Keluarga saya sangat sempurna dari segi suami yang sangat baik dan penyayang. Anak – anak yang sangat comel tetapi satu saja kelemahan suami tak solat dan akhirnya saya sendiri terikut – ikut sampai lupa cara nak solat. Kami bahagia sehinggalah saya diuji dengan kehadiran bekas kekasih lama. Saya jadi angau dengan bekas kekasih, suami merayu – rayu supaya pikir masa depan anak – anak tapi saya nekad mintak cerai…
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua pembaca,
Saya seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak. Saya berkenalan dengan suami yang sebaya melalui rakan baik saya. Semasa dia kenalkan suami kepada saya, dia puji melangit suami saya. Hensem sangat, baik, tak ada gf dan mempunyai kerja dan kewangan yang stabil.
Alhamdulilah semua ciri – ciri tu ada dekat suami saya. Kami berkawan dalam 4 tahun dan terus berkahwin. Tak ade tunang – tunang dan semua lancar dari berkawan, kahwin, bekerja dan ada anak – anak yang tersangatlah comel. Satu je yang saya tak berapa suka kat suami. Dia tak solat, dia suami yang baik admin. Bertuah saya dunia akhir4t. Ada rupa, ada kerjaya, penyayang, lembut tak pernah curang, sayang saya sangat – sangat tapi satu je masalah dia tak solat. Saya pun terikut ikut tak solat sampai saya dah lupa cara nak solat.
Satu hari datang badai besar dalam rumahtangga kami. Kekasih lama saya datang kembali. Merayu cinta saya. Suami sangat tahu saya dan bekas kekasih terlalu sayang satu sama lain dulu. Tapi kami dipisahkan oleh ibu bapa saya. Suami tahu dulu saya hampir giIa sebab putvs cinta dengan dia.
Bekas kekasih saya jadi satu ancaman besar dalam rumahtangga kami. Sampai satu tahap saya mintak diceraikan sebab tak boleh lupakan bekas kekasih yang muncul kembali. Pagi petang siang malam kami berg4duh. Sebab dia marah saya giIakan lagi bekas kekasih. Dia selalu cakap. “Kalau awak tak pandang muka saya, pandanglah muka anak – anak”. Tapi saya tetap angkuh nak kan juga bekas kekasih. Macam dipukau sedangkan keluarga yang saya ada sekarang dah cukup bahagia. Sempurna!
Satu hari saya balik rumah, saya tengok anak – anak tak ada. Suami saya je ada. Dia panggil saya, peIuk saya. Dia ajak saya solat. Saya tercengang dan terk3jut. Saya kata saya dah lupa. Saya tak nak.
Suami terus memujuk saya, ajar saya solat, ajar saya sampai masuk dalam bilik air untuk ajar saya ambil air sembahyang. Saya jatuh cinta balik pada suami. Setiap hari kami berjemaah, selesai solat kami berpeIukan saya mintak maaf padanya kerana jadi isteri yang jahat. Suami kata dia dah tak tahu nak buat apa lagi akhirnya dia kembali mencari Tuhan.
Hari – hari ada kesempatan kami akan berjemaah, tiada lagi perg4duhan, saya sampaikan dah lupa terus bekas kekasih. Saya dah bIock, tak layan langsung lagi. Dia datang tempat kerja saya, saya call security halau dia. Saya memang dah tak nak kan dia. Tak macam mula – mula.
Betul seperti d1kata. Setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Allah hadirkan bekas kekasih saya untuk beri kesed4ran kepada suami saya. Suami saya kata dia dah puas merayu mintak tolong dengan saya supaya jangan tinggal kan dia. Tapi saya tetap dengan keputvsan nak bercerai. Tapi dia lupa dia ada Allah dia cakap. Suami saya kata hati kita ni Allah yang pegang. Mintak lah pada Allah. Allah saja yang boleh Iindungi rumah tangga kami yang bahagia ni. Alhamdulilah betul kata suami. Allah memang sebaik – baik peIindung. Kami tangkis bersama g0daan dari bekas kekasih saya dan akhirnya kami berjaya.
Dulu saya rasa suami saya tak cukup sempurna kerana satu hal tentang dia tak solat, saya lupa semua kebaikan dia, buruk dia saja saya nampak. Tapi sekarang, saya rasa sayalah isteri paling bertuah.
Tolong doakan semoga rumah tangga saya ini sentiasa bahagia hingga ke syurga. Last sekali, saya nak pesan, solatlah. Kadang manusia hanya jaga hubungan sesama manusia tapi lupa menjaga hubungan dengan Allah. Saya dan suami pernah tersesat tapi Alhamdulilah kami dah kembali. Anak – anak pun kami ajak solat bersama. Saya dah solat 5 waktu sekarang cuma belum terbuka hati untuk menutup aur4t, memakai tudung. Suami dah banyak kali minta, InshaAllah suatu hari nanti saya akan turuti.. Aminnn
Komen Warganet :
Zattie Haslin : 1st post yang rasanya cerita berguna macam ni. Sedar kekurangan diri dan suami, lepastu cuba melengkapi kekurangan itu. Ini yang kita mahukan. Penatlah baca story s4kit jiwa. Semoga kita semua istiqomah ye. Bahagia hendaknya
Aminnn
Nor Akmal Ahmad : Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas nikmat kebahagiaan yang Allah masih bagi. Solat adalah tiang bagi cabang keimanan. Semoga Allah terus memberi hidayah dan pedoman dalam meniti arus kehidupan. Acik doakan semoga Allah beri anak hidayah untuk menutup aur4t dengan sempurna. Solat mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Kalau sayang dan cinta kan suami tutuplah aur4t ya nak.
Siti Nur Jawahir : Ya Allah. .beruntungnya bila berada dalam perhatian Yang Maha Penyayang. Allah dengar hati awak nak kan suami solat, nak kan suami yang dekat dengan Allah. Allah tunaikan, alhamdulillah! Semoga Allah juga tunaikan doa suami yang nak awak menutup aur4t supaya dapat sama – sama berpimpin tangan ke syurga. Kasihanilah pada suami yang sudah berusaha. Hadiahkan dia pahala kebaikan menutup aur4t tt pula supaya mak1n meIimpah bahagia dunia akhir4t. InsyaAllah. Moga dipermudahkan.Aminnn.
Ninie Sarbini : Salam tt, Masyaallah Alhamdulillah Allahuakbar. Sungguh saya terharu baca confession tt. Benar Allah itu sebaik – baik peIindung Ya Rahman Dia Maha pengasih. Dijentik hati suami untuk kembali taat padanya dengan menghantarkan ujian. Istiqamah dalam beribadat, sentiasa ingatkan diri kita yang kita hanya h4mba yang h1na segalanya yang ada pada kita pinjaman dariNYA. Harta nyawa juga milikNYA Insyallah kita akan kekal taat pada PERINTAHNYA. Bersyukurlah tt dan suami kerana berpeluang bertaubat. Saya doakan tt dan suami akan sentiasa dalam rahmat Allah dan sentiasa berusaha mencari redha Allah.
Kamen Rider : Terharu aku sis. Betul apa yang sis cakap. Jagalah hubungan dengan Allah, insyaallah hubungan kita sesama insan akan dipelihara. Terima kasih sis atas kisah yang menyentuh hati. Saya harap sesiapa yang ada dalam group ni akan sentiasa bahagia dan gembira. Insyaallah.
Cikda N Cikdin : Kalau suami yang ajak berubah Insyaallah isteri senang mengikut tapi kalau isteri yang mengajak suami kembali ke pangkal jalan ya Allah per1tnya kerana eg0 suami tu terlalu tinggi. Benarlah lelaki itu pemimpin kepada wanita.
Alhamdulillah seronok baca kisah kali ni, baca pun senyum je.
Terima kasih kerana awak telah tersedar dari igauan cinta silam dari kekasih lama dan kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. Allah SWT memberi hidayah kepada awak. Bersyukur sangat – sangat. Akak doakan semoga keluaga awak bahagia hingga ke jannah.