“Saya Tak Pernah Report P0lis Sebab Orang Cakap Saya Hitam”- Nasihat Black Pada Haneesya Hanee.

PENYANYI Black Hanafiah menasihatkan pelakon baharu Haneesya Hanee agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya yang gelap sering dijadikan bahan jenaka.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 32, berkata, kekurangan dan keunikan yang dimiliki itu sepatutnya dijadikan sebagai s3njata untuk terus berada dalam industri.

“Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial.

“Dia masih terkejut di mana orang mengenali namanya, st4lk dia, follow dia, jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah malah jadikan kekurangan itu sebagai s3njata,” 

Black anggap kulit gelap beri tuah kepadanya dalam industri.

Black ditemui di majlis sidang media program Mentor Milenia yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Black berkata, dia tidak pernah ter4sa hati dan menganggap warna kulitnya yang gelap sebagai kelebihan buat dirinya berbanding artis lain.

“Saya tak pernah nak report p0lis sebab orang cakap saya ni black kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap. Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri.

“Saya rasa kalau saya putih, orang takkan kenal saya. Black adalah hitam dan hitam adalah manis.

“Pada saya, Haneesya mempunyai identiti yang tersendiri, kalau orang sebut je nama dia mereka sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya,” katanya.

Sumber: mstar


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..