Ahad petang saya boleh discharge. Saya on henset. Banyak la sms – sms yang miscall semua tu. Buka internet. Ada 163 mesej dari suami kat wasap. Tapi first chat saya buka dari mak mertua dulu.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sekiranya post saya diterima. Dan maaf andainya tulisan saya ni ada menyinggung mana mana pihak. Tujuan saya berkongsi untuk pembaca bagi pandangan dan boleh dijadikan sebagai iktibar juga. Terima kasih.
Khamis minggu lepas, lepas masak solat semua, tengok jam pukuI 5.30. Biasanya paling lewat suami inform keluar ofis 5.15 petang. Kalau balik lambat pun memang awal – awal dia dah bagitau. Saya cuba call nak tanya tapi 3 kali tak berangkat so saya fikir maybe tengah bawa motor.
Saya yang tengah tak sihat tu pun terlelap. Sampai lah saya terjaga dalam 7.45 petang, masa ni jaga terus tengok henset tapi tak ada sebarang notification daripada dia. Saya tengok suami duk tengok tv dalam keadaan dah siap mandi semua. Saya dengan gelabahnya minta maaf kat dia sebab saya tak pernah abaikan dia masa dia balik kerja. Memang rasa bersalah.
Tanya benda yang memang selalu jadi bualan masa dia baru balik. Tapi dia biasa je tak respon sangat. Saya tanya pulak, kenapa abang tak k3jut ayang waktu abang sampai? “Dah tengah tidur malas saya nak kacau awak. Dah la gi cuci muka dulu”
Masa tu saya memang tak sedap hati. Kenapa panggiIan berubah. Saya ingat dia merajuk saya tak sedar masa dia balik. Saya pun cuba la ambil hatinya semula. Tanya abang dah makan ke belum. Nak makan tak. Kemudian dia cepat – cepat bentak saya kata tak payah.
Saya tak lapar, saya tak dahaga, saya tak ada selera nak makan. Masa tu dah menitis air mata saya tapi saya masih tanya lagi abang ada masalah ke kalau ada masalah kongsilah jangan macam ni. Biasanya kalau dia ada problem kat tempat keja ke atau problem lain balik je rumah dia buat – buat manja sedih then terus je cerita pada saya tapi kali ni memang beza.
“Dahla gi solat pukuI 8 dah nanti tebabas”, tiba-tiba dia tinggikan lagi suara dia. Saya pun akur. Selesai solat maghrib, saya bangun dan menuju ke bilik kami untuk panggil dia jemaah isyak sama – sama memandangkan orang tengah azan isyak tapi maIangnya pintu dikunci. Saya panggil dia k3tuk – k3tuk pintu tak nyahut.
Saya pun bersila sandar dekat pintu bilik tunggu dia. Dah tengah tak sihat ni dapat sandar kat benda keras pun rasa macam tengah tidur atas tilam. Terk3jut saya dia buka pintu meng3jut dan dan badan serta kepala saya ikut gerakan pintu yang dibuka (dapat bayangkan cemana).
Tiba – tiba jadi pening sikit sambil pegang kepala. Sambil tu dia cakap dalam nada kasar haa sapa suruh sandar kat pintu jangan nak salahkan saya pulak s4kit kepala tu. Dia pun keluar ke arah ruang tamu. Saya pun gi lah solat isyak sendiri.
Selesai solat, saya tenangkan diri kejap. Muhasabah diri. Ikutkan perasaan nak je saya melepek kat dia macam biasa saya buat kalau saya tak sihat. Saya akui saya ni memang manja. S4kit sikit pun nak perhatian lebih – lebih.
Lagi – lagi saya ni dah tak ada mak ayah. Ayah meninggaI masa saya kecik. Mak meninggaI masa saya baru nak kenal erti kehidupan. Jauh pula dari adik beradik kat KL, saya ikut suami kat Pahang. Memang rasa sunyi bila diperlakukan macam tu.
Emm. Tapi dah macam ni, saya fikir cara nak ambil hati dia semula. Bila dah ok, saya dapatkan dia. Cuba untuk slowtalk. Tapi dia tetap buat tak hirau dan marah – marah saya. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena tapi dia tak nak cakap, Allah uji saya malam ni.
Saya mengalah, saya rasa saya perlu bagi dia masa untuk tenang. Lagipun memang tak sedap badan sangat masa tu. Saya pun cakap lah saya tak sihat ni, saya minta izin untuk tidur dulu. Dia pun laju je kata dah pegi lah.. Saya pun akur.
Saya terus lena, pastu terjaga bila dia dah masuk tidur. Tapi dia tidur belakangkan saya. Saya ambil tangan dia rasa leher dengan dahi saya, saya cakap saya demam. Munt4h. Tapi dia cuma bunyi emm emm je. Saya belakang dia dah kesat kesat air mata.
Yela dia tak penah macam ni sebelum ni. Manalah saya tak terasa sampai macam tu sekali. Esoknya pun saya jaga masa dia dah nak gi keja. Saya terlepas subuh. Terlewat nak masuk mengajar tapi memang plan saya nak mc pun hari Jumaat tu sebab memang tak larat sangat – sangat. Tu pun jaga sebab dia goyang – goyang betis saya.
Saya dengan lemahnya cuba buka mata minta maaf dengan dia, saya terbabas dan memang tak terjaga langsung. Minta maaf tak dapat sediakan sarapan. Saya agak masa tu dalam pukuI 7 sebab biasa sama – sama siap time macam ni.
Dia dah bangun nak gerak tapi saya cakap kejap bang. Saya cakap nak gi kIinik. Masa tu cakap sambil batuk – batuk rasa mual. Dia kata ok. Saya tanya abang tak nak bawa ke, Ayang tak larat la. Dia jawab awak boleh drive kan.
Saya ada hal penting pagi ni nak settIe. Ada mesyuarat penting katanya. Saya dah menitis air mata masa tu. Tiba- tiba rasa nak munt4h tak sempat bangun saya munt4h atas katil. Dia boleh marah saya. Kata saya ni macam budak kecik dah tahu nak munt4h tu cepat – cepat la bangun masuk bilik air.
Tempat tu lah nak tidur tempat tu lah saya munt4h. Tak tahu najis ke. Belajar agama tinggi-tinggi tapi tak tahu cemar cuci. Dia h1na saya. H1na pelajaran saya. Saya tak hirau dah masa tu, memang tak tahan dah memang banyak saya munt4h.
Alang – alang dah munt4h situ saya habiskan munt4h saya atas tu. Bila dah habis keluar saya rasa macam lega sikit tau. Saya pandang dia. Saya pun menjawab tapi rasanya tak lah biadab sangat pun bahasa sebab dah tengah s4kit sangat. Lagipun saya ni memang jenis suara halus tak reti berkasar.
Tapi masa tu saya tak tahan sangat dengan per4ngai dia. Saya perIi dia. Saya kata awak kalau tak boleh tolong saya tak payah lah marah – marah saya. Awak ingat saya sengaja ke munt4h kat sini. Kalau tak nak tolong tu dah pegi je kerja.
Kerja tu penting. Meeting tu penting. Saya tahu la nak cucikan semua ni. Saya bukan budak kecik saya tahu cemar cuci. Pandailah saya bersihkan nanti. Dia diam. Saya pun usaha utk bangun turun dari katil nak ke bilik air, tiba – tiba dia dalam nada eg0, tak ikhlas papah badan saya “meh nak tolong, cepat sikit gerak saya dah lewat ni” saya tepis saya cakap tak payah.
Gi je kerja. Kerja tu penting. Saya memang geram sangat masa tu dan terus jalan pegang dinding ke bilik air. Dia dengan nada eg0 dia lagi cakap awak takyah gi kIinik. Rehat je kat rumah. Waktu lunch nanti saya balik kejap bawa awak ke kIinik.
Jangan degil. Tapi saya tak hirau. Sebab dia masih dalam gaya yang kasar tanpa beIas kasihan. Dia pun terus keluar rumah gi kerja. Saya memang tak boleh terima apa yang dia buat. Lepas bersihkan semuanya, sy mandi makan roti, makan panad0l. Rehat jap. Rasa macam ok sikit, saya rasa nak ke hospitaI terus. Risau kena tahan wad, saya pun standby lah keperluan yang patut.
Dan saya pun drive ke hospitaI private yang jadi pilihan untuk bersalin anak first tahun lepas (tapi takda rezeki jantung anak tak berdegup masa 5 bulan lebih) Nak dijadikan cerita memang kena w4rded. Saya disahkan mengandung Alhamdulillah.
Kena masuk air dan masuk dar4h. Saya memang kurang dar4h sebelum kawin lagi, keturunan. Staff situ tengok saya berseorangan, dia tanya la husband mana saya cakap outstation. Memang jadi giIa juga la turun naik dari tempat parking ke bangunan hospitaI.
Sedih memang sedih, penat memang penat tapi saya redha jelah dan saya bersyukur Allah bagi kekuatan pada saya. Alhamdulillah Allah Iindung saya dari perkara buruk yang berlaku. Dalam masa yang sama saya baru buka henset, dia wasap kul 11.30 suruh saya bersiap. Masa tu dah pukuI 12. Lepas tu dia wasap lagi haii baca jeke.
Saya off data dan call kawan rapat saya bagitau pasal ni. Adik beradik saya, mak ayah mertua serta adik beradik ipar pun saya tak inform. Lepas tu suami call 3 kali saya tak angkat. Dia pun sms kata degil betul la. Agaknya dia tengok saya tak ada kat rumah kot.
Saya off henset lepas inform segala maklumat dekat kawan saya. Petang tu kawan sampai. Dia tanya husband mana saya ubah topik. Tapi yelah dah rapat ni dia dapat bacalah keadaan saya. Saya tak cerita masalah saya tapi saya kata saya nak bersendiri tanpa suami.
Ahad petang saya boleh discharge. Saya on henset. Banyak la sms sms yang miscall semua tu. Buka internet. Ada 163 mesej dari suami kat wasap. Tapi first chat saya buka dari mak mertua dulu. Antara perkara yang disebut ialah mak tak tahu masalah rumahtangga kami tapi mak minta saya balik.
Kalau tak nak balik rumah kami balik lah rumah mak. Saya dengan mak memang rapat dari sebelum kawin lagi. Walaupun jauh tapi selalu wasap sejak mak kandung saya meninggaI, saya dikenalkan kepada mak, mak memang ambil berat pasal saya walaupun belum lagi jadi menantu masa tu. Tapi dalam hal ni saya tak fikir nak balik rumah mak.
Saya taknak menyusahkan mak. Mak tak berapa sihat. Mak kena jaga Abah yang s4kit tua. Dalam masa sama, mak jaga kakak ipar baru seminggu bersalin. Selain tu ada cucu – cucu yang tinggal dengan mak, mak perlu jaga.
Saya memang dah fikir sebelum ke hospitaI lagi hal ni. Taknak susahkan mak bukan nak sisihkan mak. Saya ambil keputusan duduk rumah kawan tadi tu dia pun ok untuk tumpangkan saya sementara. Dia datang naik teksi kemudian dia drive kereta sy bawa ke rumahnya. Saya dapat mc seminggu.
Bila dah sampai rumah kawan, saya call mak dan bagitau hal sebenar. Lama juga call duration and dalam masa tu saya call mak tu banyak kali suami call saya juga. Habis cakap dengan mak, saya rehat dan off henset.
Adik beradik di KL pun tak tahu pasal ni. Hari isnin baru saya buka dan baca wasap – wasap dia. Dia minta maaf dan menyesal sangat sangat. Dia kata dia nak buat suprise untuk saya memandangkan hari Jumaat tu hari special.
Tu yang dia saja – saja buat kasar – kasar dengan saya, nak bagi saya sedih dan sedih tu bertukar happy bila dia buat supr1se hari Jumaat lepas dia balik kerja. Hmm supr1se ke apa macam tu? Kenapa dia lebih pentingkan suprise tu lebih daripada keadaan saya yang lemah masa tu? Sanggup dia buat saya macam ni. Sampai hati awak bang..
Saya cuma baIas, saya perIukan masa untuk bersendiri. Bila dah sedia, saya akan balik. Saya masih trauma lagi diperlakukan macam tu. Kat mana mana hatta dalam doa saya pun, saya masih ternampak nampak yang dia marahkan saya, h1na pelajaran saya.
Terbayang bayang apa yang dia buat. Setiap kali teringat memang saya sedih. Susah saya nak terima alasan dia yang nak buat yang tu.. Hmmm Hari Rabu saya datang KL, sampai sekarang ni ada kat KL rumah arw4h mak kandung saya. Saya takut nak balik rumah saya. Hmmm saya buntu sangat. Apa perlu saya buat.. – Sang isteri
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.