Saya terp4ksa PJJ dengan isteri. Lepas isteri keguguran anak ke4, per4ngai dia berubah. Dia benci dan marah saya balik rumah

Saya mengaku masa pantang anak kedua, ketiga dan semasa isteri keguguran saya takde dengan isteri. Saya langsung tak tolong hal rumah. Dia berpantang tapi dia kena masak sendiri. Saya nekad nak berubah tapi isteri dah lari..

#Foto sekadar hiasan. Salam, saya seorang suami yang buntu nak minta pendapat. Isteri saya tua lebih 6 tahun dari saya. Saya jelaskan dengan menggunakan point ye sebab saya tak pandai nak bercerita. Saya berkahwin tahun 2015 atas sebab terlanjur dan dia dah mengandung benih saya.

2017 saya berlaku curang semasa dia pregnant anak kedua. 2018 dia berhenti kerja, saya ambil tanggungjawab sebagai suami untuk berikan apa yang wanita patut buat, duduk rumah dan membesarkan anak depan mata.

2019 kami ada perselisihan faham dan saya t4mpar dia di pipi kerana menengking saya. Dia report polis dan saya disoal siasat namun NFA. 2019 dia telah keluar rumah dan balik ke kampung tanpa maklum kat saya, ketika itu saya tengah kerja dan dia dah keluar dari rumah.

Atas dasar faktor saya menyesal kerana berlaku kasar dan kerana dia memaafkan saya kes 2017, saya cari dia di kampung. 2020 saya kerja dan tinggal di rumah pusaka dia, dia hanya jadi fulltime housewife tapi khilaf saya tidak membantu urusan rumah harian membuatkan dia burnout.

Suatu hari penghujung tahun kami g4duh dan dia halau saya keluar, saya nekad masa tu untuk pergi dari dia. Namun setelah beberapa hari dia cari saya semula dan memujuk saya serta meminta maaf. 2021 anak ketiga lahir.

2022 kami keluar dari rumah pusaka dan duduk sewa sendiri, saya sediakan tempat tinggal, bil api air kelengkapan rumah, saya sediakan oven untuk dia membuat side bisnes. Dia duduk di rumah dan membesarkan anak – anak namun dalam masa sama dia buat side bisnes untuk membantu saya yang mana kurang seperti wang saku anak – anak sekolah, membeli barang keperluan diri dan sebagainya.

2023 semuanya seperti biasa tanpa ada masalah, saya gembira dapat penuhkan hajat dia, bawak makan di luar yang mewah, belanja pakaian, tidur hotel untuk beristirehat setiap 3 bulan sebab saya percaya rezeki saya dapat untuk keluarga saya.

Bil sh0pee paylater saya mampu bayar apa yang dia ingin beli saya cakap beli saja saya akan bayar. 2024 dia gugur anak keempat, saya dig4ntung kerja dan dipindahkan tempat kerja di KL. Saya serba salah dan setelah hampir 9 tahun selesa hidup sebumbung bersama isteri kemudian saya terp4ksa duduk sewa bujang.

Setiap kali saya balik hari cuti, dia seperti tak suka dan kerap marah – marah kerana tak memberitahu dia terlebih dahulu. Dia jadi burnout sebab jaga anak – anak dan gugur dan saya tak ada bersama dia masa itu. Saya mengaku semasa pantang anak kedua dan ketiga saya tidak membantu dia dalam urusan rumah dia berpantang dia lah kena masak dan lain – lain atas alasan saya kerja, ni khilaf saya.

Saya nekad berubah dan buat keputusan berhenti kerja dan cari kerja berdekatan kawasan kampung dia namun setelah saya dapat kerja, tak sampai dua bulan dia meminta cerai atas alasan hati dia sudah taw4r serta takda perasaan terhadap saya.

Kami kerap berg4duh selepas saya dipindahkan tempat kerja, dan saya pun ada memarahi dia. Saya ada terlepas cakap yang, “saya dah sediakan apa yang sepatutnya untuk awak sebagai isteri duduk di rumah membesarkan anak – anak,” namun dia kata saya mengungkit.

Saya cuma nak dia hargai saya dan dia cakap dia dah tak boleh pandang saya dah. Dia juga tak lagi bersalam tangan dengan saya, tak beri saya pegang dia, kalau pegang dia kata saya p4ksa, tak lagi ucapkan kata – kata sayang, dia jadi hilang semuanya dengan tiba – tiba.

Untuk makluman juga, hubungan intim sering ditolak atas alasan penat urusan harian di rumah. Setahun hanya boleh bilang pakai jari berapa kali bersama dari tahun 2020 – 2023. Tahun ni 2024, langsung takda hubungan suami isteri.

Dia telah pun meninggaIkan rumah yang saya sediakan dan dia menuntut untuk bercerai dengan nekad hati. Saya tahu dia tidak curang, sebab saya ada buat intipan dan lain – lain, namun dia kata jangan samakan dia dengan per4ngai lama saya.

Dia kata saya psik0 dan dia takut untuk duduk sebumbung dengan dia. Saya cuma insecure sebab hilang layanan dia dari saya. Saya rasa seperti hilang pedoman, nak menangis tak boleh menangis, merayu dekat dia untuk tidak bercerai atas alasan anak dan beri saya peluang untuk jadi suami yang lebih baik namun hati dia dah keras.

Sekarang dia minta persetujuan bersama untuk berpisah dan jika saya rumitkan keadaaan dia sekiranya dia kena tuntut fasakh, dia kata jangan buat bagi dia benci saya. Saya dilema walaupun sebagai suami sebab saya pun mengaku ilmu agama saya kurang.

Saya tak nak ceraikan dia dan semasa saya dapat semula bekerja di kampung dia, saya berazam untuk berubah membantu dia dari segi yang sepatutnya dengan urusan anak dan rumah namun hati dia keras dan tidak endahkan saya.

Kami ada pergi kaunseling baru – baru ini, namun dia beritahu orang pejabat agama dia perIukan masa untuk cari diri saya dalam hati dia. Saya tak sabar sebab saya rasa dia m4kin menjauh jadi dia cakap saya p4ksa perasaan dia yang dah takda.

Dia tidak bekerja, saya taktau apa plan dia selepas bercerai. Dia juga kata jika becerai dia tak nak tuntut iddah sebab dia tahu kewangan saya tidak mengizinkan. Bila saya minta dia ingatkan kenangan manis semasa bersama, dia terus kata saya ungkit dan tidak ikhlas. Saya tak faham kenapa dia tiba – tiba berubah. Adakah sebab terlalu lambat untuk saya ubah diri saya, sedar silap saya semasa awal perkahwinan?

Komen W4rganet :

Putra Eiman : Bagi dia masa dulu. Sebab wife tu str3ss. Dalam bagi masa tu cuba ambil hati dia balik. Beli bunga ke, beli makanan – makanan yang dia suka ke, hadiah – hadiah suprise ke contoh cincin, rantai. Solat jangan tinggal dan berdoa. Dalam proses memujuk ni confirm – confirm peringkat awal akan kena marah. Tapi laki kena steady. Lama – lama ok la tu.

Ahmad Saifuddin Yusof : Bertimpa – timpa per4ngai tuan buat ni. Kasihan isteri bersabar selama ini. Bagi dia masa, tuan banyakkan berdoa dan solat hajat minta petunjuk. Ada duit transfer pada dia supaya dia tak serabut.

Sebagai salah satu usaha tuan mahu berubah. Jangan mesej p4ksa – p4ksa dia. Hantar mesej ucapkan terima kasih atas peng0rbanan dia selama ini. Kongsikan cerita perubahan apa yang tuan buat walaupun kecil seperti ‘rasa tenang dapat solat Isyak di surau tadi. Moga Allah dapat beri ketenangan juga untuk awak’.

Hantar gambar makanan kegemarannya sebagai tanda kita ambil berat tentang dirinya. Selalu tanya keadaan anak. Jika dia mesej baIas menengking, diam sahaja jangan reply. Harapnya dapat bantu sedikit tuan. Banyakkan sabar dan doa ya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.