Saya pelik bila boss bagi bungkusan berbalut surat khabar. Tiba2 ada 2 orang pegawai dtg kedai

Kalau dalam musim perayaan, duit itu di isi dalam sampul angpao, kadang kala diselit dalam kotak buah atau tak sempat balut tisu je. Majikan hanya perlu cakap kod rahsia, saya dah faham. Satu hari, saya tanya boss, kenapa kena bagi duit. Jawapan bos buat saya terk3jut…

#Foto sekadar hiasan. Hi admin. Saya harap sangat kisah saya ni dapat disiarkan. Cerita ini adalah pengalaman saya sendiri dan tujuan saya kongsikan untuk minta pandangan dari anda semua, apa tindakan yang sewajarnya saya ambil atau hanya perlu berdiam diri sahaja.

Saya bekerja sebagai kerani di sebuah perusahaan yang kecil di mana saya satu – satunya pekerja mereka dan syukur saya telah bekerja enam tahun di sini. Ringkasnya, saya tiada masalah di tempat kerja dan majikan pon sangat baik walaupon berlainan bangsa dengan saya.

Apa yang saya nak cerita ialah pengalaman saya yang menjadi orang tengah untuk hulur “angpao” pada sesetengah orang yang beruniform. Perkara ini telah berlaku sejak awal saya bekerja di sini lagi tapi pada waktu itu, saya masih sangat muda iaitu lepasan SPM dan tidak sedar pon perbuatan saya itu salah sebab saya pekerja baru yang hanya menurut arahan majikan.

Pertama kali saya menjadi orang tengah dalam aktiviti ini sewaktu saya baru seminggu berkerja di sini. Ketika saya sedang ralit lakukan kerja, tiba – tiba majikan panggil saya sambil menghulurkan bungkusan yang berbalut kertas surat khabar dan mengarahkan saya bagi kepada kereta yang akan berhenti di depan kedai.

Saya pon hanya menurut tanpa bertanya apa – apa dan hanya berdiri di depan kedai sambil diperhatikan majikan. Lima minit kemudian saya terkedu apabila sebuah pajero yang dinaiki 2 orang lelaki beruniform seperti pihak berkuasa berhenti betul – betul di depan saya dan hanya hulur tangan dari tingkap yang terbuka sedikit sahaja.

Dalam terkedu tu saya terus pandang majikan dan dia hanya angguk kepala pada saya tanda izin untuk saya serahkan barang. Lepas saya hulurkan barang terus berdesup kereta itu beredar tapi sempat saya kerling logo yang ada di kend3raan itu bukan logo polis.

Ketika itu dalam fikiran naif saya, majikan saya ini ada buat drive thru tempe ke? Pada mulanya saya tak faham tapi lama – kelamaan saya faham. Kejadian itu berlaku berulang kali, dalam pelbagai situasi, dan pelbagai cara.

Kalau dalam musim perayaan, duit itu di isi dalam sampul angpao, kadang kala diselit dalam kotak buah atau tak sempat balut tisu je. M4kin lama saya bekerja di sini, majikan pon lebih mempercayai saya. Kini saya bukan sahaja sebagai kerani di sini tapi boleh kata majikan berani serahkan urusan perniagaan di tangan saya bulat – bulat.

Majikan juga dah anggap saya macam keluarga sendiri dan kami selalu berkongsi cerita tentang semua perkara. Saya juga yang menguruskan akaun syarik4t dan melakukan online payment kerana majikan saya buta IT sebab dua – dua laki bini dah berusia lebih 60 tahun, anak pon tiada cuma ada seorang anak angkat yang bekerja di Singapore.

Kini, majikan hanya perlu cakap kod rahsia “Lemb*ga nak datang, pergi standby” saya dah faham apa yang perlu dibuat. Jumlah “angpao” yang patot dihulur pon saya yang tentukan sendiri mengikut hasil jualan harian.

Kalau mereka datang segerombolan, selalunya saya hanya sediakan jumlah duit yang kecil untuk dihulur setiap seorang, kalau hanya dua atau tiga orang saya hulur lebih sikit. Saya pernah bertanya pada majikan kenapa perlu beri kalau mereka minta? Kalau tak nak beri apa akan jadi?

Sebab perniagaan majikan lengkap mengikut undang – undang dengan segala lesen dari kerajaan sebab saya yang uruskan segala permohonan lesen, memperbaharui segala lesen syarik4t dan segala bentuk syarat yang ditetapkan.

Tapi jawapan majikan saya sangat menganggu jiwa saya. Katanya, budaya ini dah lama, memang kena ikut kalau tak nanti susah dia kacau, mahu berniaga pon tak senang. Kalau ada bagi dia tak kacau. Tapi memang itu hakik4tnya, sebab saya orang berurusan dengan mereka ketika hendak memohon lesen syarik4t.

Memang ada beza sebelum bagi dan selepas bagi. Kalau belum dapat kejap – kejap datang buat lawatan ke kedai dengan alasan ada aduan pada perniagaan kami dan segala segenap bucu dia semak nak cari salah tapi bila dah dapat senyum je lalu.

Terutama sekali waktu pandemik hari tu, m4kin kerap pula mereka datang. Saya faham sekarang semua orang pon susah tapi bukan macam ini caranya untuk cari rezeki. Majikan saya walaupon dah berusia lebih 60 tahun tapi masih gigih bekerja sehingga basah kuyup baju dengan peluh angkat barang berat.

Tapi sesetengah orang senang sangat buat duit hanya dengan kuasa dan pangkat. Apa yang merunsingkan, suami saya merancang untuk membuka sebuah perniagaan selepas diberhentikan kerja kerana pandemik. Jadi saya risau jika nanti situasi ini juga yang perlu suami saya berdepan apabila berniaga kelak.

Tapi saya buntu untuk mengadu pada siapa atau apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan budaya ini. Saya bukan siapa – siapa. Takde kuasa atau pon harta. Mohon para pembaca bagi pandangan. Terima kasih. – Rebung Buluh (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hazlina Mohd : Lapor SPRM. Kumpulkan bukti, contoh ambil gambar nombor siri wang tunai, pack angpao yang awak sediakan dan apa sahaja bentuk hadiah yang akan dibahagikan. Jadilah h4mba Allah yang menentang kemungkaran. Kemudian serahkan segala urusan pada Allah.

Ija Rumy : Siapa yang bekerja dengan diberi kuasa. Ingatlah setiap tindakan dan salah guna kuasa korang akan dinilai di akhir4t kelak. Berilah anak – anakmu makan dan rezeki yang halal. Rezeki dari sumber yang h4ram akan menghilangkan keberkatan hidup.

Fikir – fikirkan dan selamat beramal. Untuk tt, cuba cari kerja lain yang beri ketenangan jiwa pada tt dan tak terpalit d0sa. Ketika tt menghulurkan kepada lembaga, bila – bila masa tt juga boleh ditangkap atas tuduhan memberi rasuah andai yang datang adalah lembaga under cover. Semoga tt dan suami dapat kerja / bisnes yang bagus. Beroleh ketenangan hati semasa bekerja bila dah tak terlibat dengan ‘pemberian angpo’.

Sherri Hazmi : Sedihnya baca. Ibarat luah m4ti emak, telan m4ti bapak. Aku paham situasi dia dan majikan dia. Sekiranya luahan ini betul, memang amat memaIukan la bagi penguatkuasa ni. Lesen perniagaan biasa mohon dari PBT.

Tapi ada jugak certain agensi kerajaan yang keluarkan lesen lesen tertentu. Kalau kau orang kerja dengan agensi kerajaan macam ni ingat, karma akan datang kat korang ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?