Saya rela dimadukan dari terp4ksa hadapi s4kit bersalin sekali lagi

Aku sekarang berumur 28 tahun dah ada seorang anak lelaki berumur 4 tahun. Sejak anak berusia 8 bulan lagi saya dah bagitahu suami saya dah tak nak anak dah. Tapi sekarang suami dah bagi hint nak anak lagi. Saya suruh suami kahwin lain. Saya lebih reIa dimadukan tapi tak sanggup nak beranak lagi..

#Foto sekadar hiasan. Salam sis.. Boleh post tak luahan saya ni dan hide profile saya. Hi. Saya seorang ibu berusia 28 tahun sekarang dan ada anak seorang berusia 4 tahun. Lelaki. Setelah melahirkan anak saya tu saya bernekad tidak mahu anak lagi. Kerana tr4uma dan kes4kitan. Saya bersalin normal. Saya sudah Bagitahu suami dan orang – orang sekeliling saya yang saya tidak mahu anak lagi. Masa anak saya berusia 8 bulan..

Saya sering bagitahu suami sejak dari saya bersalin sampailah 4 tahun umur anak yang saya tidak mahu beranak lagi. Pada awal – awal suami setuju. Lama – lama sampai 4 tahun dan hampir 5, suami macam seperti bagi hint supaya ada anak lagi. Saya mengerti hintnya dan bagithu saya tidak mahu beranak lagi. Berd0sakah saya? .

Saya tidak sanggup beranak dan menjaga baby yang kecil lagi. Untuk pengetahuan suami saya banyak membantu saya dalam pant4ng dan kerja rumah sampai sekarang. Markah boleh bagi A dalam bab membantu tapi saya tetap tidak mahu beranak. Saya perit. Saya tidak sanggup nak beranak. Nak berjaga malam. Saya memang tidak bekerja. Ini semua bukan sebab suami ke apa. Tapi tekad diri saya sendiri. Saya perit.

Saya menyatakan pada suami kalau dia mahu anak lagi. Saya izinkan dia nikah lain. Memang saya tak sanggup dimadukan. Tapi saya lebih tak sanggup nak beranak. Suami saya gaji agak besar juga dan saya rasa dia boleh berpoIigami.

Ini bukan masalah kewangan, atau masalah lain. Masalahnya adalah saya yang tidak mahu beranak kerana s4kit . Sampai sekarang saya masih teringat s4kit tu. Dah hilang s4kit cume terbayang – bayang.

Orang kata pergi berjumpa kaunselor sebab mungkin tr4uma. Tapi saya tahu kalau jumpa kaunselor pon mana – mana yang beranak tetap s4kit. Digunt1ng diseIuk berkaliĀ  – kali. Di cek. Saya gerun. Saya bersalin swasta. Memang okay tempat bersalin. Tapi sekarang ni masalah saya sahaja. Ada ke orang yang sama dengan saya? Apa yang patut saya buat sekarang.

Saya rasa sudah cukup seorang. Tolong lah bagi pandangan tak kira membina atau tidak.

Komen Warganet :

Aliyah Aus : Keputvsan ini hanya boleh sis dan husband sis saja yang boleh tentukan. Kalau saya baca, sebenarnya dah ada pun plan kan. Sis dah terangkan pada suami dan dah membenarkan suami berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat. Jadi teruskan sahaja dengan plan sis tu. Ambik apa – apa langkah yang semampunya untuk merancang. Dan selebihnya serahkan pada Allah. Kalau Allah bagi rezeki lagi, sis jangan gugurkan pula, tapi cuba minta untuk jumpa pakar ps1kiatri bagi membantu sis mengawal tr4uma tu.

Jannatul Shila : Saya dulu pun tak nak anak kali kedua sebab tr4uma kena duduk dekat hospitaI dua bulan masa anak first. Rasa str3ss kat hospitaI nak keluar pun tak boleh. Duduklah dalam hospitaI 2 bulan. Anak pertama tuh sebab plasenta type 3, so kali kedua ni sebab Allah nak bagi rezeki, terp4ksa redha. Dalam hati tuh memang nak baby, teringin baby. Kesian kat anak pertama tak ada adik – beradik. Sepupu – sepupunya yang lain ada adik – beradik.

Anak tertanya – tanya kat saya kenapa dia sorang je tak ada adik – beradik. Semua orang lain ada, so saya sedih sangat anak cakap macam tu, dekat situ saya terfikir, kesian jugak kat anak nanti kalau dah besar tak ada adik – beradik dia sorang je. Allah bagi rezeki anak kedua, kali kedua pun 0perate, pengalaman tuh tak tau nak cakaplah s4kitnya tuh. Menangis bila nak berjalan pegang kat situ tempat bedah yang sama.

Lepas doc angkat baby masa 0perate hilang rase s4kit tuh. Nasihat saya sis kena kuat. Sis fikir anak sis je, insyallah sis akn kuat macam yang saya cakap. Tak yahlah izinkan suami kahwin lagi. Nanti makan hati, bila anak dah kerja mau ke sis duduk sorang – sorang. Fikir tuh je sis

Siti Noraini : Bersalin normal kire bagus untuk dapat anak ke-2 ke-3 dan seterusnya… Sebab s4kit dah kurang dari yang first. Bersalin jadi mudah, ini dari pengalaman rakan – rakan saya sendri. Melainkan sis besalin czer, czer pertama ok, tak s4kit macam tak beranak je. Boleh bangun dan jalan macam orang normal. Tapi bila masok czer kali ke-2 ke-3 dan mungkin yang ke-4… S4kit dia lain macam.. Walau dah sembuh pun, masih terasa s4kit di bahagian perut tu sis.

Ini pengalaman saya sendiri. Bab menjaga baby kena bangun tengah malam, sis boleh upah maid untuk uruskan dan jaga sis dalam pant4ng, jagakan baby, rawat baby. Daripada sis bagi suami poIigami, takut nanti kasih sayang dah tak sama macam sis dapat sekarang. Banyak pahit dari gula sis bermadu ni.

Rosmazura Zura : Sis, selagi ada rahim, selagi sihat, boleh mengandung lagi. Sis cuba la buang perasaan tu. Saya pon terfikir dah tak nak tapi tengok orang lain ada baby, teringin juga. Suami mampu, gaji besar, syukur sis surirumah, suami pun rajin membantu, bersalin swasta. Mungkin s4kit tu saya tak rasa, tapi saya sendiri pun macam – macam masalah juga bila mengandung. Anak yang kedua baru ni ada cyst, tiap – tiap bulan follow up pakar. Alhamdulillah bersalin ok la, s4kit jugak, tapi Allah permudahkan. Sekarang dah 2 tahun anak saya, sulung 7 tahun.

Sumaiyah Mohd Rasidi : Seronoknya dapat mengandung lagi. Saya ni sejenis alahan kuat, bersalin pun memang belum pernahlah lalui bersalin yang tak s4kit. S4kit dia memang susah nak gambarkan tapi saya tak pernah serik. Saya tak pernah merancang dari anak pertama tapi kelahiran anak saya tu dia sendiri yang terjarak dalam 2++ tahun tapi tu pun dah 2x gugur.

Sedih sangat, tapi mungkin sis jenis tr4uma kot. Tak apelah, bincanglah baik – baik dengan suami, tak perIukan hingga benarkan poIigami. Belum berada dalam situasi bermadu memang rasa okey tapi jangan sampai jadi betul, nak pusing ke belakang dah tak berguna lagi..

Faty Nur : Saya lahir anak first tr4uma jugak sebab tak pernah rasa s4kit beranak, sama je rasa dengan sis. Lama jugak jarak 4 tahun nak dapat no 2.. Bila plan nak anak berdebar – debar teringat kes4kitan sampai tiba nak lahirkan no 2, setiap malam tak lena tido asyik fikir, tambah lagi doc cakap berisik0 kene c3aser. Bila dah lahir anak kedua ni tak tahu kenapa berasa nikmat padahal no 2 lagi s4kit.

Dalam pant4ng lagi dah bagitahu husband teringin nak anak lagi. Macam tak sabar nak beranak lagi padahal baru je lepas beranak time tu. Sekarang anak baru 9 bulan kene sabar la dulu. Apa pun terpulang kepada sis la. Tak nak anak nak buat macam mana dah tr4umakan. Bagi madu la senang kat suami tu, kesian suami nak anak.

Apa kata anda?