Saya tengah menyusu anak kecik, boleh kakak ipar suruh saya basuh ber4k anak dia

Adat menumpang duduk rumah mak mertua, kakak ipar minta saya mengasuh 2 orang anak dia dari 6 pagi sampai 7 petang. Tapi bila dia dah sampai rumah, baju – baju dia saya yang basuh, dia tinggalkan je kain batik dan baju kotor dekat ruang tamu, Selalu kalau saya tengah menyusu anak, dia suruh saya yang basuhkan ber4k anak dia. Kesian anak saya plak yang menangis sebab tarik susu…

#Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum semua, saya dah berkahwin dan sekarang tinggal di rumah mak mertua. Dalam rumah ni ada adik lelaki suami, memang bila nak keluar je kena pakai tudunglah hari – hari. Hari – hari saya rasa macam duduk dekat rumah orang, ada yang sama macam saya tak?

Tak apalah saya bersyukur jalani hidup ni, nak menyewa gaji suami masih belum cukup, terima je lah. Okay sambung, saya baru ada seorang anak. Kakak ipar nak saya jadi pengasuh anak dia seramai 2 orang, sebab pengasuh lama dia naikkan duit asuhan bulanan RM50. Macam mana taknya pengasuh lama dia naikkan bayaran RM50, dia hantar anak pukuI 6 pagi, nanti pukuI 7 petang baru datang ambil anak. Jadi sekarang dia hantar anak dekat rumah mak mertua saya, saya jaga anak dia 2 orang tapi ada masa dia hantar anak yang sulung tu sekali. Maksudnya ada masa saya jaga 3 orang anak dia, dia bayar RM600 je. Dah tu bayar gaji lambat sangat, dah nak dekat 2 bulan baru bayar.

Cara dia hantar anak dia samalah dengan waktu dia hantar anak ke rumah pengasuh lama dulu. Dia datang hantar pukuI 6 pagi, balik kerja mandi sebab time covid ni kan, makan terus tengok TV main FB goIek geIebang bukan nak ambik anak dia dulu. Mana boleh macam tu kan, kita sama – sama cari rezeki, punyalah lama dia nak ambik anak dia. Nanti dah nak dekat maghrib baru ambik anak dia. Dah la saya pun ada anak kecik juga, nak kena mandikan anak saya lagi dan segala macam.

Dulu masa dia hantar rumah pengasuh lama, hari Sabtu dia hantar rumah mak mertua saya, mak mertua saya yang jaga. Tapi sekarang dari Isnin sampai Sabtu saya jaga. Saya sedih sangat dengan sikap dia, kadang – kadang pagi tu anak dia basah Iencun dengan pampers tak tukar, kesian anak dia. Lepas tu makan minum pagi petang kat rumah ni, siap balik kerja, mandi, baju dan kain batik kotor dia tinggalkan je kat ruang tamu.

Last – last suruh saya cuci, dah la baju anak dia saya yang cuci semua. Nak tengok dia cuci piring dengan cawan yang dia minum sorang pun tak dapat, padahal saya dah bersihkan sinki. Bila anak dia ber4k dah pukuI 7 tu tolong cucilah sendiri, ni saya tengah menyusu anak saya dia sibuk panggil saya cucikan ber4k anak dia.

Kesian anak saya tengah menyusu anak saya baru nak lelap, bila saya lepaskan susu menangis dia. Kadang – kadang bila hari dia tak kerja, dia datang makan rumah mak mertua saya, yelah mak dia kan. Lepastu kadang dia datang masa cuti tu anak dia ber4k, pampers anak dia pun tak reti dia buangkan kat tempat sampah, padahal saya dah siapkan tempat sampah pampers anak – anak, dia letak kat atas meja ruang tamu.

Saya sedih saya tak tau ni nak luahkan dekat siapa, takkan saya nak sampaikan secara langsung dekat dia. Saya nak jaga hubungan ipar jugak, maaflah ayat berterabur dan panjang sangat, saya nak luahkan je, saya tak tau nak luah dekat siapa, terima kasih admin.

Komen Warganet :

Aira Azira : Geram betul saya baca. Kalau saya memang sekolahkan dia balik. Yela orang sekeIiling pun boleh nampak benda betul kalau ye pun tegur cara baik tak jalan. Maaf sis kalau saya memang saya buat macam tu. Tapi tu la lain keadaan lain perangaikan. Bagi saya satu je, saya tak takut kalau bukan salah saya. Mak mertua pun mesti tahu perangai anaknya begitu, cubalah berbincang  dan nasihat. Kalau tak boleh, cuba awak luahkan dekat suami. InsyaAllah ada jalannya. Baik mana pun sekalipun jadi org gaji dekat rumah keluarga sendiri. Tak patut sampai tak ada hormat dekat masa awak.

LatZainal Azizan : Baca pon dah s4kit hati, lagiIah yang terp4ksa menghadap sepanjang hari. Senangnya kerja kakak ipar, mana tanggungjawab dia pada anak – anak sendiri. Suami puan ke mana? Takkan tak nampak ape yang berlaku di depan mata selama ini. Ibu mertua takkan tak tegur anak dia tu, awak berterus terang jelah, biar puas hati daripada simpan dalam hati. Kita juga yang teruk nak menanggung sebab hari – hari nak menghadap perkara yang sama. Harap kakak ipar yang pemalas tu ada lah dalam nih. Biar dia baca semua komen – komen orang lain..

Kay Yahya : Please, bagi tahu dia. Dah kenapa nak siksa diri?! Cakap je dah tak boleh jaga dah. Dia bising, tak puas hati, awak bagi tahu la sebab – sebab dia. Kalau minah tu marah – marah, mengadu pada mertua awak, gasakla. Orang bukan bod0h. Kalau nak orang jaga 24/7, cari bibikla. Bayar RM1100 sebulan. Itu gaji bibik indon minimum ye sekarang. Banyak cantik dia buat awak macam baIaci dia. Lagi rendah dari bibik. Mengadu dengan suami kalau minah tu buat hal. Husband ni, bila orang lain perhamb4kan bini dia, memang diorang pant4ng. Mana boleh, dia je boleh suruh – suruh bini dia. Cukup nyampah mak tak guna macam ni.

Nur Zahiell : Baik sangat TT ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan puan dan suami diperluaskan lagi rezeki jadi puan boleh keluar dan pindah dari situ. Susah juga nak bersuara lebih – lebih, nanti mak mertua pun terasa. Yelah, anak dia kan, kalau tak bersuara, s4kit hati. Jalan mudah, awak bagitahu, awak tak mampu jaga anak dia dan berdoa moga suami awak murah rezeki, dapat pindah rumah lain. Semoga ada ganjaran yang besar untuk kebaikkan puan. Dan semoga juga Allah bukakan pintu hati kak ipar tu

Shazlin Sulaiman :  Pelik mak macam tu. takkan dia tak teringat anak. Saya ni kalau dah sampai taska nak ambik anak, tetiba ber4k pulak, saya pergi sendiri masuk basuh. Itu masa belum covid la, masa covid ni tak boleh masuk taska dah. Tak payah nak suruh – suruh orang dah anak pun depan mata. Kesian cikgu dah siap – siap nak balik nak pergi suruh basuh pulak. Itu kalau orang luar, ahli keluarga lagi la kita kena jaga perasaan depa. Kalau sewa rumah lain awak boleh je bantu suami dengan amik upah mengasuh anak orang. Anak baru sorang macam – macam kerja boleh buat kat rumah. Dropship ke buat COD makanan ke.

Apa kata anda?