Saya siap bagi bukti, suami jalan berpeIukan dengan perempuan lain tapi suami masih tak mengaku. Saya dapatkan bukti mereka check in hotel..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Perempuan tu mengaku ada affair dengan suami saya. Perempuan tu memang ceritakan semuanye sambil minta maaf dengan saya. Dan bila saya cek email – email suami, memang betul, suami ada check in hotel yang perempuan tu sebutkan. Dia siap screensh0t perbualan mereka..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Saya ucapkan terima kasih sekiranya admin sudi berkongsi kisah saya ini. Saya berkahwin hampir 9 tahun yang lepas. Saya dan suami bersekolah yang sama dan kami bercinta semasa di tingkatan 4. Habis sekolah menengah kami sama – sama masuk matrikulasi, saya di Johor dan dia di Melaka.

Kami bercinta jarak jauh. Hubungan kami tak putus. Kemudian kami masuk universiti, juga berlainan tempat. Hingga lah kami habis belajar. Masing – masing dikurniakan kerjaya yang diidamkan. Kami bekerja dalam satu daerah yang sama. Alhamdullillah, kami berkahwin selepas dua tahun bekerja.

Pada mulanya ibu saya agak keberatan untuk memberi keizinan untuk saya berkahwin dengan dia, tetapi selepas saya pujuk ibu, ibu mengalah. Ibu ada calon lain untuk saya, anak kawan ibu dan ayah sendiri. Saya sebenarnya merupakan anak tunggal dan semua keputusan dibuat oleh keluarga.

Saya mula membuat keputusan sendiri apabila saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi dulu dan mereka tak pernah tahu saya ada kekasih sehingga lah saya katakan saya ingin bertunang. Sekarang saya dan suami dikurniakan 3 orang anak.

Baru – baru ini, saya tidak sangka, apa yang selalu baca mengenai kecurangan seorang suami di media sosiaI betul – betul terjadi pada saya. Saya dapat tahu suami ada perempuan simpanan. Sudah 8 bulan dia bersama dengan perempuan simpanan dia. Hati saya h4ncur tak terkata.

Suami bersunguh – sunguh menidakkannya bila saya tanya mengenai perempuan tu, walaupun saya tunjuk bukti gambar dia jalan berdua sambil tangan perempuan tu peIuk tangan dia, ada video gambar mereka berjalan sambil perempuan tu peIuk pinggang suami. Gambar dan video tu diberikan oleh rakan office suami (perempuan) kepada saya.

Bila saya tunjuk suami kata perempuan tersebut memang jenis begitu dengan mana – mana lelaki. Perempuan tu junior dia masa di uni dulu. Tapi bila saya selidik dan call perempuan tu, rupanyer memang perempuan tu mengaku ada affair dengan suami saya. Tapi dulu semasa di uni mereka memang takde hubungan sebab perempuan tu sudah ada teman lelaki.

Saya whatsapp perempuan tu minta dia jelaskan apa yang terjadi antara dia dan suami dari awal diorang kenal. Perempuan tu memang ceritakan semuanye sambil minta maaf dengan saya. Dan bila saya cek email – email suami, memang betul, suami ada check in hotel yang perempuan tu sebutkan.

Dia siap screensh0t perbualan dia dan suami saya dalam watsapp. Ya Allah, s4kitnyer hanya Tuhan yang tahu. Lemah satu badan saya bila dapat tahu suami saya makan luar. Saya tunjuk semua screensh0t whatsapp tersebut pada suami. Anda tahu apa alasan suami?

Dia kata, perempuan tu yang memang giIa – giIakan dia dan hotel tu suami book untuk orang lain bukan untuk dia. Dia kata perempuan tu mungkin hack telefon suami dan email – email suami sebab nak runtvhkan rumah tangga kami. Dia tipu, saya tahu dia tipu.

Saya minta dia berkahwin dengan perempuan tu dan lepaskan saya dengan baik. Dia tak nak, dia kata tak mungkin dia akan kawin dengan perempuan tu, sebab perempuan tu bukan perempuan baik. Saya tanya kenapa keluar dengan dia kalau dia bukan perempuan baik, dia kata dia hanya nak tolong selesaikan masalah perempuan tu sebab perempuan tu ada masalah.

Saya tanya kenapa mesti suami saya masuk campur urusan perempuan lain, dia kata, dia hanya nak menolong. Suami memang menafi sekeras – kerasnya hubungan dia dengan perempuan tu. Tapi dalam whatsapp memang jelas mereka dah ibarat suami isteri. Suami kata itu hanya whatsapp sahaja, tak pernah terjadi pun.

Saya jadi naik h4ntu, hati saya masa tu memang m4ti sem4ti – m4tinya untuk dia. Dia khi4nat kasih sayang saya. Dia bvnvh kepercayaan saya. Saya dalam dilemma samaada nak bercerai atau pertahankan perkahwinan ini. Sekarang ke mana saya pergi, saya akan terbayang apa yang suami buat dengan perempuan simpanan dia. Tak kira siang atau malam.

Saya hilang fokus kerja hingga kawan – kawan office perasan perubahan saya. Berat badan saya memang turun mend4dak berkilo – kilo dalam seminggu. Saya ada bagi tahu suami kalau dia tak mau ceraikan saya, saya kan minta fasakh. Dia merayu – rayu menangis – nangis pada saya supaya maafkan dia. Mata saya sentisa terbayang perkara h4ram yang dia lakukan dengan perempuan tu.

Keluarga saya masih tak tahu perkara ni. Saya yakin kalau saya bagi tahu keluarga saya, pasti mereka desak saya untuk bercerai. Saya tak tahu pada siapa harus saya minta pandangan. Ibu bapa mertua? Saya takut akan memalukan suami, beritahu ibu bapa saya? cerai lah jawabnye. Tak mungkin ibu bapa saya dapat terima suami klu dia tahu perkara ini. Amat must4hil.

Hati saya berbelah bagi samada hendak bercerai atau tidak. Bukan masalah anak, anak saya boleh jaga, tapi saya takut sekiranya saya minta cerai, saya tersilap langkah dan menyesal, sebab saya masih sayangkn dia tetapi hati saya terlalu s4kit dengan perbuatan dia.

Jika saya teruskan perkhwinan ini pula, saya takut akan dikhi4nati semula akan datang sebab suami memang pandai bagi alasan. Bagi saya kalau nak bercerai, biarlah dari sekarang sekurang – kurangnya hati saya tenang tak memikirkan kejujuran dan kesetiaan suami terhadap saya dan tak dibelengu dengan kisah hitam suami. Saya betul – betul keliru dengan diri saya sendiri sekarang.

Anak kami yang besar pula seakan faham konflik saya dan suami. Dia pernah tanya ‘kenapa Umi lain sekarang, tak macam dulu, siapa buat Umi?’. Saya hanya jawab tak da apa – apa dan senyum tak tahu nak jawab apa. Saya buntu dan sangat keliru. – Idah (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Norizan Mamat : Salam, Big hug… Sedih baca cerita yang begini. Macam ni cadangan makcik

1. Cadangkan bertemu 3 orang, suami, skandal dan diri kita. Semasa pertemuan ni, tanya apa rancangan mereka. Kena kuat semangat dan buka fikiran kita menerima saja.

2. Jika dapat apa rancangan mereka, buat keputusan berdasarkan perbincangan tu (jika mereka nak putus atau request bermadu dll).

3. Jika suami tak sanggup jumpa 3 orang, pi jumpa perempuan tu sendiri dan tanya dia apa rancangan dia dengan suami samada nak terus skandal, bermadu atau letgo.

4. Berbincang dengan suami tru wasap atau rekod kata kata suami mengenai perempuan tu. Post pula pada pompuan tu.

5. Tujuan perempuan tu cerita semua bukan dengan niat baik. Perempuan dengan niat baik, minta maaf dan letgo. Bukan minta maaf dan bagi bukti segala kata kasih sayang antara mereka. Itu nak meIukakan perempuan lain agar isteri mengalah.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.