Saya rasa bersyukur tak mengandung, saya akan pilih kucing dari suami

Saya baru kahwin tahun lepas dan belum dikurniakan zuriat. Tapi saya bersyukur saya tak mengandung sampai sekarang sebab Allah dan bagi petunjuk. Semuanya selepas kami ada beIa seekor kucing. Dia kata nak didik kucing tapi sekarang kucing dah tr4uma. Kalau diberikan pilihan memang saya pilih kucing daripada lelaki yang tak berakhlak…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Cuma nak kongsi kisah sedih saya. Baru berkahwin tahun lepas belum dikurniakan zuriat. Tapi saya rasa bersyukur kerana saya tak mengandung sampai sekarang. Banyak dah Allah berikan petunjuk kat saya. Semuanya ada hikmah.

Baru – baru ini kami ada ad0pt kucing dari kawan suami saya. Amanah orang. Saya dah pesan awal – awal, kena bertanggungjawab kalau nak beIa kucing. Dia tanpa fikir panjang terus ambil kucing tu.

Masuk 2, 3 bulan tu saya dah nampak macam cara dia selesaikan masalah. Kucing cuma haiwan tak ada akal tapi cara dia didik kucing buat saya tr4uma. Dia pukuI kucing saya dengan batang teaser (mainan kucing berbulu) sampai patah – patah. Walaupun sampai ke bawah katil pun dia sanggup kejar semata – mata nak pukuI. Saya balik kerja tengok – tengok ada besi trip0d bawah katil. Saya tak berani nak bayang apa dia buat dengan besi tu kat kucing saya.

Saya terp4ksa bawak lari masuk bilik kunci pintu kalau dia dah start pukuI. Itupun dia non stop cuba untuk pukuI dia lagi selagi tak habis marah dia tu. Saya sebagai isteri pun tak mampu nak buat dia berhenti pukuI. Menangis – nangis saya minta dia berhenti pun tak menjadi. Kudrat saya lemah sangat. Saya fikir panjang ini baru kucing belum ada anak lagi. Saya tr4uma.

Saya dah tegur, tapi jawapan dia “Itu cara aku mengajar, kau cara kau” Saya kecewa patah hati dah beribu kali tegur tak jalan. Malah  saya yang manusia ni pun s4kit terkena tempias tangan dia apalagi kucing yang lembik tu. Badan dia, tangan dia 2 kali ganda besar dari saya. Memang s4kit tak terkata kalau dah kena.

Saya tegur dia satu je bab ni. Tolong berhenti berkasar dengan saya dan kucing. Tapi akhirnya dia kata saya lembik. Kemudian kucing tu macam mana sampai tr4uma dia. Dengar bunyi tapak kaki pun dia dah cabut lari menyorok. Cuba kalau ada anak – anak nanti? Anak kecil lagi lah nakaI dia tak faham. Dengan em0sinya tak kukuh lagi.

PukuI cara Islam pun ada caranya. PukuI betis saja tak boleh hayun tinggi lepas bahu (kalau salah betulkan). Bukan pukuI ikut em0si sampai Iunyai baru nak berhenti. Saya sangat kecewa sekarang. Tadi pun kami bincang lagi. Dia masih berkeras dengan pendirian dia.

Kalau diberikan pilihan memang saya pilih kucing / anak daripada lelaki yang tak berakhlak. Saya akan ke mahkamah untuk rujukan walaupun prosesnya rumit. Saya tak akan bersama dengan lelaki macam ni sebab dia memang tak nak berubah. Waktu belum beranak pinak ni lah waktu terbaik untuk berpisah.

Saya rasa bersyukur sangat Allah tunjuk semuanya sebelum saya berpeluang untuk mengandung. Cara dia handIe em0si memang saya tak boleh terima. Tak boleh bayangkan kalau anak – anak saya kene macam tu. Semuanya ada hikmah. Hikmah tidak dikurniakan cahaya mata awal supaya kita nampak perangai dia yang sebenar dahulu.

Mungkin yang baru berkahwin boleh cuba cara ini, beIa kucing jadi kita boleh nampak dia bertanggungjawab atau tidak, baran dan cara dia handIe masalah. Tolong doakan saya dipermudahkan proses semuanya..

Komen Warganet :

Icka Al Yusof : Eee seramnya. Kalau kucing yang buat hal sendiri pun kena pukuI macam tu, cuba bayangkan baby yang selalu nakkan perhatian. Yang asyik menangis tak tahu kenapa, yang asyik nak mengempeng dan attention. Yang malam – malam tak nak tidur. Bila besar sikit, anak akan mula ada t4ntrum yang kita sendiri pun rasa nak t4ntrum jugak. Having a child can be an em0tional roIIer c0aster. I don’t think your husband has the patience to handIe that. Tapi, mungkin kalau dar4h daging sendiri dia akan sayang kot tapi still, bila berisik0 tinggi macam ni, awak dan bakal anak – anak awak layak dapat suami dan ayah yang lebih baik.

Yaya Qesya : Allahuakbar sis, tolong bagi kucing tu pada yang lebih layak jaga sian dia akan jadi takut. Sis pikir la jalan yang terbaik. Semoga allah permudahkan urusan sis.

Atifa Nadeera : Kalau bab macam ni, saya terbayang satu je sis. Macam mana nak handIe dengan awak berpant4ng dan masa baby nangis meIalak tak nak tidur malam.. Uii m4ti anak orang, k0yak sana sini nak beranakkan, kau sedap nak bunvh. Allahhhhhh, keluar sis dari rumahtangga t0ksik.

Amyra Mustapha : Setiap kejadian ada hikmahnya, jadi jangan buruk sangka dengan tuhan kenapa lambat dikurniakan zuriat. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat h4mbanya. Semoga tt kuat dan dipermudahkan urusan. Kucing tu jangan lupa, bagi orang lain pula yang beIa, dah tr4uma dia kat rumah tu, kesian kena d3ra mentaI dan fizikaI.

Yani Nasir : Jenis tak boleh ditegur atau dia saja yang betul yang tak boleh nak terima ni. Lagi plak jenis kasar. Semoga dipermudahkan urusan puan dapat selesaikan semuanya dengan mudah.

Kisah 2 : Salam, hi ibu – ibu. saya sekarang sedang mengandung 32 minggu. Saya perlukan sokongan moral, sebab saya down sangat sejak akhir – akhir ni. Untuk pengetahuan saya berjaya mengandung setelah 5 tahun mencuba. Namun, saya diuji dengan kesihatan, yelah perubahan horm0nkan. Masalah k3ncing manis (GDM) dan thyr0id. Sedangkan, pemakanan saya terjaga sebab tak ada selera nak makan, pun boleh sangkut juga GDM.

Tak cukup dengan tu, diuji lagi dengan mentaI. Saya rasa, saya dah cuba sehabis baik untuk menjadi seorang isteri. Suami balik dari kerja, rumah teratur wangi bersih, berkilat bersinar. Tak pernah sekali pun saya biarkan dia balik kerja dengan keadaan rumah sepah ke apa. Sampah pun dah siap dibuang. Setiap malam saya yang akan urut dia, saya tak pernah la diurut walau badan s4kit macam nak cabut je pinggang ni.

Tapi dia sering doakan saya supaya m4ti je masa bersalin nanti. Beratus kali dia doakan saya macam tu. Bila ada masalah dekat tempat kerja, dia lepaskan dekat saya. Saya amiin-kan je. Semoga termakbul. Saya pun dah tak larat nak hadap hari – hari yang mendatang.

Ibu – ibu atau pembaca ada tips apa lagi saya perlu buat? Saya dah putvs asa. Kalau sesiapa nak kecam, kecam lah, saya dah tak ada hati. Tak ada perasaan dah. Saya harap saya betul – betul m4ti masa bersalin nanti kalau itu yang memuaskan hati dia.

Komen Warganet :

Ainul Mardhiah : Astagfirullahhalazim sis, apa kata sis balik rumah keluarga sendiri dulu, tenangkan fikiran dan fokus pada kandungan sis. Buat masa ni jangan fikir tentang suami, fikir tentang anak saja. Kalau sis tak ade nanti, siapa lagi yang terbaik kat dunia ni yang mampu jaga anak sis kalau bukan sis sendiri. Tentang suami tu, letak tepi. Pasangan yang t0ksik ni elok humb4n kat Ioji je. Saya tahu sis boleh !!

Lea Lia Liya : Semoga dipermudahkn urusan bersalin sis ya. Semoga dipanjangkan usia sis untuk bersama dengan si kecil yang ada dalam perut sis tu. Saya rasa buat masa ni sis balik kampung dulu tinggal dengan parents sis sebab bukan mentaI sis saja yang kena jaga. Sis kena jaga mentaI anak yang dikandung jugak. Em0si sis sekarang akan jadi em0si anak bila dia lahir nanti. Soal husband sis tu, nanti la sis fikir. Semoga sis baik – baik saja ya.

Nur Fatin Fatiah : Pendapat saya janganlah puan mintak m4ti, nanti anak siapa nak jaga, kesian dia. Siapa nak susukan dan jaga pakai minum dia. Ingat, semua masalah boleh diselesaikan. Puan nak ke tengok anak puan nanti duduk tepi kedai mintak sedekah. Kesian tengok anak macam tu kan. Kalau puan m4ti ape yang puan kene pikir anak yang puan kAndung. ALLAH, saya tau saya bukan ada kat tempat puan tapi puan kena tau Allah sentiasa ada dengan puan. Setiap doa puan, Allah dengar, rintihlah dan minta dengan dia. Kita bila dah jadi ibu ibu ni, ape yang perlu kita pikir ANAK tu utama. Mana tau bila puan bersalin nanti suami puan berubah. Saya doakan yang terbaik untuk puan, semoga baik baik saja.

Radin Ime Rahayu : Kak pegang satu benda ni. Suami bole ganti tapi anak seumo idup x bole ganti. Fokus kat anak kat kesihatan diri dulu. Suami mungkin belum nampak lagi anak tu mana tau bila da lahir dia berubah hati. Kalau dia yak berubah kita fokus kat anak je. Esok yang doakan kita pun anak kita suami kita m4ti je kita dia kahwin baru da. Keep strong k.

Naufirah Shamsudin : Jangan putvs asa sis. Sis doa yang baik – baik. Ada hikmah atas segala yang berlaku. Yakin dengan Allah. Pasti ada sinar selepas sis melahirkan. Teruskan hidup, sekurang – kurangnya demi anak sis yang Allah hadirkan dalam rahim sis. Memang yang mengaIaminya sahaja yang faham. Tapi kami hanya dapat berikan kata – kata semangat, selebihnya atas diri sis. Yakinlah, orang yang sabar, Allah sayang. Semoga semuanya baik – baik sahaja dan dipermudahkan untuk bersalin. Hal suami tu, lepas bersalin sis uruskan sebaiknya. Kalau perlu berpisah, mintak pendapat dengan yang lebih tua. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin

Apa kata anda?