Saya surirumah tak berduit, minta suami RM10 nak beli syampu. Depan orang, saya kena marah. Suami beli barang beratus untuk diri sendiri

Saya surirumah yang tiada satu sen pun dalam poket. Seringgit pun susah nak ada dalam beg saya. Akhirnya saya kerja jaga anak orang, dapatlah RM280 tapi suami akan ambil RM100. Saya pernah selongkar…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Saya baru di sini. Nak cerita apa yang sudah terpendam dalam hati ini. Niat saya bukan nak menjatuhkan maruah suami atau menjaja kisah rumah tangga saya. Tetapi saya tiada tempat mengadu. Saya tidak mahu cerita kepada keluarga saya atau keluarga suami.

Untuk pengetahuan, saya berkahwin dalam usia yang muda ketika 18 tahun (2011). Masa itu saya belajar lagi, Alhamdulillah jodoh saya awal, lagipun suami pinang saya setelah dia buat istikharah. Syukur. Suami saya dari keturunan yang baik – baik.

Abahnya pun seorang ustaz yang disegani juga lah. Cukup ilmu agama. Tetapi sayang. Saya tidak faham kenapa suami saya yang terdidik cukup tentang agama boleh buat isteri dia macam ini. Saya sedih. Yelah, mungkin saya ini bukan dalam golongan mereka.

Keluarga mereka semuanya kaya raya, tetapi keluarga saya tidak sekaya mereka. Saya orang susah. Mungkin juga saya ini datang dari keluarga yang berpecah beIah, ayah saya tidak hiraukan kami anak – anak dia. Sebab itu suami saya berani nak buat saya macam – macam, macam saya ini tiada emak bapa.

Kalau sudah tidak mahu saya, pulangkan saya kepada emak bapa saya dengan cara elok macam mana dahulu dia ambil saya. Masalahnya mungkin nampak remeh, tetapi saya sudah puas bersabar. Suami saya orangnya kedekut, dari awal kahwin sampai sekarang saya tidak pernah diberi duit saku.

Sekurang – kurangnya RM10 pun jadi lah sebab kadang – kadang saya teringin nak makan apa – apa saya boleh beli pakai duit itu, tidak perlu minta dia. Kalau saya minta dia nanti, saya akan kena marah. Dia tidak kisah nak marah depan orang ke depan siapa ke dia main marah sahaja, jatuh maruah saya.

Macam itu juga kalau beli barang dapur, saya tidak pernah pegang duit belanja dapur. Dia dapat gaji lepas itu terus beli barang – barang untuk sebulan. Ayam dua ekor, ikan macam – macam jenis. Macam itulah per4ngai dia. Sekali sebulan belanja barang dapur. Nampak tidak kedekut itu?

Pernah satu hari itu saya nak beli syampu saya, botol kecil sahaja Rejoice yang tidak sampai RM10, dia boleh marah saya depan orang – orang yang lalu lalang itu. Masa itu macam nak menangis sahaja, Tuhan sahaja tahu macam mana saya rasa.

Kalau dia punya barang – barang, habis beratus pun tidak apa. Dia beli baju, seluar jeans sahaja sudah RM100++ sehelai. Tetapi saya nak minta seluar jeans yang harga bawah RM50 pun payah. Kena bebel dengan dia dulu baru dapat.

Masa saya mengandung dulu saya teringin nak makan, orang mengidam lah kan. Dia tidak belikan. Dia cakap saya ini mengarut, ikut nafsu. Tetapi Tuhan sayang anak saya, saya keguguran. Tuhan sahaja tahu betapa sedihnya saya masa itu dengan tiada sokongan suami.

Ada satu hari itu, saya main tab dia, lepas itu saya letak atas meja, tangan saya pula terletak atas tablet itu, dia punya marah sampai nak angkat tangan, nak Iempang saya depan adik beradik dia. Saya malu, saya terus naik atas.

Saya betul – betul terduga, dengan adik beradik dia, saud4ra mara anak – anak menakan semua macam tidak terima saya ini kahwin dengan suami saya. Jarak umur saya dan suami 13 tahun. Lagipun saya ini bukan dalam kategori yang cantik, saya selalu kena perli, dengan keluarga dia, bukan dengan keluarga sahaja, tetapi dengan suami juga.

Nak saya cantik, bagi lah duit. Saya sedih. Kadang – kadang rasa macam nak berpisah bila rasa tidak diterima ini. Saya selalu tersisih bila berkumpul. Saya juga tertekan sebab suami macam tidak suka keluarga saya. Saya nak balik rumah emak saya pun susah.

Tetapi kalau balik rumah keluarga dia penat – penat pun sanggup. Padahal rumah emak saya di Balakong, rumah emak dia di Gombak. Dekat lagi rumah emak saya dengan rumah saya dari rumah emak dia. Sedihnya. Tetapi saya tidak pernah menyesal kahwin awal sebab itu Allah sudah tetapkan untuk saya, cuma saya tidak kuat nak berhadapan dengan ujian ini.

Saya surirumah yang tiada satu sen pun dalam poket. Seringgit pun susah nak ada dalam beg saya. Akhirnya saya buat keputusan jaga anak orang. Suami tidak bagi, tetapi saya cakap yang dia tidak bagi saya nafkah duit macam mana saya nak ada duit. Dapat lah sebulan RM280.

Tetapi yang itu pun suami ambil RM100. Saya tak nak berg4duh saya bagi sahaja lah. Tetapi dalam hati sedih, bukan kita kedekut, tetapi yang itu sahaja kita ada. Dia masih nak ambil. Saya pernah selongkar buku bank suami segala aset – aset dia.

Bila saya tengok saya terk3jut, pendapatan dia sahaja sebulan tidak kurang dari RM2,000 sebulan (kerja kerajaan), dengan pendapatan sawah padi lagi. Dia senang sebenarnya, tetapi entahlah, dia sahaja nak ani4ya saya ke? Saya berhenti belajar sebab dia.

Dahulu saya dapat kursus yang bagus, saya dapat TESL. Saya sayang nak lepaskan. Tetapi saya fikirkan suami, saya terp4ksa lepaskan. Lagipun dia cakap, nak belajar sama – sama tetapi tempat lain, saya pun setuju, bila saya nak belajar, macam – macam alasan dia bagi. Saya nak minta pendapat, boleh ke saya nak minta fasakh? Saya sudah kecewa sangat dengan sikap suami.

Komen W4rganet :

CMF Siti: Adik aku yang gaji dekat 5 angka pun kedekut gak. Nak kumpul harta banyak – banyak kot, nanti bila m4ti tanam sekali dengan geran tanah / rumah bagai. Sian bini, dah le tak kerja, anak 3, bagi duit belanja seminggu 50 tapi barang – barang dapur semua dia sediakan.

Kereta dan motor memang dia bagiIah, untuk mudahkan bini bergerak.. harap – harap sekarang dah tambah duit belanja bini tu, dah lama tak mengacom kat aku, banyak duit dah kot. Suami kedekut pun memang boleh minta cerai ek? tak tahu pulak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.