Saya nangis2 nak cerai dgn suami tapi bila dah redha terima dia, tiba2 suami tak sedarkan diri, k0ma

Sebelum kahwin saya dah ada rumah, kereta sendiri, suami plak takde apa2, kereta pun secondhand. Banyak betul kekurangan suami, siap suruh share bayar bil lagi. Lepas saya dah ada anak2 saya mula redha terima suami, tapi beberapa bulan selepas itu suami k0ma dan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Saya adalah antara manusia paling bertuah di muka bumiNya ini. Ini yang saya rasa sebab banyak rezeki yang Dia beri pada saya yang ramai sangat orang cari – cari tapi saya dapat walaupun saya tak nak.

Ini termasuklah peluang belajar di overseas, j0doh pun lulusan UK, dapat kerja yang best di UIAM, berkahwin dengan lelaki yang amat baik dengan keluarga mertua yang layan saya lebih baik daripada anaknya dan macam – macam lagi.

Bayangkan suami saya tak bagi iron baju dia sebab takut saya penat. Bila balik rumah mertua, mak mertua saya suruh tengok tv bila saya masuk dapur sebab katanya saya mesti penat sebab saya bekerja. Itu sebelum ada anak.

Bayangkan betapa bertuahnya saya. Macam mana saya boleh bertuah begini? Mudah je. Bila saya nak apa – apa, saya minta direct daripada pemberi rezeki saya. Ya, saya minta dalam sujud saya padaNya. Sebab ayah saya bukan jenis yang kenal datuk, tan sri.

Tak reti pakai kabel. Minta direct pada Allah dengan niat lillahita’ala. Malah adik beradik saya pun kalau nak apa – apa, mesti minta saya doakan sebab di mata mereka doa saya sentiasa dimakbulkan. Saya nak kahwin pun saya minta pada Allah dalam sujud untuk temukan lelaki yang boleh jadi menantu yang baik untuk ayah saya.

Saya kahwin lambat, pada usia 31 tahun sebab saya tak berminat sangat dengan perkahwinan setelah tengok contoh – contoh lelaki pelik i.e. kuat menc4rut, mengikis duit isteri, simpan perempuan lain, ket4gih p0rn, dan lain – lain.

Saya pun kahwin sebab saya jatuh kesian tengok muka ayah saya waktu dia tanya bila saya nak kahwin. Tiga orang kakak dan adik saya dah kahwin dan melalui perceraian yang dahsyat dengan sy4itan jantan. Siap bawa lari anak, kami kejar, acu senj4ta kat anak bagai. Kalah drama melayu.

Saya jugalah yang turun naik mahkamah teman adik kakak saya untuk proses perceraian. Kiranya muka saya ni muka mahkamah syariah la. Haha. Waktu saya berkahwin, saya dah ada kereta dan rumah sendiri sebab kononnya saya nak grow old dengan adik saya.

Suami pula arkitek yang baru 3 tahun bekerja, rumah tak beli lagi, kereta pun kereta buruk secondhand. Ya, arkitek dalam dunia sebenar bukan macam dalam tv3 pukuI 7 tu ye tuan puan. Bila kahwin, semua kena share, terutamanya duit.

Kami beli rumah corner lot di Shah Alam dan buat joint loan. Saya bagi Vios saya kepada adik saya dan share beli Civic dengan suami. Saya juga kuat berbelanja untuk pakaian, kasut, handbag, jam, barang kemas. Gaji saya masa tu lagi besar dari suami.

Suami saya calculative dan suka spend money on investments. Tapi dia tak kisah saya bagi kereta pada adik saya dan spend my own money beli benda yang saya suka. Cumanya dia suruh saya share bayar rumah dan kereta sebab pada dia marriage must be built together to make it meaningful.

Pada saya dia kedekut dan berkira sangat. Saya pula dah biasa buat keputvsan sendiri. Ya, ketika itu saya angkuh dan sombong. Banyak benda saya tak puas hati dengan suami sebab saya dah biasa berdikari dan buat keputvsan sendiri.

Saya siap minta cerai dari suami sambil nangis dalam kereta on the way pergi kerja sebab saya asyik kering je, susah nak shopping. Mujurlah suami relax je sebab dia tahu walaupun saya kuat melenting tapi saya juga berfikiran rasional dan bukan short term thinker.

Dia pun tahu saya kahwini dia sebab ayah saya, jadi selagi ayah saya hidup, saya takkan ke mahkamah. Allah takdirkan saya bertemu seorang rakan sekerja yang juga bekas peguam syariah, Kak W. Saya tanya dia, perIukah saya penuhi tanggungjawab saya sebagai isteri kalau suami saya tak penuhi tanggungjawab dia?

Di mata saya, suami saya serba kekurangan. Angkuhnya saya. Jawapan kakak itu tak memuaskan hati saya. Katanya, “Tanggungjawab kita, kita settlekan. Tanggungjawab dia, itu antara dia dan Allah”. Pahitnya saya nak telan.

Tapi jawapan itu buat saya berfikir panjang. Kak W ni walaupun pensyarah undang – undang dan peguam syariah, suaminya berseluar pendek. Tapi Kak W sentiasa senyum, positif dan tak pernah cerita yang buruk – buruk tentang suaminya.

Saya dapat rasakan, perkahwinan dia mesti lebih menc4bar dari apa yang saya alami. Tapi dia tetap senyum bukan untuk suami dia, tapi untuk diri dia sendri. Saya pun buat keputvsan. Dengan diselubungi rasa bengkek dan puas hati, saya niat,

“Fine. Saya akan tunaikan tanggungjawab saya terhadap suami TAPI bukan sebab saya suka dia. Saya buat semua ni sebab saya nak settlekan bahagian saya, supaya saya boleh jawab bila Dia soal saya di akhir4t. Itu je.”

Bermula dari situ, saya cuba sedaya upaya untuk tunaikan hak suami. Alhamdulillah, suami pun bukan jenis typical Malay man. Rumah kami walaupun corner lot tapi tak ada dapur sebab saya tak suka masak. Memang balik kerja singgah dinner siap – siap. Senang.

Suami basuh, lipat dan iron baju sendiri sebab dia tahu saya tak suka buat kerja rumah. Seminggu sekali dia akan panggil Indon ke rumah untuk kemas rumah dan lipat kain baju. Apa yang membuatkan suami saya bahagia adalah bila saya melahirkan anak – anak yang comel, cerdik dan sihat.

Bila saya melayan dia berborak tentang ekonomi dunia sebelum tidur, bila saya share tentang social issues dengannya, bila saya melawa dengan kasut dan handbag mahal, bila saya dan anak – anak boleh breakfast dengan dia hari – hari.

Yes, my guy is not the average garden variety male. Tapi nak tahu tak apa yang jadi lepas tu? Selepas beberapa bulan, semuanya jadi mudah untuk saya. Kalau tidak, muka saya ni kelat je bila tengok suami. Hati pun membengk4k je.

Yang paling hebat, suami jadi sangat pemurah dan pengasih. Makan minum semua dia tanggung. Bila balik kerja mesti singgah Petronas belikan air dan snek untuk alas perut sebelum dinner. Anak dia tak pernah makan aiskrim lain selain dari Magnum sebab abahnya hanya makan aiskrim tu.

Suami pula suka pergi holiday dengan anak – anak. Setiap kali pergi holiday, dalam purse saya hanya ada RM5-10 je sebab saya kuat shopping online. Jadi makan, minum, minyak, tol, hotel semua suami settlekan. Even beli souvenirs untuk adik beradik saya pun dia bayarkan.

Kat rumah saya masih tak memasak walaupun ada anak. Hari – hari gilir – gilir la Secret Recipe, Nando’s, Pizza Hut, hipster cafe mana – mana ke. Semua suami settle. Dia cuma nak saya pilih je. Mertua saya pun kalau datang ke rumah kami bawa nasi dan lauk siap – siap sebab tahu kami tak ada dapur.

Kat ruang dapur rumah kami hanya ada peti ais, rice cooker dan sinki je. Waktu bulan Ramadhan, suami akan masak nasi dan panaskan lauk yang dibeli sebelum k3jut saya untuk bersahur. Saya pun terk3jut bila saya sedar sikap suami berubah dari kedekut kepada pemurah.

Rezeki suami pun melimpah ruah. Naik pangkat la, dapat anak lelaki pula lepas anak perempuan, tukar kereta mewah, dan lain – lain. Terdetik dalam hati saya, “Dia baik sangat sekarang. I don’t mind growing old with him.”

Alhamdulillah. Saya rasakan inilah hasil niat saya yang saya buat dalam keadaan menyampah tempoh hari. Walaupun dalam keadaan s4kit hati tapi saya niatkan untuk tunaikan tanggungjawab pada suami bukan kerana saya sayangkannya tapi kerana saya tak mahu disoal di padang mahsyar nanti.

Ya Allah, Maha Baiknya Kau. Niat yang begitu s0mbong pun Kau terima. Tapi cerita ni ada twist tau. Selepas beberapa bulan saya buat keputvsan saya boleh bersama suami hingga hujung hayat kami, Allah ambil dia. Tiba – tiba dia tak sedarkan diri dan k0ma selama tiga minggu di ICU.

Pedihnya tapi saya redha sebab saya tak sanggup tengok lelaki yang sihat dan ceria hidup as a vegetable. Kem4tiannya adalah yang terbaik dari Allah untuk kami. Selepas suami meninggaI, saya dapat hampir setengah juta cash peninggalan suami hasil investments dia.

Itu pun tak masuk lagi dua buah rumah dan kereta. Keluarga mertua tak tuntut pun, naik mahkamah pun saya pergi dengan kawan sampaikan majistret tanya banyak kali betul ke keluarga arw4h tak nak tuntut apa – apa. Saya pun masa tu pelik kenapa la majistret ni tak percaya sangat.

Sebab pada saya itu biasa, keluarga beIah suami memang macam tu. Mereka lebih sibuk memikirkan anak – anak saya dah jadi yatim. Bila difikirkan balik, mungkin itulah ganjaran Allah atas kesabaran dan keredhaan kami menerima ketentuanNya.

Kadang – kadang susah sangat kita nak sabar, redha dan yakin dalam hidup ni. Especially bila keadaan tu kita kena hadap hari – hari. Tapi percayalah, bila kita niatkan untuk Dia dengan seikhlasnya (walaupun hati tengah panas), Dia akan permudahkan.

Bila dipermudahkan, akuilah itu adalah kerja Dia, bukan kemampuan atau kehebatan kita yang mengubah seseorang itu. Akuilah h1nanya, kerdilnya, lemahnya kita, hati sendiri pun payah nak diubah, apatah lagi orang lain.

Kuman halus yang tak nampak di mata pun orang paling berkuasa di dunia ni tak boleh bunuh, inikan makhluk terbaik ciptaanNya. Itu semua kerja Dia. Yakinlah, sabarlah, redhalah. – Adi Sham (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mizzez Fairuz : Saya ada 1 cerita tentang masak. Dulu mak saya mengasuh anak jiran. 2 orang anak lelaki. Jiran saya ni tak suka masak. Memang hari – hari dia beli di luar. Tapi ada dapur la di rumah. Sangat – sangat jarang dia masak.

Yang sangat terkesan ialah anak – anak dia. Hari – hari komplen mak beli makanan kat luar. Diorang nak masakan di rumah. Dorang dah boring makan makanan kedai. Anak – anak asuhan ni sangat suka makan di rumah saya sebab mak saya pulak pandai masak.

Jadi lebih kuat dorang komplen sebab bila balik rumah sendiri, mak dorang beli kat luar. Punya laa anak – anak ni suka mak saya masak, sampaikan mak saya bagi biskut untuk snacking, dorang kata sedapnyaaa biskut tu mak saya buat. Kesimpulannya confessor, walaupun awak tak suka masak, belajarla untuk anak – anak. Bukan untuk suami, tapi untuk anak – anak.

Kay Rell : Ramai para isteri bila suami buat salah atau kurang tanggungjawab. Mereka akan buat begitu juga. Itulah yang silapnya. Betul tindakan Puan tu. Masih ingat kata – kata saud4ra saya berpangkat mak saud4ra.

Kita buat tanggungjawab kita sebagai isteri. Nanti di akhir4t kita dah terlepas. Jika suami tidak tunaikan tanggungjawab mereka. Mereka yang akan bersoal jawab di akhir4t nanti.

Cik Adiera : Apa yang pelik tak masak? Tak buat kerja rumah? Saya rasa normal je. Hidup dah kahwin ni kan tolak ansur. Saya masak, suami saya kemas. Saya tak pernah lipat kain, tugas saya cuma cuci dan sidai. Kadang – kadang suami sendiri request tak payah masak, kita take away or makan luar je. Rezeki setiap orang berbeza – beza. Jangan samakan kita, dia or siapa pun.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?