Saya lafazkan cerai pada isteri dan suruh dia keluar rumah pada malam tu jugak

Kami keluarga bahagia tambah lagi dengan kehadiran anak – anak, sehinggalah aku dapat naik pangkat dan selalu berjumpa dengan seorang wanita yang merupakan setiausaha client aku. Isteri nampak perubahan aku dan aku berterus terang, aku cakap yang dia langsung tak menarik, tak cantik macam wanita itu yang sentiasa fashionable.

#Foto sekadar hiasan. Cerita ni saya harap dapat dijadikan pengajaran baik lelaki mahupun perempuan..

Lima tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk ceraikan isteri saya dan tinggalkan anak – anak kerana perempuan lain.

Saya berkahwin dengan isteri, Hana atas dasar suka sama suka. Hana ni pendiam, tapi lembut dan baik. Keluarga saya pun Alhamdulillah boleh terima Hana dengan baik. Selepas Hana bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja guru di sekolah menengah dan Hana ikutkan permintaan saya. Hana jadi surirumah sepenuh masa dan jaga saya dan anak dengan baik. Kami hidup bahagia, tambah – tambah lagi Hana waktu tu sedang mengandungkan anak kedua kami.

Rezeki anak – anak, kedudukan kewangan kami semak1n stabil daripada makan cukup – cukup, dah boleh bawa family jalan – jalan, bercuti. Namun segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat, saya perlu berurusan dengan ramai orang. Salah satunya Mr Goh, dan yang saya perasan, setiap kali meeting, Mr Goh akan bawa secretary dia bersama, Asmat.

Mula – mula saya dan Asmat hanya berurusan biasa tapi lama kelamaan tiap kali meeting, kami mula jadi rapat dan kadang – kadang saya tumpangkan Asmat untuk pulang dengan kereta saya. Saya tak nak cerita banyak part ni. Asmat memang pandai amik kesempatan, dia tahu saya dah mak1n tergiIa – giIakan dia, jadi dia akan ajak saya shopping dan saya akan turutkan semua kehendak dia.

Hana mula perasan perubahan saya tapi dia tak terus meIenting. Dia cuma tanyakan beberapa soalan (sebab banyak kali kant0i terjumpa resit beli barang wanita dalam poket seluar).

Lama – lama saya jadi baran, semua yang saya nampak pada Hana dan anak – anak jadi meny4kitkan hati. Saya mengaku saya ada perempuan lain. Hana menangis malam tu, saya ingat lagi. Allah, kej4mnya saya, saya ingat lagi saya bagitahu Hana malam tu, yang dia langsung tak menarik, tak cantik macam Asmat yang sentiasa fashionable.

Satu malam, saya buat perkara yang paling saya menyesal seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dengan Hana supaya dia boleh minta Hana izinkn saya berkahwin lagi, dan saya ikutkan je, bod0hnya saya waktu tu.

Hana baru siap tidurkan anak sulung dan baby kami. Bila dia buka pintu untuk sambut saya, muka dia berubah bila nampak Asmat tapi dia langsung tak meng4muk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk bercakap. Asmat dengan somb0ngnya arahkan Hana untuk bagi saya izin berkahwin lagi. Tapi Hana berkeras. Katanya kalau perempuan tu orang baik – baik, dia akan izinkan tapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak izinkan.

Asmat marah dan merajuk, dia masuk dalam kereta dan minta saya bagi kata putvs. DIA ATAU HANA. Saya masuk balik ke rumah, saya marah pada Hana dan waktu itu lah saya lafazkan cerai pada Hana. Saya bagitahu dia untuk kemaskan barang dan keluar rumah esok.

Hana diam sekejap, kemudian dengan perlahan dia sebut “Allahuakbar” sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan anak sulung kami, mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun ke bawah dengan anak – anak dan terus keluar. Tanpa ambil satu helai pun pakaiannya.

Tak lama Allah nak tunjuk, rupanya Asmat cuma mendampingi saya atas niat nak mengikis. Dia nampak kesenangan saya waktu tu, padahal semua kesenangan tu rezeki isteri dan anak – anak..

Merata – rata saya cari Hana balik. Yang buat saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibubapa saya minta maaf atas salah silap padahal dia tak ada salah apa pun.

Mak ayah saya terlalu marahkan saya sampai setahun tak bercakap dengan saya. Tapi lama – lama lembut juga hati, kesian bila tengok saya macam orang giIa taIak. Akhirnya diorang bagitahu, Hana keluar negara untuk sambung belajar Master dan terus menetap disitu bersama anak – anak, mereka tak beritahu saya di negara mana.

Allah, saya rindukan Hana dan anak – anak..

Buat Hana, ini jalan terakhir abang untuk cari Hana. Abang tak tukar pun nama – nama supaya Hana tahu, ini kisah kita. Abang minta maaf banyak  -banyak sayang. Abang silap, abang silap, abang silap. Abang berd0sa dengan Hana, dengan anak – anak. Ya Allah, macam mana la Hana jaga anak – anak kita yang masih kecik dengan belajar lagi..

Hana Safiyyah, tolonglah.. kalau Hana ada di page ni, tolonglah abang.

Lagu kat bawah ni khas untuk Hana, abang terdengar lagu ni semalam.. padan muka abang, kan.

Slam – Kembali Terjalin

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika

Namun di dalam hati dirimu ku terkenang jua

Engkaulah permata di dalam gengg4man tidak kusedari

Kaca yang bersadur keemasan terus kucari

Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu

Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu

Diakhir – akhir ini ketika aku dalam kesepian

Terasa kejahiIan itu bagiku satu kerugian

Andainya di situ ada ruang

Bolehkah kiranya ku menumpang

Andai ada sisa kemaafan

Maafkan diri ini yang dulu meIukakan

Berilah aku kesempatan

Kubuktikan erti keikhlasan

Andainya terp4ksa aku rela

Menepis eg0 aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati

Menjalin kembali perhubungan suci

Komen Warganet :

Lien E-da : Kalau aku jadi Hana tak mungkin lagi toleh ke belakang. Mulut mungkin cakap boleh dimaafkan. Tapi hati yang telah diIukai makan masa untuk menyembuhkan. Bila hati dah terIuka parutnya akan tetap ada sampai bila – bila. Bagi anak – anak bahagialah bersama ibu mu, Hana dan mudah – mudahan akan mendapat seorang bapa yang penyayang yang akan menjaga mendidik puan Hana dan anak – anak dengan keredhaan Allah S.w.t hendaknya Amin.

Mareena Meena : Semoga menjadi pengajaran untuk tuan, jika saya di pihak Hana, maaf mungkin boleh diterima, untuk melupakannya jauh sekali. Tak payahlah balik dekat bekas suami tu Hana. Yang bekas laki ni, jangan sesuka nafsu buang dan kutip balik bekas isteri ni bukan barang.

Samsiah Mohame : Tak payah la balik dekat bekas suami tu Hana. Yang bekas laki ni, jangan sesuka nafsu buang dan kutip balik. Bekas isteri ni bukan barang. Kekadang peluang yang Allah bagi kita sia – siakan jadilah sebagai h4mba Allah yang kufur nikmatNya. Bertaubat, muhasabah diri.

Azwati Azid  : Aku nasihatkan ko cari perempuan len jela. Kesian pulak nanti Hana akan mend3rita semula kalau pilih ko. Bukan senang nak lupakan pend3ritaan yang pernah dia hadapi dulu. Kalau ko sayang dia, jangan tambah pend3ritaan dia tapi aku paling berharap dia dapat jodoh lain masa kat luar negara.

Bee ALiya AYra : Perempuan diuji waktu susah manakala lelaki diuji sewaktu mewah. Semoga jadi pengajaran terbaik dalam hidup. Kalau aku jadi Hana aku balas balik lagu Tak Mungkin Berpaling dari Slam.

Apa kata anda?