Mereka cakap suami ketua keluarga, suami tak pernah salah. Mereka h1na dan herdik saya. Saya buka whatsapp suami, mak mertua hasut suami ceraikan saya sebab yurga bawah tapak kaki mak!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, admin hide profile saya ye. Saya hanya inginkan penjelasan dan nasihat adakah salah saya. Saya diceraikan. Ceritanya macam ni. saya dah berkahwin selama 3 bulan lebih. Suami saya ceraikan saya 6 hari sebelum raya.
Waktu pulang kerja suami saya bercakap kasar dengar dengan saya dan apabila saya bercakap dengannya, dia hanya senyap tiada respon. Saya merajuk.. Sampai di rumah kawan suami call, kemain dia cakap baik sangat tapi dengan saya tak pun.
Saya m4kin merajuk tak bercakap dengannya. Saya naik ke rumah terus tidur dan apabila bangun dia sudah pulang solat jumaat. Waktu tu dia sedang oncall dengan kawannya lebih kurang sejam. Gelak – gelak baik sangat, saya m4kin marah.
Dia datang ke bilik, saya lari ke sofa. Dia peIuk saya. Mula – mula saya macam tolak tapi lama – lama saya biarkan. Lama saya tunggu dia langsung tak keluarkan perkataan maaf. Saya lari dalam bilik. Pada waktu maghrib saya ada majlis berbuka puasa.
Saya bagiau suami yang saya nak keluar tapi saya tak tahu dia dengar atau tidak. Saya keluar macam tu je. Sampai di tempat majlis saya whatsapp dia kata saya dah pergi. Dia marah cakap, apa nak jadi?? Saya rasa terlampau marah. Saya minta dia lepaskan saya, saya ungkit smua.
Saya kata dia dayus sebab dengan kawan baik tapi dengan bini tak. Dengan saya culas nafkah tak pernah bagi, dengan kawan siap sponsor homestay. Saya kata saya menyesal kahwin dengan dia, dia buat saya h4mba dia je.
Dekat rumah tak pernah tolong tapi dengan kawan tolong je. Malah masa bini kawan beranak dia call tanya ada benda nak tolong tak? Saya minta dia lepaskan saya. Tak lama lepastu, kemarahan saya dah reda. Saya call dia minta dia teman saya balik melalui oncall pukuI 10.30 malam sebab saya tak pernah drive malam tapi dia kata dia sibuk.
Saya tengok status dia tengah happy – happy bersihkan rumah kawan. Dia tak tanya pun saya selamat sampai ke tak malam tu.. Tak contact saya langsung, saya terasa hati. Malam tu saya tersedar dia dah tido sebeIah saya. Saya tersentuh dia, dia lari.
Saya peIuk dia tapi dia menjauh dri saya. Saya marah, saya kata jijik sangat ke saya? Saya keluar dari bilik 5 minit kemudian saya masuk balik, saya meng4muk. Saya ungkit semua yang kat atas tu. Saya minta dia lepaskan saya. Sebenarnya saya nak dia pujuk nakkan perkataan maaf bukan penceraian.
Suami saya keluar rumah pukuI 5 pagi, pada pukuI 9 lebih pagi saya call dia suruh dia balik dan baiki balik hubungan ni. Dia kata dia sbuk. Saya rasa nak marah. Saya whatsapp dia, saya kata saya dah tak nak tengok muka dia.
Lepas tu saya stalk TikTok history dia. Dia like gambar bekas kekasih dia dulu. Saya lagi la meng4muk. Saya kata dekat dia, tak payah acah buat kerja TikTok online, nak b0dohkan aku. Aku nak cerai dengan kau! Dekat rumah selalu dengan hp acah tengok ceramah tapi dekat history tengok perempuan gelek – gelek.
Tengah hari dia balik, saya ingat dia nak baiki balik hubungan ni tapi dia kemas semua baju dia. Saya merayu dia, saya kata ‘abang tolong laa saya minta maaf. Kita baiki balik. Saya tak nak cerai.’ Saya merayu dia. Saya sorok HP dia dan kunci kereta sebab saya tak nak dia pergi tapi dia turun juga bawak semua ahli keluarga dia naik.
Dia bagitahu semua ahli keluarga dia. Mereka marah – marah saya kata saya ni solat pun belum tentu diterima. Kata saya ni kahwin dah tak keluarkan duit mereka je habis duit. Saya kata saya nak suami mengaku dan minta maaf je.
Diorang cakap suami ketua keluarga, suami tak pernah salah. Mereka h1na dan herdik saya. Suami saya hanya diam. Dulu mereka pernah kata saya perempuan tak tahu malu sebab pegang bahu suami je. Suami saya diam dan kata jangan pegang dia lepasni takut peny4kit ain.
Masa g4duh saya cakap, saya sentuh suami saya tapi ipar perli saya, katanya nampak bertudung sampai ke lutut mesti lagi tau agama tapi tak bau syurga. Mak suami bawak dia keluar dari rumah. Saya minta izin untuk bercakap dengan suami saya. Saya mohon ampun nak baiki balik hubungan ni.
Kami sebenarnya dah oke tapi dia keluar rumah ikut mak dia sebab mak dia kata syurga bawah tapak kaki mak. Malam tu dia tak ambik kisah langsung saya makan ke tak. Dia padam semua gambar kami, call tak jawab, whatsapp dia tak reply.
Saya buka whatsapp web dia. Mak dia suruh ceraikan saya, mak dia h1na saya dan family saya dan fitnah saya masih berhubung dengan teman lelaki saya yang dulu. Sedangkan suami saya selalu pegang hp saya tapi dia hanya iyakan.
Keesokan pagi, dia datang dan jatuhkan talak depan keluarga dia. Saya salah ke? Sedangkan kami sudah berdamai dan berbaik tapi dia ceraikan saya sebab mak dia. Mak dia kata kalau kami cerai dia boleh cari bini baru yang lagi baik dri saya. Mohon penjelasan ye salah saya ke semua ni. Nusyuz ke saya?
Komen W4rganet :
Naura Ahmad : Nampak jelas tak matang dan sangat emotional. Tambah buruk, keluarga masuk campur. Kalo orang muda, hal ni mungkin merunsingkan. Tapi, bagi saya yang dah berpengalaman dan berusia ni, saya dah faham konsep ketentuan dan didikan Allah.
Per4ngai Puan tu, tak sesuai jadi isteri. Allah turunkan ujian begini agar Puan belajar dari kesilapan, belajar control emosi dan banyakkan tambah ilmu rumahtangga. Jika tiada jodoh, bermakana, Allah bagitau Puan, dia bukan orang yang tepat untuk bimbing Puan.
Banyak kepincangan dari sudut ilmu dan kematangan suami Puan tu. Jangan bersedih. Follow the flow, baiki diri, sayangi diri dan hiasi diri dengan akhlak yang mulia. Bila diri kita tenang dan sempurna, kesempurnaan juga yang akan datang kepada kita.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.