Scammer sekarang cari Artis pulak? Paknil pun hampir kena tipu!

Baru-baru ini Pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi ada memuat naik di laman twitter screenshot whatsApp yang diterima. WhatsApp itu diterima dari nombor +905435576857 mengenai kesaIahan akaun IG milik Pak Nil.

Paknil terima message ini di Whatsapp. Is this true? Can someone help?

Ragu-ragu dengan kandungan yang diterima, PakNil bertanyakan pendapat dari pengikut-pengikutnya di twitter. Rata-rata mengatakan itu adalah penipuan terbaru untuk menggodam akaun twitter miliknya. Amboi! Makin advance sca mmer sekarang ini. Maklumlah Paknil mempunyai kira-kira 1.8 juta pengikut di IG.

Selain PakNil, pemenang Akademi Fantasia musim ke-5, Mila Jirin dan juga ahli kumpulan UNIC, Bazli juga turut mendapat WhatsApp yang sama.


Sapa pernah dapat sama mcm ni?


CAM alaf baru. BERHATI HATI kawan kawan. “JANGAN CLICK APA APA LINK YANG DIBERIKAN, JANGAN PANIC, ni semua SP AM & SC AM” …. Tolong MENTION KAWAN KAWAN KORANG agar diorang pun aware..

Apa hal pulak TEAM IG dengan bergitu rajin nya nak WHATAAPP dari TURKEY dan whatsapp BIZMILLA Business Hotline Number tapi cari account @mila_jirin untuk bagitau mengenai isu Copyright …. –
KEBIASAANYA, Jika copyright issue (contoh lagu atau gambar) kita akan terus dapat notifikasi melalui aplikasi IG / email sahaja…. tak ada lah sampai ber-whatsapp bagai…

To this Sc ammer, please STOP doing this… we will REPORT to IG team

Macam-macam betul cara penipuan zaman sekarang ni. Semua nak cepat dapat duit je. Hati-hati la ye. Kami ni pengikut sikit je kat IG. Selamat la tak menjadi sasaran..hehe


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..