Saya terp4ksa makan ikan busuk sebab duit saya suami ambil untuk belanja bekas bini

Sehari lepas kahwin suami terus berubah. Dia d3ra anak saya dan setiap hari dia puji bekas isteri. Kereta saya dia guna untuk bawa bekas isteri dia berjalan sedangkan saya kena naik bas. Tanpa pengetahuan suami saya simpan segala bukti. Saya keluarkan 2 saman..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga Facebook. Saya pun pernah mengadu sebelum ini. Dan ingin berkongsi kisah rumahhtangga saya. Semoga yang baik dapat dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan. Saya dan suami berkawin sudah hampir 6 tahun.

Saya merupakan janda anak 1 dan suami pula seorang duda anak 4. Saya tidak ada kena mengena dengan penceraian suami dengan bekas isteri sebab saya kenal suami masa dia sudah duda. Saya terima dia dengan ikhlas menjadi suami kerana sikap dia caring sangat pada saya dan anak saya.

Dan saya juga melayan anak – anak suami dengan baik walau pada mulanya diorang tidak suka saya sebab dir4cun oleh ibu mereka. Dia cakap saya ini jahat. Perkahwinan saya dan suami berlangsung dalam suasana sederhana dan saya sangat gembira.

Tapi kegembiraan saya bertukar menjadi duka seawal sehari perkahwinan. Selepas berkawin suami mula berubah. Dia d3ra anak saya. Yang pedih, setiap hari dia h1na saya. M4ki saya. Dan setiap hari puji bekas isteri. Saya tahu suami masih sayangkan bekas isteri dan penceraian antara mereka pun berlaku sebab bekas isteri kant0i di hotel bersama lelaki lain.

Setiap hari m4ki hamun jadi makanan saya. Saya bekerjaya dan suami bekerja biasa. Dia abaikan saya. Nafkah zahir batin tidak dipeduli. 3 bulan selepas berkahwin saya mengandung dan entah kenapa suami benci sangat dengan saya.

Dia mula menjalinkan hubungan semula dengan bekas isteri. Hampir setiap hari dia tinggalkan saya. Subuh baru balik. Kereta saya dia guna untuk bawak bekas isteri dan anak – anak, tapi saya pula terp4ksa naik bas setiap hari. Hal ini berlarutan sehingga kandungan saya 8 bulan.

Anak saya yang did3ra saya letakkan dibawah jagaan adik saya supaya kehidupan dia lebih baik. Bukan saya buang dia tapi saya ingin perbaiki kehidupan saya yang sudah huru hara. Suami langsung tidak pedulikan saya. Segala keperluan rumah kereta makan dan minum saya keluarkan sendiri.

Pernah sampai tahap saya makan ikan busuk sebab sudah tidak ada apa hendak di makan. Duit saya, suami ambil untuk belanja bekas isteri dan anak – anak. Tanpa pengetahuan suami saya tahu password handpone dia. Dan segala perbuatan terkutuk diorang saya copy dan simpan.

Atas nasihat kawan saya sebagai peguam syarie, saya kumpul semua gambar dan video Iucah mereka. Masuk bulan ke 8 mengandung, tuan rumah halau kami keluar sebab tidak bayar sewa. Suami masih leka dan saya dari awal telah buat persediaan.

Saya sudah sewa bilik di tempat yang selesa dan saya sudah pun file kan cerai dengan pertolongan kawan. Ada 2 saman yang saya keluarkan. Tuntutan cerai dan gangguan pihak ketiga. Saya buat laporan polis yang saya akan keluar dari rumah.

Saya packing semua barang – barang saya dan mintak kawan saya ambik semua barang keperluan saya. Bila suami balik, saya terus ambik kunci kereta dan keluar dari rumah. Saya halalkan semua barang perabot yang saya beli untuk bagi dia kehidupan yang selesa.

Dari waktu saya keluar dia tak berhenti call saya. Saya tahu dia bukan pujuk saya tapi dia hanya perlukan saya. Tanpa saya dia adalah lelaki yang hanya ada tubuh badan yang sihat sahaja. Selain dari tu dia tidak ada apa – apa. Kereta saya punya, rumah pun saya bayar.

Kehidupan selesa ini adalah milik saya dan saya tidak rasa gentar pun sebab saya mampu hidup sendiri dengan anak – anak. Setiap hari dia merayu dan tunggu dan ganggu saya. Setelah seminggu berlalu akhirnya saya dapat tahu bekas isteri reject suami saya lagi.

Dia ingat selama ni berbelanja mewah, dapat check in hotel, bagi duit kat janda tu duit suami sedangkan semua tu duit saya. Memang tiap hari suami berpakaian seperti executive. Rupanya semua pakai harta saya. Suami mula mer0yan.

Tuan rumah dah tampal notis. Dia pun tidak tahu dah mahu duduk mana. Sedangkan saya dah mula merancang sesuatu yang lebih baik. Saya tidak mahu toleh ke belakang. Saya tidak sangka dia gunakan saya untuk teruskan hidup dan jerumuskan saya untuk dapatkan semula janda.

Dan saya habis – habisan filekan segala yang hak supaya pend3ritaan saya terbaIas. Sebelum saya bersalin bapa mertua dan mak saya datang memujuk untuk saya kembali kepada suami. Kata mereka suami dah insaf dan janji untuk perbaiki hubungan dan dia menyesal.

Saya cuba pujuk hati dan saya setuju jumpa dengan suami. Dan saya menangis tengok keadaan dia. Menumpang di rumah kawan dan masjid. Dia peIuk saya dan merayu pada saya. Berjanji pada saya akan berubah. Dia menyesal dengan apa yang dia lakukan pada saya.

Dan atas dasar simpati saya terima dia semula. Dan dia memang buktikan yang dia ingin berubah dan mula terima saya. Dalam p4ntang dia yang jaga saya dan baby. Sangat sempurna. Anak 100 peratus dia yang uruskan. Dia mula kerja dan tiap bulan segala keperluan dia yang tanggung mengikut kemampuan dia.

Dan saya sudah mula boleh terima kembali anak – anak dia dan alhamdulillah mereka lebih sayangkan saya berbanding ibu sendiri. Kami m4kin bahagia. Suami saya adalah suami yang sangat sempurna. Dia baik, ringan tuIang dan sangat bertanggungjawab.

Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun berlalu. Kami bahagia sangat seperti baru bercinta. Bahagia dengan semua anak – anak saya dan dia. Dan janda suami asyik mer0yan meny3rang dan mengganggu hidup kami. Kami sudah kebaI.

Dan insya Allah kami tidak akan tergugat dengan apa pun. Kepada janda suami, carilah kehidupan lain. Awakkan wanita sempurna. Sebagaimana yang awak w4r – w4rkan. Takkan wanita sempurna seperti awak tidak ada orang mahukan. Sekian admin.

Komen Warganet :

Farisya Samad : Hebatnya Puan, sanggup memaafkan suami atas segala apa yang dia dah buat. Bukan biasa – biasa apa yang suami puan buat tambah lagi puan wanita yang bekerjaya. Kalau orang lain terus tinggal je tak pandang belakang. Semoga terus bahagia dengan keluarga.

Khloe yash : Fuh, kalau kena dengan aku memang bIah terus je tinggalkan lelaki macam tu. Sanggup plak ko terima dia balik kan. Tapi takpelah, sebab dia betul – betul berubah. Tapi betul ke berubah sebab sayang atau macam ko cakap, tanpa ko, dia tak ada apa – apa pun. Semoga ko memang ikhlas la terima dia bukan sebab kesian.

Mini Ain : Kat tengah jalan cerita dah best bila ko ambil langkah – langkah pr0tect diri, tapi berbaik balik. Hurm, semua orang layak dapat peluang kedua. Semoga tak disia – siakan. Kalau kena sekali lagi tolong jangan patah belakang balik ye.

Syah Syahr : Apa – apa ntah komen tak puas hati makcik bawang dalam ni. Biarlah dia berbaik semula dan terima balik laki dia. Korang plak yang em0. Diorang pun dah bahagiakan. Kalau suami salah terus bagi cadangan tinggalkan terus bla bla bla. Cuba kalau yang salah tu isteri, nanti kata isteri acuan suami. Kena didik, bimbing kalau buat silap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.