru siap – siap nak masak.
Anak yang balik sekolah dah lapar. Saya penat. Saya balik saya jugak kena mandikan uruskan anak – anak, petang tengok homework anak – anak lagi, bersih rumah, vacuum (saya pulak sejenis tak boleh kotor rumah), dan hampir semua benda saya kena uruskan.
Bukan tak pernah cakap atau meng4muk, banyak kali dah. Tapi dia macam tak ambik port tekanan saya ni.. Tu belum dia pakai duit saya senyap – senyap beli liquid v4pe. Saya tahu semua tapi saya diam kan je. Cuma senyap – senyap saya buang liquid tu dalam sink.
Saya dah educate dia jangan v4pe sebab nanti kalau awak v4pe depan anak – anak, diorang boleh brain impairment, jadi slow. Tapi saya tau dia v4pe jugak kalau saya tak nampak. Nampak macam masalah saya ni tak seberapa kan, mungkin Allah nak uji kesabaran saya.
Tapi saya rasa saya hampir giIa setiap hari bila dalam kepenatan. Dan hari – hari fikir sampai bila saya nak bela dia ni. Banyak kali dah terlintas nak minta fasakh sebab dia gagal tunaikan nafkah. Malah dulu dia bekerja tak pernah sesen pun dia bagi.
Kalau dua – dua kerja, dua – dua kena kongsi komitmen. Tapi since now saya seorang bekerja, saya lah yang byar semua komitmen termasuk rumah dia (yang bukan atas nama saya pun). So sampai sekarang saya sangatlah fed up.
Even you work, or you don’t work, you never release my burden, or make my life better. Mungkin bagi dia, saya ni berpelajaran tinggi, kerjaya tinggi, jadi apa – apa tanggung jela sendiri. Tak tahu ke dia d0sa tak beri nafkah? Kalau nafkah kelaut, macam mana Allah nak lapangkan rezeki awak?
Pernah dulu masa di Malaysia dan dia kerja, dia rasa sempit, pastu dia banyak kali minta maaf kat mak dia kalau ade salah. Tapi tak pernah pun dia fikir nafkah isteri ni ade tak pernah dia beri? Baju pernah beli tak? Pakaian dalam pernah beli tak? Anak – anak punya pakaian pernah beli tak? Tak pernah..
Sebenarnye perkara ni dah lama berlarutan. Sebelum termengandung anak ketiga, saya dah bagi amaran dia. Kalau saya mengandung lagi, memang habislah kita. Tapi macam mana we avoid pun, dah rancang habis, Allah tetap bagi rezeki baby lagi. Saya berd0sa sebab saya mengeluh dengan rezeki ni.
Bukan tak bersyukur tapi saya tak tahu sampai bila saya akan w4ras sebab saya penat. Dia akan guna alasan jaga anak ketiga, dan tak perlu kerja. Macam mana saya nak tanggung semua ni kalau saya seorang kerja. Sekolah anak pertama je dah 9 ribu per semester. Saya give up..
Dan atas semua tekanan ni, hari – hari saya berdoa agar saya dapat m4ti syahid ketika melahirkan anak ketiga ni.. Berd0sakah saya? Saya m4ti, keluarga sendiri pun tak kisah, dan baru suami boleh sedar sikit tanggungjawab dia.
Tapi dalam masa yang sama, siapa akan jaga anak – anak saya? Sebab saya tahu, takkan ada orang lain yang boleh jaga anak – anak macam anak sendiri. Tapi jika saya masih hidup, sampai bila suami akan ambik kesempatan atas saya? Ya Allah tunjukkan aku jalanMu yang Kau redha.. Terima kasih mendengar luahan.. – Medina (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Noor Asikin : Pemalas tahap gaban lakinya.. Bangun pun tengahari mana rezeki nak dekat. Kalau laki jadi house husband semua kerja rumah dia buat dengan tanggungjawab sambil tu pandai cari duit selit rasanya takde la isteri str3ss habis. Sis sambil – sambil tu try mohon balik kerja pensyarah / guru swasta di Malaysia semula. Mana tahu ada rezeki sebab dah ada pengalaman kat luar negara.
Tengok gaya sis ni kalau gitu la hidup kat luar negara untuk bayar kos hidup yang tinggi dan hutang, memang sampai sudah laa tak merasa ada harta sendiri. Paling tidak di Malaysia ni masih boleh buat rumah atas tanah sendiri. Jika takde tanah pun, boleh beli tanah atau rumah ikut lokasi mampu beli.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.