Saya merayu dekat suami, saya merayu dekat wanita tu demi anak – anak saya

news.allmhidotcom warning

Suami nampak lain, dia lebih suka tidur bilik anak – anak dan dengar lagu jiwang. Saya tekad untuk tanya dan memang betul dia ada wanita lain rakan sekerja. Satu hari saya berdepan dengan wanita tersebut yang nampak sangat baik. Saya merayu agar dia tinggalkan suami saya demi anak-anak. Namun jawapan dari dia buat saya menangis teresak – esak lalu dia pergi tinggalkan saya..

#Foto sekadar hiasan. Walaupun kisah pahit ini telah 6 tahun berlalu, pedih dan p4rut itu tidak pernah hilang walaupun aku telah memaafkan.

Memaafkan tidak dapat mengubah masa lalu namun dapat memudahkan urusan masa depan.. Aku pegang kata – kata itu. Aku pilih memaafkan kerana masih ada rasa cinta pada waktu itu.

Begini kisahnya, sebagai seorang isteri mesti kita sedar jika suami kita ada sedikit perubahan dalam dirinya..

Aku perasan suamiku pada masa itu lebih gemar tidur bilik anak – anak. Anak kami 3 orang pada masa itu. Dia juga suka dengar lagu jiwang.

Aku rasa pelik kerana setahu aku dia tidak minat lagu jiwang sebelum ni. Dia juga kurang pedulikan diriku.

Ya tanggungjawab dia tunaikan seperti biasa kerana kami tinggal bersama. Tapi macam mana aku nak cakap ya, dia macam acuh tak acuh layan aku..

Dengan anak – anak dia ok ja sebab dia sayang anak. Aku bekerjaya tapi bidang kami tak sama. Naluri isteri, entah mengapa aku rasa ‘sesuatu’ rasa peIik, rasa ada yang tidak kena dengan rumahtanggaku.

Hati aku dapat merasa kan semua itu tapi aku memang tak pernah terfikir langsung suamiku ada wanita lain kerana dia jarang keluar jika tiada urusan dan suami aku bukan kaki Iepak dengan kawan.

Memang pergi kerja balik kerja dan hujung minggu bersama kami anak beranak.

Tapi Allah gerakkan hatiku untuk bertanya suami pada suatu malam itu sebelum kami tidur, ‘abang ada orang lain ke?’

Dia tanya aku kenapa. Aku kata abang nampak lain sangat sekarang. Entah kekuatan dari mana aku dapat, aku kata lagi.. Jika abang ada orang lain abang beritahulah saya.

Dan sungguh aku terkesima bila dia mengaku ya ada. Allah, rasa dunia ni nak terbaik.

Aku telan air liur. Cari sisa kekuatan untuk terus bertanya siapa perempuan itu. Jawabnya rakan sekerja tapi lebih berusia dari dia. Masih belum kahwin dan umur wanita tersebut penghujung 30-an..

Tua 5 tahun dari suami saya. Saya tenang pada masa itu tapi dalam hati saya, hebatnya perempuan itu dapat mencvri hati suami saya.

Saya kenal suami saya macam mana. Bukan semudah ABC dia suka akan perempuan. Saya tanya lagi walaupun saya dah rasa ketat dad4, sebak pada masa tu.

Abang nak kahwin dengan dia ke. Suami jawab, hati dia (suami) dah terbahagi dua sekarang, antara saya dan perempuan tu… Allah..

Saya tanya lagi sejak bila ni. Suami kata dia sendiri pun tak tahu. Perempuan tu assistant suami di tempat kerja, mereka satu teamwork.

Keesokannya, saya terus murung, rasa sangat d0wn. Menangis sepanjang masa, berhari – hari saya menangis. Makan pun tak lalu..

Pergi kerja pun tak semangat, tengok wajah suci anak – anak lagi laju air mata saya keluar. Kepala rasa nak pecah tapi berbeza dengan suami saya, dia rasa lega kerana saya dah tahu.

Dia dan perempuan tu memang ada rancangan untuk bernikah di Thailand. Hari demi hari saya rasa makin tersiksa jiwa dan raga.

Saya beritahu suami saya nak jumpa perempuan itu, saya teringin nak tengok bagaimana orangnya yang berjaya menambat hati suami saya..

Suami atur kan pertemuan kami di food court satu tempat membeIah – beIah ni. MenggigiI dan mengeIetar badan saya sejak dari dalam kereta semasa drive nak ke tempat tu.

Suami tidak ikut serta dalam pertemuan tu. Niat saya cuma satu saya, saya nak merayu kepada perempuan itu agar tinggalkan suami saya.

Kasihanilah anak – anak kami yang masih kecil 3 orang. Bila berjumpa saya kelu kerana dia tidak seperti yang saya bayangkan. Dia nampak baik tapi agak cekal hati..

Ya, jika tidak cekaI masakan mahu ada hubungan dengan suami orang. Berbalik kepada pertemuan itu, saya merayu kepada dia agar tinggalkan suami saya, tapi dia jawab begini.

Kak tak nak apa-apa.. Kak cuma nak nikah ja dengan ###… Kak tak akan minta nafkah..

Saya tetap merayu. Dia tetap cakap begitu. Kemudian dia minta diri dan dia terus bangun. Saya bagaikan terp4ku di kerusi food court itu, laju air mata mengalir..

Memang tak boleh kawal dah air mata ni. Orang meja sebeIah pun hairan kenapa saya menangis sorang – sorang. Allah saja yang tahu apa saya rasa waktu itu..

Saya selongkar laptop email suami saya sewaktu dia tidur.

Luluh hati saya jumpa email berborak manja, email ajak keluar makan. Email gambar – gambar team building mereka bersama. Eh.. Banyak duduk kerusi sebeIah menyebeIah. Berjujuran air mata keluar..

Dipendekkan cerita, saya juga merayu suami saya agar lupakan perempuan itu, tapi dia tetap nak kahwin jugak.

Beberapa bulan berlalu dan keadaan masih tidak berubah, saya beritahu ibu mertua dan ibu ayah saya. Nasib saya baik kerana mertua menyebeIahi saya.

Mertua tidak bersetuju dengan hasrat suami untuk bernikah lagi satu tu. Merekalah kekuatan saya dan sentiasa beri sokongan.

Suami saya tetap dengan pendiriannya. Tambahan pula, dia pernah berkata, jika pergi berkawin di Thailand tidak ambik masa yang lama.

Urusan boleh selesai dalam tempoh sehari. Sedihnya hati ini, rab4knya jiwa ini, hanya Allah tempat saya mengadu. Saya luahkan segalanya. Saya tingkatkan amalan saya, saya memang bersunguh – sungguh minta yang terbaik untuk kami dan anak – anak kepada Allah.

Allah Maha Mendengar, beberapa bulan kemudian, suami ada sedikit masalah dengan boss di tempat kerja, suami resign. Dan dapat kerja tempat baru dalam bidang yang sama jugak.

Ada jugak kena mengena dengan tempat kerja lama, means sekali sekala memang suami akan berurusan dengan perempuan itu juga atas dasar kerja.

Pedih hati saya hubungan mereka belum berakhir. Kiranya sejak saya mula tahu pada malam itu hinggalah tahun depannya.

Hampir dua tahun juga saya sentiasa bertemankan air mata hingga tertidur. Hingga kan anak saya yang kecil umur 3 tahun pada masa tu turut menangis jika lihat saya menangis.

Dan akhirnya perempuan itu mengundur diri. Walaupun mengundur diri dia suka bermain tali tarik kerana kadang kala dia yang mula kan dulu perbualan wassap atau wechat dengan suami saya.

Memang tentang kerja, tapi ayat – ayatnya mesra. Hingga kini mereka masih berhubung tentang kerja.

Tapi suami saya kata, mereka memang dah tak ada apa hubungan istimewa. Saya tetap seIongkar laptop kerja suami saya, cari email ke apa ke.

Kerana apa..? Kerana kepercayaan dah hilang sejak 6 tahun dulu tu.

Dengan rahmat dan kasih sayangNya.. Jodoh kami masih ada.. Alhamdulillah.. Tapi p4rut itu kekal dalam hati ini… Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. Mohonlah kekuatan padaNya.. – Puan Kurma (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azrul Acai : Banyaknya cerita – cerita macam ni.. Bagi aku yang baru lagi dalam alam perkahwinan buat aku jadi takot. Kita tak boleh jangka hati sesorang kan walaupon awalnya dia beria nak kan kita tapi hujung – hujung jumpa orang lain kita diduakan.

Mudahnya hati lelaki begitu senang jatuh sayang dan cinta kepada orang lain sedangkan ada yang halal di depan mata.. Semoga aku dijauhkan dari benda – benda macam ni sebab aku takot tak kuat nak hadap.

Madira Zafirah : Sebaik apa pun suami, sealim mana pun suami. Dan setinggi apa pun ilmu dia. Jika ada ujian yg namanya PEREMPUAN. Jarang lah ada suami yang berjaya melepasi ujian hati ni. Kalau dia dah kata nak. Dia tak kan berundur walau setapak kecuali dengan izin Allah. Sebab tu lah isteri kena kuat. Bangun tahajud. Solat hajat dan berdoa minta rumahtangga yang dibina selamat.

Iye, p4rut tak akan hilang. Begitu juga sejarah kehidupan yang telah terpaIit sejarah Iuka. Tak ade siapa yang mampu ubah. Teruslah berbuat baik dan memberi layanan terbaik di samping memohon dari Allah sembuhkan hati yang pernah Iuka dan benamkan rasa duk4 dan kecewa, timbulkan rasa kesyukuran, dan Iimpahkan kebahagiaan dalam jiwa dan raga.

Dan di samping itu, binalah kekuatan jiwa dan bersedia.. Andai perkara itu berulang. Kita telah pun bersedia membuat pilihan sama ada terus bertahan dis4kiti atau meninggaIkan semua kes4kitan dan memilih jalan baru kehidupan.

Rahayu Mohd Zelan : Tak perlulah selalu pantau telefon atau email lagi. Hati akan jadi lebih s4kit lagi. Ik4t hati dengan Allah dan fikirkan kegembiraan itu bukan dari suami atau anak – anak tapi dari diri kita sendiri. Buat atau cari hobi baru, kawan baru atau apa sahaja yg boleh buat kita move on. Happiness is a choice not a result. Berdamai dengan diri sendiri. D0sa suami tu biarlah dia.. jaga hati kita sendiri kalau orang dah tak jaga hati kita.

Ezd Airaniez : Sedih baca bila Puan sebut minta kesiankan anak, perempuan tu sikit pun tak ada rasa bersalah. Nak bapak, tapi tak fikir kasih sayang bapak tu akan berkurang kat anak bila ada orang baru. Saya doakan Puan kuat dan dipermudahkan move on. Hiduplah kerana Allah swt, hidup lebih tenang berbanding mengharapkan manusia.

Jamilahani Sue : Saya setuju dengan perkataan “p4rut tetap kekal di dalam hati” kerana saya pernah mengaIami dan melaluinya. Hingga sekarang p4rutnya masih kekal dihati saya walaupun sudah 14 tahun masa berlalu dan suami saya pun sudah kembali ke rahmatullah

Apa kata anda?