Saya terjatuh dengan anak dalam toilet sampai anak ced3ra. Suami buat report polis supaya saya kena tangkap

Mothers day baru ni berg4duh lagi sebab dia hanya belikan hadiah untuk mak dia dan bekas isteri sahaja, dekat saya tiada. Dia tuduh anak saya mungkin bukan anak dia sebab takde rupa dia. Dia blocked saya tapi pergi makan sambut dekat Restoran Chef Wan. Si bekas isteri kongsi banyak gambar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hi semua. Saya cuma nak tanya pendapat peguam shariah dan orang awam berkenaan hal rumahtangga dan status anak saya. Saya perlu nasihat jugak apa saya perlu buat sekarang ini.

Saya berkenalan dengan suami saya, ketika dia masih beristeri dan dia adalah manager saya di syarik4t keluarga dia. Pendek cerita, saya skandal tempat kerja, sehingga saya mengandung. Keluarga saya p4ksa suami saya kahwin dengan saya.

Kami kahwin di sempadan tanpa pengetahuan isteri pertama suami, saya pregnant 16 minggu. Selepas 4 bulan lebih, kant0i dengan isteri suami, dia mohon cerai, suami ceraikan isteri dia. Saya satu – satunya isteri suami sekarang.

Saya dah lahirkan anak kami, dah umur 10 bulan sekarang, perkahwinan dah register. Anak tak dapat register atas nama suami sebab anak luar perkahwinan. Yang jadi masalah sekarang, suami tidak endah dengan saya sepanjang perkahwinan.

Dalam sebulan balik 2-3x sahaja, call tidak berjawab, mesej tidak berbaIas. Dia blocked saya di semua platform, whatsapp telegram dll, dia akan unblocked bila saya mesej dia. Dia balik tidur di rumah mak mentua, dalam 10 km dari apartment kami.

Nafkah batin tak pernah dapat sejak berkahwin (1 tahun 3 bulan tempoh berkahwin), dia tidak pernah sentuh saya. Semasa berskandal, hanya 2x sahaja kami tidur bersama. Dia kata saya adalah satu kesilapan dia paling besar di ulang – ulang banyak kali setiap kali berg4duh.

Suami dengan bekas isteri dia, ada 5 anak lelaki. Masih kecil, yang sulung umur 10 tahun. Yang kecil 2 tahun. Saya tidak pernah berjumpa dengan bekas isteri suami, dan anak – anak. Bekas isteri masih lagi tinggal di rumah yang mereka beli semasa perkahwinan.

Bekas isteri suami tidak bekerja sepanjang dalam perkahwinan dan selepas bercerai pun masih tidak bekerja. Suami beri belanja banyak dekat bekas isteri dan anak – anak. Dekat saya dengan anak, hanya basic, rumah flat 2 bilik, kereta viva (kereta pekerja syarik4t), bil – bil dia bayar, dan duit belanja saya RM1500, belanja anak RM1000, groceries dia akan beli setiap kali dia balik. Termasuk susu dan lampin anak.

Saya masih bekerja, lepas resigned dari syarik4t keluarga suami, saya bekerja di gudang perabut sebagai kerani. Gaji bersih RM1800++, ini saya guna untuk beli pakaian anak dll. Saya kecil hati dengan suami. Dia macam terp4ksa hidup dengan saya.

Bila dia balik jenguk saya, saya selalu tanya dia kenapa dia layan saya begini. Dia cakap saya being unreasonable. Keluarga saya memang dah buang saya sebab selepas kahwin, ibu saya minta gugurkan kandungan, tapi saya taknak.

So dorang cakap sebarang masalah, dorang taknak ambik tahu. Saya masih balik kampung, ibu ayah layan saya dan anak ok. Cuma saya tak boleh ngadu. Saya cakap sikit, dorang akan tarik muka. Ini apa suami saya buat sepanjang perkahwinan.

1. Nafkah batin, tidak pernah tunai. Saya ada adukan pada pejabat agama, suami hadir. Dia mengaku pada ustaz, dia tiada nafsu pada saya. Ustaz minta suami untuk minta petunjuk pada Allah, jaga rumahtangga, suami cakap dia nak ceraikan saya, tapi saya tak mahu. Suami rasa tak adil untuk dia ceraikan saya sebab saya tak bersetuju. Jadi dia kata dia akan cuba tunaikan tanggungjawab dia. Dah 3 bulan, tiada perubahan.

2. Tidak balik ke rumah setiap hari, dia balik ikut suka, balik pun kalau saya minta dia belikan susu, lampin or groceries. Balik pun, terus ke dapur. Simpan groceries, terus ambik baby dan main. Kemudian balik. Kalau saya cakap saya demam or s4kit. Minta dia balik, dia akan balik, belikan paracetamol, ambil baby bawak balik rumah mentua.

3. Masa raya haritu, saya planning nak pakai baju sama warna dengan dia. Dia setuju. Tapi bila pergi beli, dia beli 2 warna, hijau dan violet. Saya warna hijau. Dia cakap warna violet untuk rumah terbuka tempat kerja. Tapi sebenarnya warna violet tu sama warna dengan si bekas isteri. Semua anak – anak pakai hitam, dia dan bekas isteri pakai warna violet.

Raya pertama, dia beraya dengan keluarga mentua. Bekas isteri beraya di rumah mentua sekali. Saya balik ke rumah keluarga saya. Raya kedua baru ke rumah mentua. Tapi mak mentua, keluar tak balik – balik sehingga saya balik ke rumah saya.

Yang layan saya hanya bapa mentua dan biras – biras, ipar – ipar pun buat tak peduli. Bila saya tanya suami, kenapa mak dia macam tu dengan saya? Dia marah – marah cakap saya being unreasonable. Seolah – olah saya seorang yang buat salah sampai dia bercerai.

4. Masa saya dalam pantang, mak mentua ada sediakan CL untuk jaga saya 4 minggu, dia pun ada datang jenguk saya dengan baby. Tapi suami tak balik langsung. Dia pergi ke pulau kapas dengan bekas isteri dan anak – anak. Pergi camping, island hopping dan lain – lain.

Urusan surat beranak pun bapa mentua saya yang bawak saya uruskan. Anak jaund1ce semua bapa mentua. Suami datang lepas saya bising – bising nak pergi appointment anak umur sebulan. Baru dia datang bawak saya ke kIinik dan jumpa baby.

5. Mothers day baru ni berg4duh lagi. Sebab dia hanya belikan hadiah untuk mak dia dan bekas isteri sahaja, dekat saya tiada. Dia tuduh anak saya mungkin bukan anak dia. Sebab takde rupa dia. Mungkin anak lelaki lain.

Kemudian dia blocked saya dan pergi dinner Mothers day dekat Restoran Chef Wan. Si bekas isteri kongsi banyak gambar dekat telegram keluarga . Dia masih lagi dalam telegram keluarga.

6. Bab telegram keluarga pun 1 hal. Si bekas isteri akan update gambar anak – anak suami sepanjang masa. Result exams, apa – apa sahaja, semua family members akan respon. Bila saya letak gambar anak saya, no one respond. Hanya bapa mentua akan reacted emoji.

7. Suami saya pernah buat report polis pasal saya, saya pernah tergelincir di bilik air masa dukung baby (6 bulan), pipi baby terkena di lantai, dan Iuka besar. Suami buat report, tapi pegawai polis minta tarik report lepas saya beri keterangan sebab saya memang jatuh. Suami tarik kes semula.

Dalam laporan tu, suami siap mentioned pasal kes saya pukuI dan m4ki baby, dalam berpantang sebulan semasa berg4duh dengan dia. Saya takde dia nak pukuI dan m4ki baby, saya tertekan. Dia jugak mentioned saya stop bre4stfeeding baby bawah 6 bulan (ini pun dia kata pengani4yaan) saya kasi formula, dan mix dengan cerelac.

Dia kata ini pun pengani4yaan sebab below 6 bulan tak boleh makan apa – apa makanan. Saya tiada pengalaman jaga anak, saya taktahu. Dia macam purposely buat report supaya saya kena penjara. Kemudian lepas kejadian, dia ambik anak balik rumah mentua selama 8 hari.

Saya merayu – rayu baru dia minta saya ambik kat rumah mentua. Banyak lagi perkara yang suami saya buat. Taktahu macam mana nak cerita. Dia seolah – olah salahkan saya seorang dalam keruntuuhan rumahtangga dia.

Padahal kami sama – sama. Sama – sama buat s3ks. Tapi saya seorang disalahkan. Saya pernah whatsapp mak mentua, cerita benda ni semua. Dia replied, ‘anak mak dah besar. Dah dewasa. Mak tak boleh buat apa – apa. Let me try lah cakap pasal ni dengan dia, pasal **** (bekas isteri), walaupun dah bercerai dia tetap menantu mak, she still my family, mak masih anggap dia macam keluarga mak’.

Saya pernah whatsapp bekas isteri suami dan minta maaf. Dia tak pernah reply. Saya call tak pernah jawab, tapi dia tak pernah block saya. Jadi dia macam sengaja update whatsapp story, kalau saya replied, dia seen. Facebook, IGs semua public.

Gambar suami tak pernah dia padam. Saya pernah tanya suami, samaada dia rujuk semula dengan bekas isteri. Dia tak pernah jawab dan akan marah – marah. Masalah ni macam takde kesudahan. Saya pernah merayu minta suami kahwin semula dengan bekas isteri dia, dan poIigami.

Saya boleh terima, janji adil dengan saya. Suami cakap bekas isteri takkan terima poIigami. Saya pernah tuduh bekas isteri sih1r atau ik4t suami, suami cakap kalau dia nak sih1r you, dia tak buat macam ni, dia akan sant4u you bagi m4ti terus.

Saya pernah jugak minta suami bawak anak – anak lelaki dia jumpa anak saya untuk kenal adik beradik, suami ada whatsapp bekas isteri dia tanya bab ni, bekas isteri replied. She (anak saya) will never be part of our family. Leave my kids alone. You need to clean your f*cking mess immediately.

Saya taknak bercerai, 1 sebab keluarga saya akan m4kin benci saya. 2 sebab saya betul – betul nak jadi ahli keluarga suami. Kalau saya bercerai lagi, malu keluarga saya. Nanti orang cakap, itulah dulu ambik laki orang, sekarang kan dah kena tinggal.

Saya nak anak saya ada masa depan yang baik macam anak – anak suami saya yang lain. Suami saya ayah yang sangat baik, dia layan anak saya ok. Cakap baik – baik, sing a lullaby. Cuma bila berg4duh dia tak mengaku tu anak dia.

Kalau saya bercerai, pegawai pejabat agama cakap, anak saya tidak layak dapat nafkah dari suami sebab anak luar nikah. Dengan gaji RM1800. Saya tak mampu nak besarkan anak saya. Diapers and formula pun pakai brand yang mahal sebab saya beli yang mahal sejak awal. Apa nak buat ya.. Terima kasih. – Fariza (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Aienul Hana : Kalau tak mampu… telan pendam hadam rasa tak adil tu dalam lubuk hati paling dalam. Sampai rasa betul – betul tak boleh telan dah fikir – fikirlah macam mana nak ejas duit 1800 tu untuk kelangsungan hidup 2 beranak… sementara tu telan.

Orang kata nasi dah jadi bubur tapi bubur pun sedap dan kenyang. Jadi kat sini buat la percaturan baru dalam hidup. Kalau saya laa dari duduk dalam perkahwinan tapi sekeliling pandang h1na baik tak payah lah. Cuba bina hidup baru. Dah stabil tenang, balik lah rumah keluarga dan mintak maaf. Kalau suami taknak mengaku tu anak dia, itu bahagian dia. Awak dah takde kena mengena.

P/s : Yang orang lain pun tak payah laa duk padankan muka sangat. Dia dah cukup tersiksa dah. Ini ujian dia. Kalau dia boleh pass entah – entah dia jadi berganda baik dari kita yang kunun tak pernah jadi pend0sa ni. Cite sekarang laki dia tu terpaling b4ngang, dah laa berz1na, buat isteri terIuka, menikah lain pun sama buat isteri lagi satu mend3rita.

Kesilapan terbesar konon tapi tak pernah nak betulkan keadaan. Bab sedap berz1na kata kesilapan, bab lain yang silap eg0 macam dia tak salah, tel0 dia je salah. Padahal kalau dia cerai dengna bini ni dan berbaik dengan bini lama pun, kesilapan dia tu tetap akan diingat sampai m4mpos. Things will never be the same anymore. Penyond0l sedap kena m4ki, yang tunjaI tel0 tu orang tak kata apa.

Ha Limah : Saya suggest awak move on jela. Kesian dekat anak je. Anak terp4ksa menanggung selagi awak tak berpisah. Dekat awak saya pun saya kesian, tapi sikit jela. Sebab lepas dah kawin, nafkah batin pun tak dapat sedangkan itu hak awak.

Laki awak pun berd0sa jugak sebab abaikan awak, lagipun dia yang akad nikah, bukan kena letak pis4u dekat leher. Awak hidup berdua je dengan anak, gaji rm1800 tu cukup sangat. Pampers dan susu tu bukan susah pun nak try n error carik yang sesuai dengan baby.

Banyak susu murah yang bagus. Buat apa nak mengharapkan laki macamtu. Anggap jela ni kifarah untuk awak, jangan libatkan anak dalam permasalahan orang dewasa, diorang tak berd0sa. Anak – anak ada hak nak hidup bahagia. Nak ke selamanya anak awak dicaci nenek dan mak tiri?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.