Saya ambil suprise planner buat picnic full package dekat Putrajaya, saya habiskan RM500 sekali dengan photographer, deco dan makan untuk sambut anniversary kita. Tapi sampai sana, suami saya tak henti merungut, panas, panas, panas..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon hide profil saya. Saya tak tahu kenapa saya dekat sini, sebelum ni saya cuma baca luahan isteri lain. Tapi hari ini saya tergerak hati nak meluah dekat sini memandangkan saya memang tak ada tempat nak meluah perasaan.
Saya dan suami kenal dan bercinta dari saya tingkatan 3, waktu tu suami tingkatan 4. Kami berkahwin semasa saya berumur 19 tahun. Kami dikurniakan 2 orang anak, alhamdulillah sepasang. Sebenarnya suami saya okay je, dia bertanggungjawab, tapi setiap hari saya mesti akan sedih dengan perbuatan dia.
Saya ni seorang wanita yang panas baran tapi bertempat. Suami saya dia suka menguji kesabaran saya bila saya berlembut. Bila saya baik – baik dia suka pij4k kepala saya. Tapi bila saya mula marah – marah baru dia nak layan saya baik – baik, buat per4ngai elok – elok. Dia macam lebih suka buat saya panas baran hari – hari.
Setiap kali keluar berjalan pula, dia susah nak bergambar kami anak beranak. Minta tolong ambilkan gambar saya pun dia suka buat muka. Saya sedih sebab dia jenis tak suka nak selfie – selfie, ootd. Saya memang jenis suka simpan kenangan, saya takut satu hari nanti salah seorang dah tak ada, tak ada gambar atau video untuk kita tengok.
Bila tengok story orang lain saya seronok sebab suami dia rajin post dan berootd sama – sama, dalam hati saya cakap saya nak macam ni juga. Sejujurnya, saya rasa saya cantik dan saya jaga penampilan, saya masih slim walaupun anak dua sebab saya jaga makan dan workout.
Pergi mana – mana orang ingat saya masih bujang, lelaki akan cuba – cuba untuk menggatal. Tapi saya seorang yang setia dan sayangkan suami saya. DM lelaki di IG saya tak layan. Suami saya pun tahu ramai lelaki suka kacau saya.
Saya tanya suami saya kenapa awak boleh suka saya dulu, dia kata sebab saya cantik dan baik, tak pandang rupa dan harta. Tapi apa yang saya nampak suami macam malu kalau nak bawa saya keluar. Dia tak suka ajak saya pergi mana – mana.
Dia juga tak pernah post gambar saya atau kami berdua sweet – sweet, tak macam waktu bercinta dulu. Waktu bercinta dulu, dia sangat – sangat sweet sebab tu saya suka dia walaupun dia tak adalah handsome, tapi muka dia manis bagi saya.
Saya bekerja dan ada duit sendiri, tapi komitmen saya juga tinggi setiap bulan. Tapi saya akan usaha juga spend duit untuk ajak anak dan suami saya berjalan sebab suami saya ada duit ke tak ada duit, dia lebih suka duduk rumah.
Dia tak rajin ajak anak bini berjalan. Sebab tu saya ok je habis duit saya untuk saya dan anak – anak happy boleh keluar jalan – jalan dan berootd. Bosan dan kesian juga anak – anak asyik duduk rumah. Selama 10 tahun kenal dan 7 tahun berkahwin kami tak pernah pergi bercuti walaupun gaji suami bukanlah cukup – cukup makan.
Boleh je nak spend sikit untuk bercuti tapi dia “nantilah ada duit kita pergi lah”. Setiap kali nak keluar, saya akan order Shopee baju – baju anak dan suami untuk matching – matching bila keluar nanti, tapi saya tak tahu lah kenapa saya selalu rasa saya tak dihargai.
Saya je yang selalu cuba dan usaha nak bahagiakan anak – anak dan suami saya, tapi suami saya jenis tak appreciate apa yang saya buat. Atau expectation saya yang terlalu tinggi? Setiap kali keluar, saya belanja makan, saya belanja movie, saya belikan itu ini.
Suami akan selalu complain ‘tak sedap ah makan sini’, ‘cerita tak best’, ‘panjang sangat stokin ni b tak pakai’ lepas tu siap campak tepi.. Pernah saya ambil suprise planner buat picnic full package dekat Putrajaya, saya spend almost RM500 sekali dengan photographer, deco dan food untuk sambut anniversary kita.
Tapi sampai sana, suami saya cakap “ingatkan pergi hotel” pastu kat sana mulut dia non stop cakap “panaslah panaslah panaslah” sebab masa tu buat outdoor tepi tasik. Saya punya sedih masa tu jangan cakaplah sebab saya usaha nak happykan dia dan anak – anak, spend beli baju semua RM200 untuk photosh00t.
Ni bukan pasal duit, tapi saya nak dihargai dan dicintai macam mana saya menghargai dan mencintai dia. Saya tak tahu lah saya ni yang terlalu sensitif atau suami saya memang tak reti nak jaga hati saya. Sebab saya je yang selalu usaha nak buat yang terbaik, nak happy sama – sama tapi dia suka p0tong mood saya.
Bila saya dah malas nak baik – baik, saya buat keras, cakap kasar – kasar, malas nak beria, buat tak layan dia baru lah dia nak sweet – sweet dengan saya, cuba tarik perhatian saya. Saya sebenarnya rindu suami saya, sejak kami ada anak masa untuk kami berdua sangat terhad.
Saya ada cuba ajak keluar berdua pergi dating, tapi dia mesti akan cakap ‘bawa anak sekali’. Saya bukanlah beria nak tinggal anak pun, saya cuma nak masa berdua dengan dia je sesekali sebab kat rumah akan sibuk dengan anak – anak.
Dia balik kerja, dia makan, tolong kemas – kemas sikit pastu layan cerita Naruto dekat Netflix sampai lah dia tidur. Dia tidur dia akan terus tidur je. Saya lah yang berper4ng nak tidurkan anak – anak. Suami ni memang tempat ujian untuk wanita.
Kalau nak ikutkan, masalah sekarang ni bukanlah besar mana pun berbanding dengan dulu. Dulu suami saya buat per4ngai lagi teruk, curang dan sebagainya tapi sekarang ni alhamdulillah dah 2 tahun dia dah tak buat benda tu semua.
Sebenarnya saya bersyukur sebab dia banyak berubah. Allah angkat doa – doa saya. Cuma tulah, saya terlalu sensitif sampaikan hampir setiap hari saya akan terasa dengan dia. Dia lebih suka saya buat per4ngai panas baran saya, cakap sindir – sindir, masa tu lah saya baru nampak dia lebih menghargai saya.
Layan saya baik – baik, jaga hati saya, nak cakap apa – apa pun dia susun dulu. Penat saya nak berper4ng dengan perasaan saya, saya kalau boleh tak nak marah – marah, nak jadi perempuan yang lembut hati, lembut bicara dan rasional tapi susah..
Tu je yang saya nak luah, tak ada apa sangat pun. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya pi tulis panjang – panjang kat sini. Mohon doakan kebahagiaan saya suami isteri dan anak – anak, dan satu lagi saya mohon setiap pembaca dekat sini mohon angkat tangan dan doakan suami saya terdetik hati untuk mendirikan solat dan menjadi imam yang baik buat kami anak beranak.
Saya cuma harap sebelum saya m4ti, saya dapat merasa dia imamkan saya dan anak – anak solat berjemaah. Setiap kali saya solat saya rasa nak marah sebab dia tak pernah cuba nak solat tapi dia lebih sibuk dengan handphone, buku belajar solat saya belikan 4 tahun lepas pun dia tak berusik.
Suami saya memang tak tahu cara solat sebab dia memang tak solat. Tapi saya tahu Allah yang membolak – balikkan hati manusia, mana tahu satu hari nanti dia lebih baik dan arif tentang agama.. Aamiin ya rabbal alamin..
Saya doakan semoga yang baik – baik juga buat semua pembaca, semoga dilancarkan segala urusan, dimewahkan rezeki yang tak putus – putus dan dikurniakan kebahagiaan yang hakiki.
Komen W4rganet :
Faz Ny : Awak sepatutnya fokus pada perkara paling penting macamana nak suami tu supaya tak tinggal solat daripada duk fikir nak buat itu ini ke sana ke sini. Duniawi je belaka tu dik. Dunia tipu daya. Bila saya baca kisah awak ni, saya pun jadi penat.
Tau tak kenapa suami jadi macam tu? Sebab dia penat nak penuhi semua keinginan awak tu. Try hard sangat. Dia pun dah mencuba sebenarnya sebab tu bila awak marah dia akan jadi macam yang awak nak walaupun dia tak suka buat apa yang awak nak tu. Lepas ni awak cuba lah hidup sederhana. Tak perlu tengok kehidupan orang lain. Nanti. Diri sendiri yang sengsara.
Zurin Zurin : Bismillahirrahmanirrahim.. Ramai dia luar sana suaminya macam tu. Tabah, sabar dan bertahanlah dengan daya Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Sobur sebagaimana rakan wanita kita tu bersabar. Dan ramai juga mungkin seperti dia. Sesekali saya pun begitu.
Pilihan ada pada Allah. Cubalah bertanya pada Allah melalui tahajud. Allah sayang sis dan kita, pasti ada jawapan dalam setiap persoalan. Mungkin sebagai ujian atau mungkin sebagai tanda Dia nak bagi tahu. Enjoy your life as you want dear.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.