Saya selalu Iawan cakap suami tapi dia sabar je. Sampai saya terbangun dgr dia menangis tapi apa yg saya buat?

Dari kecik saya dah kehilangan ibu menjadikan saya seorang yang panas baran dan degil. Saya berpura – pura jadi isteri yang baik depan keluarga tapi sebenarnya saya biadap dengan suami. Saya tak suka bila suami tegur saya boros, saya tunjaI kepala suami. Malam tu pukuI 2 pagi saya nampak suami nangis tapi ini yang saya buat..

#Foto sekadar hiasan Assalamualaikum semua.. Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada admin kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca. Nama saya Hana (bukan nama sebenar).

Saya berumur dalam lingkungan 30-an dan ingin berkongsi kisah benar saya sendiri. Semoga jadi pengajaran buat para isteri dan wanita di luar sana. Saya merupakan anak sulung, mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan satu – satunya anak perempuan.

Ibu saya meninggaI dunia ketika saya masih kecil dan bapa saya pula merupakan seorang pesara t3ntera. Saya terkenal dengan sifat panas baran, degil, eg0 dan keras kepala di kalangan keluarga. Mungkin kesan daripada tr4uma akibat mengalami pend3raan mentaI dan fizikaI sewaktu saya dijaga oleh saud4ra selepas pemergian ibu.

Ini kerana bapa saya bekerja dan pulang menjenguk anak – anak ketika hari minggu sahaja. Sehingga kini bapa saya tidak tahu apa yang kami alami kerana sering diugvt akan diperlakukan lebih teruk lagi jika bapa tahu keadaan kami.

Alhamdulillah.. ketika berusia 11 tahun, saya dan adik beradik akhirnya tinggal bersama bapa di selangor kerana bapa telah membeli rumah di sana. Selepas tamat SPM, saya mula berdikari dan cari kerja untuk kumpul duit sebelum sambung belajar.

Dari zaman Diploma sehingga Ijazah, saya tidak pernah minta duit belanja daripada bapa kerana saya mempunyai biasiswa dan gaji hasil ‘part time’ bekerja. Hanya duit yuran sahaja yang bapa saya tanggung. Selesai graduasi Ijazah, saya terus diterima bekerja di salah sebuah syarik4t GLC yang terbesar.

Alhamdulillah.. saya anggap itu rezeki yang Allah kurniakan untuk saya bantu bapa dan keluarga. Oleh disebabkan saya dah terbiasa bekerja cari duit sendiri dan berdikari, saya tidak lagi meminta wang daripada bapa. Malah, setiap bulan saya akan hulurkan sedikit duit gaji kepada bapa.

Segala bil – bil rumah, perbelanjaan dapur juga saya yang uruskan. Tahun 2016, saya mendirikan rumahtangga bersama suami yang juga kenalan saya sewaktu di universiti. Sejak menjadi isteri, saya tak pernah hormat suami dan selalu merendahkannya.

Saya sombong dan degil, tidak taat dan jadi pembengis. Hanya depan keluarga sahaja saya hip0krit jadi isteri yang lemah lembut. Tak tahu kenapa, mungkin suami saya terlalu baik dan berlembut dengan saya. Apa sahaja kata – kata kasar saya pada dia, dia tetap maafkan.

Untuk makluman, suami saya merupakan Eksekutif Kanan di salah sebuah syarik4t swasta. Suami saya memang orang yang cermat berbelanja dan sangat pemurah. Keluarga mertua saya juga Alhamdulillah sebaik – baik manusia.

Beradab tinggi dan menyayangi menantu seperti anak sendiri. Suami selalu tegur kerana saya selalu boros berbelanja benda yang tak perlu. Pernah sekali saya dah muak dengan teguran dan nasihat, saya tunjaI kepala suami dan berkata ‘aku belanja pakai duit aku, tak mintak sesen pun duit kau. Aku ada duit aku sendiri, tak payah sibuk!’

Waktu malam tu dalam jam 2 pagi saya terjaga dari tidur, terdengar suara suami menangis. Lama dia termenung. Saya? Hati keras tak ada perasaan. Tidur semula sehingga keesokan harinya. Pernah juga suami k3jut Subuh, saya tak endahkan.

Suami saya k3jut banyak kali sampai saya rasa rimas dan Iempar telekung di mukanya dan sep4k kakinya. Terus dia solat seorang diri. Apa sahaja kelakuan kasar dan kata – kata kesat yang tak pernah saya hamburkan padanya. Semuanya pernah.

Tapi tak tahu lah, mungkin hasil didikan mak ayah suami tetap bersabar dan jaga saya. Nafkah tak pernah culas, keperluan semua lengkap. Solat tak pernah tinggal, kalau tertinggal segera suami saya qada. Hanya saya sahaja yang tak tahu bersyukur dan biadap.

Suami selalu tanya.. kenapa dengan kawan – kawan saya layan dengan baik sekali, tapi dengan suami tidak? Saya hanya diam dan buat tak tahu dengan soalannya. Dengan kuasa Allah, pada 2019, saya mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga terp4ksa berhenti kerja.

Duit simpanan sem4kin habis dek berubat. Tambahan pula PKP, susah nak keluar bergerak untuk berubat jadi saya hanya duduk di rumah sahaja. Suami? Dia tetap setia jaga saya dan berikhtiar macam – macam. Keadaan saya tidak tentu, adakala baik, adakala teruk.

Merata tempat pelbagai negeri pergi berubat, tetap sama. Sampai la saya tak ada apa – apa langsung dalam simpanan, berg4ntung 100% kepada suami. Tapi suami tetap sama macam dulu. Sabar dan terima saya seadanya.

Malah dia yang penat lelah cari ikhtiar untuk bawa saya berubat. Peristiwa ni buat saya terduduk malu atas khilaf dan d0sa saya terhadap suami. Seorang isteri derh4ka yang tiada apa – apa tapi masih disayangi oleh suami yang mulia.

Kami mula solat jemaah dan mengaji bersama, luangkan masa bersama dan hubungan kami sem4kin erat. Nampak bahagia di raut wajah suami dengan perubahan saya. Setiap hari tak pernah tinggal untuk bertanya keadaan saya, makan minum saya ketika suami bekerja.

Suami pernah sekali berkata, ‘Hana rehatlah. Dah terlalu lama Hana bekerja keras, sekarang masa untuk rehat jaga diri sendiri, jaga rumahtangga kita. Jangan selalu fikir pasal duit, rezeki tetap ada. Belajar hidup sederhana apa yang ada. Belajar perbaiki diri. Jangan risau, abang ada.’

Percayalah.. suami yang baik itu sebenarnya ada. Tiada kesabaran yang sia – sia buat seorang suami. – Hana (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Tyha Tyha : Doa orang sabar yang dimakbulkan Allah (husband). Kadang – kadang Allah uji sebab nak bagi lebih baik. Allah uji sebab nak bagi sedar dan hidayah. Allah uji sebab nak kita banyak berdoa. Moga keluarga puan hana dan semua keluarga Muslim sentiasa dalam kebahagiaan dan rahmat Allah.. amin.

Nuriah Abdrazak : Nak ucap terima kasih pada mertua u. Sebab mendidik pasangan u menjadi yang sangat baik.. iaitu anak dia. Elok juga u dah tak kerja. Makan sahaja hasil suami.. dapat menjaga hati dan nurani. Keberkatan itu ada. Minta ampun dengan Allah juga, selain dengan suami. Jaga keluarga sendiri baik – baik. Insya-Allah.. yang baik – baik sahaja sis doakan untuk awak sekeluarga.

فريدة حسن : Confessor mungkin pernah jadi isteri derh4ka tapi sepanjang hidup sebelum berumahtangga, dia seorang anak yang taat pada orang tua, tidak menyusahkan malahan bertanggungjawab penuh pada keluarga.

Allah sayangkan confessor dan Dia anugerahkan suami sebaik – baik manusia untuk confessor. Terk3jut part ‘tunjaI kepala’ dan ‘Iempar kain telekung’ tu tapi Alhamdulillah Allah sayang. Semoga bahagia sampai syurgaNya confessor dan suami.

Stefan Nikolai : Isteri tak solehah tapi dapat suami macam malaik4t. Ada kes pulak, suami jahat, curang, biawak hidup berjodoh dengan isteri solehah, taat. Begitulah hidup, seringnya aneh – aneh. Semua itu ujian untuk tingkatkan taraf dan darjat kita di sisi Tuhan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.